4 Feb 2013

[Isu Banner Najib Diturunkan] Perdana Menteri Bukannya Tuhan Malaysia

Saya amat terharu apabila membaca artikel dalam Bernama yang menyatakan Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen, memaki Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan bunting dengan gambar Perdana Menteri mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum China.

Untuk seorang warga Malaysia berbangsa China, ini tidak perlu diheboh-hebohkan sehingga gambar Najib terdapat di hampir setiap sudut negara ini seolah-olah Najib sudah menjadi satu-satunya tuhan agama baru di Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya, sudah timbulnya, Najib’s Cult.

Pada zaman Adolf Hitler, gambar Hitler dipaparkan di seluruh negara Jerman, tetapi akhirnya jatuh juga Empayar yang dikuasai Nazi Jerman. Pada hari ini, Hitler masih diingati tetapi sebagai seorang diktator yang mengancam keamanan dunia.

Kerajaan negeri berhak bertindak waras

Sudah cukup sekiranya Najib berlaku matang dan tidak memerangi rakyat biasa, tidak perlu dipaparkan gambarnya lagi, kecuali kalau muka beliau seperti seorang raja yang kacak seperti Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa baginda masih muda.

Pada pendapat saya, Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja berhak menurunkan banner yang berunsurkan kempen BN untuk pilihanraya umum yang akan datang, malah pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) seharusnya mengambil tindakan ke atas Najib kerana sudah mula berkempen dengan dana rakyat sebelum tarikh pilihanraya diisyhtiharkan.

Apabila sebelum ini, gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dipijak-pijak, dan Najib tidak memberi sebarangan komen untuk mengawal perangai ahli-ahli Umno, maka saya percaya Saudara Lim Guan Eng juga tidak perlu memberi sebarang jawapan kerana jelas ternyata dalam Akta Kerajaan Tempatan bahawa banner yang tidak mendapat lesen seharusnya diturunkan.


Ng Yen Yen sebagai ahli pahlimen seharusnya merujuk kepada Akta tersebut dan Najib, sebagai perdana menteri, tidak seharusnya berlagak seolah-olah beliau adalah lebih tinggi daripada undang-undang yang sedia ada.

Dengan ini, saya juga menyeru semua Kerajaan Negeri di bawah Pakatan mengambil tindakan seperti Kerajaan Pulau Pinang untuk memastikan sebarang banner yang tidak mendapat lesen diturunkan sama sekali. Ini adalah kerana Umno seolah-olahnya cuba mengagungkan Najib sehingga ke tahap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang wajahnya pun tidak pernah dipaparkan sebagai bendera di Wisma Putra.

Tidakkah salah di sisi keagamaan?.

Saya juga menanya-nyanyakan kenapa mufti-mufti negara ini tidak menegur Perdana Menteri kerana membenarkan Umno dan BN memaparkan gambarnya di setiap sudut negara ini. Bukankah ini salah di sisi keagamaan? Bekas Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah berbuat demikian sehingga gambar mereka dijadikan subjek publisiti, tetapi walaupun mereka sudah meninggal dunia, malah kami masih lagi ingat kepada muka mereka, terutama sekali Bapa Malaysia yang disanjung tinggi sehingga hari ini, YAM Tunku Abdul Rahman.

Begitu juga Ketua Pembangkan, Anwar Ibrahim. Sekiranya bertemu di tepi jalan, tidak seorang pun akan tertanya-tanya, “Ini kah rupanya Anwar Ibrahim (DSAI)?” Ataupun Pak Lah, yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004.

Sebagai rakyat, saya berharap paparan gambar Najib dapat diberhentikan sama sekali. Sekiranya tidak, sebagai rakyat biasa, saya menyeru supaya semua rakyat mengambil tindakan seperti apa yang saya berhak untuk terus mengoyakkan gambar Najib yang dikirimkan sehingga ke rumah tanpa diminta keizinan saya. Kedua-dua surat yang dikatakan dikirimkan oleh Najib ke rumah saya terus masuk dalam tong sampah selepas dikoyak, seperti kebanyakan iklan yang diletakkan dalam peti surat saya.

Tiada bezanya Najib dengan pengiklan yang lain, kerana Najib sudah menjadi satu produk iklan yang saya tidak perlu dalam menyara kehidupan saya.

Cuba faham, jangan angkuh

Yen Yen dan Najib seharusnya faham bahwa rakyat biasa seperti saya sangat muak dengan kempen Barisan Nasional yang sudahpun melampaui batas. Hari-hari di sini dan di sana diberitahu janji ditepati, tetapi keesokan hari pelbagai isu dibangkitkan. Sementara membaca iklan “Janji Ditepati”, tayar kereta masuk dalam lubang jalan yang tidak ditampal kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kekurangan bajet.

