1 Mac 2017

[VIDEO] PPBM Tak Hadir, Masih Nak Berunding Dengan PAS?

Pusingan pertama agihan kerusi HARAPAN tanpa BERSATU

Pakatan Harapan hari ini menjalankan pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.

“Oleh kerana homework ataupun kajjian kerusi mana yang (mahu) ditandingi itu belum lagi selesai dan mereka perlukan lagi masa dan kami membuat ketetapan untuk teruskan dengan parti-parti yang telah bersedia.


“Kami akan mengadakan mesyuarat pada pusingan seterusnya," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya menyertai mesyuarat seperti yang dirancang, katanya.

“Dalam komunikasi terakhir antara saya dan Mukhriz, berbeza dengan kami tiga parti yang sudah selesaikan homework kami, beliau memaklumkan saya BERSATU perlukan sedikit lagi masa.

“Sebab tugas untuk mengenalpasti kerusi-kerusi yang BERSATU akan bertanding dimanahkan kepada Abdul Rashid.

“Saya difahamkan homework itu belum selesai manakala PKR, DAP dan AMANAH kami dah pun bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut,” katanya.

Beliau berkata HARAPAN memutuskan untuk meneruskan rundingan kerusi antara parti yang telah menjalankan kajian mereka dan telah mencapai beberapa kemajuan.

Saifuddin berkata beliau yakin BERSATU tidak ada masalah menyertai mesyuarat rundiingan kerusi pusingan kedua HARAPAN.

Beliau berkata pertindihan tuntutan kerusi pada mesyuarat hari ini adalah minimum.

Saifuddin berkata, pembangkang juga bersetuju dengan parameter dan asas bagi setiap parti sebagai panduan apabila membuat tuntutan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

“Saya tak huraikan apa parameter itu, yang penting ada formula untuk bantu selesaikan agihan kerusi.

“Hasilnya nanti parameter dianggap berjaya kalau kerusi bertindih adalah tahap minimum.

Ditanya mengenai agihan kerusi di Selangor, beliau berkata, "Kami ada formulanya, formulanya tak boleh kongsi. Yang penting semua kerusi BN, kami akan lawan.”

HARAPAN dan BERSATU membentuk hubungan politik Disember lalu dan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan agihan kerusi dan manifesto.

Jawatankuasa agihan kerusi terdiri daripada Mukhriz dan Abdul Rashid yang mewakili BERSATU, Saifuddin dari PKR, Anthony Loke dari DAP dan Hatta Ramli dari AMANAH. -mk



ULASAN GB

Ranjau-ranjau yang sepatutnya tidak perlu dilalui tetapi PPBM masih nak berbincang dengan PAS, maka tertunda lagi. Semasa Konvensyen PH sebelum ini pun, PPBM meminta tangguh untukperjanjian kerjasama kerana masalah dan alasan yang sama.

PKR nampaknya semakin memahami dan justeru itu tiada karenah untuk perbincangan kerusi dengan komponen PH yang lain. Pengajaran dari PRK Sarawak dimana perbincangan PH tertunda berkali-kali sehingga ke hari penamaan calon lantaran memberi peluang PKR berunding dengan PAS yang akhirnya tiada keputusan mungkin menjadikan PKR lebih matang kali ini.'

PPBM perlu bertindak tegas sebelum ditinggalkan kerana semboyan pilihanraya sudah seperti mahu ditiupkan. Jika PPBM lewat, alamat PH akan terus berlayar tanpa PPBM.

Semua kini sedang menanti dan memerhati PPBM...





FEATURED ADS




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak hadir kerana PPBM masih nak berunding dengan PAS, memang PPBM mencari masalah. Tak kanlah Mukhriz tak boleh baca hasrat Hadi yang tak mahu bersama PH, Abdoh pun dah keluar statement yang partinya lebih utamakan perpaduan ummah dari menang pilihanraya, maknanya PAS lebih sayangkan UMNO. Lebih baik teruskan strategy kemungkinan pertandingan 3 penjuru daripada sibuk memujuk PAS yang cintanya hanya pada pemberi dedak. Lebih baik talak tiga saja dengan PAS daripada dikhianati pada masa hari penamaan calon.

Tanpa Nama berkata...

kalau harapkan mukriz mmg takda la jawab nya budak tu mana tau buat keje.. harap ehsan bapak dia je.. kalau takda bapak dia jd mamak jual cendol je dia tu..

Unknown berkata...

Nampaknya peragai umno masih menebal lagi dihati PARTI BERSATU....
hampeh.. tinggalkan aje PAS
... kenapa takut sangat akan kekalahan..
Siamang tetap siamang tak kan jadi manusia

Unknown berkata...

