4 Dis 2016

[VIDEO] Perhimpunan Rohingya Serlah Kemunafikan PAS, UMNO

"Membisu di dalam Parlimen – beraksi aktif berdemonstrasi di luar"

1. Keputusan Kerajaan Malaysia dan pimpinan Barisan Nasional bersama PAS untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 4 Disember 2016 tentang isu pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, walaupun pada prinsipnya baik, tetapi membingungkan. Adakah UMNO sebagai parti pemerintah hanya mampu sekadar berdemonstrasi? Adakah mereka lupa mereka kerajaan dan sebagai kerajaan mereka wajib melakukan lebih dari berdemonstrasi!

2. Isu pembunuhan kejam rakyat Islam Rohingya sudah lama berlaku dan Kerajaan Malaysia lesu dalam isu ini di atas berbagai alasan tidak munasabah. Kenapa dan bagaimana mereka sekarang membuat keputusan untuk mengadakan himpunan ini agak menghairankan dan tidak konsisten dengan kenyataan dan juga pendirian kerajaan di Parlimen baru-baru ini.


3. Pada 24hb November 2016, saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah membawa usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar.

Bagaimanapun, Speaker Dewan telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan “mencampuri hal Negara lain”. Saya dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang telah menggesa ia dibenarkan kerana pentingnya dan seriusnya isu pembunuhan beramai-ramai Islam Rohingya yang melibatkan tentera Myanmar. Dewan Mulia Parlimen adalah forum terbaik untuk membahas dengan teratur demi mendengar pendirian dan tindakan yang ingin dicadangkan untuk diambil kerajaan dari ahli-ahli Parlimen Malaysia baik dari Kerajaan atau pembangkang.

4. Tidak sampai seminggu setelah usul yang di bawa di Parlimen ditolak, Kerajaan dan Perdana Menteri sendiri pula mencadangkan himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar. Adakah mereka ikhlas dalam bantahan mereka ini? Sedangkan membahas usul mengutuk kezaliman ini di Parlimen adalah jauh lebih bermakna dan peluang ini telah pun dinafikan apabila usul ditolak di Parlimen pada 24 November.

5. Adakah hanya setelah melihat kemarahan rakyat pada demonstrasi selepas solat Jumaat pada 25 November, kerajaan baru membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dan itu pun sekadar mengadakan himpunan pada 4 Disember?

Sedangkan sebelum pada itu cadangan untuk menarik diri dari perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Myanmar pun ditolak oleh Kabinet Malaysia. Ini amat menyedihkan dan memalukan kerana sementara seperti disahkan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu di Myanmar, umat Islam di Myanmar dibunuh secara berterusan oleh tentera Myanmar, kita sanggup terus bersukan di padang bola. Kita pernah tarik diri dari Sukan Olimpik di Moscow kerana serangan Russia ke atas Afghanistan pada tahun 1980’an. Maka kenapa kita tidak melakukan tindakan sama dalam kes Rohingya ini? Adakah demonstrasi ini sekadar bertujuan menunjuk kebersamaan dengan rakyat demi menutup hakikat bahawa kerajaan tidak bertindak?

6. Bagaimana pula dengan pendirian Malaysia kononnya yang menerajui ‘Global Movements of Moderates”, kumpulan sederhana, kalau kita tidak membuat pendirian dengan kerajaan yang menunjukkan sikap extremis ke Agamaan dan perkauman dengan pembunuhan "genocide" beramai-ramai orang Islam melalui program pembersihan ethnik? Tidakkah peranan kerajaan semestinya demi mengerakkan semua yang bersama GMM ini supaya bertindak ke atas kerajaan Myanmar?

7. Apabila usul Rohingya ditolak di Parlimen pada pagi 24 November 2016 oleh Speaker Parlimen, YB Dr. Siti Mariah dan Raja Bahrin dari Amanah, YB Tian Chua dari PKR dan YB Kula Segaran, YB Charles Santiago dan YB Chin Tong dari DAP berucap membantah penolakan usul ini. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Barisan Nasional atau PAS berdiri untuk berucap menggesa usul ini di benarkan di dalam Dewan Parlimen yang mulia itu ! Tiba-tiba di luar Parlimen mereka ingin menjuarai isu ini? Sedangkan dalam Parlimen mereka diam.

