14 Jan 2016

Presiden PAS Masuk Hospital... Dr.Asri Puji Najib

Mufti Perlis puji Najib lawat Hadi di IJN

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata di laman Facebook beliau, amalan yang baik harus dipuji namun tidak kepada perkara yang bertentangan.



"Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah terpuji.

"Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah.

"Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua,"
tulisnya.

Beliau tidak menyebut sebarang nama pada posting tersebut, tetapi memuat naik gambar Najib yang mengunjungi presiden parti Islam itu di IJN.

Posting itu menerima 1,000 'Likes' dalam masa sejam selepas dimuat naik pagi ini dan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Salah seorang komentar Khairulnizam Abd Wahab menulis:"Jangan lupa kesalahan mereka buat dengan gambar macam ini akan lupa segalanya.. salah tetap salah.."

Riswan Farid menulis:"Ayat yang begitu mendalam maksud dari Dr Maza."

Manakala Riki Malek pula menulis: "Yang penting ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah."

ULASAN GB

Mujurlah Dr. Asri telah membuat ulasannya, kerana ada beberapa sahabat menghantar email kepada GB memohon GB mengulas hal tersebut.

Tak ada berita Presiden PAS masuk hospital (selepas berita program di Selangor dimana Presiden bersama pimpinan PAS yang lain mengangkat plakad anti-TPPA)) sebelum Najib memenulis di tweetnya. Harakahdaily pun tak laporkan Presiden PAS itu dah dimasukkan ke IJN.

Mungkin tak mahu gemparkan suasana dan mahu Presiden yang kepenatan itu berehat. Sekarang ini Presiden PAS terpaksa bekerja keras menyertai mana-mana aktiviti dan program PAS di seluruh negara. Namun ingin kita nasihatkan beliau supaya menjaga kesihatannya. Dan pimpinan PAS yang lain perlu memahami keadaannya dan tidak melibatkan Presiden PAS lagi di dalam mana-mana aktiviti dan program PAS, itupun jika mereka kasihan, perihatin dan peduli mengenai kesihatan Presiden PAS tersebut.

Berbalik kepada hal Najib menziarahi Hj Hadi, memanglah menziarahi orang sakit satu amalan terpuji namun ianya sepatutnya menjadi iktibar kepada pihak yang menziarah dan juga pihak yang diziarah. Setiap sesuatu yang Allah lakukan itu tidak ada yang sia-sia.

GB sudah peringatkan hal ini lebih awal sebelum Tn Hj Hadi dimasukkan hospital lagi. Petikan ulasan GB pada 4 Disember 2015:

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siape bleh ukur seseorang Tuu iklas ke tk Ikhlas......????? salah tetap salah.... Kan najib ada dgr ahli umno kata Pas parti ajaran sesat.... Ini lah presiden nya..... Tp najib ajak berteman baik.... Ikhlas ke najib.....??????

Tanpa Nama berkata...

Najib perlukan hj hadi,hj hadi perlukan najib utk survival politik

Unknown berkata...

Najib tetap bersalah menjahanamkan negara.hal dia ziarah Hadi, percent beliau untuk mendapatkan political mileage nya adalah sangat tinggi dari pahala ziarah org sakit.

Hakikatnya..Najib masih hidup dalam kepura-puraan.

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu ikhlas atau tidak, kenapa lawat org sakit kena siarkan dlm media? Nak tunjuk kpd rakyat kononnya akulah pemimpin yg prihatin. Kau sumbat anwar dlm penjara tanpa bukti yg kukuh, bukan zalim tu namanya. Duit derma 2.6 bilion apa cerita? Balik umrah dah kira suci dari segala dosa? Inilah pemikiran pemimpin umno buat dosa/kesalahan pergi umrah kira settle. Ahli umno pun kagum & terus sokong..........

Tanpa Nama berkata...



Atau ini hanya satu usaha untuk kerajaan perpaduan dan bibit-bibit pertemuan ini akan di mulakan dari awal seperti mana sebelum ini.

Hj Hadi tentu senang hati (cara berbaring) apabila di ziarahi oleh Najib tetapi sebagai Presiden parti Islam pernah kah Hj Hadi menziarahi Anwar Ibrahim? Jadi mana pengajaran nya dan mana terpuji nya menziarahi orang sakit dan baik nya hubungan sesama Muslim yang di katakan terpuji?? Ia nya menjadi terpuji sekiranya Hj Hadi mengambil ikhtibar selepas ini dan melawat Anwar Ibrahim. Atau mengambil kesempatan supaya Anwar Ibrahim di bebaskan.

