13 Ogo 2016

Nak Bersatu, Teruskanlah, Tiada Siapa Yang Larang!

Apa salah Pas, Umno bersatu

SHAH ALAM – “Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.


“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya. Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

ULASAN GB

Siapa pulak yang halang PAS-UMNO untuk bersatu? Malah kita amat mengalu-alukan tindakan PAS untuk bersatu dengan UMNO bukan sahaja dalam isu RU355 malah, bersatu terus pun tak mengapa seperti yang diwarwarkan oleh Presiden PAS dahulu dengan gagasan Kerajaan perpaduan (Unity Governement).

Yang anehnya macai PAS yang berhempas pulas menafikan dakwaan wujudnya UG.

Walaupun kita pernah menyatakan bahawa Hudud dan RU355 hanyalah helah dan umpan UMNO untuk memisahkan PAS dari parti pembangkang yang lain dan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat, tapi PAS, kerana kebodohan bersiasah, masih percaya kepada UMNO.

Walaupun PAS berpendirian bahawa parti mereka di bawah kepimpinan ulama, tetapi ulama tidak semestinya pandai mentadbir negara. Lihat sahaja bagaimana PAS hanya berupaya memerintah Terengganu cuma sepenggal.

Apbila kita membawa hal itu, melompat pula para macai PAS menyatakan bahawa PAS tewas kerana SPR tidak adil.

Dah jika kamu tahu SPR tidak adil, mengapa kamu bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN? Mengapa tak turut sama di dalam himpunan BERSIH 4.0 dahulu yang mahukan pilihanraya bersih dan adil?

Masih hendak perjuangkan hudud. Apakah hanya itu semata-mata perjuangan PAS?

Nak keredhaan Allah pula jadi alasan. Kalau nak keredhaan Allah semata-mata maka lebih baik dari badan dakwah, bukan parti politik. Perjuangan parti politik hanya mendapat keredhaan Allah jika menentang pemerintahan yang zalim, bukan bersekongkol dengannya.

Itu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
[Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]

Kemudian beralih pula alasan dengan POLITIK MATANG. Jika politik matang jadi sandaran, tak berlaku peperangan diantara Rasulullah dengan kumpulan Quraisy di Mekah. Rasulullah boleh sahaja menerima pelawaan Abu Jahal dan Abu Lahab yang snaggup memberi dedak yang besar kepada Rasulullah saw.

Tetapi semua jenis dedak yang berupa pangkat, harta kekayaan dan jawatan-jawatan tersebut ditolak mentah oleh Rasulullah saw.

Mengapa Rasulullah saw menolak "POLITIK MATANG" (menurut tafsiran PAS), malah memilih untuk berperang dengan kaum Quraisy itu?

Sebabnya Rasulullah saw tahu kaum Quraisy itu mempunyai agenda tipu muslihat dengan dedak-dedaknya itu.

Kalau nak bersatu dengan UMNO. Teruskanlah. Ia lebih baik kerana akan lebih jelas diantara mereka yang benar-benar menentang kezaliman daripada mereka yang berpura-pura menentangnya tetapi sebenarnya bersekongkol untuk mempertahankan kezaliman tersebut.



FEATURED ADS


19 ulasan:

Jigit berkata...

Nak bersatu pun boleh...nak bersatubuh pun lantak ekau la janggg.....

Unknown berkata...

Salam:

Apa lagi yg nak ditunggu,teruskan,bersatu dgn umno untuk mengujudkan negara islam ala pAS.


Dari rentetan amalan yg dah dilakukan oleh PAS,MENGAGUNGKAN perlembagaan PAS,yg kononnya terbaik dari hasil pemikiran bijak pandai mereka,sehingga beberapa amalan ketua mereka berlawanan apa yg diajar oleh al-quran & hadith.

1.Amalan2 pemimpin2 tertinggi mereka.

Akhlak memang terlalu jauh dari amalan2 Rasulallah.Contohnya memaki hamun pada mereka2 yg tak sehaluan.

Akidah:Mengangap parti politik (buatan manusia) sebagai agama.Contohnya menjadi ahli sahaja,sudah menjadi ticket utkuk ka syurga.

Amanah:Pemimpin tertinggi mereka,mengkhianati Amanah rakyat yg diwakili mereka.Umpamanya "PONTENG BERSIRI" tak kira di Parlimen & DUN.dan mengambil hasil gaji/elaun dgn tiada perasaan malu dan takut pada tuhan,tentang rezeki yg tak halal.Diberi makan pada anak2/isteri2 dan bantuan parti.

