4 Mac 2017

[VIDEO] Rakyat Boleh Menilai... Ulamak PAS Nak Sekeh Mufti Perlis

Sinar Harian sedia pentas debat Dr Rozaimi dan ulamak Pas

Ketika cabaran debat Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Rang Undang-undang (RUU) 355 belum bersambut, akhbar Sinar Harian sedia menawarkan tempat untuk perdebatan mengenai pindaan Akta 355, antara pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Dr Rozaimi Ramle dengan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

"Kami mengalu-alukan percambahan minda, dan pentas kami sentiasa terbuka untuk wacana ilmu seperti ini," kata Penasihat Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.


Beliau mengulas surat dari sebuah NGO Islam, Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia untuk pensyarah fekah & usul fiqh dan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bersemuka dalam debat terbuka.

Surat tersebut dari setiausaha IQ, Abd Hafiz Salleh Hudin, dihantar dengan tangan kepada Dr Khairuddin.

“Oleh yang demikian IQ mengharapkan pihak YB dapat memberikan komitmen untuk program dialog ini dijayakan,” kata kandungan surat tersebut yang salinannya diperolehi Sinar, semalam. Rozaimi adalah presiden IQ.

Dalam satu reaksi positif Jalil memberitahu pihaknya menyerahkan kepada dua tokoh berkenaan untuk menetapkan tarikh dan masa perdebatan.

“Sila berhubung dengan kami dalam masa terdekat, dan auditorium kami sentiasa bersedia untuk mereka bertukar pandangan secara sihat dan terbuka. “Bagi kami Akta 355 yang hendak dibicarakan ini adalah isu kepentingan umum dan Sinar telah beberapa kali menganjurkan debat dan wacana mengenai isu ini antara ramai pakar dan tokoh di bidang berkenaan, termasuk yang bukan Islam. “Selain terbuka kepada umum, auditorium kami boleh muat 500 orang, kami akan menyiarkan debat ini dalam Sinar Harian, Sinar online dan Sinar TV,” kata Jalil. Sebelum ini Khairuddin dalam rakaman video di Internet menyatakan kesediaan bersemuka dengan pihak yang berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.

Dalam rakaman 4.30 minit yang dipetik dari satu ceramahnya, Khairuddin turut berkata, jika ada mana-mana mufti yang berkata pindaan akta itu tidak wajib, "kepalanya patut disekeh". -MD

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Seorang yang dikatakan "ulamak" tergamak untuk mengeluarkan perkataan jelek terhadap seorang ulamak yang lain semata-mata kerana berbeza pendapat.

Sifat ekstrem ulamak PAS itu dengan mengeluarkan perkataan jelek berkenaan amatlah dikesalkan dan ia seperti sudah menjadi satu "trade mark" bukan saja kepada kumpulan ulamak dari PAS, malah ahli-ahlinya juga - iaitu menghamburkan perkataan-perkataan maki-hamun dan mencaci-cerca orang lain yang tidak sependapat dengan mereka.

GB enggan untuk mengulas mengenai isu RUU 355 yang menjadi bahan "Encik Somi" untuk "menyekeh" (menyekel) Mufti Perlis kerana GB telah mengulas banyak kali di dalam entri-entri yang lepas. Pokoknya, RU355 bukan hudud, bukan hukum Allah, ia dikatakan hanya untuk memertabatkan syariah Islam. TGNA sendiri pernah menolak cadangan pindaan RUU355 semasa hanyatnya.

Sedangkan sebelum ini, PAS sendiri yang menyatakan bahawa hudud bukan satu keutamaan, bukan agenda parti berkenaan kerana hudud sendiri hanyalah 0.001 peratus yang disebutkan di dalam Al-Quran. Itu hudud, inikan pula RUU 355... yang lansung tak ada di dalam Al-Quran.


Tapi entah macamana semenjak berbaik dengan UMNO PAS mengubah haluannya. Hudud tiba-tiba menjadi perjuangan utamanya dengan menafikan sendiri hujah-hujjah lampaunya semasa berada di dalam Pakatan Rakyat.


Kita berharap Debat SInar yang menemunkan dua tokoh berkenaan akan menadi kenyataan. GB tertarik dengan kenyataan seorang sahabat GB di dalam stats facebooknya: "Debat ialah perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya. Itu sifat para ilmuwan."





FEATURED ADS




21 ulasan:

Razali M. berkata...