Wang yang dibelanjakan untuk mencetak banner dan bunting seharusnya digunakan untuk memperbaiki segala kemudahan asasi untuk rakyat, bukannya dibazirkan dengan kempen Barisan Nasional yang pada pendapat saya sudah menjadi semakin songsang.

Kempen ini menelan perbelanjaan yang amat besar dana rakyat. Pada pendapat saya, wang ini seharusnya digunakan untuk membantu fakir-fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk meraikan Tahun Baru China pada tahun ini, ataupun digunakan untuk memperbesarkan Jalan Sungai Palas di Cameron Highlands yang terlalu sempit untuk menampung 2,000 ke 3,000 pelawat setiap hujung minggu sebelum cuti panjang Tahun Baru ini, sebelum malapetaka berlaku. Saya difahamkan bahawa cadangan melebarkan jalan ini sudahpun dibuat sejak Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi bajetnya sehingga kini tidak diperolehi.

Perkara berkenaan dengan keselamatan pelancong-pelancong ke Pusat Teh Boh di Sungai Palas pernah dikemukakan kepada Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan, secara emel, namum tiada sebarang progres (kecuali apa yang dibuat oleh pihak Teh Boh) walaupun sudah hampir dua tahun saya mengikuti perkembangan di Jalan Sungai Palas. Selaku MP Raub dan orang Pahang, Yen Yen seharusnya mengambil berat ke atas sebuah destinasi pelancongan yang berjaya di negeri Pahang.

Dana rakyat, titik peluh rakyat

Dalam sebuah negara demokratik, Najib tidak seharusnya membelanjakan wang rakyat yang besar untuk berkempen sebelum tarikh pilihanraya diishyitiharkan. Perbelanjaan sebesar apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, pada pendapat saya, juga bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada, dan SPRM seharusnya mengawasi kempen yang berat sebelah ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Najib dan Ng Yen Yen bahawa salah satu daripada agenda Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 adalah untuk memastikan peluang berkempen adalah diadakan dengan adil untuk kedua-dua pihak, Pembangkang dan Barisan Nasional. Dengan kempen yang sudah dimulakan dengan dana rakyat, ini adalah tidak telus kerana wang kerajaan adalah dari titik peluh rakyat.

Najib dan Yen Yen seharusnya juga sedar bahawa hari ini mereka adalah parti yang membentuk kerajaan tetapi keesokan harinya, mereka mungkin menjadi pembangkang pula. Dalam sebuah negara demokratik, ini tidak mustahil! Jadi jangan terlalu angkuh atau cuba memerangi rakyat sekalian.
-surat FMT


MPSP: Yen Yen mahu kami langgar undang-undang?


Majlis Perbandaran Seberang Perai menyelar menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan menghina pekerja yang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina perdana menteri di kawasan berkenaan.

Seorang ahli majlisnya, Steven Sim berkata Ng bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang tetapi juga pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada har itu.

"Sebagai seorang menteri, Ng sepatutnya lebih tahu bahawa undang-undang mesti dipatuhi.

Adakah dia bermaksud bahawa tiada apa-apa jika langgar undang-undang, hanya kerana ia melibatkan PM, atau Najib?," soalnya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa MPSP menurunkan kain rentang dengan gambar Najib itu kerana ia dipasang tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Adakah Ng berkata pekerja itu salah kerana menjalankan tugas? Beliau patut meminta maaf kepada MPSP dan pekerjannya atas kenyataan menghinanya yang mengkritik tugaas rasmi MPSP," katanya.

Sim berkata tindakan sama turut dikenakan ke atas kain rentang haram lain dan tiada kaitan dengan BN atau Najib.

Tambahnya, pekerja MPSP hanya menjalankan tugas biasa mereka di sekitar kawasan Bagan apabila terlibat kain rentang haram yang dinaikkan oleh BN.

Sebanyak 971 kain rentang, termasuk 678 dengan gambar Najib, diturunkan dalam operasi pada hari itu, katanya.
-mk

[VIDEO TERHANGAT] Makcik UMNO Goyang Sakan Dengan Lufya - Cara Umno Didik Umat


Hidup melayu!! Parti yang memelihara Kalimah Allah!! lai lai macai macai alim sekalian.

