24 Apr 2016

[VIDEO] Rafizi: Dihalang Masuk Sabah, BN Takut Dengan Kita...

Sabah pula halang Rafizi masuk

Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak 2013, Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah semalam.

“Saya kena gam dari masuk Sabah, Sarawak dah lama gam, sekarang Sabah pula. Lain kali saya sampai Labuan je lah ha3 ambil bot ke Menumbok,” kata Ahli Parlimen Pandan itu menerusi twitternya, FreemalaysiaToday dipetik.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.


“Saya dah lama kena ban dari Sarawak sejak 2013 lagi. Tapi kenapa Sabah pula nak ban saya? Kesian orang-orang kampung yang dah prepare (sediakan) dan keluar duit.

Namun menurut Rafizi, "yang bagusnya ia bermakna mereka (BN) takut dengan kita," di dalam satu video ringkas yang dikeluarkannya sejurus selepas beliau dihalang memasuki Sabah.

“Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pelajar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fahmi Zainol yang bersama-sama dengan Rafizi dalam penerbangan ke Sabah memaklumkan Ahli Parlimen Pandan itu ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Saya, (ADUN Klias) Datuk Seri Lajim Ukin, (Ahli Parlimen Penampang) Darrel Leiking, (Pengerusi NOW) Akmal Nasir sedang menunggu. Patutlah kena tahan pun, esok (Datuk Seri) Najib Razak datang Sabah,” katanya di Facebook.

Mengikut notis yang ditandatangani Timbalan Pengarah Imigresen Sabah, Datu Karno Omar, tindakan terhadap Rafizi dibuat mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 di mana kerajaan negeri mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepada Rafizi.

Ia berbunyi: "Notis ini dikeluarkan kepada tuan untuk memaklumkan bahawa menurut Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki Negeri Sabah dan pas tersebut adalah diperlukan untuk tuan memasuki Negeri ini selaras dengan kehendak seksyen 66 akta yang sama.

7 ulasan:

mustapa m said berkata...

Demokrasi apa jika rakyat Malaysia sendiri tidak boleh masuk Sarawak dan Sabah? Undang-Undang Rimba pun tak macam itu rasanya.

borhan sharif berkata...

Kita ambik Semenanjung dan bagi Sabah dan Serawak kepada BN.....

Tanpa Nama berkata...

perampok, penyangak disambut meriah sebaliknya pejuang rakyat dihalau. dunia dah nak kiamat. org baik2 ramai tp tak buat apa2. tunggulah akan kehancuran...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni Negara Johor pulak ban Rafizi . Alasah kerana tiada tauliah.

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar, rafizi mmg anak muda yg berani dan bijak ekonomi. Kalau antara calon2 pm masa hadapan,rafizi layak dlm senarai.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik org pandan tak boleh buat benda yg sama cam sabah...klu x...mmg sah semua org takut(meluat) kt kita

-orangeboc-

Tanpa Nama berkata...

admin minta tolong update psl isu krisis mb terengganu.... dengar khabar angin umno dgn pas bakal bernikah hahahahaha