27 Ogo 2011

Gadis Kulim Lari Ikut Kekasih Beraya Di Nepal

Kulim: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.

Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.

“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.

“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.

Sebulan Layan Along Di Kelab Malam, Sebab Sukar Nak Dapat Pinjaman TEKUN

Kuala Lumpur: “Saya dah tak ada jalan, terpaksa buat pinjaman dengan along. Sekarang hutang dah RM15,000. Semua ini berlaku akibat kecewa dengan institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed Khalid, 40.

KESAL...Syarifah Azliner menunjukkan pelbagai dokumen

Dia mendakwa permohonan untuk mendapat pinjaman skim mikro kewangan dengan beberapa institusi perbankan tidak diluluskan tanpa alasan munasabah manakala permohonan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang dibuat pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik Selatan, di sini, masih dalam status ‘menunggu’.

Berikutan itu, dia yang mengusahakan pakej hantaran untuk perkahwinan kini dalam dilema apabila ramai pelanggan tetapnya mula melarikan diri berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh ditetapkan.

“Malah, untuk dapatkan pinjaman along bukan mudah. Saya terpaksa layan mereka hampir sebulan di kelab malam.

“Jika tak permohonan saya tidak diluluskan. Untuk buat pinjaman dengan individu persendirian, lain pula ceritanya, saya diajak ke hotel,”
katanya yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini.

Syarifah Azliner mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu. Dia mendakwa tidak mempunyai hutang tertunggak melainkan lewat membayar kad kredit dan kereta.

Dia mendakwa, pinjaman dengan along jalan terakhir yang mampu dilakukan selepas putus harapan terhadap institusi perbankan dan agensi berkaitan kerajaan kerana pelbagai kerenah birokrasi.

“Bermula dengan RM2,000, kemudian saya pinjam sedikit demi sedikit dan sekarang angkanya mencecah RM15,000 termasuk bunga.

“Saya tahu akibat membuat pinjaman dengan along, tapi dah terdesak. Di mana lagi mahu dapatkan wang untuk berniaga,” katanya menambah hanya bidang perniagaan yang mampu dilakukan sejak 20 tahun lalu.

Syarifah Azliner berkata, dia berusaha mengikuti nasihat diberikan institusi perbankan bagi membolehkannya mendapatkan modal perniagaan.

“Pihak bank nasihatkan saya bayar cukai perniagaan dan saya pernah buat.

“Malah, saya juga menukar alamat dalam kad pengenalan, kononnya mudah untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak bank, tapi itu semua tidak betul,” katanya.

Ulasan GB

Kes yang macam inilah juga perlu diberikan perhatian oleh Exco Selangor dari PAS itu yang baru mengisytiharkan satu dunia penubuhan Unit Selamat Akidah. Sepatutnya bantuan dan pertolongan bukan sekadar kepada yang nak murtad masuk Kristian sahaja, tetapi sepatutnya menyeluruh kepada seluruh umat Islam yang memerlukan. Nampak sangat tujuan penubuhan Unit Selamat Akidah hanya tempelan untuk selamatkan kedudukan dan namanya yang telah tercemar dengan isu gereja. Itu sebenar kebenarannya.



p/s MB, please get rid of this man from your exco line. He really makes us sick all this while.

Apabila Kesalahan Hassan Ali Dibiarkan Tanpa Tindakan, Muncullah Kembarnya

Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar meminggal Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang disiarkan pada malam kelmarin.

Menurut Fuziah, rancangan itu adalah “plot pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda mempertahankan Lynas demi kepentingan sendiri bukan untuk rakyat.”

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Tetapi Fuziah dalam kenyataan hari ini berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

“Apa yang menghalang TV3 dan Karam daripada mendapatkan maklumat daripada pakar lain? Sebab pakar lain tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan BN dan mereka enggan dijadikan alat untuk memastikan matlamat BN tercapai,”
katanya.