Kemungkaran: Mengambil faedah dari pemimpin2 yg terang2 melakukan "KEMUNGKARAN: fAEDAH2NYA IALAH,mendapat liputan di media perdana,bergerak bebas tanpa diikuri SB atau diugut dipenjarakan.Di umpan oleh pemimpin rasuah dgn diberi bantuan pada sekolah2 tahfiz melalui duit rasuah.Jawatan2 diberi sebagai tanda penghargaan menyokong "KEMUNGKARAN".

ketidakadilan:

Bila menyokong pemimpin rasuah,rasuah yg dilakukan di kelantan seperti balak dan tanah kelantan dipejamkan mata.sistem kehakiman yg berat sebelah,DSAI sepatutnya diadili oleh mahkamah syariah dgn 4 orng saksi,tapi dipejamkan mata oleh ke2 ulamak dunia ini.Manakala Najib terang-terang 2.6billion masuk ka-accountnya.Najib dibela bagai nak rak oleh ka2 so called tokoh agama ini.Kekejaman yg dilakukan oleh pemerintah umpamanya pembunuhan Altantuya,morailes,taukeh am-bank,pegawai kastam dan tiada pembelaan terhadap mereka,sedangkan perjalanan mahkamah menjadi tunggang-langgang.

Perjalanan parti yg tunggang-langgang:sekejap kata a,pastu b,pastu c,pastu d...bila tak menguntungkan balik ka a.

Kepekaan pada kesengsaraan rakyat:Tiada dalam kamus pemimpin2 PAS.sEPERTI BANJIR dan kesempitan hidup dgn GST

Kesimpulannya PAS,yg dibawa oleh Hadi/Haron SUDAH menurut rentak"Macheaville" "End justify means,"matlamat menhalalkan cara.bAGAIMANA NAK MENGUJUDKAN NEGARA iSLAM/HUDUD,sedangkan keadilan untuk menghasilkan hudud itu sendiri,melanggar perintah-perintah Allah.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Sebelom pas bersatu dgn umno molek nik abuduh bersatu dgn bini nye tiap mlm. Anggap lah tiap mlm adalah mlm jumaat. Sapo nk marah kan. Sbb bini sendiri. So bila pas nk bersatu dgn perompak lanun umno. Hihihihi

Lelakidicermin berkata...

Kapada nik abdoh..org nak jadi ahli perlimen..kau nak jadi ahli perlimen.. lain kali bykkan membaca utk menambah ilmu pengetahuan..LGBT..rasa 95% rakyat malaysia benci LGBT.. takkan lah kau tak faham..pemimpin umno tandatangan je utk menjadi ahli PBB..secara tidak langsung negara malaysia mengiftiraf LGBT dan hak2 yg terkandung piagam PBB.takkan lah kau tak faham nik abduh..satu negara je yg menentang terang2 LGBT.. arab saudi. Sbb ia pengeluar minyak utama dunia.. kalau bukan pengeluaran utama apakah arab saudi berani menentang terang LGBT. Aku tgk dlm isu ini yg byk bodoh piang yalah pengikut2 pas yg totok.. selalu dlm blog2 pro pas membelasah khalid samad..padahal apa yg khalid samad ulaskan dlm perlimen mengambil jln tgh.. supaya nampak malaysia tidak menentang piagam PBB itu..bykkan membaca nik abduh.. dlm FB.. bukan main berkokok lagi..dlm perlimen..asyik panas telur je..

Tanpa Nama berkata...

Aku harap buat la secara ofisial. Umum siap2 dan buat pc... senang sikit penyokong2 kedua2 pihak buat keputusan... ini kejap ye kejap tak, lagipun katanye cari redha... so buat apa takut sgt hilang penyokong atau pengundi nanti....

Tanpa Nama berkata...

mula2 pelik jugak kenapa ler ulama pis ni asyik kena main dgn umno.. sedangkan ramai org dh nampak pis akan kena main.. tp bila SR laporkan pasal 90 juta.. baru tau.. kebodohan yang sengaja dibuat2 rupanya..
kalau betul apa SR laporkan.. alangkah hinanya kamu semua..

Tanpa Nama berkata...

Isu basi.

Sekarang orang nak tahu dakwaan SR bahawa PAS ada menerima RM 90 juta ya atau tidak?


Bersatu PAS dengan UMNO atas alasan itu. Jangan nak putar belit pasal MCA dan DAP bersatu menentang hudud.

Bersatu saman SR. Bersatu guna peguam yang sama. Bersatu membuat kenyataan media yang sama pada waktu yang sama.

Jangan berlagak.. dalam banyak hal UMNO lebih banyak bersatu dengan MCA dari PAS.

Din berkata...

Bengong mamat ni...pergi la klu nk bersatu..kita dh tak heran pun dgn paspispus ni...kamu dgn ketua kamu adalah makhluk pembohong bersiri.. masyukkkk..parti bongkak..mana hadik..awat tak jawab serawak report.. tengah cari pedoman ker camner nak jawab...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya semua MP UMNO menyokong hudud Hj Hadi termasuk Khalid Ibrahim tidak menjadi masalah hudud di luluskan kerana jumlah yang diperlukannya telah mencukupi.

