21 Okt 2017

[VIDEO] KES MAT INDERA: MAT SABU BEBAS

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua pertuduhan memfitnah berhubung kenyataannya mengenai insiden Bukit Kepong pada 1950.

Tiga panel hakim dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.



Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad adalah cacat.

“Mahkamah Tinggi dan hakim perbicaraan tidak tersalah arah untuk menyimpulkan bahawa pihak pendakwaan tidak cukup membuktikan kes prima facie,” katanya.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah 3 anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.

Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berhujah pertuduhan itu tidak cacat kerana kesalahan dinyatakan dalam pertuduhan.

Sebaliknya peguam mewakili Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhujah, dengan menyatakan inti pati kesalahan anak guamnya, tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mat Sabu berkata beliau amat lega dengan keputusan itu selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan. -Bernama

APA KATA PEGUAM HANIPA MAIDIN

HAMPIR 6 TAHUN KES MAT INDERA BUKIT KEPONG YANG MEMBELENGGU MAT SABU TERLERAI HARI INI

Alhamdulillah, setelah hampir 6 tahun kes ucapan tuan Hj Mat Sabu mengenai tragedi berdarah Bukit Kepong, akhirnya kes itu ada juga pengakhirannya (closure) apabila Mahkamah Rayuan hari ini (19/10/2017) memutuskan sebulat suara menolak rayuan kedua pihak pendakwa raya. Rayuan pertama, pendakwa rayu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang - juga ditolak.

2. Saya masih ingat Tuan Hj Mat Sabu mula-mula hubungi saya di akhir bulan Ogos 2011 iaitu di bulan Ramadan (akhir ramadan dekat nak raya).

3. Saya masih ingat ayat beliau kpd saya melalui telepon "Hanipa, hang tolong baca laporan Utusan sat!". Saya pada masa itu di Johor... di rumah Ibu Mertua.

4. Saya jawab secara bergurau "Mana nak cari nasi lemak Abg Mat..Abang Mat pun tahu nak cari Utusan kena cari kertas bungkus nasi lemak dan dalam bulan puasa mana ada orang jual nasi lemak!" Abg Mat hanya ketawa. Saya masa tu masih tak tahu apa yang berlaku.

5. Bagaimanapun, saya cuba juga cari berita Utusan di portal internet berkaitan ucapan Abang Mat Sabu itu. Selepas baca baru saya tahu apa yang berlaku.

6. Dipendekkan cerita, isu ucapan Abang Mat itu betu-betul jadi isu panas dan membara kerana disensasikan sebegitu rupa oleh Utusan dan TV3 khususnya. Boleh dikatakan sembang orang ramai di hampir semua tempat pada hari raya tahun itu tak lari drp tajuk ucapan Abang Mat itu..puaslah Abg Mat kena maki hamun "in absentia" (tanpa dia ada di tempat dia dimaki hamun itu)... kerana yang maki itu terpedaya dgn laporan Utusan dan TV3. Isu sama ada adil atau tidak memaki hamun tanpa didengar drp pihak yang dimaki terlebih dahulu tak berbangkit langsung!

7. Masa tu Abg Mat masih dalam parti suci...tak sedikit juga orang-orang parti suci yang juga terpengaruh dengan lsporan berat sebelah Utusan dan TV3 tersebut.

8. Hasil berita sensasi itu wujud lebih kurang 1000 lebih laporan polis ke atas Abang Mat. Banyak juga pihak minta dia didakwa. Ada juga yang minta beliau dibuang negara, dicampak ke dalam Laut Cina Selatan, ditarik balik kerakyatan dsbnya. Ada juga yang ugut nak simbah asid di muka dan mcam-macam lagi lah.

9. Akhirnya, Abang Mat didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Penang. Beliau minta saya wakili dia. Saya kata "No problem Sir, it is an honour!". Saya pilih dua rakan baik saya, peguam Encik Aminuddin dan Encik Nasar Khan utk bentuk team peguam bagi membela Abang Mat.

10. Jika tak silap saya,mulanya, pendakwa hanya diwakili oleh Ketua Unit Pendakwa (KUP) Penang, Dato Suhaimi dan Sdr Yusaini (senior DPP) (Kini KUP Perak). Mereka juga kawan baik saya hingga kini.Selepas itu, Dato Razali (mantan KUP Kedah dan kini KUP Penang) dan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) wanita (maaf nama tak ingat) juga dibawa masuk dalam team pendakwa.

11. Seperti biasa perjalanan kes jenayah di Mahkamah bermula dengan dibaca pertuduhan. Ada dua pertuduhan ke atas Abang Mat... pertuduhan utama (main charge) dan pertuduhan pilihan (alternative charge). Kedu-dua pertuduhan itu di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan - fitnah jenayah (criminal defamation).

12. Sedikit mengenai pertuduhan itu. Abang Mat dituduh memfitnah polis polis yang sudah meninggal dunia atau terkorban di Bukit Kepong itu. Ini, setakat pengetahuan saya, kes pertama di Malaysia - memfitnah orang mati!

13. Ada beza sikit undang undang fitnah antara fitnah kes sivil dan kes jenayah. Dalam kes fitnah sivil, kita tak boleh saman kes fitnah orang yang dah mati. Tapi, dalam kes jenayah boleh... cuma tak pernah berlaku dalam negara ini. No precedent... itulah barangkali menyumbang kepada pertuduhan yang cacat (defective charges).

14. Lepas dibaca pertuduhan dan Abang Mat memilih untuk tidak mengaku salah... pihak Pendakwa tawarkan jaminan tapi tawaran itu amat tinggi dan luar biasa- 50 ribu ringgit!

