Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan “saudara jauh” keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.
“Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.
“Ini adalah soal polis dan Interpol.
“Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Tiada orang yang dikecualikan undang-undang,” katanya lagi.
Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden PKR Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya.
Musa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya.
Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina.
Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain).
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan.
“Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik,” tambahnya.
Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina.
Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta).
Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan.
Tiada perjanjian ekstradisi
Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.
Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang “jelas dan boleh diterima” untuk campurtangan, kata de Lima (kiri).
Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.
Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.
Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.
Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.
Media blackout
Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio.
Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa.
“Saya rasa laporan media – terutama di Kota Kinabalu – menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami.
“Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah “tidak baik” untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka.
“Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi.”

4 ulasan:
Lagi satu bukti, spt yg dinyatakan dlm RCI sabah.. pendatang haram filipin berjaya sehingga menjadi ketua menteri sabah hasil kerja jahat umngok lahanat..sial.
die ni dpt IC dari pojek IC ke?ke calon penerima utk pojek IC terbaru utk pru 13 ni?
Pakcu rasa dalam perkara ini ianya dapat diselesaikan antara rundingan dua buah negara. Persoalan undang-undang bukan untuk hentam kromo dan mudah menuding jari kearah Umno walaupun kawan kita tak berkenan.
Persoalan jenayah adalah universal. Persoalan persaudaraan adalah talian darah.Dan undang-undang tetap teratas
Rujuklah pada badan yang bertanggung jawab secara resmi apa lagi ianya berkaitan dengan dua negara. Jangan asyik komen dan menambah sesuatu yang menyebabkan penilaian pembaca lain meletakkan cara berfikir kita terlalu rendah dalam menentukan arah kes yang sebenar....walahualam.
Untuk pengetahuan Pakcu pejuang-pejuang Islam/Melayu di Selatan Thai ditangkap di Malaysia dgn izin pihak berkuasa Malaysia, kemudian dgn mudah pula diserah kpd kerajaan Thai. Mengapa tidak terjadi kpd Amalilio? Sudah tentu ada sesuatu hendak disembunyi seperti yang disebut oleh pihak berkuasa Filipina. Fikirkanlah sejenak....
Catat Ulasan