Kenapa menyepi di dalam Dewan tetapi akan lantang bersuara di luar dewan? Adakah kerana himpunan di luar Dewan Parlimen akan di tonton oleh lebih ramai orang maka ia lebih penting dari perbahasan dalam Dewan parlimen? Sedangkan dalam Parlimen tindakan sebagai kerajaan boleh ditetapkan. Dan ini jauh lebih bermakna. Rakyat Malaysia ingin penjelasan.

8. Kami menuntut satu sessi Dewan Parlimen khas dengan segera untuk membahas isu pembunuhan Islam Rohingya. Kerajaan Malaysia perlu membuat pendirian yang tegas dan rasmi di Parlimen dan bukan di padang terbuka.

Kalau permintaan ini tidak dihiraukan maka rakyat akan membuat kesimpulan bahawa demonstrasi ini sebenarnya bukan bertujuan membantu Rohingya tetapi sekadar membantu UMNO dan PAS mengaut sokongan politik masyarakat Melayu.

Raja Bahrin Shah
Pengerusi
Biro Antarabangsa Amanah

VIDEO WAJIB TONTON



ULASAN GB

Tidakkah munafik namanya tu?

Pertama dibawakan usul ke parlimen untuk bahaskan isu Rohingya, usul itu ditolak, tetapi di laur parlimen kini cuba menjadi "hero" untuk membela Rohingya yang semakin dikejami dan dizalimi Myanmar.

Kedua, "secara kebetulan", berlaku pula kes penangkapan orang asli di Kelantan. Sebelah tangan kononnya mahu membela Rohingya, tetapi sebelah tangan lagi menzalimi orang asli.

Itulah perwatakan "pejuang Islam" kononnya di akhir zaman ini! Dan mereka ingat Allah itu bodoh untuk mengetahui dan buta untuk melihat kemunafikan mereka.



FEATURED ADS



27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Myanmar mengingatkan Malaysia jangan mencampuri urusan dalam negara Myanmar. Najib bagi berbagai-bagai alasan seperti isu kemanusian.

Najib dan UMNO selalu cakap ada peraturan untuk menyampaikan bantahan.

Myanmar ada lah anggota ASEAN, Dan semua telah bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal negara lain.

Najib nafi dia telah mencampuri hal Myanmar. Tetapi apabila Najib anjurkan demo.. demo.. bermakna Najib telah mencampuri urusan Myanmar.

Sebelum ini. satu bantahan dan demo telah di anjurkan, ada kah Kerajaan Myanmar buat kenyataan dan ada kah sami-sami buat demo di kedutaan Malysia?

Apabila dibahaskan di Parlimen, Malaysia boleh sampaikan keputusan tersebut melalui saluran diplomatik.

Yang Myanmar tidak suka ialah Najib buat demo apalagi demo tersebut turut di hadiri oleh Hj Hadi.


( Dalam BN ada penganut Buddha dan apabila mereka juga macam MP PAS tidak bantah di Parlimen, tanda-tanda agama sebagai nilai kehidupan telah dicabuli untuk menyatukan rakyat dan keamanan sedunia.)

Tanpa Nama berkata...

Antara kekejaman Myanmar yang menghadapi orang Rohingya yang tidak diiktirafkan sebagai rakyat Myanmar atas faktor sejarah dan menuntut kawasan dan tanah yang didiami oleh orang Rohingya untuk rakyat mereka sendiri dengan ..

Kerajaan PAS yang menindas orang asli yang sah ada lah rakyat Malaysia yang mempertahankan hak mereka dan yang ingin menyelamatkan hutan balak milik negeri yang bererti juga milik semua rakyat Kelantan yang kini di rampas oleh Kerajaan PAS untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

Dua-dua Kerajaan zaLim dan dua-dua Kerajaan telah menindas.

Tetapi di antara kedua-dua erajaan tersebut yang manakah yang bertindak tidak munasabah dan bukan untuk kepentingan rakyat nya ?

Malaysiabaru berkata...

Setakat demonstrasi ap ade kata Najib pada bersih. Ekonomi jahanam adalah

Kalau gitu demi rohingya apa ada

Kenapa presiden asean Najib mongolia tak gantung keahlian myanmar

Sebab

PROJEK MINYAK PETRONAS

PROJEK GALI SILICONE UNTUK INTEL

PROJEK REMBAT BALAK UNTUK SYARIKAT KRONI 'R H BHD'


betul betul munafik dua ekor haji ni..

