24 Apr 2016

Rupa-rupanya Syarikat Senjatapi Itu Milik Anak Dan Ipar KPN...

MyWatch: SPRM mesti siasat firma senjatapi anak IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada syarikat senjatapi milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan.

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, jika ada, maka ia berlaku konflik kepentingan.


Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sebagai mengulas artikel Sarawak Report, yang mendakwa anak perempuan Khalid,Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Sanjeevan, bagaimanapun, berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak perempuan IGP.

Apabila dinyatakan bahawa IGP adalah orang yang akhirnya menandatangani sesuatu permit senjata, Sanjeevan bagaimanapun tidak bersetuju, dan berkata beliau percaya menteri dalam negeri yang berbuat demikian.

"Banyak permit senjata api telah dikeluarkan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP," katanya.

Sanjeevan menyebut tentang ketua kongsi gelap Ah Hai, yang dikaitkan dengan serangan bom tangan di Bukit Bintang pada 2014, dengan mendakwa bahawa senjata api lelaki itu diluluskan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP.

Bagaimanapun, laman web Polis Diraja Malaysia menyatakan permohonan untuk senjata api mesti diluluskan oleh ketua polis daerah, sebelum ia dikemukakan kepada ketua polis negeri dan kemudian diserahkan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kelulusan IGP.

Polis kaji laporan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.

"Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.

"Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang," beliau dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat Sarawak Report berhubung artikel tersebut, Noor Rashid berkata polis akan meneliti kandungan artikel itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan. -mk

ULASAN GB

Terbongkar akhirnya. Rupa-rupanya pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA) ialah anak perempuan dan juga ipar KPN.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Anda mengarahkan anggota bawahan anda menysiasat sianu dan sipolan terhadap kes-kes yang remeh yang kebanyakannya berkaitan politik belaka. Sekarang rupa-rupanya di belakang anda ada sebuah syarikat senjatapi milik anak dan ipar anda. Sesuatu itu dapat ditutup sementara tetapi tidak untuk selama-lamanya.

Siasatan perlu dilakukan apakah syarikat berkenaan mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan. Kepada siapa senjatapi ini dijual jika bukan kepada kerajaan? Takkan pula gangster-gangster yang berpistol selama ini mendapat bekalan dari syarikat berkenaan? Wallahu alam. Kita tidak menuduh, tetapi siasatan wajar dilakukan.

Dahulu, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) waktu itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta kerana membekalkan uniform dan cendermata kepada SPRM sendiri.

Tetapi tiada sebarang tindakan diambil kkecuali dengar-dengar Ahmad Said Hamdan dipencenkan dan diganti orang lain.

Sekarang rakyat mahu lihat apa kesudahannya pula terhadap kes syarikat anak dan ipar KPN ini. Apakah SPRM mahu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khalid Abu Bakar?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Patutlah Pegawai Polis senang-senang buang peluru dalam kejadian di Shah Alam.

Dan semakin banyak yang mati ditembak pembunuh upahan. Hendak tak hendak, suka tak suka, jutawan-jutawan terpaksa menguna khidmat bodyguard.

Bodyguard ni pun siapa yang train dan siapa yang supply? Minta siasat sekali, boleh?

Unknown berkata...

Melayu dan rasuah berpisah tiada..

Tanpa Nama berkata...

Yg ini Bangsa Melayu Spesis Umno bertuhankan Najib

paskiniCHAIpunya berkata...

Kita tengoklah.. Kita tengok... Kalau dia berani, dia suroh anak dan kawan dia berhenti..ini dah kira guna jawatan untuk kepentingan sendiri... Negara ni ada undang-undang..kalau tak reti nak ikot..resign aje lah...ok dah? - baca style twitter.. Kahkahkah!

Unknown berkata...

Si Zahid hamidi adiknya dengam projek pendatang asing.si barua ni pun sama perangai....puii!

Wahai Rakyat Malaysia....mari kita berkerja dari skrg untuk menumbangkan si bangsat-bangsat negara.

Tanpa Nama berkata...

Nnti pun akn kata..siasat njib dulu..patut la jilat kuat...ade side income...yg sorang pnyamun..sorang lgi..pnyangak..dh kna la tu(kata p. Ramlee)

Tanpa Nama berkata...

patutla dok ampu sgt najib. dah ikut perangai bos. kes ini sah2 libatkan conflict of interest. klu dinegara mundur spt jepun atau usa, kbab dgn kena resign!

Tanpa Nama berkata...

Banyak tindakan dia yang berat sebelah.

Tidak mustahil dalam waktu terdekat, Tun Mahathir pun jadi okt atas menjaga tuan yang beri dia makan.

Najib bela orang-orang seperti ini dengan cukup baik.

Orang yang buat salah yang sama tidak kisah orang lain buat kesalahan tersebut. Orang yang boleh berbaik dengan orang-orang ini pasti mempunyai sifat yang sama dengan orang-orang ini?

Apa persamaan pemimpin PAS dengan orang-orang ini ?


ExAmanah PP berkata...

Terbaik la Gb

Tanpa Nama berkata...

Tak mustahil ada antara polis yang ditembak dari pistol dan peluru yang dibekalkan oleh syarikat tersebut.