"Semasa saya menjadi president UMNO dahulu, saya tidak takut menghadapi pilihan raya kerana saya tahu pehak pemangkang "JARANG" bersepakat" Begitu lah bunyi kata kata penasehat PBBM di setiap pentas ceramah yang beliau hadiri. Di kemanyakan ceramah beliau kuga menekan kan untuk menghancur kan Najib dan BN. Rakyaat marhean di luar sana banyak yang mengamin kan kata kata beliau. Kini pehak PBBM pula yang tidak menghantar wakil. Mengapa jadi begini?

Malaysiabaru berkata...

Kami org pertama selalu sebut pasal 'homework' ni..dlm komen

DAN UCAPAN TAHMIAH KPD NASUTION PAKATAN HARAPAN KERANA SERIUS DI RUNDINGAN...

BILA DUDUK SEMEJA YOU ALL LOOK SO PROFESIONAL !

IT DOESNY MATTER WHAT SEATS YOU ALL CONTEST.. WE WILL SUPPORT EACH AND EVERY ONE OF YOU!!

BUT PLEASE ACKNOWLEDGE THAT PRU14 IS NIT ABOUT WINNING. ITS ABOUT :

a. Penghapusan PAS
B. Menginsafkan org Felda betapa najib FGV dah menipu mereka
C. Mentarbiayah org islam betapa RUU tidak berguna kerana pencuri paling licik dlm sejarah Malaysia dan dunia tidak boleh di tangkap dan kebal dari hukum ciptaan yaHADI mahupun jika ada hudud dia tidak terikat dhn hukum ALLAH YG MAHA ESA. (lagi teruk dari 'hudud' ciptaan Brunei)
D. Memecah belah kaum.melayu menuju jahanam demi masa depan yg cerah
E. Malaysia akan di CHINAKAN oleh duta khas MCA
F. Ekonomi Malaysia akan bertambah buruk selagi di terajui oleh Najib mugabe pakar kleptokrat
G. Anwar dalam penjara maka BALA akan sentiasa menimpa negara ITU SUMPAH KAMI !!!
H. EMAIL YG KAMI HABTAR KE SELURUH DUNIA DAH CECAH 150 JUTA SEJAK ANWAR DI PENJARA. DAN RESPONSE KAMI DAPAT DARI DUNIA POLITIK SPT ANGELA MERKEL.. DUNIA KORPORAT SPT GWORGE SOROS AMAT MEMBERANGSANGKAN. ..... MALAYSIA MENJURUS JAHANAM DI BAWAH NAJIB !!!

RAJA SAUDI YG NEGARANYA DEFISIT CECAH 300% PUN DTG MERANGKAK MENENGEK DUIT PELABURAN DARI MALAYSIAL...

INGAT PRU14 ADALAH PENGHAPUSAN PAS! SELAMA LAMANYA . NIKMATI KEJAYAAN DGN SYUKUR KPD ALLAH BILA PAS HAPUS NAJIB TURUN DAN ANWAR BEBAS !

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah tak kan tak faham faham lagi ... bodoh sangat lah sesiapa yang masih tak faham-faham maksud yang sebenar dan maksud yang tersirat dalam isu ini kah kah kah tapi ye lah yang ada-ada tu pun bukannya cerdik sangat pun kah kah kah macam mana kitorang nak percaya kat korang kalau dah macam gini pun masih tak ada persefahaman., kami meluat tapi terpaksa menelan cakap si mamak kerala nyanyuk tu .." semasa saya menjadi presiden umno dulu ... bla ...bla.... "

Unknown berkata...

Nampaknya PPBM nak kencing Pakatan Harapan dan besar kemungkinan spesis UMNO ni nak kencing keliling.Dalam ceramah PPBM Madiaq ada sebut pertandingan 4 penjuru. Pada pandangan aku baiklah pakatan Harapan teruskan bersama komponen parti harapan sedia ada tanpa dipandang lagi pada PPBM.Aku dah muak.Apa kejadahnya bila nak duduk berunding pasal kerusi sekor habuk orang PPBM tuang@ponteng temu janji - nampaknya dah kena aura TUANG Preideng@ponteng parlimen.

Tanpa Nama berkata...

bodo ape lg pribumi bersatu nk tggu pas boneka hadi & co. mng klh itu adat org brtanding.mng klh itu adat org brjuang. sbb strategi?? strategi apenye lg dh trang lg bsuluh spotlight hadi n juak2 bercngkererama dgn hamno. just go on je le.jgn katakan 3 pnjuru.4 pnjuru pn kite tntg n kite lwn.takut ape.skit masa lg brbondong2 pas grassroot srah form jd ahli AMANAH.La ni ekonomi truk sgt.hr2 nk hdp pn truk.brp rmai org bcerai berai cbb fakto ekonomi.ini aku ckp trg2. najibb pnye pasal n hadi awang pn dpt dosa saham se-x. hj hadi ni ada pkr ke??

Tanpa Nama berkata...

.
.