Wakil daripada penduduk juga membantah pembinaan loji itu dan memberitahu The Malaysian Insider terdapat syak wasangka apabila melihat Che Rosli menyokong BN.

“Kami mahu PAS mengambil tindakan disiplin ke atas beliau sekiranya benar-benar menyokong penduduk Beserah,”
kata Andura Rabu, yang mengetuai Badar, kumpulan penduduk Beserah yang menetap hanya dua kilometer dari loji itu.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah meletakkan 11 syarat yang perlu dipatuhi Laynas sebelum ia memulakan operasi.

Tetapi Lynas telah mengatakan syarat yang diletakkan kerajaan akan melambatkan operasi loji itu selama dua tahun, mendesak ia dibenarkan meneruskan operasi dengan fasa pertama akan selesai sebelum penghujung tahun ini.

Syarikat perlombongan Australia berkata lojinya itu - yang akan digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid — akan memperoleh sebanyak RM4 bilion selain menyediakan 350 peluang pekerjaan.

Walaupun laporan mengatakan loji itu akan memperoleh pendapatan sebanyak RM8 bilion untuk Lynas, pengkritik telah mempersoalkan faedah ekonomi projek itu.

Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.


"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.

Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.

"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya.

Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.

"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.

"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya.

"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau.




Ulasan GB

Sekarang Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri merasai betapa pahit apabila wujudnya orang seperti Hassan Ali - penderhaka parti yang diberikan hukuman ringan apabila Tuan Ibrahim sendiri menjadi Pengerusi Badan Disiplin PAS satu ketika dulu yang diberikan amanah untuk mengadili kes Hassan Ali bersama Khalid Samad.

Kini di Pahang pula, betul-betul di negeri dimana Tuan Ibrahim sendiri adalah Pesuruhjayanya, berlaku kes Lynas. Seorang Ahli Parlimen PAS, Dr. Che Rosli Che Mat namanya dari Hulu Langat, yang angkuh dengan "kapakaran"nya bertindak untuk membelakangkan parti dan rakyat, tetapi mencipta publisiti melalui media massa milik BN - TV3.

Isi kandungan wawancaranya menampakkan beliau seorang yang terlebih sudu dari kuah. Tiada ada disiplin dan adab jemaah apabila menggunakan platform TV3 merendah-rendahkan wibawa pimpinan Pakatan Rakyat yang PAS adalah anggota komponennya.

Jika bersuara melalui blog atau twitter, walau betapa keras sekalipun disuarakan, mungkin boleh diterima ia sebagai perbezaan pandangan dan pendapat, dan parti pun bukan jenis mengongkong ahli mengeluarkan pandangan dan pendapat. Tetapi apabila disiarkan melalui TV3, itu sudah lain maknanya.

GB rasa berduyun pemimpin UMNO BN bertepuk tangan dan esok lusa akan datang (atau telah datang?) tawaran lumayan kepada Ahli Parlimen PAS itu untuk tinggalkan parti. Dan siapa tahu sebelum pilihanraya umum ini akan muncul anak katak sulung dalam PAS?

Inilah akibatnya apabila tiada tindakan tegas diambil terhadap petualang parti seperti Hassan Ali. Seperti amoeba dan cecacing komputer, ia melahirkan duplikasinya, kemudian merebak di dalam jemaah/parti.

Dan seperti biasa, PROCRASTINATION menjadi budaya PAS. Tindakan "berlengah" yang menjadi adat turun temurun genetik Melayu digunapakai sama seperti kes Isu Gereja. Dr.Che Rosli hanya akan dipanggil selepas Hari Raya Aidilfitri, cukup banyak ruang diberikan untuk musuh bergerak sepertimana ruang yang mereka perolehi semasa isu gereja yang akhirnya kesemua pertemuan, baik dengan JAIS atau gereja terbantut kerana sikap melengah-lengahkan untuk bertindak. BAGUSlah macamtu. Bermimpi sampai kiamat pun nak ke Putrajaya takkan ketemu !

