4 Sep 2011

Padah Berasmara Dalam Kereta, Tertolak Gear Reverse Lalu Rempuh Penghadang

Changsa – Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.

Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.

Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.

Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.

Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu.

– Agensi

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Najib - Ambil Mudah Aspek Keselamatan Misi Somalia

Najib: Usah salahkan sesiapa ekoran kematian jurukamera di Somalia

SUBANG, 4 Sept — Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai tidak mempersalahkan sesiapa atas kematian jurukamera Bernama TV yang menyertai misi kemanusiaan di Somalia, kelmarin.

Gambar: Najib Razak dan Rosmah Mansor berbual dengan isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Pangkalan TUDM Subang. — Foto oleh Choo Choy May

Perdana Menteri berkata keselamatan tidak boleh dijamin seratus peratus meskipun langkah-langkah berjaga diambil ataupun diberi latihan.

“Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus,” kata Najib pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini hari ini selepas menerima jenazah.

Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi. -TMI


Jenazah Noramfaizul Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

SUBANG JAYA 4 SEPTEMBER : Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pada jam 10 pagi tadi.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan pangkalan itu sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat C-130 TUDM yang turut membawa pulang anggota misi bantuan Malaysia itu.

Jenazah Allahyarham disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.

Selain anggota keluarga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dan kumpulan misi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa ke Masjid TUDM.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. -tvsnews





Ulasan GB

Kenyataan paling tidak bertanggugjawab dari seorang Perdana Menteri yang baru pulang "bercuti" dari Australia sewaktu rakyat sedang merayakan hari Lebaran dan Hari Merdeka di dalam negara.

Beliau berkata "Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus"

Justeru itu maka langkah keselamatan sudah tidak perlu diambil semata-mata kerana ia tidak memberi jaminan 100% selamat? Apa-apa pun langkah keselamatan memang tidak boleh memberi jaminan 100% selamat kerana kesemuanya di tangan Allah s.w.t., namun ia tidak bererti langkah keselamatan tidak perlu diambil lantarannya.

Ini baru betul-betul kisah Pak Pandir dengan Mak Andeh. Apa kata Pak Pandir kepada bininya Mak Andeh dalam cerita rakyat apabila anaknya mati? Kata Pak Pandir kepada Mak Andeh;

"Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita."

Kedua, apakah kerana yang terlibat itu ialah Kelab Putera 1Malaysia maka PM meminta orangramai jangan persalahkan sesiapa demi untuk menyelamatkan nama kelab berkenaan?

Pagi tadi tatkala GB menyiarkan satu entri bertajuk: Apakah Misi Somalia Patuhi Ciri Keselamatan? seorang pengunjung yang menggunakan nickname "Rasional" menulis seperti berikut:

Ini bukan isu politik (eventhough cara ia diberitakan dan apa yang akan jadi lepas ini memang telah atau akan jadi politik pun). Ini isu keselamatan krew media. Sedangkan field reporter CNN dan BBC yang 'embedded' dengan tentera di Iraq, Afghan dan Libya sekalipun sentiasa memakai kevlar vests. Memang terlalu banyak ketirisan dalam perancangan misi ini. sedangkan ramai lagi wartawan antarabangsa yang telah menjadi mangsa ketika membuat liputan, setakat seorang wartawan Malaysia terkorban ketika menjalankan tugas, sekadar jadi statistik sajalah. Satu kehilangan nyawa yang sia-sia dan amat boleh dielakkan.


Jikalah misi itu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan wujud kematian seperti kes Noramfaizul ditembak mati, sudah pasti kerajaan dan sekalian media pencacai akan mengutuk dan bergendang hiruk pikuk sebulan lamanya menyalahkan penganjur lantaran tidak mengambil keselamatan yang wajar.


Hipokrisi Khairy Si "Pet-Riot" Yang Bakal Terdedah Nanti

KJ: 'Pentas Patriot' akan dedah tembelang Mat Sabu

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengumumkan rancangan pergerakan itu untuk menganjurkan siri jelajah ceramah bagi menentang "penghinaan" kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sambil menamakan siri jelajah itu 'Pentas Patriot' Khairy pada laman mikro-blog popular Twitter berkata siri ceramah itu akan membabitkan tokoh sejarah dan generasi mereka yang dibunuh semasa PKM mengganas di negara ini.

"Pemuda Umno akan anjurkan siri jelajah ceramah 'Pentas Patriot' siri dengan bekas kommando, askar dan polis bagi menentang penghinaan Mat Sabu itu," katanya.