Begitu juga apa adakah berkatnya Najib ziarah Hj Hadi ? Jika Hj Hadi yang menziarahi Najib di hospital boleh lah dikatakan ada juga berkat nya. Tak banyak, ada lah jugak sikit-sikit.

Kebanyakkan kita menziarahi orang sakit, kita hanya ingin menolong apa yang boleh. Selalunya dengan wang ringgit atau mencadangkan kepada pesakit mencuba dengan tempat perubatan cara Islam. Tetapi kita tidak mengaitkan dengan perangai dan salah kita.

Bagaimana pun seperti yang GB katakan "Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital." Tetapi GB jangan silap ini bukan hukuman ke atas orang seperti Hj Hadi tetapi merupakan satu peringatan yang mungkin kerana susah payah yang di hadapi Hj Hadi semasa mula-mula mendapatkan Ilmu.

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Kewajipan keatas sesama umat Islam wajib ditunaikan. Antaranya menziarahi bila sakit. Dan juga nasihat menasihati. Menjadi pembangkang dlm sistem demokrasi adalah utk menasihati kerajaan, dan jika tak diikut ada kemungkinan rakyat akan turunkan mrk. Lim Kit Siang juga pernah ziarah Dr Mahathir di IJN. TGNA ziarahi Karpal Singh walaupun Karpal tu penentang hudud. Mana yg baik patut di puji, mana yang tak elok wajib dibetulkan. Ziarah ziarah juga, tapi bila salah kena perbetulkn juga. Keikhlasan seseorg tu hanya Allah yg tahu.

Abdul Said berkata...

Macam-macam watak kita boleh lakunkan dipentas dunia ini.

rizal berkata...

mgkn betul apa yg GB ckp tu. cumanya kita ni xtau apa yg dh allah aturkan sbb apa. xblhlah letak hukum trus dia masuk hospital sbb gaji buta. musibah yg menimpa ada dua tiga tahap kan. ada yg sbb allah nak uji utk naikkan darjat. ada sbb sbg bala kpd dia ata kesalahan dia. kita xtau, sbb bnda ni bkn dlm pengetahuan kita. blhkah kita ckp idola kita TGNA msk hspital dulu (mgkn lbh teruk) sbb allah nak cuci dia sbb mkn gaji buta? mana tau kan... mgkn allah uji dia utk naikkan darjat dia. apa yg dr maza ckp tu btl, sy setuju... apa yg GB ckp spya ambk iktibar dr sikap sdr pn sy setuju, apa yg ckp gambar tu xblh hapus dosa silam pn sy setuju. yg sy xsetuju, jgn kita jd mcm PAS, letak hukum ssuka hati pd org lain. jgn ambik kerja allah

Tanpa Nama berkata...



Apa kata kiranya pemimpin AMANAH pergi ziarah Hj Hadi kerana ini lah masanya mengenepikan segala perbezaan. Tetapi sebaik-baiknya biarlah ada seseorang yang berpengaruh dan di hormati mengaturkan nya. Kalau sekiranya pemimpin AMANAH pandai-pandai pergi sendiri, takut jadi macam filem Seniman Bujang Lapuk yang di marahi oleh doktor.

Jangan sama kan Najib dan Hj Hadi dengan Mahathir, TGNA, LKS dan Karpal Singh. Mereka pemimpin yang tegas, di hormati dan dengan prinsip masing-masing.

Mana Hj Hadi ketika itu ??

Tanpa Nama berkata...

Sumer komen pasal najib. Dr Maza puji sikap najib ziarah hj hadi manakala pengomen2 lain bercampur- campur pendapat. Tak de sape ke hendak fokuskan pd hj hadi? Tanya sakit apa? Doa dia cepat sembuh ke? Kesian dia.

Unknown berkata...

org politik biasanya penuh kepuraan.Bukti dah berlambak kan? Ckp lain buat lain...dlm 1-2 tahun ini.Tak perasan ke? Juga...apa jenis pemimpin yg membiarkan pimpinan2 di bawah jagaan memaki hamun orang, menghina, caci, label, kutuk dll.?Juga biarkan pimpinan bawah jagaannya makan rasuah jutaan duit rakyat marhain...mmg ramai org lupa bhw AKHIR ZAMAN nk kiamat pemimpin yg sesat itulah yg dijulang dan pemimpin yg benar itulah pula dihina dicaci....Itu DALAM HADITH kan?....jgn pura2 lupa....