Ada kuman dan parasit, bersih dan bunuhkan sekarang sebelum pesakit (parti) menjadi lebih parah. Jangan berlengah. Itu prinsip Ilmu Kesihatan.

Dalam disiplin Ilmu Politik pula, Time and tide wait for no man, WALK THE TALK, NOW!


Darurat Diisytihar Di New York & 3 Negeri Amerika Syarikat

New York: Gabenor New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene.

“Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya.

Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, juga mengarahkan pemindahan hospital dan institusi penting lain di kawasan paling rendah di bandar raya itu.

Ramalan menunjukkan Irene bakal menjadi taufan pertama menyerang Amerika Syarikat sejak 2008, ketika taufan Ike membunuh lebih 50 orang dan menyebabkan kerugian AS$30 bilion (RM89.7 bilion).

“Bahagian timur menjadi laluan taufan ini. Kita dapat lihat impaknya,” kata Pengarah Pusat Taufan Kebangsaan Amerika, Bill Read.

Taufan kategori tiga itu, diletakkan sekuat Katrina pada 2005, melanda sebahagian Bahamas dan menyebabkan tiga kematian di Haiti dan Puerto Rico.

Lovely Bay terletak di kepulauan terpencil Bahamian Acklins, dimusnahkan angin sekencang 177 kilometer sejam manakala berpuluh-puluh rumah ranap di pulau lain, kata pihak berkuasa.

Sementara itu hujan setinggi 0.30 meter dijangka turun diiringi dengan ombak besar dan bahaya.

Arahan pemindahan mandatori itu dikeluarkan kepada 200,000 penduduk di kawasan pesisiran pantai Dare dan Hyde di Carolina Utara. Penduduk di Dare dijangka tiba di tempat perlindungan khas menjelang 8.00 pagi manakala pelancong diminta meninggalkan kawasan itu secepat mungkin kerana impak Taufan Irene dijangka dirasakan hari ini.

“Taufan Irene mungkin menjadi sekali dan setiap 50 tahun yang melanda timur laut. Tingkap kaca mungkin retak di bangunan pencakar langit di bandar raya ini,” kata pakar kaji cuaca bagi Accuweather, Kristina Pydynowski, yang meramalkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terjejas dan kerosakan bangunan.

Taufan itu dijangka meningkat ke kategori empat sebaik melepasi Florida tengah hari semalam, sebelum ia lemah apabila melanda pantai timur.

Bloomberg meramalkan keadaan bakal menjadi seperti ribut tropika dengan hujan lebat serta angin selaju 96 kilometer sejam di New York. Amaran banjir juga dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk daerah kewangan.

“Kita berharap yang terbaik tetapi bersedia berdepan terburuk,” katanya.
Akhbar tabloid di New York menggabungkan gambar satelit besar Taufan Irene di muka depan akhbar masing-masing.

Sementara itu, penduduk di Washington turut diberi amaran akan dilanda taufan itu jika ada sebarang lencongan pada laluan Irene.

Pentadbir Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan, Craig Fugate, memberi taklimat kepada Presiden Barack Obama mengenai keadaan itu. – Agensi


Taufan Irene dijangka landa pantai timur Amerika, puluhan ribu diarah pindah

HATTERAS (Amerika Syarikat): Berjuta-juta penduduk di wilayah pantai timur Amerika Syarikat bersiap sedia menantikan ketibaan taufan yang jarang berlaku di kawasan itu.

Pihak berkuasa dari North Carolina sehingga ke New York telah mengisytiharkan keadaan darurat, sedang berpuluh ribu penduduk diarahkan berpindah ke kawasan tinggi.

Taufan Irene yang telah menyebabkan lima kematian apabila ia melanda kepulauan Bahamas Rabu lalu dijadualkan tiba di pantai timur Amerika hari ini.

Sekitar 65 juta penduduk di kawasan yang bakal terjejas oleh taufan, yang diklasifikan sebagai kategori dua itu, telah diberi amaran.