Sejak Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, menyiarkan ceramah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang didakwa berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN.

Mat Sabu pada satu sidang medianya minggu lalu berkata laporan itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Utusan juga menyiarkan kenyataan Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong itu.

Blog-blog pro- pembangkang kemudian menyiarkan semula video ceramah Mat Sabu Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu bagi membuktikan perkara itu seganja diputar belit bagi memfitnah Mat sabu dan PAS.

Berikut petikan itu.

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong….”
kata Mat Sabu. -mk


`Mengapa Umno hipokrit’

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS mendakwa parti Islam itu tidak pernah berbaik-baik dengan komunis sebaliknya menuduh Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MOU) dengan Parti Komunis China.

Idris Ahmad, bekas Ketua Penerangan PAS yang kini AJK Pusat mendakwa, Umno telah mengadakan MOU dengan Parti Komunis Cina pada 5 Ogos lalu.

Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina, dakwanya dalam blog beliau hari ini.

“Sekiranya MOU ini dibuat oleh PAS atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.

“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?

“Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa Umno hipokrit? Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur.

Pekak dan buta

“Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang pada Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu. Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” tambahnya.

Idris mendakwa, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Beliau berkata, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS sokong komunis.

“Tidak ada rekod Pas berbaik dengan komunis. Sedangkan umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MOU dengan Parti Komunis China.

“Pemimpin umno juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis. Namun kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS,” tegasnya -FMT


Ulasan GB

Rasanya kenyataan Ustaz Idris Ahmad sudah menjawab rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamalauddin tersebut.

Dan seperti GB katakan sebelum ini di entri Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]:


Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!




Foto Khairy Jamaluddin di dalam satu posing istimewa yang pernah menimbulkan kontroversi sedikit masa lalu


Eksos Kereta Dililit Dengan Bahan Letupan

Port Dickson: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.

Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.

“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.

“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.

“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.

“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.

“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.

Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.

“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.

“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.

Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.

“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.

“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya. -hm

Apakah Misi Somalia Patuhi Ciri Keselamatan?

DAP mahu siasatan sama ada misi Somalia patuh ciri keselamatan

KUALA LUMPUR, 3 Sept – DAP mahu pihak berkuasa mengadakan satu siasatan berhubung tragedi kematian membabitkan wartawan Malaysia di Somalia semalam bagi mengenal pasti jika wujud “jurang dalam pelaksanaan aspek keselamatan.”

Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil) terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan cedera di tangan dan dilaporkan stabil.

Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, pihaknya berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah atas situasi dialami keluarga Allahyarham Noramfaizul, tetapi mahukan satu siasatan dilakukan.

“Semangat Allahyarham dan pasukan media yang bertugas mengiringi lawatan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti tersebut amat disanjungi kerana keberanian mengharungi cabaran atas amanat sebagai anggota media.

“Namun, DAP ingin menegaskan bahawa pihak penganjur misi ke zon bahaya seperti Somalia perlu mengambil serius segala protokol keselamatan terhadap anggota rombongan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Angkatan Warga Aman Malaysia S Barathidasan pula berkata, tragedi terbaru ini menunjukkan bahawa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ada kecacatan dalam mempromosikan agenda BN-Umno.

“Adakah kelab itu benar-benar tahu apa yang berlaku di Somalia sekarang? Kami juga rasa sedih dengan tragedi yang dialami jurukamera kita dan keluarga mereka,” katanya lagi.

Noramfaizul, 39 meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat di bahu kanan yang menusuk paru-parunya semasa pulang ke tempat kediaman selepas membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Beliau adalah antara 55 anggota misi tersebut yang berlepas ke Mogadishu, Somalia pada 28 Ogos lalu.

Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian pukul 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu. -TMI

Minat ‘Black Hawk Down’

MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.

MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.

Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.

Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.

Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.

“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.

“Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.

Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.

“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.

“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.

Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.

Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.

Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan. -hm


‘Saya terdengar dua das tembakan’

NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

MOGADISHU – “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.

“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. -kosmo


Ulasan GB

Apa ke jadah, Trio Datuk T semasa bersumpah laknat dulu siap dipakaikan dengan baju kalis peluru.

Tiba-tiba terlupa membekalkan peserta misi penyelamat ke Somalia dengan baju berkenaan.


[Bergambar] Kisah Mat Indera, Utusan Memfitnah Mat Sabu Sebagai Penyokong Kominis

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera Oleh Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.

Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan,kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud (gambar) menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Sarjan Bajuri menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan.

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Ulasan GB

FITNAH.

Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ


Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah kepada orang-orang mu'min (laki-laki) dan mukminah (perempuan) kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar Al-Buruj:10

3 Sep 2011

Populariti Najib Lebih Menjunam Tahun Depan – Fuziah [Ulasan GB]

Kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak yang mengalami kejatuhan baru-baru ini, akan berterusan pada masa depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau menjangka, Najib akan melakukan sesuatu gimik bagi menaik imejnya dengan mengumum ‘benda-benda baik’ pada pembentangan belanjawan, Oktober depan.

“Dari segi psikologi, aliran graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.

Berdasarkan laporan terbaru badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center, tahap kepopularan Najib merosot enam mata kepada 59 peratus.

Mengikut bancian sama, kemerosotan itu ada kaitan dengan kenaikan kos sara hidupapabila pengguna mula merasai kesan kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Selain itu, bancian juga mendapati pengendalian kerajaan dalam menangani Himpunan Bersih 2.0 mempengaruhi persepsi umum kerana ia membawa kesan negatif.

Najib juga gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinannya manakala sokongan kaum Melayu merosot dari 73 peratus pada Mei kepada kini cuma 69 peratus.

Mengulas lanjut, Fuziah yakin ia petanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir kerana Najib sukar melengah-lengahkannya kerana popularitinya akan lebih menjunam pada tahun akan datang.

“Mungkin awal November selepas pembentangan belanjawan. Biasanya, media kawalan Umno akan menguar-uar, kononnya ia belanjawan terbaik dan graf naik sekejap,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu bersifat sementara dan percaya Najib akan membubar Parlimen ketika itu.

“Jika Najib tidak bubar, graf itu akan merosot hinggalah tahun depan. Perdana Menteri tidak akan mengadakan PRU selepas Jun kerana GST akan dilaksana,” katanya. -KD

Ulasan GB



Berdasarkan kepada geraf penilaian prestasi & popaliriti Najib di atas, dilihar arah-aliran (trend) dari bulan ke bulan menurun selepas Mei 2010 dimana ketika itu prestasinya berada paling tinggi iaitu 72%.

Kemudian pada Nov 2010, angka itu menurun kepada 69%, menurun lagi pada Mac 2011 kepada 67%, terus merudum kepada 65% pada Mei 2011 dan menjunam ke paras 59% pada Ogos 2011.

Dari sudut analisa teknikal, kejatuhan geraf di bawah garis psikologi 60% menunjukkan ia akan meneruskan arah aliran ke bawah, sekitar 50%-56% untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Dari sudut fundamentalnya pula, kelemahan-kelemahan Najib & Rosmah bakal memberikan impak negatif terhadap prestasinya seperti kes cincicn RM24 juta, penyalahgunaan dana negara untuk lawatan peribadi di Kazashtan, kenaikan harga barang keperluan, kadar jenayah semakin meningkat, keganasan polis, program transformasi yang lebih bersifat kosmetik daripada yang sebenar, penjajahan sistem kehakiman negara, amalan rasuah dan kronisma, dendam kesumatnya kepada Anwar, dolak-dalik untuk reformasi pilihanraya, kenyataan menteri-menteri yang lebih kepada mengampu daripada menyatakan hal yang benar, isu kominis & Mat Sabu yang mendedahkan lebih banyak pekong UMNO, pembaziran dalam pembinaan tugu 1Malaysia di seluruh negara dan bermacam-macam lagi.

Justeru itu adalah benar jangkaan bahawa prestasi dan populariti Najib akan lebih parah selepas ini. Stay tuned!


Kerajaan Tiada Pilihan: Masyarakat Kristian Turut Tuntut Pilihanraya Bersih

Ketua Biskop: Pastikan reformasi sebelum PRU-13

Kerajaan perlu memastikan bahawa pembaharuan pilihan raya dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang diadakan, kata Ketua Biskop Roman Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Pakiam.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami berkongsi visi yang sama untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

"Kami menyeru kerajaan untuk memastikan pembaharuan dalam proses pilihan raya dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

"Memandangkan pentingnya pembaharuan ini, proses itu perlu dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pakiam, yang juga adalah presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, berkata adalah "menggembirakan" bahawa kerajaan terbuka mendengar dan mempertimbangkan cadangan daripada pelbagai sektor masyarakat mengenai isu berkenaan.