Ini amat bahaya.
Kalau begini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin PPBM silap haribulan setelah bersetuju dengan rundingan dengan PH, tiba-tiba dibuat di saat akhir PAS mengelabah dan pujuk PPBM mahu PPBM tinggalkan PH. Konon selepas PRU kalau menang PPBM dan PAS ada rancangan untuk bergabung dengan PH.

PPBM pastikan berubah jika PAS beri peluang untuk satu lawan satu.

Dulu pun masa Anwar Ibrahim lawan tiga penjuru - PR, BN, SPR. Menang jugak. Sekarang SPR susah sikit nak menipu sebab peraturan yang semakin ketat dan pengundi pun dah bijak. Setakat ini SPR cuma boleh bantu dengan persempadanan semula.

Kini kalau tiga penjura - antara PH, BN + spr dan PAS.

PPBM nak menang, PPBM kena guna isu tapi tak part ini lah yang menyedihkan. PPBM tak ada isu. Yang ada Tun yang bawak !

Tanpa Nama berkata...

Inilah strategi tdm utk pembangkang terus tak bersatu. Kalu tanpa pas pembangkang OK lagi. Tapi skrg ada ppbm. Makin berserabut. Ppbm ni duri dlm daging. Sama pas yg ada dua kumpulan yg bg isyarat berbeza. PH betul dlm meneruskan rundingan tanpa pas dan ppbm.

Pemuda parit kings berkata...

Dimana letaknya bersatu disini? Dimana nak guna satu logo? Dimana Pakatan yg diwar2kan?

Tanpa Nama berkata...

mungkin Bersatu masih belum kenalpasti siapa yg sesuai menjadi calon utk kerusi2 yg hendak ditandingi. Bersatu masih baru..

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu rakyat kata jgn buang masa dgn kerenah parti lobai. Tumpukan PH yg ada. Kuatkan PH. Yg nak sibuk2 dgn parti lobai buat apa. Utk PH tak bersedia. Mcmana. Sibuk dgn parti lobai yg tak ketahuan tu, utk pH tak betsedia. Patut kuatkan dulu PH. Ini diri sendiripun blm sedia sibuk nak dgn parti lobai. Lobai hadi dh bg clear statement takkan tak faham2 lg. Buang masa la.

Tanpa Nama berkata...

Hairan betul, PPBM mempunyai pemimpin yang begitu dunggu, hidung sedang to ikat tali dan diheret ke kiri dan ke kanan oleh pemimpin ularmak , tapi masih tidak sedar.

Dengan pemimpin yang begitu rupa, lupakan saja hasrat nak jatuhkan BN di PRU yang akan datang.

Tahu ke berapa penyokong penyokong parti pembangkang yang sangat sangat
kecewa dengan pemimpin pemimpin PPBM ini.

Tanpa Nama berkata...

.

PAS yakin menang malah mampu tawan Putrajaya walau pun bersendirian. Itu kenyataan Naib Presiden PAS Amar.

Selagi PPBM terhegeh-hegeh dengan PAS, selagi itu lah PAS berlagak sombong.

Dalam memilih dunia (UMNO) dengan dunia (PPBM) PAS patut pilih UMNO.

Tanpa Nama berkata...

ikatan yang mengikat Pakatan Harapan plus PPBM adalah bersandar pada hukum alam binatang (hukum rimba). Kerana itu Pakatan Harapan plus PPBM tiada presiden.

PPBM akan disembelih dengan konsesus 3 menentang 1 jika ia menyertai mesyuarat pembahagian kerusi tanpa PAS sebagai sekutunya.

DAP dan PKR awal2 lagi telah memberikan amaran serta peringatan agar kerusi miliknya jangan dituntut, sebaliknya PAN (parti budak suruhan DAP) disuruh "beradu" untuk membahagikan baki kerusi dengan PPBM (merujuk pada jumlah kerusi yang ditandingi PAS).

PPBM bukan faktor utama didalam Pakatan Harapan selagi ia tidak dapat membawa PAS sebagai regunya.

Hukum Rimba mengatakan yang kuat akan memijak yang lemah, yang bijak akan membaham yang bodoh. - kelihatan pada waktu ini PPBM akan memakai gelar si lemah yang bodoh.

Kepada siempunya blog - kamu boleh terus membawakan tipu daya Pakatan Harapan plus PPBM tetapi ketahuilah hanya si jahil yg sombong akan menjadi tunggangan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah ppbm. Mrk masih berusaha kali terakhir sbl mbuat keputusan muktamad. Pkr mencuba xberjaya biar ppbm pula mana tau kalau berjaya memujuk pas akan memberi peluang lebih cerah utk ph menang next pru..Amin

Unknown berkata...

Satu cara je nak pasti 1 lawan 1. Tukar presiden Pas dan ketua pemuda Pas.

Tanpa Nama berkata...

Bosanla tgk phbsatu perangai mcmni..sepatutnya Fokus nk lawan bn tp ph bsatu spy xhargai pengundi2