26 Ogo 2011

Penipuan Dasyat SPR: 21 Pengundi Berbeza Bangsa Dalam Sebuah Kedai, Umur Tentera 111 Thn

Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti (a) 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.

Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai:
(b) seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej)
(c) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan
(d) seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.

Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -HD

6 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Terkini baru muncul PBTTM 'Persatuan Bekas Tentera Teranaya Malaysia'.

Persatuan ini tidak perlu berdaftar. Sebab kalau mohon daftar pun mesti tak lulus.

Ia dijangka mengatasi PBTM yang sedia ada. PBTM adalah ranting AMNO...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

so what ? bila sudah dedah spr akan padamkan bukti.

setau aku spr dibawah kuasa agong. so pergi jumpa agong, bawa segala bukti, gantung pengerusi dan segala anggota spr. bubarkan spr, siasat spr ....

macam ini punya kerja sampai bila tetap jadi pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

betul tu,kumpul semua bukti yg diprolehi bawa kepada Agong..dptkan reaksi agong. Wakil rkyat PR adalah wakil rakyat yg sah maka jalankan tugas demi rakyat,perkara dah terbukti dgn jelas tp bapak2 spr masih menafi..bangang,aku tunggu depa ni suatu hari didakwa.

Khairi berkata...

Apapun yg SPR cuba buat, selagi daftar pemilih tidak di"audit" oleh badan bebas samada drp rakyat yg berkelayakkan ataupun dr Badan Audit Antarabangsa, saya yakin beribu lagi bukti kesalahan data SPR. Apapun alasan, pegawai SPR telah gagal menjalankan tugas dgn amanah & berintegriti. Ataupun mungkin mereka sengaja berbuat demikian. Jadilah mereka ini pengkhianat rakyat. Kalau bukan, apa lagi nak kita panggil mereka ini?

Tanpa Nama berkata...

Jangan keliru.Agong lantik Pengerusi SPR atas nasihat(tunjuk nama) Perdana Menteri.Agong tak ada kuasa sama ada nak terima atau tolak.Mengadu pada Agong buang masa aje.Ini kerana Raja-Raja Melayu dah hilang kuasa,kononnya Raja Berperlembagaan.Kalau nak reaksi cepat,BERSIH 3.

Tanpa Nama berkata...

BERSIH 3.0 PALING SESUAI... Cantiiik.