Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera
NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.
Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.
Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.
Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.
Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.
Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.
Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.
“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. -BH
Ulasan GB
Cuma sedikit perhatian untuk para membaca yang membaca kedua-dua tulisan di atas yang isinya hampir serupa.
Lagenda Mat Indera mungkin telah mengalami sedikit tokok-tambah seperti yang terpapar di dalam tulisan-tulisan di atas.
Ini kerana, jika Mat Indera seorang yang kuat berpegang kepada agama, seorang hafiz al-Quran, maka GB kira tentulah beliau mempunyai pegangan tauhid yang mantap. Justeru itu, penggunaan "tangkal" dirasakan kurang tepat untuk menggambarkan seseorang yang mempunai ilmu tauhid.
Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.
Bagi orang yang mempunyai Ilmu Tauhid, mereka tidak bergantung kepada sebarang tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat adalah mumkin "benda baharu" dan Ilmu Tauhid mengajar kita setiap yang baharu tidak memberi bekas - samada mendatang menafaat atau mudharat, kerana yang mendatang menfaat dan mudharat hanyalah Allah s.w.t.
Yang masih percayakan tangkal, azimat, tahyul dan khurafat kebanyakannya hanyalah orang Melayu UMNO yang dipaparkan dengan beberapa adat jahiliyah yang diamalkan seperti menyembah tugu negara, tepung tawar, menggunakan manderam (ingat kes Pak Lah menemui manderam di meja pejabat PM beberapa minggu sebelum beliau mengisytiharkan peralihan kuasa kepada Mohd Najib?) dan beberapa kes pemimpin UMNO menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal di dalam merebut dan mempertahankan jawatan di dalam parti (ingat kes Datuk Mazlan yang dikerat 18 oleh Mona Fendy?).
Menyatakan Mat Indera menggunakan tangkal adalah satu fakta yang meragukan untuk seorang yang kuat berpegang kepada agama.
Justeru itu berhati-hati tatkala membaca dan mempercayai sebarang perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.
13 ulasan:
Bodoh juga Mat Indra ni dok caya kominis Cina tu nak dengar arahan dia. Sedara Yong (bekas gerila Melayu yang kerjasama dengan kominis untuk halau British) dah hidu perangai kominis ni, sebab tu mereka berpaling dan menyerang kominis dalam perang sungai manik. Inilah cerita versi mereka tentang perang sungai manik. Jangan percaya versi kominis.
jangan percaya komunis,
lebih baik percaya penjajah british yg menjajah kita beratus tahun lamanya atau bersekonkol dengan penjajah british matsaleh yang sehingga sekarang masih menjajah negara2 umat islam, mana2 negara umat islam yang dimerdekakan penjajahan budaya mereka tetap berlaku itulah hebatnya penjajahan matsaleh ini.
apa yg berlaku dinegara umat islam sekarang mengikut rentak mereka(mtasaleh) sehinnga umat islam sendiri sanggup melebelkan saudara seaqidah mereka sediri yg menentang matsaleh ini sebagai pengganas itulah hebatnya budaya pemikiran yg diterapkan oleh pehak matsaleh yg dicintai oleh sesetengah umat islam dulu kini dan seterusnya sedangkan komunis yg sangat ditakuti oleh umat islam sekarang ini sudah melalui kehancuran,
quran menjelaskan kepada kita umat islam bahawa puak yahudi dan nasara tak akan redha selagi umat islam tidak memeluk agama mereka,ingatlah wahai saudara2 ku kuomunis dan british keduanya musuh kita,antara keduanya yg mana lebih ringan permusuhanya dengan kita itulah yg menjadi pilihan kita.
Pemimpin UMNO Baru dilihat begitu taksub mempertahankan polis yang diserang oleh puak yang dikatakan komunis dibalai polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Polis yang diserang itu pula dianggap sebagai hero. Mengapa ?
Sebenarnya inilah masa yang paling sesuai pemimpin pembangkang khasnya Pakatan Rakyat membetulkan dan menunjukkan kepincangan catitan sejarah yang cuba diubah suai mengikut kehendak pemimpin UMNO Baru. Kononnya puak dari pihak mereka saja yang bertanggongjawab memerdekakan Malaysia dari penjajah.