"Desakan untuk pembaharuan itu bertujuan memastikan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi pembaharuan pilihan raya, selepas menerima tekanan hebat daripada masyarakat awam, terutamanya daripada gabungan NGO BERSIH 2.0.

Namun, perdana menteri terus dibidas apabila beliau mengumumkan bahawa pilihan raya umum akan datang boleh diadakan "pada bila-bila masa" tanpa perlu menunggu kawatankuasa khas itu menyelesaikan tugas mereka.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dikritik kerana berkata mereka mungkin tidak akan menerima ataupun melaksanakan semua cadangan jawatankuasa berkenaan.

NONEBERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu menganjurkan perhimpunan besar-besaran membabitkan ribuan rakyat yang berarak sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan pilihan raya. Menurut badan itu, adalah "sia-sia" membubarkan dewan Rakyat sebelum cadangan jawatankuasa khas itu dilaksanakan. -mk

Dasar Muka Tak Tahu Malu: Slot Khas Rosmah Di Kaca TV

Ucapan raya: PAS pertikai slot istimewa untuk Rosmah

Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.

"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.

"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.

"Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk kepada begitu banyak tuduhan yang mendakwa Rosmah lebih berkuasa dari Perdana Menteri sendiri.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.

Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.

"Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus," sindir Mahfuz (gambar).

Dengan sinis juga beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.

Tahap puas hati terhadap Najib merudum sehingga 59 peratus, yang paling rendah sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Menurut soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap puas hati kepada Najib memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6 peratus kepada 59 peratus - buat kali pertama di bawah paras 60 peratus dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.

Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72 peratus pada Mei 2010, dan selepas itu terus merudum dan merudum.

Berdasarkan kaum, tahap puas hati terhadap Najib di kalangan orang-orang Melayu jatuh ke bawah paras 70 peratus, buat kali pertama sejak Disember 2009.

Tahap puas hati di kalangan kaum Cina pula merudum kepada 38 peratus, 11 peratus lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.

Menurut Merdeka Review, penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.

Dari kesemua responden dalam soal selidik itu, 51 peratus daripada mereka tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29 peratus responden mendapat pendidikan tinggi.

Ulasan GB

Telah banyak kritikan terhadap isteri menteir perdana yang bernama Rosmah Mansor ini. Dengan memasukkan dirinya kedalam bakul lalu diangkatnya sendiri sebagai "First Lady Of Malaysia", kemudian menggantikan tempat Najib Razak untuk menyambut orang-orang kenamaan dari luar negara, menggunakan wang rakyat untuk melancong percuma, menggunakan acara rasmi untuk meraikan pertunangan anaknya di Kazashtan, menggunakan platform PERMATA untuk membolehkannya menyapu lebih banyak wang negara, cincin berlian berpuluh juta tanpa cukai dan kini... slot khas untuk pertontonkan dirinya seolah-olah beliaulah PM negara.

Memang dasar muka yang tak tahu malu.

GB pernah membuat ulasan sebelum ini di Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah

Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Populariti Najib Memang Telah Merudum. Merdeka Centre Pertahan Kajiannya.

Populariti Najib: Merdeka Center pertahan kajian, bukan ‘pendapat peribadi kami’

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi ‘dingin’ pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, “kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya.”

Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.

“Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.

“Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon),” kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah “kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010.”


Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.

“. . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ibrahim lagi.

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.

“Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.

“Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008. -TMI

Ulasan GB

Biarkan UMNO bersama pemimpinnya tenggelam dengan sindrom penafian.

GB sudah mengulas di SINI. Petikan:


Malah Rais tak segan silu berdusta degan berkata kononnya Jabatan Penerangan Malaysia telah mebuat kajiannya yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Benarkah Jabatan Penerangan ada buat kajian atau ia hanya auta Rais Yatim untuk membodek, mengampu dan menyenangkan hati PM?

Sama juga satu ketika di mana Rais berdusta menyatakan Jabatan Penerangan dah buat kajian peserta BERSIH 2.0 kononnya telah dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan 9 Julai 2011 lalu.

Kajian-kajian yang disebutkan oleh Rais tidak pernah diterbitkan dan Bernama pula menjadi pencacai menghebahkan pendustaan manusia bernama Rais Yatim ini. Selagi UMNO percaya kepada kajian auta Rais Yatim selagi itulah mereka terbuai dengan zon selesa.