'Tiada sebarang alasan bagi penduduk berkata yang mereka tidak tahu taufan akan tiba. Mereka perlu faham, kita sudah kesuntukan masa,' kata ketua Agensi Pengurusan Bencana Federal, Encik Craig Fugate.

Taufan itu dijangka menyebabkan ombak bahaya setinggi 3.4 meter.

Wilayah pantai timur Amerika jarang dilanda taufan.

Taufan Gloria pada 1985 adalah taufan terakhir yang melanda kawasan New York.

Selasa lalu, kawasan pantai timur Amerika baru saja dilanda gempa bumi yang jarang berlaku dengan gegaran sekuat 5.8 pada skala Richter.

Tentera Amerika berkata sehingga 98,000 askarnya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pihak berkuasa di daerah Dare County di North Carolina memberi amaran pasukan penyelamat tidak akan dapat membantu dengan segera golongan yang tidak mengendahkan arahan berpindah semalam.

Daerah itu didiami sekitar 180,000 penduduk.

'Jika anda pilih tidak berpindah kami tidak boleh mendakwa atas tuduhan jenayah tetapi anda terdedah kepada cuaca yang sangat buruk,' kata pegawai daerah, Encik Kelly Davis.

Di New York, Datuk Bandar Michael Bloomberg memberitahu para penduduk bahawa bangunan pencakar langit di bandar itu selamat didiami semasa taufan.

'(Namun), jika anda mempunyai sebuah kereta dan kini ia diletakkan di kawasan rendah, alihkan kereta itu ke kawasan bukit,' kata Encik Bloomberg.

Di New Jersey, sekitar 750,000 penduduk telah diarah berpindah dari kawasan pedalaman, Cape May. -- AFP.


Konspirasi Liwat Semakin Terdedah: Tiga Calitan Masih Baik Selepas 100 Jam?

Tiga calitan kapas yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang memberi keterangan semasa perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.

“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius -mk

Ulasan GB

Liwat 2 merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi. Semakin hari semakin terdedah kebenaran tersebut.

Di dalam usaha untuk membuktikan pertuduhan liwat ke atas Anwar, pihak pendakwa berhempas pulas mereka dan mencipta "bahan-bukti" yang akhirnya terdedah mempunyai banyak kekurangan. "Fakta dan kebenaran" tidak dapat dicipta atau dihapuskan bersesuaian dengan teori ilmu Fizik "Matter can neither be created nor destroyed". Kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebutir mutiara tetap sebutir mutiara walau disaluti dengan kaca, dan kaca tetap kaca tak berharga walau disaluti emas paling bercahaya.

Mana mungkin tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 sebagai “masih baik” di kawasan dubur pengadu selepas 100 jam? Ada apa yang istimewa di duburnya? Ada botol kedap udara dan kalis pencemaran atau ada mesin penyejuk beku di dalamnya?

Bahan bukti yang direka-reka tidak mempunyai nilai apa-apa. Di sini kelemahan barisan Pendakwa paling ketara. Samada bahan bukti sebenar itu anda temui, atau anda tidak boleh teruskan tuduhan. Anda tidak boleh dan tidak akan dapat merekacipta bahan bukti. Manakan sama diantara mutiara dengan kaca.

Itu sebab di dalam Islam ada Qazaf. Jika tiada saksi, maka kes digugurkan sekalipun "kejadian itu" munkin berlaku. Islam tertegak dengan kebenaran dan keadilan.

GB bukan penyokong totok Anwar, tetapi apabila wujud konspirasi untuk menekan beliau dengan tuduhan yang melampau dan tidak diberikan ruang keadilan melalui qazaf, maka di situ sudah berlaku penzaliman ke atas dirinya.

Dulu lagi GB sudah menulis. Petikan:

GB membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali. Seorang khalifah tewas di depan hakim yang menjalankan keadilan Islam!


Penipuan SPR Dibongkar Lagi. Sudah Sampai Masa Untuk Bertindak

Status nama 'jarang didengar' berubah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.

Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.

Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.