Untuk itu, interview saksi yang masih hidup, tunjukkan fakta yang betul, buktikan kebenaran dengan pekara yang jelas siapa sebenarnya UMNO versi British dan UMNO baru versi Tun Mahathir.
Ketika ini tindakan dari puak UMNO Baru untuk menyembunyikan identiti mereka dimata rakyat agak bercelaru. Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka di media massa sekadar menuduh Mohamad Sabu sebagai penyokong komunis disamping mengharapkan polis pencen, askar pencen dan ahli keluarga mereka menjadi bertambah bangang dalam menghadapi isu yang dikelirukan.
Walau pun secara spontan, Mohamad Sabu telah menembak kesasarannya dengan tepat. Oleh kerana itu sebelum sampai tarikh menyambut hari Malaysia pada 16hb. September, ambil kesempatan ini dengan menyediakan kumpulan yang faham sejarah Tanah Melayu dan berkempen dengan pelbagai cara, agar rakyat sedar bahawa Malaysia masih belum merdeka dibawah pentadbiran UMNO Baru.
Insyaalah... puak UMNO Baru akan bertambah gila dalam mempertahankan diri dari pengetahuan umum.
Jangan bertanggoh.... buat sekarang.
Anon 7.44,
Mat Sabu tembak tepat ke sasaran ..??!!
Sedangkan beliau sendiri tak ingat apa yang dia telah cakap.!!
Ambil masa seminggu untuk teliti semula ..!
Mat Sabu kemudiannya telah menafikan kenyataan awal beliau.
Bagaimana puak Pas boleh bermatian pertahan kenyataan awal Mat Sabu yang dah dinafikan sendiri olehnya ?.
Hari ini Karpal Singh juga membelasah Mat Sabu atas isu yang sama.
Puak Pas jangan pertahankan hujah yang salah hanya kerana diucapkan oleh pemimpin mereka.
rakab,
Utusan malaysia jugak ambil masa seminggu untuk keluarkan (putarkan) berita mengenai ceramah Mat Sabu daripada tarikh Mat Sabu berucap.
Karpal Singh? UMNO akan bersama Karpal Singh dan Karpal Singh akan bersama UMNO untuk tolak Islam apabila PAS mengangkat golongan ugama sebagai pejuang kemerdekaan.
Saya mempunyai talian persaudaraan dengan Allahyarham Mohamed Bin Indera (Mat Indera), dimana Allahyarham ayah saya merupakan sepupu kepada Mat Indera. Mat Indera mempunyai beberapa adik beradik, seingat saya beliau mempunyai adik atau abang lelaki, bernama Isa yang menetap di Singapura. Kakak beliau, Khatijah Indera, menetap di Muar. Untuk mendapat lebih banyak maklumat sebenar tentang perjuangan Mat Indera, cubalah cari adik beradik beliau (atau keluarganya). Dulu semasa kecil, arwah ayah saya selalu berkunjung melawati adik beradik Mat Indera, dan cerita mengenai perjuangan sebenar Mat Indera, seorang guru agama yang menentang British memang menjadi cerita yang diperturunkan dikalangan keluarga kami.
Apa pula cerita UMNO yang telah menandatangani MOU dengan parti komunis Cina awal ogos yang lalu.Maknanaya telah mengiktiraf perjuangan komunis lo.teruk...teruk.
Anon 1.55,
Mat Sabu nak saman utusan..!!
Karpal Singh yang mahir undang-undang tu pun tak sanggup menyebelahi Mat Sabu.
Malah membelasah beliau..!!
Kalau Karpal Singh dan Dap balon Mat Sabu,..akibatnya pengundi cina dan india akan menolak Pas...!!