Tanpa Nama berkata...

Himpunan org2 hipokrit.

Tanpa Nama berkata...

kuman di Rohingya nampak,gajah di gua musang buat donno aje.

inilah PAS,Parti Ajaran Sesat.

nordin Abu Bakar berkata...

Dua ekog ni rohingya kena sembelih pun nk dipolitikkan..konon ada kebersamaan.. elokla korang kawan berdua sorang kaki songlap sorang kaki pembohong bersiri..dunia dia dlm sarban dia jer..

Cik Minah berkata...

Yang ramai kat stadium tu cuma ORANG ROHINGYA
je. Melayu berkupyah adalah nampak dalam 100-
200 orang.

Tanpa Nama berkata...

Dua ekor penyamun bergabung..sekor balun 2.6b..sekor lagi 90juta..

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia UMNO bagi IC pada pendatang dan rakyat asing.

Di Myanmar mereka usir dan hapuskan orang Rohingya yang berpuluh-puluh tahun hidup di bumi Myanmar.

Malaysia sepatutnya usir PATI dan berikan IC kepada rakyat Rohingya untuk jadi pengundi BN pada PRU nanti.

Nak tolong .. tolong betul-betul. Jangan setakat berdemo.

Tanpa Nama berkata...

ini lah kehebatan pemimpin umno dan pas sekarang.........
satu memperbodohkan orang melayu/bumiputra...
satu lagi memperbodohkan orang melayu islam...

Tanpa Nama berkata...

Lobai2 munafik dlm politik.
Bersekongkol dgn penyamun
Dulu tentang toghut & assabiah.. sekarang besekongkol dgn toghut @ asssabiah
Dulu bila dinasihatkan supaya pelan2 utk laksanakan hudud lobai2 ni kata kafirlah...skrg blh pulak. Betul2 nenginyakan org ramai. Sampai dulu ada
yg gaduh2...bercerai..dan ada sampai berbunuhan.
Apakah lobsi2 ini minta maaf atas ketaksuban dan extreamnya mereka2 ini pada pengundi2.


Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Kaseh Mem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Yg LURUS dan SUCI
Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Pentingkan DIRI
TAK Sggup Menipu...Hipokrit di HATI
Yg Kaseh Mem-BERI...Penyuloh SUCI
Penyuloh Gagasan...LANGIT dan BUMI
Penyuloh Se halus...Se Luas AZALI
Menyuloh yg GELAP...Yg Layu dan MATI
Menyuloh yg KONTANG...Kosong Tak Ber ISI


Kaseh Mem-BERI...LURUS dan SUCI
Yg Kaseh Mem-BERI...Ber Sumber AZALI
Sumber AZALI...Melimpah Tak HENTI
Sumber AZALI...Indah Tak Ter PERI
Sumber KASEH...Yg TAK di Ragu di SANGSI
Melimpah RUAH...Di Kongsi di NIKMATI

Semangat KASEH...Yg Kaseh Mem-BERI
Itulah Semangat...Langit dan BUMI
Begitulah Semangat...Nabi dan WALI
AHAD AHAD AHAD..."Penyatuan" ABADI
Semangat Men CURAH...Melimpah Tak HENTI
Melimpah LIMPAH...Unlimited INFINITY


Unlimited INFINTY...Abundance in INTEGRITY!






Tanpa Nama berkata...

Orang Orang PAS mana ada OTAK ????

PAS tuk orang orang BODOH , MALAS , MENIPU dan LAHAP DEDAK saja

Salah Orang Asli sokong PAS yang BODOH buat apa ?????

Ubah jangan pilih ORANG BODOH jadi pemimpin.

Malaysiabaru berkata...