Nama-nama tersebut seperti berikut:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.

Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834.

"SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain.

"Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram.

Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN.

Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut:

1. 790924145621
2. 750612105026
3. 620826086291
4. 850709146543
5. 850706145967
6. 651105105087

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut.

"Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya. -HD

Ulasan GB

Sudah dibuktikan dengan pelbagai evidencess bahawa memang daftar pemilih SPR itu tidak bersih. Pembongkaran demi pembongkaran telah dilakukan - semuanya menjelaskan bahawa memang ternyata wujud penipuan oleh SPR.

Persoalan kini, perlukah lagi pembongkaran itu didedahkan? Apa yang kita dapati setiap kali pembongkaran dilakukan, SPR akan mengambil langkah memadam dan mengubah maklumat tersebut dengan begitu cekap untuk "menghilangkan bukti". Sehingga kita sudah tidak mempunyai apa-apa bahan-bukti lagi untuk menunjukkan penipuan SPR tersebut.

GB suka mencadangkan agar selepas ini sebarang maklumat yang meragukan terus sahaja dikumpulkan dan kemudian mengheret SPR ke muka pengadilan. Jika itu dilihat sebagai satu tindakan yang lambat, maka bahan-bahan bukti itu diserahkan kepada ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Sudah sampai masanya untuk kita bertindak dan tidak lagi melayan karenah SPR yang dilihat mempermain-mainkan amanah rakyat. Sudah sampai masanya juga mereka yang terlibat itu disumbatkan ke penjara.

26 Ogo 2011

Kereta Tinggal Dashboard Dan Steering, Pemuda Maut Selepas Rempuh Pokok

Dungun: Hasrat seorang jurukimpal berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian setelah dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Teluk Lipat, Sura Hujung berhampiran Kelab Golf Desa, di sini, semalam.

Mangsa Ahmad Sofri Badaruddin, 23, dari Kampung Jalan Bunga Raya, di sini maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Kejadian yang berlaku kira-kira 7 petang apabila kereta yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok.

Akibat rempuhan itu menyebabkan kereta yang dipandu Ahmad Sofri terputus dua dan mangsa tercampak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mayat di hantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Menurut abang mangsa Ahmad Sobri, 35, dia hanya berjumpa dengan adiknya itu kira-kira lima minit sejurus dia tiba ke kampung untuk pulang beraya.

Katanya, Ahmad Sofri tidak bercakap banyak dan hanya memberitahu semua persiapan untuk berbuka puasa bersama anggota keluarga yang lain sudah tersedia.

"Hanya itu yang arwah maklumkan sebelum keluar dengan memandu kereta saya dan beberapa minit selepas itu kami sekeluarga dimaklumkan arwah terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Dungun.

Sementara itu, seorang warga emas maut setelah dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang Durian Mentangau, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi, mangsa Kadir Seman, 67, sedang melintas jalan sebelum dirempuh motosikal yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Paka.

Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian peha dan kepala.

Ketua polis Daerah Dungun, Superitendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua kes kemalangan itu. - BERNAMA

Undi Pos Luar Negara: Bukan Hendak Dimansuhkan Tetapi Hendak Diperbanyakkan Lagi

Undi pos liputi rakyat M'sia di luar negara

Semua pengundi berdaftar Malaysia yang menetap di luar negara akan dapat mengundi melalui pos tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berharap ini dapat dilakukan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, SPR sedang dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

Perubahan dalam peraturan pilihan raya ini akan memperluaskan lagi undi pos yang kini hanya untuk penjawat awam dan pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka. -mk


Pemuda PAS tolak undi pos luar negara

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos.

Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil.

Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos.

Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini.

"Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini mencadangkan agar peraturan pilihanraya dipinda bagi membolehkan rakyat Malaysia selaku pengundi-pengundi yang berada di luar negara membuang undi secara pos.

Beliau mencadangkan agar pindaan tersebut dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bagi memberikan peluang kepada penduduk Malaysia yang berada di luar negara membuang undi dengan lebih mudah.