Mari komen islamic sikit kat wanita Umno ni ahahahahaha!!!mohon pekida, perkasa, ibrahim ali, hassan ali, najib, rosmah, pencacai buat demo -fb



Ulasan GB

Baru beberapa hari yang lepas pencacai UMNO memfitnah di beberapa laman sosial kononnya ada muslimat PAS bergoyang pinggul berkaraoke walaupun tidak dapat dibuktikan perempuan itu sebagai muslimat PAS, atau acara itu acara PAS.

Hukum kebenaran dan keadilan pun turun kini untuk menjelaskan bahawa yang ada aksi sedemikian rupa adalah aktiviti UMNO seperti ditunjuk video di atas. Mana buktinya ia aktiviti UMNO? Banner yang ada di kerusi di belakang makcik itulah buktinya!

Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU


DDalam gambar di atas Tuanku Sultan mencemar duli melawat seorang pemuda OKU yang kudung tangannya.

Sebelum meninggalkan rumah ni, Tuanku Sultan telah memeluk pemuda ni, dan selepas itu Tuanku telah menyediakan kepada keluarga ini sebuah rumah yang selesa ... Subhanalah...

Sultan yang amat2 menuruti pemerintahan Khilafah Islamiyah zaman kegemilangan Islam dahulu... Sultan yang begitu zuhud, merendah diri, sentiasa berpenampilan sederhana, berjubah & berkopiah adalah pakaian harian baginda .

Sultan yang sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat.

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, baginda adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra)

Subhanallah ...

♥ Sungguh Indah Negeri Kelantan ♥
"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR" -fb

Musa Aman Mengaku Lelaki Yang Diburu INTERPOL Itu Saudara Jauhnya

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan “saudara jauh” keluarganya.

Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.

“Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.

“Ini adalah soal polis dan Interpol.

“Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tiada orang yang dikecualikan undang-undang,” katanya lagi.

Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden PKR Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut.

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya.

Musa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya.

Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina.

Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain).

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan.

“Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik,” tambahnya.

Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina.

Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta).

Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan.

Tiada perjanjian ekstradisi

Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.

Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang “jelas dan boleh diterima” untuk campurtangan, kata de Lima (kiri).

Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.

Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.

Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.

Media blackout

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio.

Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa.

“Saya rasa laporan media – terutama di Kota Kinabalu – menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami.

“Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah “tidak baik” untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka.

“Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi.”

Samseng UMNO BN Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah


Melaka 4 Feb: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.

Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.

Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.

“Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.

“Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?

“Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.

“Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.

Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat.

“Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan,” katanya. -KD

[VIDEO] TV3 Sebut 100,000 Hadiri Ceramah Ust Azhar Idrus Di Kuantan


Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan.

Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus.

Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN.

Saksikan beritanya:

3 Feb 2013

MB S'ngor Bidas Hassan Ali: Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.

Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.

“Saya fikir dia tidak belajar ‘accounting’ (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam,” katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.

Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.

Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.

Kes Ibu Beranak Dua Mati Ditembak: Polis Jadi ‘Hakim’ Sebelum Mangsa Dibuktikan Bersalah

Polis tidak sepatutnya menjadi ‘hakim’ sebelum disabitkan sesuatu kesalahan itu di mahkamah terhadap seseorang dan yang menyedihkan, tiga mangsa mati dalam keadaan tidak sepatutnya dalam tempoh sebulan membabitkan pasukan keselamatan itu.

Akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak polis yang melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan sebuah kereta yang dipercayai dicuri menyebabkan seorang ibu beranak dua, Pua Bee Chun, 22, menjadi mangsa.

Mangsa dipercaya mati terkena tembakan itu berdasarkan kesan 24 butir peluru pada kereta yang dinaiki dalam kejadian di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 8.30 malam 18 Januari lalu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau kecewa dan sedih dengan kejadian itu dan menganggap polis tidak sepatutnya melakukan tindakan melulu di kawasan perumahan.

Apabila berlaku begitu, tidak ada siapa yang akan selamat. Ini membuktikan polis tidak menjalankan tugasnya secara profesional iaitu sepatutnya mendakwa penjenayah di mahkamah, bukannya terus betindak sebagai ‘hakim’.

“Kami pernah desak termasuk di Parlimen agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan tetapi hingga sekarang tidak dilaksanakan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo pula menyifatkan kejadian itu sebagai kes yang hampir sama dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 lalu.

“Polis kita bukan tidak terlatih. Banyak cara boleh hentikan kereta dan tidak perlu menggunakan senjata. Mereka sendiri tahu melepaskan tembakan boleh menyebabkan banyak kemungkinan berlaku.


“Kita akan bawa kes ini untuk tindakan sivil terhadap pegawai polis bertanggungjawab,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Puchong dan akan menjadi peguam kepada keluarga mangsa.