DAN percayalah.... sindrom penafian mereka ini jugalah yang bakal percepatkan keruntuhan dan kehancuran rejim UMNO BN di bawah pemerintahan Najib.


Kebenaran Terdedah: Siapa Yang Tidak Patriotik? Najib Ke Luarnegara "Sambut Kemerdekaan"

PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini. -mk

PM: Jangan lupa perjuangan pemimpin terdahulu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

Beliau berkata, walaupun umat Islam masih dalam suasana keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kedua hari ini, tetapi mengingatkan supaya jangan sekali-kali melupakan perjuangan pemimpin yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Dalam keriangan Aidilfitri saya harap kita tidak melupakan perjuangan pemimpin untuk mencapai kemerdekaan negara. Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," katanya dalam laman Twitter hari ini.

Dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera', sambutan hari kemerdekaan ke-54 tahun ini disambut dengan sedikit kelainan di mana ia akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Semalam, semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Najib turut memotong kek sebagai tanda simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik oleh artis tanahair. - Bernama


Ulasan GB

Memang dasar hipokrit!

Menuduh orang lain tidak patriotik tetapi rupa-rupanya beliau sendiri terbang ke luarnegara tatkala negara menyambut Hari Lebaran dan Hari Merdeka.

Malang bagi rakyat Malaysia berperdana menterikan NR (Najib Razak).

Apa lagi dalih dan pembohongan yang hendak dilakukan oleh Wisma Putra kali ini?

Dahulu GB pernah menyatakan:

Anak Najib Bertunang Malam Tadi: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini!

Isu Komunis Cuba Alih Perhatian Rakyat Daripada Tuntutan BERS✔H

Mohamad Sabu menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang.

Timbalan Presiden PAS berkata, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah.

“Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda.

“Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat.

Baru-baru ini dalam laporan muka hadapan sebuah akhbar milik Umno mendakwa Mohamad Sabu menganggap Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis sebagai hero sebenar.

Kenyataan itu dipetik ucapan Timbalan Presiden PAS itu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Menurutnya juga laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar.

”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.

”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.

Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya cara itu tidak betul.

”Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya.

Kata beliau peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku.

Begitu juga katanya dalam peristiwa Memali ada empat anggota polis yang terkorban.

”Cuma dalam setiap peristiwa yang berlaku hanya pemimpin Umno yang selamat. Begitu juga dalam kes Memali pihak yang mengarahkan serbuan iaitu pemimpin Umno masih lagi selamat,” katanya.

Mohamad juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai mendewakan fahaman komunis sebagai amat keterlaluan dan menjijikkan.

Kata beliau segala tomohan tersebut tidak lebih bagi memburukkan beliau dan PAS.

”Tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN sedang berada di kandang orang salah menurut pandangan rakyat,” ujarnya.

Beliau menjelaskan juga perayaan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara sekarang tidak lebih sebagai merayakan pemimpin negara dan bukannya tokoh pejuang kemerdekaan sebenar.

Katanya apabila ada fakta menyebut penglibatan tokoh lain ketika menuntut kemerdekaan negara, pemimpin Umno mulai menjadi gelabah.

”Maka tidak hairanlah semangat menyambut kemerdekaan sudah mulai luntur di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat sendiri berapa buah kenderaan atau rumah yang sanggup memasang Jalur Gemilang.

”Berlainan dengan apa yang berlaku di Indonesia semangat rakyat begitu tinggi ketika perayaan ulangtahun kemerdekaan mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat.

Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong pula berkata, generasi muda sekarang mulai tahu tokoh-tokoh yang benar-benar terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Menurutnya pendedahan itu dibimbangi pemimpin Umno kerana sebelum ini setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan hanya pemimpin negara yang diketengahkan, sedangkan pejuang sebenar disisihkan. -HD

Jurukamera BERNAMATV Maut Di Somalia

Mogadishu: Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh selepas ditembak ketika membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini, malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia jam 11.15 malam tadi (jam 6.15 petang di Somalia) iaitu kira-kira sejam selepas terkena tembakan curi dipercayai dilepaskan kumpulan pemberontak.

Dalam kejadian serang hendap itu, seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara rambang.

Wartawan Harian Metro, Mohamad Apendy Issahak ketika dihubungi di Mogadishu lewat malam tadi memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan, Allahyarham bersama petugas media Malaysia sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan di sini selepas melawat kem penempatan dalaman (IDPs) Waveri, dekat sini.