Ya betul setakat berdemo cuma dpt perhatian pengundi islam.. Nanti pru14 ada banner najib juara ummat

PADAHAL MAJIB MONGOLIA DOK.BINCAMG KONTRAK MINYAK BLOK ABCDE PETROMAS DI MYANMAR

KONTRAK PEKERJA ASING MYANMAR UTK MALAYSIA


HAHA. HAAA. NAJIB MONGOL SEDANG KAWTIN PROJEK BILLION DGN MYANMAR... ITULAH SYARAT MYANMAR MASUK ASEAN KENA BAGI PROJEK SAMA NAJIBMONGOL

Tanpa Nama berkata...

sajak la tu dua penyamun tarbus ....atas pentas goyang jgn tak goyang

Tanpa Nama berkata...

Abduh menguatkan kenyataan Najib konon nya DAP akan memerintah kerana PM Malaysia PH ialah dari DAP.

Ini lah kerja PAS. Meng'echo' kata-kata Najib dan dalam masa yang sama PAS membuat kenyataan tak mungkin PAS bersatu dengan UMNO.

Hanya barua sahaja yang buat kerja macam ini.

Jangan lah kau orang sama kan Hj Fadzil satu pentas dengan Mahathir sepertimana Hj Hadi satu pentas dengan Najib.

Semasa Ustaz Fadzil, baik PAS atau UMNO dua-dua tak terlibat dengan duit berjuta-juta. Ketika itu baik sebelum dan selepas bersatu menyuarakan sokongan kepada perjuangan Palestin, tidak ada mana-mana pihak menyatakan kedua-dua parti akan berkerjasama atau itu adalah titik persamaan. Tidak ada sendiwara memainkan hudud.

PAS belum lagi halau sesiapa dari mana-mana kawasan hutan. Kedua-dua mengena selendang Palestin tetapi Hj Hadi mengenakan selendang berwarna merah yang sinonim dengan Jamal Jamban.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan berita pasal keadaan etnik rohingya disampaikan oleh PBB(America)...... x payah nak percaya sangat..... sebenarnya keadaa di rakhine tu cuma satu konflik.... negara lain x layak nak masuk campur urusan myanmar.
... tapi PBB(America) ni jerr yg lebih2...... America dan PBB memang sengaja perbesarkan isu rohingya semata2 nak burukkan kerajaan myanmar yg pro-russia........ negara lain x layak termasuk malaysia dan america x berhak nak masuk campur urusan negara Myanmar...... biarlah kerajaan Myanmar sahaja nak uruskan isu rohingya ni..... x kisah la ape yg die nak buat kat rohingya skali pon....... America jerr yg nak tunjuk hero dlm hal ni konon memperjuangkan hak asasi rohingya sebab busuk hati dgn kerajaan Myanmar yg pro Russia......... celakalah America

Tanpa Nama berkata...

ong2 asli jgn sokong parti BN n PAS lagi dah jadi parti haprak dan busuk ... nak tolong org luar konon dlm negeri tongang terbalik tak leh handle cakap macam champion ...ptui!....tok sami kat Myanmar pun tak heran apa lu org nak buat... silap2 bila dengar nama Pak Najib n Tok Hadi diorang ingat satu nama cili sos yg satu pulak nama kicap masin cehh!!!

Tanpa Nama berkata...

Najib dan Hadi berdemo kerana menekan Perdana Menteri Malysia yang bodoh.Isu Rohinya pun tak dapat nak buat apa,Jadi Hadi nasohat Najib agar buat demo sama2.ternya dua malaun ni sama bodoh.

Malaysiabaru berkata...

Ya setuju 100%

SEJAK AUN SU KYI JADI DE FACTO PRESIDEN...


BANTAK KONTRAK HARAM ANTARA MALAYSIA DGN JUNTA DI BATALKAN

TERMASUK MINYAK DAN GAS SILICONE BALAK PEKRJA ASING

TU YANG NAJIB MARAH

SELAMA NI MALAYSIA DOK SOKONG JUNTA TENTERA MYANMAR DAN BWRDAGANG BAGAI NAK RAK DGN PARA PEMBUNUH NIH

TUO TUP BILA SU KYI CANCEL POHEK ANTARA DUA PEMBUNUH DUNIA NI ..MARAH PULAK PROJEK HARAM LINGKUP

Tanpa Nama berkata...

bila piem gilerrr glamor ngalahkan retis...
sampai tak reti beza mana satu tanggungjawab, mana satu kepentingan & keperluan...
Oh Ya Allah.... selamatkanlah umat mu dr pemimpin vangang yg sorang nih

shaharuddin ibrahim berkata...