15. Saya membantah sekuat-kuatnya. Saya tak lafaz kalimah gila tapi bagi saya, tindakan pendakwaan itu lebih kurang begitulah. Saya kata tujuan jaminan hanya nak pastikan kehadiran OKT, so, di mana rasionalnya jaminan yang amat tinggi... ini saya kata dah macam menghukum...sedangkan, saya kata juga, prinsip undang undang jenayah adalah "seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya." Mengenakan jaminan yang amat tinggi (exhorbitant), saya kata, bertentangan dengan prinsip yang saya rujuk itu. Lagipun, saya juga kata, Abang Mat telah bagi kerjasama yang amat baik dengan pihak polis... polis arah dia mai ke balai dia mai, arah mai mahkamah dia mai... very cooperative!

16. Alhamdulillah, hakim tolak saranan pendakwa minta nilai 50k utk jaminan tapi dia putuskan tak silap saya 15k shj itu pun, bagi kami, masih tinggi...dalam konteks kes di mahkamah sesyen... tapi it was better than 50k lah. So kami pun tak bantah.

17. Maka misi berikutnya adalah cari duit. Maka derma jihad (tak lah pakai tin milo) dilancarkan di dalam mahkamah. Yang menariknya, ada pegawai polis yang juga bagi sumbangan drp elaun makan harian dia... cuma dIa minta tolong ambil duit tu di tandas... takut polis lain nampak! Tak pe kami terima! Tandas pun tandas lah!

YB HANIPA MAIDIN
Status FB - 19 Okt 2017

VIDEO












7 ulasan:

Lelaki Dicermin berkata...

utusan setengah juta.. tv 3 setengah juta.. utusan dan tv 3 dah mengigil tu.. kaya mat mat...

Lelaki Dicermin berkata...

utusan setengah juta.. tv 3 setengah juta.. utusan dan tv 3 dah mengigil tu.. kaya mat mat...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Abang Mat. Rakyat tetap bersama mu. PU14 nanti akan melihat PH menang besar.

Tanpa Nama berkata...

kes ni mengarut. semata2 politik sempit nk kenakan pembangkang.

abu mayat chin peng pun tk dibenar masuk Negara.
tiba2 belum jd mayat lg parti melayu pi mengadap komunis china.

mcm abg mat ckp lah.. pembangkang jangan kentut2 kuat2.. nanti kena caj almaunah (ketika itu).

pembodohan rakyat adalah agenda berterusan penguasa klepet.

membela arwah polis bkt kepong hanya retorik. berapa sgt mereka dpt imbuhan? usahkan 2.6b.. 26K pun tk dpt. usahkan gelaran datuk tansri, pingat SB dan PGB yg layak pun mereka tk dpt.

bila abg mat cetus sejarah bkt kepong, maka barulah mereka cuba dibela dan diingati ala kadarnya.

Malaysiabaru berkata...

Utusex meloya


Ingat tuuuu!


Jngan dekati utusan / pas / umno

nick berkata...

Sekarang ni perkataan "komunis" bukan lagi senjata ampuh yang boleh digunakan oleh UMNO. Sebabnya? UMNO sendiri sudah duduk bermesra dengan Parti Komunis China yang merupakan laluan Najib untuk mendapatkan "fulus" dari tanah besar. Takkanlah hanya demi persahabatan dan setiakawan, UMNO berbaik2 dengan CPC? UMNO yang sekian lama menggunakan "hantu komunis" sebagai alat menakut2kan orang2 melayu yang pengecut, berubah hati dan mahu berkawan rapat dengan CPC atas sebab altruistic tanpa ada udang dibalik batu atau uang dibalik saku? Mustahil! UMNO bukannya Parti yang tertegak atas "ikhlas dan kejujuran"!

UMNO tertegak atas wang dan segala2nya adalah berkenaan dengan wang.

PAS pulak sampai sekarang pun tak ada dok sibuk mengutuk hubungan UMNO dengan Parti yang membenci Islam tu. Apa UMNO tu dah jadi Parti Suci macam PAS gak ke? PAS begitu membenci DAP yang dituduh sebagai anti islam dan Ulamak tetapi berdiam diri dan dok rilek bersahabat dengan UMNO yang ada hubungan dengan CPC Hj hadi segan ke dengan Najib dan malu nak tegur sebab sudah termakan budi?

Nick.
Cape Tiger.

Lelaki Dicermin berkata...

lupa nak cerita.. memang aku ingat masa isu bukit kepung ni.. memang dah hampir nak raya..tv3 dgn utusan sensasi isu bukit kepung sama hebat dgn lagu raya waktu itu. sbb aku ingat lagi raya pertama saudara sebelah org umah aku dtg rumah bapak mertua.. dia seorg ketua setiausaha sebuat kementerian.. tgh2 makan kueh isu bukit kepung kuar tv3.. ketua setiausaha..faham2 lah benderanya.. dia dah tahu aku bendera apa.. kaw2 dia belasah gunakan isu bukit kepung..aku diam je..sbb bg aku hari raya.. ziarah2 menziarahi.. kenapa perlu cerita isu politik.. skg ketua setiausaha dah pencen.. asyik sakit je.. nak je kalau dia dtg rumah pak mertua...aku nak cerita kesah bang mat menang kes ni.. sah2 dah menang bang mat akan saman tv3 dgn utusan..dia selalu sakit.. takut bg tahu bang mat menang.. bertambah sakit bekas ketua setiausaha ni.. jadi ketua setiausaha pun masuk guna kabel politik.. aku berbual dgn pegawai kementerian tu sepatutnya org lain.. kementerian sudah ada calun.. agaknya sbb potong rezeki org.. tu yg asyik sakit je .