Menurut Suhaizan, tindakan rakyat terutama menerusi himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu turut memaklumkan kekecewaan rakyat dengan perjalanan pilihanraya di negara ini yang dikendalikan oleh SPR yang tidak pernah bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk dengan adanya undi pos yang melibatkan polis dan tentera.

"Perlaksanaan undi pos sememangnya penuh dengan ruang manipulasi. Ini antara lain terjadi kerana semasa proses pembuangan undi pos tidak terdapat pemerhati politik termasuk wakil-wakil parti yang bertanding.

"Itulah sebabnya undi pos didesak dimansuhkan. Tetapi cadangan SPR itu pula bukannya hendak memansuhkan, malah tidak juga hendak mengurangkan, sebaliknya memperbanyakkan lagi undi pos sehingga kepada orang awam yang berada di luar negara pula,"
katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Perlaksanaan undi pos di kalangan orang awam khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara, katanya, pasti akan meluaskan lagi ruang manipulasi terhadap undi pos.

"Dengan itu, Pemuda PAS Malaysia secara tegas menolak cadangan SPR itu dan mendesak agar SPR mengurangkan lagi undi pos di negara ini, bukannya menambahkannya seperti yang dicadangkan itu," katanya.

SPR, tegasnya, sepatutnya tidak bertindak membuat cadangan seperti itu, tetapi melaksanakan desakan rakyat agar undi pos dimansuhkan di negara ini.

"Keengganan SPR melaksanakan desakan rakyat itu bukannya boleh menaikkan imej SPR, malah akan membuatkan rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada SPR," tegas beliau.

Namun, Pemuda PAS Malaysia mencadangkan kepada SPR agar melaksanakan pembuangan undi terhadap rakyat Malaysia yang berada di luar negara di pejabat kedutaan Malaysia di negara-negara terbabit, dengan dipantau pemerhati politik dan wakil-wakil parti yang bertanding.

"Ini bermaksud, pembuangan undi kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara itu sama juga seperti yang berada di dalam negara. Bezanya, mereka membuang undi di pejabat kedutaan.

"Langkah seperti itu pula bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia turut dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan di negara-negara lain di dunia ini kepada rakyat masing-masing yang berada di luar negara.

"Jadi, SPR wajar mencontohi langkah seperti itu, bukannya membuat cadangan yang pelik dan ternyata memihak kepada Umno BN seperti itu," ujar beliau. -HD


Analisa Kimia Dr. Cheah Terlalu Lemah. Air Mani Saiful Sendiri Munkin Ada Di Duburnya

Pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya merobek hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam kes Fitnah II.

Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa sampel sperma di dalam dubur Saiful berkemungkinan adalah sperma nya sendiri, yang turut mengandungi sel bukan sperma individu lain.

Pendedahan itu dilakukan pakar DNA,Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini.

Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang lain.

Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma.

Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald.

“Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna.

“Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr McDonald.

Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu.

“Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa)
.

“Kita mungkin silap teka,” kata Dr McDonalds

Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik.

“Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan)
.

“Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain.

“Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif,” kata Sankara.

Perbicaraan kes Fitnah II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan.


Expert: Findings on DNA sample mere guesswork

An Australian DNA expert says the government scientist's conclusions were not scientifically objective.

KUALA LUMPUR: Government scientist Dr Seah Lay Hong’s conclusions in her chemistry report, which subsequently enabled the prosecution to allege that Anwar Ibrahim’s sperm was found in Mohd Saiful Bukhari Azlan’s anus, were based on mere guesswork, an Australian expert told the High Court here today.

Dr Dr Brian Leslie McDonald, an Australian consultant molecular geneticist, said the report was not “scientifically objective” when continuing his testimony in Anwar’s Sodomy II trial.

Yesterday, the DNA expert said that in sexual assault cases, it was critical to be able identify that a DNA sample is derived from the sperm cell.