Seramai 53 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk petugas media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu dan mereka kini dalam proses pemindahan ke lokasi selamat.

IBU Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil), Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA

Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang sedang menuju ke hotel.

Sementara itu, wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar laporan berita apabila terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Mangsa yang dibawa masuk ke dalam hotel sejurus selepas kejadian, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 11.07 malam waktu Malaysia.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media Malaysia, tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dijangka pulang pada 8 September ini.

Wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi memberitahu Aji Saregar cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) ketika mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh ke belakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mentuanya di Serdang Raya, dekat sini, terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

IMBAS...Noramfaizul (dalam bulatan) bergambar bersama rombongan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sebelum berlepas ke Somalia.

Norazrina berkata sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya," kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tan berkata mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan hari ini. -hm

Spender UMNO Pun Terlucutlah... Tuduh Mat Sabu, Sedangkan UMNO Sebenarnya Yang Pro-Komunis

Siapa sebenarnya pro-komunis?

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.

“Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

“Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka,” kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, “jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?”

‘The People’s Daily’

Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’

“Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah,” katanya lagi.

“Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

“Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?,” terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?,” soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

“Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

“Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan,” jelasnya.

Beliau menyoal, “adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

“Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China,” tegasnya.

Ujar beliau, “kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.”

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13,” katanya. -FMT

Utusan Malaysia Pemfitnah Berlesen, Penyambung Lidah Fitnah Di Pagi Syawal

Utusan Malaysia terus kekal dengan agenda membonsaikan fikrah orang Melayu seawal pagi 1 Syawal.

Tanpa mengira umat Muslim yang baru sahaja selesai menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan juga merayakan kemenangan mereka melawan hawa nafsu, Utusan Malaysia terus-terusan cuba mengelirukan orang Melayu dengan menerbitkan kenyataan dangkal berhubung isu cincin berlian Rosmah Mansor.

Utusan Malaysia cuba untuk mengelirukan orang-orang Melayu di kampung-kampung yang tidak mempunyai akses internet telah dengan sengaja menerbitkan kenyataan dari Anuar Shaari dengan membayangkan seolah-olah Che'gu Bard (gambar kiri) seorang penakut yang tidak berani untuk melaporkan isu cincin ini kepada SPRM.

Sedangkan hakikat yang diketahui oleh semua dan sudah pasti Ketua Pengarang Utusan Malaysia maklum mengenai perkara ini adalah Che'gu Bard melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun membuat satu laporan SPRM pada 13 Julai 2011.

SAMM Negeri Johor sangat kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang seolah-olah seperti "pencuri di siang hari", penyambung lidah fitnah sehinggakan pada ketika umat Islam sedang merayakan perayaan besar Aidilfitri mereka terus-terusan tergamak menjadi penyambung lidah fitnah dan memperbodohkan masyarakat Melayu tanpa rasa bersalah.

Sebagai sebuah akhbar yang sepatutnya memainkan tanggungjawab sosial membentuk fikrah masyarakat, tetapi sikap Utusan Malaysia yang tanpa segan silu terus menyebarkan berita yang tidak benar semata-mata untuk menutup pekung di dada pimpinan Pemerintah Negara adalah sangat pahit. Tambahan pula, dalam keadaan negara sedang menyambut ulangtahun Kemerdekaan, artikel terbitan Utusan Malaysia tersebut telah secara jelas menjajah pemikiran masyarakat melalui penulisan picisan.

Adakah Utusan Malaysia hari ini merupakan pengkagum Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip "The Big Lie" iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata. Sesuatu yang amat dahsyat, di sebalik 54 tahun Kemerdekaan tanahair dan kredibiliti miliknya yang ditubuhkan pada tahun 1939 dengan hasrat dan tujuan asal untuk membangkitkan pendapat penduduk Tanah Melayu terhadap penjajah British, namun kini Utusan Malaysia seolah-olah hilang jatidiri dalam membentuk fikrah rakyat khususnya masyarakat Melayu.

Sehubungan dengan itu, SAMM Negeri Johor diatas rasa tanggungjawab memperjuangkan "apa jua yang Haq, menolak yang batil" akan mengeluarkan risalah untuk diedarkan di seluruh negeri Johor untuk memperjelaskan keadaan sebenar isu berkaitan pembelian Cincin Berlian oleh "First Lady" Malaysia, Rosmah Mansor.

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA

*Kenyataan Ahmad Anwar Asyraf bin Ismail selaku Penyelaras Negeri Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor.