19 Okt 2017

AMANAH Akan Terus Duduki Wisma Tok Guru..

Husam arah jangan keluar Wisma Tok Guru, dakwa ada kebenaran bertulis

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa dalam reaksinya terhadap notis mengosongkan bangunan pejabatnya yang dinamakan Wisma Tok Guru meminta semua kakitangan terus bekerja seperti biasa.

“Saya sendiri belum menerima apa yang dikatakan notis seperti itu dan tidak ada sebab petugas-petugas parti AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengosongkan bangunan itu,” katanya dalam masjlis dialog bersama rakyat di Taman Tanjong Chat, Kota Bharu malam tadi.


Husam tandatangan plak perasmian Wisma Tok Guru akhir tahun lalu.

Jika benar ada notis seperti itu katanya, beliau akan memohon mahkamah mengenepikannya kerana beliau mempunyai dokumen bertulis kebenaran menduduki tanah tersebut.

“Ketika arwah (Datuk Rosli Ibrahim) masih hidup, beliau ada membuat surat atas nama isterinya membenarkan saya menggunakan tanah itu sampai bila-bila.

“Saya akan kemukakan surat itu jika benar ada notis supaya mahkamah memutuskan hak sebenarnya.

“Sehingga segala-galanya selesai, kita akan tetap duduk di situ tanpa perlu bimbang dan ragu,” katanya.

Husam bagaimanapun menyelar tidakan Pas yang membuat rancangan membeli tanah itu dengan kaedah yang penuh keraguan dari segi syarak.

“Tanah ini seperti dinyatakan berkali-kali oleh arwah adalah milik peribadinya dan hanya dinamakan atas nama isterinya.

“Paling akhir perkara ini dinyatakan secara terperinci dalam ceramah di Wisma Tok Guru yang disiarkan secara langsung di facebook,” katanya.

Hasilnya kata beliau, tanah ini masih dalam tuntutan pusaka pewaris-pewaris arwah Datuk Rosli.

“Saya difahamkan perbincangan mengenai hal ini akan dibuat 23 Oktober ini.

“Adalah sesuatu yang tidak patut berlaku harta yang masih dalam pertimbangan mahkamah telah dijual,” katanya.

Beliau turut terkejut apabila tanah itu kini dijual kepada setiausaha kerja Pas Kelantan bernama Yasin.

“Saya tahu berapa gaji Yasin dan tentu beliau tidak mampu membeli tanah dengan harga 700 ribu itu.

“Saya percaya duit ini tauke balak yang bagi dan dinamakan dengan namanya,” katanya. -MD


ULASAN GB

Cukup teruk dah PAS Kelantan sehingga boleh melakukan satu konspirasi hebat "menghalau" ADUN Salor, Dato Husam Musa dari Wisma Tok Guru.

Ketara sangat PAS kini begitu "deasperate" akibat daripada kemunculan dan kehebatan AMANAH sehingga terpaksa merancang stau tindakan ala Yahudi di bumi Gaza.

Sama seperti sikap dan perangai UMNO layaknya.

Bagi pandangan GB, PAS Kelantan boleh mengatur apa saja langkah untuk memadamkan cahaya AMANAH di bumi Kelantan, tetapi parti tersebut akan terus bersemarak di hati rakyat Kelantan setelah PAS dilihat sudah jauh berbeza dari PAS di zaman Allahyarham TG Nik Abd Aziz.

Di dalam masa mereka sibuk menyerang AMANAH, PAS kini diserang pula oleh UMNO yang Mustapa Mohammad, Pengerusi Umno Kelantan bertekad untuk menjadikan Kelantan milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya rakyat dan negeri dapat dimajukan.

Yang jelas, kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU14 ini, samada ke tangan UMNO BN atau Pakatan Harapan. Sepastinya rakyat Kelantan bijak berpolitik, dan tidak mungkin mereka menyerahkan pemerintahan negeri itu kepada UMNO BN. Sebaliknya mereka akan menobatkan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh tokoh yang banyak berjasa di Kelantan, Dato Husam Musa.






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelantan ni serambi mekah atau serambi tel aviv.

semakin zalim berselindung disebalik jubah yg busuk.

nasaruddin tu sgt berdendam dgn husam. kunun singa pas. memanglah dasar singa tak otak hanya tau mengaum. bulu singa tebal dan garang, suaranya bergema seluruh rimba.. tp masih tk pakai seluar juga.

diakhir2 pemerintahan tgna pun kita dh dgr mengenai sikap cah keting dan permusuhan sesama pas. dn kita dh nampak bagaimana husam didengki oleh beberapa pemimpin pas yg busuk. rapatnya husam dgn tgna dilihat sebagai suatu konspirasi dn husam dianggap berjaya mempengarahi tgna dan tgna byk mendengar ckp husam.

persoalannya apakah penyelewengan dan mungkar yg husam buat tp disokong oleh tgna? jika semuanya baik dan elok, apa masalah pemimpin utk dgr pendapat husam.

tgna tidak semata2 berjuang dlm politik tp juga sentiasa muhasabah diri dan mendidik hati dpd sifat2 mazmumah. ini yg tiada dlm pemimpin pas masakini. tambah pula mulut penuh debu2 dedak.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar kemelut ini, makaPAS sedang menempah celaka untuk kelangsungan partinya sendiri.

Surau An-Nur Taman Sri Tanjung berkata...

BE PART OF SOLUTION NOT PROBLEM

Tanpa Nama berkata...

Pas tetap akan tumbang dalam PU14. Pasti. Ini Pas tak sedar. Rata2 rakyat Kelantan dah fed up dengan pemerintahan Pas yang ada. 3 penjuru akan memberi keuntungan kepada Umno. Ini yang Umno mahu. Pas nak cuba berbaik dengan Umno, tapi matlamat Umno pula mahu jatuhkan Pas.

Rata2 rakyat Kelantan sebut kerana Hadi Pas berpecah. Kedua, pemimpin2 atasan di Kelantan pula lembab. Tiada visi apa pun. Asyik sebut hal agama macamlah hanya mereka tahu agama.

Harapan kami Pakatan Harapan boleh menang di Kelantan walau pun sukar laluannya.