Sepertimana yang berlaku di Perak dimana PAS mengambil keputusan berkecuali kerana jika sokong pembangkang pun tetap kalah maka MP Pakatan Harapan yang beragama Islam pun berkecualilah juga kerana jika tidak menyokong pun, hudud Hadi tetap di luluskan.

Jalan terakhir ialah ponteng terus.
Sebab semua nya akan berjalan seperti biasa. Baik hudud ke tak hudud ke, saman DoJ berjaya ke tak berjaya ke, minyak naik ke minyak turun ke, tembak sana ke tembak sini ke, baca internet ke tak baca internet ke.... Semuanya akan berjalan seperti biasa.

Inilah satu-satunya yang menjadi tanda-tanya orang luar.. manusia jenis apa rakyat Malaysia ini ?

Malaysia tidak peduli apa yang Anwar Ibrahim perjuangkan .. Malaysia tidak peduli apa yang Mahathir cuba laku kan.. Malaysia tidak peduli apa yang Musa Hitam katakan.. Malaysia tidak ambil tahu satu demi satu pendedahan yang di buat oleh parti pembangkang...

Dan paling bagus, semua ini akan pergi begitu sahaja apabila Chong Wei dapat pingat emas..

Abduh tak payah lah nak sibuk-sibuk mengenai hudud dan bersatu ke tak bersatu.... kerana negara ini tidak akan berubah walaupun ada hudud.

Tanpa Nama berkata...

Suka hati nkau lah setann..bersatu membalun duit rakyat..

Tanpa Nama berkata...



AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Bakti
Muafakat Ber SATU...Menjunjung INTEGRITY
Menjulang AMANAH...TAQWA Di Hati
Ber SATU Hati...Kaseh Mem-BERI
Ber SATU Hati...TAK FITNAH Men CURI
Ber SATU Hati...Mencari PERMATA yg Asli
PERMATA Asli...Hakikat yg HAKIKI
Oh! Alangkah Indahnya...Kaseh Mem-BERI
Wow! Alangkah Murninya...FITRAH Syurgawi
Nape Perlu Mem Fitnah...Nape Perlu MenCURI?
Bukankah Fitnah-MenCURI...Kan Bankrap-MUFLIS Diri?
Bankrap-MUFLIS Diri..TunggangTerBALIK yg Keji!?
Akhirnya Bankrap-MUFLIs Negara..Yg Menyiksakan Skali

Bukankah Kaseh Mem-BERI itu..Kan Diganda"NYA" lg?
Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Kan Bertambah2 lg?
Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Firman-MUKJIZAT yg Asli?
Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..MUKJIZAT yg Azali?
Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..Dari Yg"SATU Demi
PeNYATUAN yg Hakiki?

Hihihi..Nape maseh mahu menipu SOMBONG Fitnah Dan MenCURI lg??









Tanpa Nama berkata...

ruu bukan hudud

ruu bukan hudud

nik beruk ni bodoh melampau.. telinga tkde lubang ke... otak ada najis ke...

atau memng dh dibodohkn tuhan sebb makan duit haram hasil rompakan puak assobiyah

org paling celaka yg patut dikutuk ialah org yg minta tangguh bentang hudud.

tu munafik besar syiah dn khawarij...

Tanpa Nama berkata...

Nama dan perangai sana padan..nik abodoh..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula pemimpin yang kata orang lain yang buat fitnah mengenai PAS-UMNO? Menuduh orang lain fitnah sedangkan bukti pengakuan dari Pemuda PAS terang-terang sudah jelas.

Yang tak malu Pemuda PAS. Hidung tak mancung, pipi disorongnya. Yang dok ulang ayat bersatu dengan UMNO ialah PAS.

UMNO sikit pun tak layan. Sebut hudud pun tidak.

Sepatutnya Abduh sama .. ikut KJ jadi pengutip sampah !

Tanpa Nama berkata...

Dua tiga hari nanti.,.mangkok satu lagi pulak cakap nak tumbang kan UMNO dan perlu nya pakatan pembangkang yang kuat.

Satu cakap nak bersatu..
Satu cakap nak lawan ...

Tanpa Nama berkata...

Hadi sangka jalur PAS terbaik..ya dikatakan korup hadi tetap bisu kerna politik sejahtera..fitnah 90 juta dah saman?

Pencolekhangek berkata...

Suko ati kaula jang. Abah kao dah mati. Apo lagi? Jangan tangguh tangguh!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalo bodoh sorang2 ok jer. Tp jgn bodohkan org lain. Nik abdoh ni baca tak amanat hadi awe di banggol peradong 1981? Dan faham. Kalo dah faham nescaya tak tergamak nak bersatu dgn umno lanun perompak. Nk bersatu krn hudud ker? Perompak pencuri sampai bila pon tak akan sokong hudud. Ada faham? Hihihihi

Tanpa Nama berkata...

Bersatulah tak salah sbb dah lama BERAZAM. Lagi pon kalu dah makan dedak mesti ikut pemberi dedak jika tidak jadi munapik.