Menteri hal ehwal parlimen Azalina Othman berkata usul RUU 355 yg dibawa oleh Marang itu ada kesilapan teknikal. Jadi selama dua kali usul itu dibawa, setiausaha parlimen tak pernah semak ke terlebih dahulu..
Gebum gebam gebum gebam riuh rendah saentero dunia sampai buat perhimpunan raksasa rupaya kena Main dek UMNO. Sbb si Azlina berkata usul RUU 355 akan datang kerajaan akan ambik alih..
Apa cerita tuduh orang kapir tanam kat jirat cina dll lagi.. apa perasaan lebai2 bila sudah tuduh orang macam2..akhirnya presiden kamu ditolak tepi.

Awanama berkata...

Potong jari la kalau "encik somi" berani debat dengan Ustaz MAZA. Nak sekeh kepala orang, tak sedar dia tu ulama sengkek. Kalau cakap tak beradab, ulama apa namanya kalau bukan ulama sengkek.

pa$pi$pu$ berkata...

Ada Prof DR ..UUM ..pun nak tumpang semangkok gak..bila DR MAZA tak layan dia..mola nak marah DR MAZA kata mamak rempah la..Apa masalah prof ni..?Cuba admin ulas tentang Prof ni adakah dia jurucakap Parti Agama tu..!

Awanama berkata...

DEBAT IS ONE WAY TO DETERMINE SAMA ADA THE PERSON IS CREDIBLE OR NOT. SAMA ADA ORANG TERSEBUT BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK. NAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD U ALL ULAMA PAS REMEMBER JGN BUAT-BUAT LUPA IF U NAK HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN U ARE 1ST PERLU DIKENAKAN HUKUMAN KERANA MEMFITNAH U SHOULD NOT BUAT TAK TAHU SHJ. DON U REMEMBER THAT DLM HUKUM HUDUD ADA HUKUMAN UTK ORANG YANG MULAT DIA GATAL SANGAT NAK FITNAH DAN TUDUH ORG SEBERANGAN TANPA SAKSI YANG SAH? JANGAN BUAT TAK TAHU WE WORRIED WHEN U LAKSANAKAN RUU 355 U TAK NAK LAKSANAKAN HUKUMAN NI.

Awanama berkata...

Lobai2 ni sebenarnya dh poning.
Bonda2 remeh nak dibesar2kan...mcm wajib sangat.
Itu korja Umno la

Awanama berkata...

.
.


Ketua Penerangan Dewan Ulamak yang kena sekeh dengan Maza. Itulah bila nak berucap jangan masuk terus gear 5. Dan bila dah gear 5, jangan tak tukar-tukar ke gear rendah.

Bila lepas cakap sekeh tahu pulak ziarah Maza. Bahasa itu jiwa. Kalau pertuturan tersebut begitu bermakna begitu lah percakapan nya di mana-mana. Bercakap gaya orang banyak duit !

Yang Prof tu boleh lah menyibuk. Ingat dalam Tinju je ada promoter rupanya untuk berdebat pun ada promoter untuk setkan siapa lawan siapa.

Ketua Penerangan Ulamak buat cabaran dan dia tak pilih sesiapa. Ya lah orang mencabar suka hati dia lah nak pilih siapa lawan dia.

Macam tu jugak Maza mengajak untuk debat ke, dialog ke.. suka hati dia lah nak ajak siapa. Orang yang di ajak kalau tak nak cakap tak nak. Atau diam je.

Tapi bila orang ajak buat persembahan untuk rakyat, suka-suka tolak, rakyat marah !

UMNO ada Shamsul Debat.

PAS ada Hadi Takut Debat !

Awanama berkata...

Geng2 berani debat pas dah takder...semua dah masuk amanah...yg tinggal lebai2 dan ustaz timur tgh yg cakap berdegar degar dlm ceramah satu hala depan walaun2nya...bila ajak dekat penakut dan mcm2 alasan dia nak konar...piiidaahhh...

Awanama berkata...

Ada jugak ulamak tu terbabas termasuk silap lubang..Ganas betul ulamak pas ni..Naya bini..

Pok Li berkata...

Hadi tak mampu debat. Seingat saya Hadi tak pernah berdebat/berdialog dengan sesiapa melainkan hanya berceramah didepan penyokong² sahaja.

Awanama berkata...

.

Terlajak perahu boleh patah balik.
Terlajak kata, teruskan je lah.

Tentu Khairuddin sudah ada point-point untuk mematah hujah orang yang tidak setuju. Dan mungkin, Khairuddin sudah ada jawapan yang akan diberi oleh pihak yang tidak bersetuju dengan hujah nya.

Khairuddin sudah tahu di mana kedudukan RUU tetapi ahli PAS perlu di beri anggapan sebalik nya.

Itu yang guna perkataan wajib !

Apa tujuan sebenar Khairuddin, wallahualam.