X boleh percaya ttg berita isu rohingya? Kalau kau lebih tahu, ceritalah apa sebenarnya yg terjadi kat sana? Kalau berita tu x benar, kenapa org rohingya lari ke sini? Kenapa pas & pm buat demo? Silalah jawab

Anti Fitnah berkata...

Najib tok berdemo tu ... nak tunjuk kat siapa ni?
Atauu Najib dah mula belajar dan berlatih menjadi PEMBANGKANG kat Malaysia ni?
Bodoh tak boleh diajar. Cerdik tak boleh ditumpang.
Sedih melihat PM 1 Malaysia kita ni ...

Tanpa Nama berkata...

Saya dah masak dgn kaum rohingya yg datang ke mlasia ni...mereka ni blagak, kerja gaji deman...dpt duit bukan nk bantu sedara kat sana tp mengebat beli laptop, beli moto dan cuti nk mcm gomen..yg pandai cakap melayu sikit kira nk cari awek melayu saja..dorang mmg gila nk dapat pass un saja.. bila dh dapat sikit punya bongkak ka...dgn sombong cakap tak takut sapa2 trmasuk polis...

Tanpa Nama berkata...

Orang rohingya ni memang patut diajar macam tu..... sape yg dah masak dgn perangai rohingya kat sini memang akan kata memang patutlah rohingya kena bantai teruk2..... lagi satu plak rohingya ni sebenarnya cuma lah pro America dan barat yg celaka dan dijadikan alat oleh amerika utk burukkan sekutu Russia iaitu Myanmar..... samalah macam kes di Syria.....dari segi sejarah negara Myanmar masa jepun serang asia dulu pon dah nampak etnik rohingya menyebelahi pihak British barat manakala etnik rakhine bersama tentera jepun nak halau penjajah bangsat bernama british dan etnik rohingya yg jadi sekutu British masa tu keluar dari negara Myanmar

Pencolekhangek berkata...

Waktu pengganas serbia bunuh orang Islam Dr M takde pun terpekik terlo!ong beramai-ramai macam dirasuk syaitan . Dalam senyap beliau bertindak. Ini apa hal lulak berdemonstrasi. Mengata dulang paku serpih mengata orang, lu bangang lagi lebih!!!

Tanpa Nama berkata...

- CERITA HANTU -
Dulu kecoh paling terkecoh ialah di Terengganu konon nak tangkap hantu.
Ura2 hantu ceroboh berbas2 dari selatan Tahiland.
Mana muke yang tak kenal itu adalah hantu.

Tiba jer musim, kayu dilintang buluh dipacak
Jalan dibongkah lorong dikepung
Hinggakan Polis nok pecoh pala pikir hal2 PAS Terengganu nih
Sebijik tak cukup kena sewa berbijik heli halau penangkap hantu

Ada satu cerita sorang bernama Hadi
Dia mendapat ilham dari mimpian terserempok dengan pala hantu
Hantu yang menjelma pakai baju gelap!
Pelik jugok pakai gelap pun boleh kaya raya
Bukankah hantu2 biasanya pakai putih
Pencuri jer suka baju gelap
Putih itu bersih, suci dan jauh2 orang nampok
Yang tak nampok tu hanya siku dan lutut
Ganer gamok kalu PAH tukor baju songket kelip2 Panglima Tukarasa
Gerenti lagi sodap molek meletung derma jatuh melimpoh
Lagi pon tak nampoklah hantu ngat

Selatan Tahiland lenni dah ubah tren
Dah naiktaraf citarasa songket ala promosi PAH
Takder bagi gred XXVVIP, kalau jemput dah tak layan

Apa kata main Rohingya pulak
Dulu British guna pakai bagi senapang lawan Jepun
Lepas jepun Bangladesh tambah kuota bunuh pulak puloh ribu orang asal Arakan
Pakistan pulak masuk campur, 3 kali perang gerila lawan tentera Burma
Lepas kalah licin, Amerika jemput pulak sisa2 ke Afghanistan sarung jaket bom

Kalu komunis Malaya pakat hanya negeri china, kita taknak bagi kerakyatan
Rohingya semua bole, entah kenapalah Burma tak bagi kerakyatan

Kita bagi kad jer, 1juta yang belum belayar berpusu2 nak jadi HANTU