Betapa liciknya kafir harbi nih..!!
kita perlu lihat isu besar pada zaman 50,60an, ia adalah pertembungan diantara blok komunis(USSR & China) dengan kuasa besar berikat (USA & british) Kedua-duanya memusuhi islam. Pejuang kemerdekaan pada ketika itu perlu memilih untuk duduk semeja dengan blok yang mana, yang lebih selamat, lebih bertolak ansur dan lebih dipercayai dan lebih lembut dgn islam, Jadi ada yang memilih untuk merdeka melalui komunis dan ada yang mahu melalui inggeris. Jika melalui komunis, perang adalah jalannya, melalui inggeris, meja rundinganlah caranya. Mat Indera mungkin seorang alim ulama, tapi dia telah memilih aliran yang salah untuk perjuangannya seperti juga Mohd Amin (Al Maunah). Jgn kita lupa bahawa Tunku pernah menawarkan pada chin peng untuk bersama bersatu menuntut merdeka tetapi ditolak oleh chin peng demi perjuangan komunis antarabangsa. Berkenaan siapa pejuang merdeka, buku sejarah sekolah menengah ada mendedahkan pejuang merdeka seperti pak sako, ahmad bostaman dan ibrahim yaakob, ada diantara parti mereka yang dikacau oleh british sepeti API dan KMM dan ada yang di biarkan hidup seperti Pas dan Umno.
Tahniah kpd Mat Sabu, carian Mat Indera dlm Yahoo adalah senarai yg paling tertinggi... selama ni aku pun tak pernah tau siapa tu Mat Indera, kini ada dua versi sejarah tentang diri beliau...
selepas peristiwa bukit kepong mat indera tidak keluar dari dalam hutan lebih kurang enam bulan sehingga orang menyangka mat indera telah mati walhal mat indera ralat kerana salah seorang dari anggota keselamatan yg diserang pada malam itu adalah anak saudaranya sendiri dan mat indera menyelamatkannya dengan menolaknya kedalam sungai, dan peristiwa serangan bukit kepong berpunca dari dendam yg bermula dari muar, kebanyakkan kematian adalah berpunca dari kesalahan sendiri kerana mereka sedang ralit ber............walaupun telah diberitahu olih isteri mereka ada api dekat pagar..............
Assalamualaikum, isu komunisme, keganasan nie...bukan baru bahkan sudah lama. Semuanya propaganda British untuk memastikan orang melayu tidak bersatu menentang penjajah utama iaitu British. Selepas British mengumumkan bahawa komunis adalah ancaman besar...orang2 melayu mulai lupa bahwa British adalah satu ancaman yang lagi besar kerana british yang menguasai negara ketika itu dan bukannya Komunis. itulah kesilapan orang2 melayu, seperti kata Dr M... orang melayu mudah lupa. British juga telah melaga2kan antara Indonesia dan Malaya sehinggakan kita lihat sehingga ke hari ini hubungan kita makin terpisah sedangkan Indon dan Melayu adalah keturunan dan bahasa yang sama. British telah menggunakan istilah komunis terhadap Indonesia pada peristiwa Konfrantasi Sukarno untuk menubuhkan Melayu Raya. Hasilnya, sehingga ke hari ini orang melayu semakin lemah dan bertelagah sesama sendiri.. Jadi kesimpulannya, sejarah boleh dimanipulasi oleh barat untuk menghancurkan kita. Sebab itu di Jepun, mata pelajaran sejarah dihapuskan...
salam,pada pendapat aku brtish berjaya meninggalkn tahi dia di negara kita,seperti mana dia buat di negara jajahan lain.mereka berjaya memutar belitkn sejrah mnyebabkan generasi muda kita keliru dengan identiti negara sendiri.wahai sahabat sekalian usah lah kita bergaduh,marilah kita bersatu atas nama ISLAM.kita bergaduh mencari siapa yang salah siapa yang betul sedangkan kita hanyalah buang masa dan masih lagi duduk di takuk lama bercakap tanpa tindakan bila di tegur melenting banyak cakap dari bikinnya.mana pergi semangat kita waktu bercakap bencikan penjajah tapi tindakannya masih lagi menjilat bontot penjajah.muhasabah la diri kita sendiri daripada kisah2 sejarah yang menunjukkan kita seperti kapak potong kayu,hulu kapak adalh kayu yang mana kayu bantu potong kayu.bangunlah saudara seagama ku xkisah cina,india mahupun melayu yang tercinta.kita sama2 tentang penjajah yang terang-terangan menghina agama kita.jangan bunuh semangat ini semangat cinta akan agama.
Catat Ulasan