3 Feb 2013

50 TAHUN BN BERJANJI! K'jaan PR Tunaikan Impian 112 Penduduk Terima Geran Tanah

Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Beliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur’janji manis’ untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

“Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini.

Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

“Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

“Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama,” katanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN akan tinggal dalam kenangan bagai Orang Utan di Sepilok.

Sedih tapi benar lerana kerakusan dunia, rakyat di hina nya.

Hidup bongkak BN tak ubah seperti Seluar Dalam Di Buntut Khinzir.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sebegitu lama untuk memberi geran? Kerana mereka bukan rakyat di dahulukan tetapi kerabat di dahulukan.Nasib baik PR perintah bermilik tanah juga orang Melayu.Kalau harapkan BN bukan 50tahun tapi mungkin 150 tahun.Lebih ramai pula lagi orang asing ( Kemboja,Indonesia ) mempunyai milik tanah berbanding Melayu,kerana mereka kuasa membeli kita hanya ada kuasa memohon.

Tanpa Nama berkata...

Alamakkkk.... makin susahlah umno nak tawan balik selangor. Dengar khabar orang pr akan pegang hantu masa pru13 dan ajak mereka makan kenduri. Bila dah bagi makan kenduri, hantu2 tak jadi pergi mengundi

Tanpa Nama berkata...

dah 50 tahun BN perintah tiba-tiba beri BR1M RM500 sedangkan kami pelajar IPT mengangur tiada kerja, cukup makan sara keluarga untuk 5 tahun

Tanpa Nama berkata...

BN memang tepati janji tak hapus PTPTN dan nak naik bil air SYABAS kalau dapat perintah Selangor PRU13

Tanpa Nama berkata...

Sekarang tanah sudah dapat. Kepada mereka yang sudahpun dapat tanah, pertahankan tanah anda dengan jangan biarkan UMNO memerintah lagi di masa akan datang. Kalau diaorang perintah diaorang akan rampas tanah tersebut seperti mana yang berlaku di Terengganu. Jangan biarkan apa yang berlaku di Terengganu berlaku di tempat anda. Pertahankan ia dengan jangan undi UMNO pada PRU akan datang. Percayalah.

Tanpa Nama berkata...

Kes geran tanah disorok dan muncul dgn nama lain berlaku baru je di kwsn Kuala Selangor. Minta selidik. Sy anak mangsa keadaan tersebut.