Dalam laporan polis suami mangsa, Foo Voon Kong, 26, mendapat tahu insiden malang yang menimpa isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan.

“Saya sampai di tempat kejadian dan ketika itu ramai orang awam dan pihak polis. Mayat isteri saya sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan doktor memberitahu bahawa isteri saya ditembak melalui belakang badannya dan peluru terkena pada paru-paru dan jantung,” jelas beliau.

Voon Kong yang bekerja sebagai pemandu lori itu berharap satu siasatan penuh dijalankan dan mengheret segera pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Kejadian polis melepaskan tembakan itu hanya untuk menghentikan sebuah kereta yang didakwa sebagai kereta curi. – Roketkini.

50 TAHUN BN BERJANJI! K'jaan PR Tunaikan Impian 112 Penduduk Terima Geran Tanah

Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Beliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur’janji manis’ untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

“Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini.

Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

“Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

“Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama,” katanya.

[ISU NASHA] Hendak Kekal Dalam PAS Tapi Ikutlah Adab Berjemaah

Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.

"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.

Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi.... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."

Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.

Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli.- Bernama

Ulasan GB

GB rasa keputusan Nasharuddin itu dapat diterima oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS malah kita mengalu-alukannya.

Akan tetapi, apabila kita membuat keputusan untuk bersama dengan jamaah, berarti kita sepatutnya menerima hakikat bahawa:

Dalam hubungan 'amal jama'i setiap ahli hendaklah jelas akan konsep tanzim kita dan keperluan kepada konsep ketaatan kepada keputusan jemaah. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Seseorang anggota yang telah beriltizam dengan sesuatu organisasi Islam / jamaah itu hendaklah mengekalkan keiltizaman dan kedudukannya tanpa tergugat oleh mana-mana sebab atau situasi yang boleh menyebabkan ianya keluar dari organisasi Islam/jamaah tersebut.

Jangan pula mudah terpedaya dengan habuan kesenangan dan merajuk lantaran kerana terpengaruh dengan situasi dan persekitaran terutama oleh nilai kebendaan.

Sebagai pengajarannya, kita dapati para sahabat di zaman Rasulullah saw tidak sedikitpun berganjak dari kebenaran Islam walaupun terpaksa menerima berbagai ancaman dan azab yang tidak terperi.

Mereka yang memimpin organisasi Islam/jamaah tidak pernah luntur keiltizaman mereka walaupun terdapat beberapa kepincangan di dalam organisasi atau jamaah tersebut. Mereka tetap berusaha memperbaiki dan memperteguhkan kelemahan yang sedang dialami oleh organisasi/jamaah dan bukan menggunakan kesempatan itu untuk menyerang jemaah disamping berbaik-baik pula dengan mereka yang selama ini diketahui sebagai "syaitan yang dikenali".

Renung baik-baik firman Allah swt ini:

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat dan senang nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata ” Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang - orang yang berdusta”. (Surah at-Taubah:42)

[EDISI HIPOKRIT] Mahathir Ajak Berpegang Kepada Al-Quran, San Miiguel Apa Cerita?

Sudah buang tabiatkah Mahathir ini? Mengajak orang lain berpegang kepada Al-Quran sedangkan anak sulongnya, Mirzan namanya, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut!

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Menjelaskan lagi bahawa Mahathir itu manusia hipkrit darjah tertinggi!


Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran


SUNGAI PETANI, 2 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peperangan yang membabitkan sesama masyarakat Islam berlaku kerana pengikutnya tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak zaman sebelum kedatangan Islam, peperangan dan pembunuhan telahpun berlaku di negara-negara Arab, walaupun pada masa yang sama masih terdapat kumpulan yang inginkan keamanan wujud.

“Peperangan dalam zaman Islam berlaku kerana kita mengabaikan ajaran Islam.

Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.

“Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau mengkafirkan orang.

Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam.

“Ia datang dari orang yang mahu ‘hijack’ (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Semasa berucap di forum itu, Dr Mahathir berkata Islam adalah berkait rapat dengan keamanan, tetapi kerana perpecahan sesama penganutnya sehingga saling berbunuhan seperti yang berlaku sekarang, ia tidak membezakan mereka dengan zaman jahiliah.

“Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang ‘hijack’ agama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang terjadi kini, orang Islam bunuh orang Islam, kadang-kadang orang Islam bagi senjata kepada orang bukan Islam untuk bunuh orang Islam. Ini amat menyedihkan.

“Oleh itu bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.

“Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan,” katanya.
-Bernama

Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan


Klip video ini pendek sahaja namun ia cukup menyentuh perasaan siapa pun yang melihatnya.

