14 Ogo 2016

Malu Dengan Gelaran "PASIK", PAS Tukar Nama Kepada Gagasan Sejahtera?

Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera

PAS hari ini mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Mengumumkan perkara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos lalu bertempat di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.


"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN.

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," kata Abdul Hadi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan kanan PAS yang lain.

Kira-kira lima bulan yang lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Pembentukan blok itu, katanya, telah "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.

Malu PAS dila kena perli di media soasial dengan nama tersebut. "Politik damai dan diplomasi serta politik berasaskan penyelesian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.

ULASAN GB

Tak sedap agaknya nama PASIK (PAS-IKATAN), sebab dekat sangat dengan sebutan FASIK. Malu PAS asyik kena perli dengan gelaran tersebut. Lebih teruk pula dengan gelaran satu lagi yang tak sanggup GB tulis di sini, iaiatu cantuman perkataan "Jubah" dan "Bow-tie". Jadi kena cepat-cepat tukar nama jadi "Gagasan Sejahtera".

Baguslah, Tapi yang tak bagusnya ini. Presiden PAS menyebut:

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN.

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat,"

Yang satu tu dah betullah UMNO BN, terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara.

Tetapi peliknya dia menuduh blok yang satu lagi (Pakatan Harapan, walaupun tak disebut nama) sebagai budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli.

Siapa sebenarnya yang mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli kalau bukan PAS?

Siapa yang kuat memaki hamun dan sumpah seranah selama ini?



Siapa yang mengamalkan budaya politik emosi dan politiking melampau jika bukan PAS sendiri?


Siapa yang menimbulkan kekacauan di dalam himpunan-himpunan aman jika bukan PAS dan UMNO seperti yang berlaku di himpunan Anti-TPPA pada awal tahun ini dimana PAS mengambil kesempatan di demo tersebut memaki-hamun AMANAH?


Siapa mengamalkan budaya politik "permusuhan dan kemarahan membuta tuli" jika bukan PAS sendiri yang kini lebih menghampiri assabiyah dan budaya ISIS?

Perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini sudah dapat kita lihat.

Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam beberapa muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, mengugut dan mengancam nyawa seorang aktivis AMANAH Terengganu, Othman Ismail, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya.






Ternyata, begitu ramai ahli PAS yang menghidap penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH dan kelahiran Pakatan Harapan.

Yang pasti, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Anda boleh menipu manusia, tetapi anda tidak boleh menipu Allah Yang Maha Esa. Bahawa PAS akan ditolak oleh rakyat kerana PAS telah menjadi sebuah parti ekstreme dan melampau batas, malah telah berada di dalam kesesatan yang amat nyata..

Dan Allah telah banyak kali mengingatkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak suka mereka yang melampau batas.

"Dan janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang melampaui batas"
(Surah al-Maidah : 87).





FEATURED ADS


22 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," kata Abdul Hadi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.

Menarik bila membaca statement Hadi.

Budaya politik Emosi: Siapa memulakannya Hadi,takkan tn haji tak inggat amanat tn Haji.pada 1981.Dengan amanat hadi yg beremosi ini,ahli2 dan rakyat dizamannya ketika itu,bersembahyang 2 imam,sembelihan orng umno tak halal dan penceraian berleluasa di antara pasangan umno dn PAS.Dan yg paling menyayat hati ramai kenalan dan sahabat handai keluarga memali mati begitu sahaja.

Politiking yg melampau: Takkan Hadi tak ingat group2 serban "berkonpirasi ditasik kenyir" UNTUK MENJATUHKAN GROUP2 YG TAK SEHALUAN DENGANNYA.dENGAN MENGUNAKAN cara yg sungguh tak ISLAMIK langsung memakai sistem "CAI" sistem tipu Semata-mata nak menang.Semasa perbahasan ahli2 gengnya melampau-lampau menuduh orng lain agen yahudi,LBGT,anwarinas dan sebagainya,dan tn Hadi membiarkan pelampau2 itu memalukan dan mengeboo mereka yg tak sehaluan.Di tambah lagi ada kedengaran hukum bunuh pada sesiapa yg keluar PAS.

Permusuhan dan kemarahan yg membuta-tuli: Memang benar TGNA tak ajarpun,tapi bila pemergiannya.Hadi/HARONLAH YG MEMULAKANNYA.Meyalahkan semua orang kecuali diri sendiri.Tak undi pas tak dapat pahala.DAP di cop kafir harbi,walaupun dlm dap ada orng2 islam.Mengangap sesiapa yg meninggalkan pas,seperti meninggalkan islam,wajib dihukum bunuh.