In order to conclusively say that a DNA profile comes from sperm, as opposed to other types of cells, a chemist needs to separate sperm cells from other types of cells by conducting a “differential extraction process”.

“This process was not done properly (by Dr Seah),” McDonald told the court when questioned by defence lawyer Ram Karpal Singh.

He said this was evident in her own “guess” that there were still other types of cells present after the separation process.

“If she maintained that the DNA (found in Saiful’s anus) is from the epithelial cells (non-sperm cells), then she should have done the separation process again,” he said.

‘Ball bearings’

McDonald said if the process was done right, the sample should only have had sperm cells remaining.

“She could not have been scientifically objective in her conclusions. She had no evidence to support them, ” he said.

Asked by Ram if it was then possible that the one DNA profile found in Saiful’s anus may have been his own sperm, McDonald agreed, saying that Seah’s finding excludes nothing; it may even include the possibility that the DNA profile might have been from Anwar’s other cells and not sperm.

Previously, Anwar’s defence had suggested that one of the two DNA profiles from the semen found in Saiful belonged to the complainant himself.

Earlier, explaining the differential extraction process (DEP), McDonald said sperm cells are tough, like “ball bearings”; while the other types of cells, being much weaker, are like “balloons”.

He walks the court through how a scientist can separate sperm from other cells by “bursting the balloons” through the DEP.

Yesterday, McDonald was critical of the several mistakes made by local chemists in the labelling of a DNA sample, saying that Seah had committed a “sackable offence” that is so serious that it “could have killed someone”.


Lima Tentera Malaysia Jadi Perompak, Kenapa Panglima ATM Membisu?

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita seorang askar berpangkat staf sarjan telah ditembak mati oleh spesukan anggota polis dalam satu kes cubaan rompakan di sebuah kafe siber berhampiran ibu negara. Manakala rakannya juga seorang tentera yang cedera telah ditahan. Seterusnya polis telah menahan tiga orang lagi saspek berkaitan kes tersebut yang juga merupakan anggota tentera.

Apa sudah jadi dengan Angkatan Tentera Malaysia? Panglima ATM harus membuat kenyataan mengenai isu ini.

Jangan anggap kes ini terpencil hanya 0.003 peratus yang terlibat jika diambil kira jumlah anggota tetap, simpanan dan para 170,000 orang semuanya.

Jika SPR dengan kesilapan 0.0001 peratus dalam senarai daftar pemilih hendak ditubuh Suruhanjaya Penambahbaikan, takkan ATM dengan 0.003 peratus hendak disenyapkan.
Kenapa seorang anggota tentera berpangkat staf sarjan sanggup melakukan rompakan bersenjata? Adakah pistol otomatik jenis Glock yang digunakan tentera tersebut milik ATM? Jika milik ATM bagaimana ianya boleh dibawa keluar bukan waktu bertugas, bukan waktu darurat, bukan waktu operasi, oleh seorang staf sarjan bukan seorang pegawai tentera? -amkns


Berita sebelum ini


Polis gagalkan samun kafe siber

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini menerima padah apabila terserempak dengan beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di premis berkenaan awal pagi ini.

Akibatnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seorang daripada suspek mati setelah berbalas tembakan dengan polis, manakala rakannya yang cedera dipercayai anggota keselamatan ditangkap.

Kedua-dua suspek dikatakan cuba memasuki premis itu dengan mengetuk pintu belakang sebelum dibuka oleh pemilik kafe siber berkenaan.

Mereka yang masing-masing bersenjatakan sepucuk pistol dan kerambit kemudian memaksa pemilik premis berkenaan menyerahkan wang kutipan jualan.

Malangnya, kedua-dua suspek tidak menyedari ketika itu terdapat beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di dalam premis tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ketika itu, suspek mencabar polis supaya tidak mengganggu 'urusan' mereka.

"Berlaku cabar-mencabar di antara kedua-dua suspek dan anggota polis berkenaan menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan.