Saksikan bagaimana si abang hendak membantu adik perempuannya untuk melintas sebuah parit kecil.

Semoga nilai-nilai murni yang tertanam itu akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Saksikan… – MyNewsHub

2 Feb 2013

[EDISI HIPOKRIT] Ini Apasal Guna Murid Sekolah Sambut Menteri?


Jangan politikkan bidang pendidikan - Najib

TUMPAT 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.."

murid2 sekolah dan cikgu2 ni patut berada dalam kelas...belajar! -fb

Yang Ini Lagi Parah!


SAMBUT NAJIB!!! 1000 pelajar sekolah menengah diwajibkan hadir



Esok 3hb Febuari 2013 DS Najib Razak akan melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sek Men Kebangsaan Taman Dato' Haron Petaling Jaya, Selangor, sempena PROGRAM KESUKARELAWAN-" MY BEAUTIFUL MALAYSIA" yang akan diadakan di padang sekolah berkenaan.

Untuk menanmpakkan agar program ini nampak meriah kerana menyambut najib Razak maka seramai 1,000 murid dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5, dikerah datang secara paksa oleh Pengetua sekolah berkenaan.

Sambil mengugut ianya termasuk dalam silibus pendidikan kokurikulum peringkat kebangsaan dan diambil kira untuk permarkahan dalam penilian kukurikulum PAJSK.

Jadi tidak hairanlah kalau majlis yang dihadiri Najib Razak nampak ramai yang memberikan sambutan.

SUDAH KANTOI!!!!! WAKENA BEB!!!! TEMBELANG SUDAH MELETUP!!!!OMAK KAU
-omakkau

Ulasan GB

Hipokrit... tetapi UMNO terpaksa berbuat demikian... jika tidak menteri termasuk PM akan jalan sendirian....

"Kasi Tahu Sama Soi Lek, Kami Tak Takut Undi PAS"


MCA! your lies about PAS has failed!!! Many non malay openly support PAS now because we realise BN has been cheating and telling lies all this while! -fb

Maksudnya: MCA! penipuan anda berkenaan PAS telag gagal!! Kini ramai bukan Melayu meniokong PAS secara terbuka kerana kami sedar BN selama ini telah menipu dan berdusta.

Isu Air selangor: MB S'ngor Bidas Peter Chin Yang Salahkan Harga Air Murah

Dalam krisis air Selangor, Khalid mengatakan Chin hanya mementingkan keuntungan

IJOK, 2 Feb — Perbalahan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis.

Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur.

“Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat,” kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut.

“Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air,” tambah beliau lagi.

Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia.

“Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat.

“Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah,” tegas beliau.

Apabila ditanya mengenai kenyataan media Chin yang mengatakan kerajaan pusat tidak akan menyekat pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tetapi negeri tersebut memerlukan persetujuan antara pembekal dan pembeli, Abdul Khalid mendakwa Chin tidak memahami permintaan kerajaan negeri.

“Saya rasa Peter Chin ini tidak faham dengan permintaan kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan negeri bukan meminta untuk membeli SYABAS, tetapi kami meminta untuk membeli saham pelabur atau pemilik ekuiti di dalamnya termasuk Peter Chin,” tegas beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, persetujuan mengambilalih bukan terletak kepada pihak SYABAS tetapi sebaliknya adalah dibawah kerajaan pusat memandangkan mereka adalah pemegang saham utama yang terdiri daripada Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan Kementerian Kewangan.

“Dalam pegangan tersebut, Kementerian Kewangan merupakan pemegang Saham Emas iaitu yang terbesar.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk pengambilalihan tersebut,” terang Abdul Khalid.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

Akan tetapi Chin dua hari lalu memberitahu kerajaan negeri boleh membeli syarikat konsesi air jika syarikat swasta yang memegang kontrak bekalan tersebut bersetuju sambil menambah kerajaan pusat tidak akan menghalang urusniaga tersebut.

“Bagi saya ini adalah tawaran komersil biasa yang memerlukan persetujuan daripada pembeli dan penjual,” kata Chin dalam satu sidang media di Putrajaya.

“Jika ada persetujuan, biarkan SPAN dan saya yang tahu,” tambah beliau merujuk kepada pengendali syarikat air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. -TMI


‘Harga murah punca krisis air di Selangor’


KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.

Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.

“Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.

“Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan,” kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.

Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.

“Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.

“Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, Putrajaya menuduh keengganan kerajaan negeri Selangor membina loji rawatan Langat 2 sebagai punca krisis tersebut memandangkan sistem pengepaman sedia ada tidak mampu permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

Dalam surat yang ditulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR Selangor sebaik sahaja menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008.
-TMI