ANDAIKATA Gagasan yg diketuai oleh PAS,MENANG 222 PARLIMEN solid.MENANG KA SEMUA 13 NEGERI PAS menjadi semua MB Solid:

aPAKAH SIKAP PAS Tak -uturn lagi?
Apakah kecurian wang negara terhapus?
Apakah "ponteng bersiri tn presideng" terhakis?
apakah serban yg berkilo-kilo bila berada bersaorangan di bilik hotel,bersembahyang tahjud dan berwirid sepanjang masa?
Apakah balak kelantan dikebamlikan balik?
Apakah maki-hamun ditukar,kepada sopan-santun?
Tiada lagi sistem "cai"/tipu" DALAM PAS??.
Apakah anak,menantu dikira sama level dgn orng2 lain?
Apakah rakyat bertambah alim?
ekonomi malaysia bertambah makmur?
rosmah memakai tudung?
Najib and family mengembalikan wang rakyat?
aPAKAH HADI TAK U-TURN LAGI,seperti mana dgn amanat 1981nya.??
Apakah undang-undang hudud tak jadi macam brunei,undang2 yg berpilih-pilih,yg berkuasa lepas,rakyat biasa yg kena.

Menipu mengunakan spr untuk mempertahankan kuasa,sedangkan zaidi sendiri mencadangkan penipuan undi.

Jadi JELAS,ANDAIKATA pas/Sekutu MENANG 100% SEKALIPUN,tidak dapat menyelesaikan masaalah.Sebab utamanya,cara dan bagaimana pas gunakan untuk mendapatkan kuasa,bukanlah atas perintah dan cara yg ALLAH anjurkan.PAS hanya gunakan cara Hadi/Haron.Cara "mECHEAVILLE".

"wallah'ualam.;

mansor berkata...

Haji Hadi ada mulut , dia betcakap apa dia suka, bukan dia ingat perbuatan dan kata2 dia...main lepas saje..higihihihi..

Tanpa Nama berkata...

Tak kena di panggil gagasan sebab hanya PAS dan Ikatan. Oleh kerana Indonesia mempunyai pulau yang banyak maka di sebut lah gagasan kepulauan Indonesia.

Kalau setakat dua sahaja selayaknya di sebut PAS dan Ikatan. Walaupun dalam mesyuarat atau rundingan yang hadir ialah sepuluh orang tetap yang buat keputusan ialah Hadi atau Kadir.

Apabila persetujuan telah di capai, tidak boleh kata gagasan sejahtera telah mencapai kata sepakat. Yang memutuskan dua orang ini sahaja. Hadi. Kadir.

Kalau setakat nak elak malu kerana di gelar PASIK maka sesuai dengan Hadi yang selalu ponteng maka di usul kan pakai nama HADIR.

HA .. untuk Hadi.
DIR . untuk Kadir.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ada mulut, boleh cakap apa saja yang dia mahu tapi dia cakap seperti orang sakit mental. Bukan saja ahli pas yang sakit mental, hadi pun sama sakit. Haron mengapa senyap je, sakit mental juga ke?




Tanpa Nama berkata...

Saya sokong....parti kongsi cap HADIR...hihihi..memangnya hanya 2 org ni yg berkuasa veto dlm parti masing2.

wong fey honga berkata...

HADIR..boleh ke?
maslahahnya,tuang presideng selalu ponteng.Rasa-rasa
. tak sesuai langsung.

Tanpa Nama berkata...

Yang bangangnya PKR. Masih terhegeh-hegeh ke PAS walau dah kena kutuk berkoyan-koyan. Jalur baru politik natang ni PKR tak join ka... katanya PKR sayang bonar kat PAS.Kalau tadak PAS... melingkup PH. ... akhirkata... pedulikan PASt tu... dia dah pilih pasangan ideal dia. Kalau PKR@Azmun& the gang nak join ..silakanlah. Jgn menyusahkan PH.

Lelaki Dicermin berkata...

Kekdg kalau di fikirkan kadir ni.. ngok juga.. sebagai seorg bekas menteri.. takkan dia tak tahu arus dan situasi politik malaysia skg..apa untungnya menumpang kat parti pas ni..parti2 dr sabah dan swak pun tak sudi nak rapat dgn parti pas ni..

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh asyik sebut amanah, amanah. Benda baik kena lah sebut.

