26 Ogo 2011

Wawancara Dengan Huda Chew: Islam Bukan Milik Orang Melayu Saja

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.

Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.

“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.

Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.

“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.

“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.

Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).

Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.

Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan. -KD

BERITA SEBELUM INI
Klik untuk baca laporannya:

huda


10 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Memang betul Islam itu bukan milik orang Melayu sahaja.

Tapi AMNO cuba nak sesatkan orang2 Melayu kononnya Islam itu milik Melayu saja.

Selepas ini mereka nak sesatkan pulak kononnya 'Pembesar Suara' itu milik orang Melayu jer...kah kah kah..kah kah

ROJAK berkata...

dari zaman nabi lagi, Islam memang bukan untuk melayu je. Islam agama fitrah sesuai untuk semua bangsa dan negara. Pemerintah yang mengikut ajaran Islam sepenuhnya insyaAllah semua rakyat mendapat keadilan tapi kalau pemerintah tak sepenuhnya ikut ajaran Islam....ada je konflik yang berlaku.

Abu Ameerah berkata...

Alhamdulillah,Tahniah dan Syabas ke kepada Huda Chew yang telah menerima hidayah dan pertunjuk Allah.

Islam memang bukan hak siapa2 ianya Hak Allah untuk semua manusia tanpa mengira bangsa atau warna kulit atau taraf kehidupan. Ikutilah ajaran Rasulullah s.a.w nabi utusan Allah yang terakhir untuk manusia dan jin.

Nizar berkata...

Alhamdulillah... bertambah sorang lagi saudara kita..


Salam perjuangan kpd tuan GB, mohon jasa baik tuan utk link blog ana ini.. terima kasih

mshahbm berkata...

Alhamdulillah...Islam will be enlightening and the winner at last. Yet, it is a real struggle for the committed moslem to fight with. May Allah bless u sister Huda Chew...

tetapi orang melayu tetap mengatakan bhw malaysia adalah kepunyaan melayu...cina hanya pendatang...!!!

Tanpa Nama berkata...

Gue bener2 ngiri ama Mbak Huda ini, begitu dia ngucapin 2 kalimah syahadah apus dah dosanya, ilang dah dosanya.
Sedang gue yg Islam dari kecil, banyak banget punya dosa. Astaghfirullah al azhiiiim.....

Tanpa Nama berkata...

melayu haprak biasa sahaja mengatakan negara ini hanya milik melayu sedangkan pehak penguasa sejak sebelum dan selepas merdeka sehingga kini menerima rakyat asing sebagai warga negara.
bayangkan semasa merdeka dulu orang melayu mempunyai kedudukan 80% sekaran hanya tinggal 50% lebih berbanding bangsa lain, inilah kesilapan pemimpin terdahulu kerana menerima syarat yg diberi oleh matsaleh sebelum menyerahkan kembali negara ini dan kesilapan itu menjadi kebiasaan apabila sekarang pun rakyat asing mudah diberi kerakyatan dengan syarat.......tidak dinafikan sautu hari nanti melayu akan jadi burung terkukur yg berkukuk diatas puhun yg tinggi didalam hutan belantara setelah diterokai oleh manusia ia akan berkukok diatas tiang pagar yg dibina dan ahirnya berkukok diatas puhun yg ditanam oleh pemiliknya.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, hamba mohon padaMu makbulkan doaku supaya ada kalangan bukan Islam yg memeluk Islam sbb dakwahku. (wlu ku tahu hiayah tu milikMu)

YOU TUBE berkata...

Ha' Sudah TERBUKTI .... bila adanya hubungan antara parti islam sesama bukan islam secara tidak langsung kita dapat mempromote Cara Hidup Islam pada bangsa lain yg bukan islam. Jadi gua nak perli ustaz2 alim dr UMNO & pak2 alim yg menyokong kerajaan (contohnya Mufti %$#@*&) yg terang xsuka kita ada hubungan diplomasi/berplolitik dgn bangsa lain *Contoh kes Negeri Perak apabila ada kerajaan campuran ... si Mufti tu kata dalam YOU Tube *rujuk (Wacana Perdana Sinar Harian : Ulamak Politik,Untuk Dakwah Atau Politik Part 2).

OK klu dia xsuka share2 *kononnya kongsi kuasa dgn kafir. KENAPA KAU BOLEH PULAK TERIMA BN BERGABUNG DGN MCA+MIC.XDE PULAK KO SIBUK2 G JMP PM,AGUNG SUPAYA BERGABUNG DGN PAS/PKR BECAUSE MIC,MCA TU KAFIR. SO APA MASALAH SEBENARNYA ENGKAU TAN SRI. Kerajaan PR blum bermula mentadbir masatu @ perak, engkau dh judge Book from it Cover. Tp engkau boleh pulak terima MIC+MCA kt perak hatta dlm Malaysia. So apa masalah engkau Tan Sri? At least dgn gabungan PAS dan PKR campuran pelbagai bangsa telah melahirkan seorg lg pemimpin kafir yg masuk Islam sprt Ketua Wanita KeAdiLan Bukit Gelugor. Abis tu UMNO ada? Ada x aku tanya ni Tan Sri? Ada tak? Selama 50 tahun UMNO bersama MIC+MCA brp byk pemimpin dr sekutu mereka jatuh hati pd Islam????? At least PR dah dapat seorg dlm masa 12tahun bersama.

Oh ya... duk kata takbir tu XPERLU. Abis tu DYMM SULTAN KELANTAN dah tukar daulat tuanku kp takbir... apa kau nk kata?????? Kau jaga king @#$%^ apa hasil yg kau dapat selama 20 tahun?

1 Malaysia berkata...

Salam Huda Chew,
Tahniah dan bersyukur ke hadrat Allah swt, dengan sifat kasih sayangNya telah membolehkan Huda menerima hidayah yang tiada tolok banding harganya. Tiada barang yang senilai 'HIDAYAH' dari Allah swt. Moga Huda dapat mengharungi kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Hanya Allah swt saja tempat kita bergantung dan kita berharap. Jangan sekali-kali biar akidah kita terpesong dek kata-kata dari orang Melayu sebab amat nyata Melayu bukan Islam dan sudah tentu Islam pun bukan Melayu.

Kepada Anon, August 26, 2011, 9.49 am., Allah swt berjanji akan membalas tindakan kita di dunia ini. Melayu selalu kata keturunan lain sebagai bangsa asing tapi Melayu jugalah yang membawa bangsa asing ke negara ini. Tak kan Ah Chong, Maniam yang bawa bangsa depa tu masuk negara kita selepas merdeka. Tanya Musa Hitam, siapa yang bawa masuk bangsa Indonesia ke negara ini dan di 'rakyat'kan semata-mata untuk undi.

Kepada YOU TUBE, memang kita tak menafikan bahawa terdapat ramai munafikun di kalangan kita. Untuk menjadi munafikun bukan perlu dilihat pada pangkat dan darjatnya di dunia. Perhatikan saja cakap-cakap dan kenyataan dan nilailah sendiri. Depa ni suka berhujah bahawa Allah swt saja yang boleh menentukan pahala dan dosa insan tetapi apa yang depa buat tu terang-terang bertentangan dengan kehendak dan hukum Allah swt. Bukan takat Mufti Perak saja, Bekas PM kita, Che Det, dan ....... ramai lagi yang cakap lain buat lain. Entahlah. Di Bulan Baik, Aku mohon maaf banyak-banyak kepada semua pengunjung blog GB sekiranya kata-kata Aku di atas menyinggung perasaan tuan-tuan. Kepada Allah swt, aku berserah.