"Salah seorang suspek berusia lingkungan 20-an terkena tembakan di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang lagi suspek yang berusia lingkungan 30-an dipercayai anggota pasukan keselamatan melarikan diri menaiki sebuah kenderaan jenis Naza Citra berwarna hitam yang dipandu oleh seorang rakan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah Tun Hisan, kira-kira sejam kemudian, polis berjaya menahan suspek yang mengalami kecederaan di Damansara Damai sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Polis percaya terdapat lebih daripada dua individu terlibat dalam cubaan samun itu.

Pihaknya menemui pistol dan kerambit yang digunakan dalam jenayah itu serta sedang mengesan saki-baki kumpulan penjenayah terbabit. -UM


SOLDIER SHOT DEAD IN ROBBERY BID

PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.

The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.

Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.

"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.

"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."

He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.

"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.

"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."

Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger. -NST



Pun Ada: Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung

Kuala Lumpur: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin. Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.

Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.

“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.

“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -hm

Sah: Jakatan Kimia Tiada Sijil ISO17025 & Dr Seah Berbohong Di Mahkamah

Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kredibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".

Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Sijil tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010


dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011


Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.

Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.

Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.

Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM

[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.

Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.

Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.

Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya]. -PDO.


Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini
.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.

“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.

Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. -KD




Ulasan GB

Jabatan Kimia sememangnya BELUM memperolehi Sijil ISO17025. Yang ada hanyalah Sijil Akreditasi Legacy (Lama) yang tamat tempohnya pada 18 Oktober 2010.

Dan Pakar Austalia, Dr McDonalds adalah benar apabila:


Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini
.


Justeru, JELAS di sini bahawa berdasarkan surat lanjutan tempoh yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors kepada Jabatan Kimia Malaysia MENDEDAHKAN bahawa Jabatan Kimia Malaysia TIDAK MEMPUNYAI pengiktirafan ISO17025 yang terletak di bawah Sijil Akreditasi ASCLD/LAB - International Program. Apa yang Jabatan Kimia ada hanyalah Sijil Akreditasi Legacy Program, itu pun dah dua kali disambung dan tamat tempoh Oktober 2011 ini.

Jabatan Kimia masih GAGAL untuk memperolehi Sijil Akreditasi ASCLD/LAB - International Program yang membawa pengiktirafan ISO17025 bagi membolehkan makmalnya menjalankan ujikaji ke atas DNA.

Dan Dr Seah Lay Hong BERBOHONG di dalam mahkamah kerana mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa, sedangkan bukti dokumen yang ada menyatakan di sebaliknya.

Tentang blogger pencacai UMNO yang cuba nak membelitkan isu ini kononnya pakar Australia tak rujuk surat lanjutan tempoh semata-mata nak bela Saiful tu tak payahlah nak dijelaskan lagi sebab pakar Australia dah rujuk semua dokumen. Ayat ini buktinya : Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini. Hanya blogger pencacai UMNO itu tidak tahu membaca dengan betul dan sememangnya kerja mereka putarbelit.

Kebenaran tetap kebenaran walau cuba ditutup dengan pelbagai cara. Ia akan terserlah sendiri seperti terselahnya cahaya matahari sekalipun cuba dilindungi awan yang paling gelap.

WASPADA : Kiub Ais Punca Keracunan, Pelajar Maut Selepas Buka Puasa

Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik Bernama Online.

“Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Liow menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom keracunan makanan.

“Jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keracunan makanan. Kita mempunyai pakar dan kalau mendapatkan rawatan awal, kita boleh selamatkan,” katanya.

Penipuan Dasyat SPR: 21 Pengundi Berbeza Bangsa Dalam Sebuah Kedai, Umur Tentera 111 Thn

Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti (a) 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.

Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai:
(b) seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej)
(c) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan
(d) seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.

Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -HD

Wawancara Dengan Huda Chew: Islam Bukan Milik Orang Melayu Saja

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.

Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.

“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.

Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.

“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.

“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.

Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).

Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.

Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan. -KD

BERITA SEBELUM INI
Klik untuk baca laporannya:

huda