Ini berdasarkan pertemuan Khairuddin dengan Maza. Kerana kali ini, tidak seperti sebelum nya orang PAS tidak kata MAZA terdiam tersentak dengan kata-kata Khairuddin.

Wassalam.

Awanama berkata...

Kalau kailnya panjang setakat sejengkal
Lautan dalam janganlah berangan nak diduga

Kalau jenis takut dilambung dek ombak
Jangan nak mimpi berumah di tepian pantai

Awanama berkata...

Dengan perangai bebal dan jumud pimpinan dan ahli UMNO dan PAS lama kelamaan orang Melayu akan hilang keberanian dan takut nak berhujah. Makin kuranglah ilmuwan dan cerdik pandai Melayu yang naik hanya tahu makan dan tidur. Nothing To Hide dah jadi Everything To Hide.

Awanama berkata...

Dulu guna siku dan lutut sekarang sudah upgrade sikit - guna tangan dan jari untuk sekeh Mufti..

Awanama berkata...

.
.

Jika tidak di sambut oleh Rozaimi adakah Khairuddin berjumpa MAZA ?

Khairuddin akan hentam lagi.. malah lagi seronok kot ?

Sekarang Khairuddin kena umumkan cabaran berdebat di batalkan. Tempat dah ada dan lawan pun dah ada, samada nak teruskan atau nak batalkan ?

Khairuddin jumpa MAZA sebab kata 'sekeh'. Rozaimi pula bukan nak berdebat pasal 'sekeh' tapi pasal RUU jika tak jadi, RUU yang di heboh oleh PAS banyak yang tak kena sebab PAS sengaja sembunyikan dalik-dalil dan hujah-hujah yang perlu di pertimbangkan.

Atau perlu kah Rozaimi perlu tiba-tiba muncul di ceramah Khairuddin ?

Wallahualam.

Awanama berkata...

Ostad olama jenis ni baik tumpu jual kosmetik. Jual kosmetik bolehlah goreng sana goreng sini. Jangan ingat nak laksana RUU355 tu sama macam nak jual kosmetik. Cakap ikut sedap mulut, bunyi gah tapi kosong. Kalau tak setuju boleh sekeh nak tunjuk kuatnya hujah macam kempen jual kosmetik bila digunakan kulit boleh putih melepak dan halus malus. Bila nak betul-betul berhujah, mula buat silat jadi macam dah guna kosmetik mula terserlah boleh ke tidak kulit jadi putih dan halus malus. Dah nampak tipunya, mulalah geng-gengya ikut pusing cakap dan buat fitnah dan bohong.
Sudah-sudahlah ostad olama hoi...sampai takat mana nak jadi tukang karut marut, penipu, pemfitnah, pelabel dan pembohong nombor wahid. Rakyat dah tahu perangai kamu dan cara jelek kamu. Hanya jubah dan serban dan lidah yang pandai melirik Al Quran dan hadis sahaja yang ada pada mu yang menjadi bahan menipu umum yang tak faham dan tak bermaklumat.
Kalau debat tak jadi dengan Dr Rozaimi, SAH memang ada sungguh ostad olama penakut dan jenis jaguh kampung dan tin kosong. Yang mula mencabar sepatutnya terimalah sambutan Dr Romaizi, rakyat memerhati dan menanti.

Awanama berkata...

King Cin, boleh kawan Cash King.
Kalau masih nk diangkat lagi,
Mereka dan keluarga boleh Ronggeng,
Rakyat kena tonggeng...

Awanama berkata...

Dgn tunggul kayu, batang pisang blh la YB2 lebai ni cakap dan cabar.
Silap hari bulan..jd mcm ni la.
Sendiri cabar..sendiri nak melarikan diri bila disahut cabaran.
Malu rakyat tengok YB2 lobai mcm ni.

Awanama berkata...


Ketua Penerangan Ulamak Pas kata sekeh kepala Mufti ialah bidalan orang Trengganu.

Kalau ada orang Trengganu tolong jelaskan. Betul kah nak sekeh kepala itu bidalan orang Trengganu ?

Atau ulamak (konon) ni berbohong pula.

Awanama berkata...

.
.

Se orang Ketua Penerangan Dewan Ulamak bergelar Doktor memberi alasan 'suasana' menyebab dia mengeluarkan kata 'sekeh'.


Ini macam kah ?

Ketua Parti PAS menyebut anjing se hingga agas-agas adalah salah satu faktor 'suasana' atau tidak ?

Wallahualam.

Awanama berkata...

Nasib baik buruk siku, hati wallahu'alam...

Awanama berkata...

Sama je perkataan dr presiden pas smpi macai paling bawah dah xda menunjukkan akhlak islam.malu org bukan tgk islam diburuk2an pas..