Sekarang kita pulak kena sebut sejahtera, sejahtera. Hihihi...

Jangan sejahtera itu makan PAS balik. Orang yang nak dapatkan sejahtera perangai tak boleh tak senonoh. Kalau tak senonoh, yang perangai tak senonoh itu yang akan disingkirkan dulu.


Contoh politik emosi.. semua politikus beremosi. Tapi jangan politik bernafsu kan dedak dan jawatan.

Contoh politiking melampau .. sesekali memang kena jugak melampau. Antara melampau dengan asyik berkecuali .. lebih baik melampau dalam erti kata "berani kerana benar."

Permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.. sebenarnya lebih tepat di kalangan ahli PAS sendiri. Presiden bermusuh dengan pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat dan menentang rundingan dengan UMNO. Kerana marah membuta tuli ada yang di halau dan ada yang di pecat.

Ketiga-tiga jalur politik bernafsu, politiking melampau serta permusuhan dan kemarahan membuta tuli ada pada PAS khusus Presiden nya.

Jalur-jalur politik bangang membabi buta pula ada pada pengikutnya.

Sejahtera lah.. Sejahtera lah.

Ahmed Abida berkata...

Sebagai ahli pas saya amat kecewa dgn halatuju parti sekarang ini.dasar parti
yang utama telah dilupakan tuan presiden.iaitu amar makruf nahi mungkar.ds najib melakukan kemungkaran
dalam pentadbiran negara tapi rakyat xdengar pun suara presiden menegur najib

Tanpa Nama berkata...

Dia ingat boleh sejahtera ke dengan RM90 juta tu?

Tanpa Nama berkata...

Dah memang pasik. Nak malu apa.

tok janggut berkata...

Parti LEMBAB..nak bagi nama pada gabungan parti pun terlampau LAMBAT

Tanpa Nama berkata...

Tudia tuan.. bersyarah ke apa ni?? Power giler. Buleh terlentang dan terus menggelupoq tuan guru Haji Hadi baca.

Tapi xpa, 90 juta punya hal. Sumer okok saja.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marahkan tuang presideng dia tu penasihat Najib nanti penyokong dan pengikut tuang presideng tak masuk syurga pula

Tanpa Nama berkata...

Selagi diaorg panggil Amanah itu pan, selagi itu jugak aku akan panggil mereka pasik...ada aku kesahhh...

Tanpa Nama berkata...

Elok namakan sebagai gagasan 90juta ataupun gagasan dedak...

Tanpa Nama berkata...

duit2 1mdb tu kebnyakan dpd tabung2 simpanan rakyat susah.

termasuk anak2 yatim dan org2 fakir miskin dn org2 daif.

rakyat bukan hnya mmbayar modal syaitan2 itu kalah judi dn buat filem lucah tetapi bunga dpd hitung perbuatan mungkar mereka pun rakyat yg bayar tk kira fakur miskin anak yatim atau org daif.

dua kali kezaliman tertimpa kpd rakyat.

peliknya ulamak yg hebat blh tundukkn jin yg ghaib tidak dapat mengesan kemungkaran yg nyata depan mata yg dilakukn oleh manusia. adakh beliau sebangsa jin yg hnya berauthoriti di alam sana saja?

bila masuk keperut mereka itu tk kira serban atau songkok.. maka api nerakala galang gantinya

heran ulamak nk buat hudud tp tk peduli hukum 'hudud' akhirat iaitu api neraka yg menjulang..

ternyata agama diguna sepuas2nya utk kepentingn dunia.

tercemarnya nama islam dn rosaknya imej ajaran risalah Nabi saw adalah satu lg jenayah yg akn didakwa dihari perhitungan

bila pintu hati ditutup tuhan dgn mangga besi maka ckpla apa pun...semua tiada berguna lagi.

kau cara kau.. aku cara aku wahai pembela kemungkaran bertopeng agama.

Tanpa Nama berkata...

Pas + ikatan = gabungan sejahtera...
Diringkaskan jadi = pigs

Tanpa Nama berkata...

Gagasan mesra umno...itulah betul..sepatutnya kena tukar nama kpd yg nie.

Tanpa Nama berkata...

Betullah..dengan ini secara resmi diistiharkan satu gabungan Pas & Ikatan sbg PIGS..

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS dah khianat.. semua x kena:

PAs IKatan (PASIK)

JUbah BOWtie (JUBOW)

Pas Ikatan Gagasan Sejastera..(PIGS)..

"Lagi teruk aku kena" dialog tompel dlm ahmad albab..