3 Feb 2013

MB S'ngor Bidas Hassan Ali: Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.

Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.

“Saya fikir dia tidak belajar ‘accounting’ (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam,” katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.

Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.

Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.

13 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau tiada ilmu accounting, jangan cakap sebarangan Mr. Hassan Ali. Tambahkan lagi UMNO ini diaorang ilmu accounting memang tidak betul. Debit jadi Credit, Credit jadi Debit. Selamatkan duit rakyat dari diselewang diaorang cakap kredit (rugi) tapi UMNO pau duit rakyat dicakapnya debit (untnug). Tumbangkan UMNO untuk beri ruang kepada pakar accountant untuk buat kerja di Parlimen dan yang bodoh yang dapat degree / PHD accounting cara rasuah dihalau keluar dari parlimen cause you tidak layak.

PokAmid berkata...

Hassan patut melihat SELUUUUUUUURUH nya sebelum buat kenyataan. Kesian betul kat budak Hassan ni.

Awanama berkata...

Hassan Ali ini sibahalol bangga dengan kebahalolan nya

Awanama berkata...

Saman Hasan Ali...ini kes fitnah..kasi dia sehelai sepinggan...

Ammy Hassan berkata...

Saya kenal Hassan Ali sebagai seorang motivator Summer Camp yang energetik dan dinamik. Dia masuk PAS kerana dakwanya dalam kes liwat Anwar, Mahathir memperbodohkan mentaliti & intelektualiti manusia dan "keluar" PAS pun kerana faktor Anwar juga. Sayangnya kini, sifatnya sebagai pendidik tidak dapat dimanafaat untuk membina JATIdiri yang luhur lagi dihormati. Sesuailah dia kini menubuhkan JATI yang tak ubah seperti kayu JATI yang MATI... hampes!

Awanama berkata...

Hassan awatlah awak busuk hati dan.buta perut. Bertaubatlah sebelum nyawa dihujung halkum

Awanama berkata...

Inilah padahnya mempunyai pemimpin yang mempunyai latarbelakang bukan teknikal. Dalam perkhidmatan awam, pegawai yang mempunyai latarbelakang bukan teknikal seharusnya kurang dari 3%

Awanama berkata...

Hasannn sulah jadi golila oooo

Awanama berkata...

SubhanAllah,
Makin lama makin bodoh, makin lama makin tak cerdik, masa di BTN pernah kepajabt pakai stokin berbeze warna ingat tersilap.... Tapi memang lembab & lembam.
TAK HABIS DENGAN FITNAH.... DIGOMBAK DIA KATA YB AZMIN KONGSI ISTERI DIA DENGAN ORANG MANA DIA DENGAR.... SBLM TU NAGI TAU UTUSAN MELAYU YANG BANGANG TU PASAL DSAI SOKONG LBG... AKHIRNYA UTUSAN KALAAH SAMAN OLEH ANNUAR....
SEKARANG DSAI MUNGKIN SAMAN DIA, KALAU AZMIN NAK SAMAN SAYA BOLEH BAGI VIDEO UCAPAN DIA DI GOMBAK, TELANJANGAKAN BUDAK HASAN INI ..... BARU DIA TAHU

Awanama berkata...

Sedih betui la dgn pak hasan ni.. bertahun2 meludah2 kt ameno, skrg dijilat2 semula kahak2 busuknya di longkang ameno utk diludah kpd PR.. Jijik betul 'manusia' mcm ni..

Awanama berkata...

Belajor je tinggi, akai rendah. siannnn.
Limau perut tiga serangkai,
Buta perut tak dak akai.
siannnn....

Unknown berkata...

SAN OIISANN...MAKIN HARI MAKIN BODO KO YEERKK...HAI!!!"APE PUNYE TANGKAL YG KO PAKAI NI!!BETOLBETOL SUWEII""'

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Agak terharu dengan kenyataan Tan Sri iaitu seorang menteri besar kini menganggap diri serta jawatannya masih sebagai seorang penjawat awam.Patutlah PM Najib sendiri menunggu-nunggu langkah untuk berjalan seiring semasa kes tanah runtuh di Bkt. Antarabangsa lalu.....