23 Apr 2016

PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi

Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.


Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".

Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.

Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.

Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."

Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.

Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Cukuplah 3% buat apa banyak-banyak. PAS bertanding bukan untuk menang....

Kedua, semakin cerah harapan calon-calon PAS untuk hilang deposit jika hal sedemikian berlaku. Ini bersesuaian dengan ulasan GB yang lepas-lepas bahawa di dalam PRU14 nanti PAS bukan sahaja akan tewas teruk, malah ramai calon-calonnya akan hilang deposit.

Bukan salah sesiapa, tetapi adalah kerana keangkuhan dan kedegilan PAS. Mereka sendiri yang mahu dan memilih keputusan sedemikian.

Jadi seelok-eloknya PAS mendengar cadangan Zakir Naik, bergabunglah dengan UMNO. Presiden PAS pun hari ini sudah menyatakan bahawa pandangan Zakir Naik perlu dihormati.


Jangan tunggu lama-lama....

13 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:

Ya habibi ya maulana Hadi,apa lagi mahu tunggu,Zuhdipun dah beri greenlight,anta auzj eei...anta auzj umno...quaiz geddan...


hele cemekobe cetori..selamat berjaya tuan Hadi.

sekian.


Tanpa Nama berkata...

Ini lah sikap buruk Hadi. Zakir pun tak macam itu.

Semua orang menghormati pandangan Zakir dan Zakir pun tidak memaksa sesiapa mesti ikut pandangan dia.

Lain lah Hadi, pandangan dia semua macam amanat yang menghampiri fatwa dalam parti.

Tanpa Nama berkata...

berdolak daleh..bertakiyyah...

Tanpa Nama berkata...

Kena ikut ulama pas suci Luis berilmu tinggi

Kesucian ulama pas dah terbukti Kerana dah Dilantik jadi penasihat kepada penerima derma berbillion-billion!

Tanpa Nama berkata...

Hadi kena ikut cakap Zakir sebab Zakir lebih popular... kalau tak ikut makna tak walak... derhaka kepada ulama yang lebih popular.

Tanpa Nama berkata...

Nnt laa dlu sdg bersuai kenal... Lps tuu nk jumpa pak mertua... Bru bleh merisik....dh brtunang .... Nnt dkt dkt nk raya...( pilihanraya bru nk nikah) bergabung dgn umno. Hihihiji.... Meluat tengok org tua bercinta.

Tanpa Nama berkata...

Nama blok ke 3 macam nama kumpulan gengster. Nak namakan dengan nama yang baik-baik, apalah sangat ada pada Ikatan.

Hj Hadi sebenarnya sudah tidak berpengaruh sehingga terpaksa menguna pandangan Zakir.

Macam lag Zakir ahli PAS atau ahli UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera semua,
Kalau betul fakta diatas ,bagi saya,sorang insan kerdil merasakan sedikit kelegaan.
Bagi saya bukanlah siapa yg memerintah Malaysia .
Tapi paling penting yg kita mahukan adalah rakyat Malaysia
perlu tahu siapa sebenarnya yang LAYAK MEMERINTAH.
Jika kita sayangkan tanahair, amat perlu kita memilih pentakbir yg layak.
Perkara yg paling kita takuti ialah dedak dan manusia yg berimejkan agama.
Siapa yg pemberi dedak atau berserban besar tak semestinya kita boleh sokong.
Kita perlu menilai hakikat kehidupan yang sebenar,

Apakah kita bangga kalau ayah kita memberi seribu kemewahan kpd kita ??
Sedangkan kita tahu pendapatannya tak seberapa...
Mungkin duit yg kita terima dari ayah itu hasil wang pinjam ALONG....
Lambat laun pasti kita akan terima padah.

Begitu jua dgn Malaysia.
Hutang negara yang mencecah 800billion (800,000,000,000) bukan lah satu perkara yg remeh.
Kalau tidak pinjaman pun kita belum tentu dapat mengekalkan angka itu ke tahun depan.Faedah pun kita belum tentu dapat bayar.
Cuma tambah 200 Billion (200,000,000,000)untuk capai satu trillion.

PRU14 nanti mungkin akan sampai ke satu trillion.(1,000,000,000,000)
Jika di bahagi rakyat Malaysia tiga puluh juta (30,000.000)
Setiap sorang dari kita akan tanggung RM 33,333.
Apa akan jadi dengan kita..
sama samalah kita fikirkan.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya pas dah tak ada pilihan. klu bertanding sendirian akan kalah teruk. so the only option left ialah gabung dgn umno. jk tidak pas akan berkubur. nampak tak ke mana semua sedang tuju. itulah perancangan asal UG dan that is where its heading!!!

Tanpa Nama berkata...


Jika KaJian di buat ke atas Pakatan Rakyat ketika itu (dan PAS tak buat perangai dalam Pakatan Rakyat), Jumlah yang mahu mengundi ialah 26 + 3 = 29.

Dan tidak mustahil jika Hj Hadi menunjukkan semangat dan setia pada rakan-rakan dalam pakatan, jumlah yang mengundi Pakatan Rakyat ialah 35.

Dengan kerja bersungguh dan mengambil kesempatan menguna isu 1MDB, BN tumbang kali ini.

Tapi apa boleh buat, Hj Hadi nak senang sorang-sorang.

paskiniCHAIpunya berkata...

Hadi Marang ni ketua sendiri Ulama Sedonia Yusof Qardawi pon dilawan masa berperang saudara nak tegak Hudod di Malaysia setahun yang lalu... Zakir Naik ni pulak jadi wedding planner UG? Makin ramai nanti bughah kepada kepimpinan Ulama Teknorat Balak Gondol Hutan Beris...kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS ada kuasa veto. Bila lagi nak digunakan.

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada orang yang lebih gembira dalam PAS melainkan Zuhdi.

Ahli PAS perlu persoalkan tindakan pemimpin, mana pertambahan ahli selepas pemimpin progresif dihalau dan PAS masih kuat.

Mana sokongan orang melayu pada PAS apabila PAS berkerjasama dengan UMNO? Orang yang buat penyelidikan strategik sepatutnya tahu jika PAS jadi teruk pun tak lah seteruk ini.

PAS bukan sekadar hilang wang deposit tetapi PAS hilang maruah !