14 Jan 2016

DAP Sahut Cabaran PAS Untuk "Berperang"

Kami pun sedia ‘berperang’ dengan Pas

SHAH ALAM – DAP Selangor menyahut baik cabaran Pas untuk ‘berperang’ setelah Pas mengumumkan DAP merupakan musuh terbaharu mereka selain Umno.

Menegaskan perkara tersebut, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata, Pas boleh meneruskan niat tersebut.

“Itu memang keadaan yang sebenar. Apabila orang dah isytihar perang...kita terpaksa perang. Orang isytihar, kita sambut.


"Apabila ada pengisytiharan musuh, kita kena sahut. Jadi kalau nak lawan, lawan la...,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan dakwaan beliau DAP bakal bertanding kerusi milik Pas pada PRU akan datang.

Selain itu, Adun Sungai Pinang itu juga menjawab kepada kenyataan Iskandar bahawa DAP merupakan musuh baharu Pas selain Umno setelah DAP mengumumkan akan meletakkan calon pada pilhan raya akan datang.

Beliau ditemui selepas hadir ke istiadat Angkat Sumpah Pengurniaan Watikah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Kuala Langat, Ketua Pendaftar Perkahwinan Penceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Iskandar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU14 akan datang.

Iskandar berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan ‘musuh baharu’ itu bakal mencabar kerusi milik Pas. -SH


DAP hanya jadi musuh Pas pada PRU14

SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas.

"DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi.

"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini

Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang.

Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas rakan sekutu, DAP pada PRU14.

Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang yang dijangka pada Mac 2017.
-SH


ULASAN GB

Kini, PAS mengisytiharkan DAP musuh utamanya di dalam PRU14 yang sebelum PAS juga mengisytihar AMANAH sebagai musuh baharu mereka.

Di tarik kain ke bawah terdedah di atas, di tarik kain ke atas, terdedah yang di bawah.

DI dalam proses demokrasi sepatutnya tidak perlu kita isytihar-mengisytihar "siapa musuh". Kerana semua bebas untuk bertanding. Kecuali apabila sudah ada permuafatan seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dimana telah wujud persafahaman dan perjanjian untuk saling hormat-menghormati di kalangan parti komponen di dalam pakatan tersebut.

Sampai bilakah PAS mahu ikut rentak tari UMNO menghidupkan api perkauman demi untuk mengekalkan kuasa?

PAS ingin bersendirian. Kita menghormati keputusan mereka. Tetapi PAS perlu ingat bahawa saingan sebenar pilihanraya yang akan datang ialah diantara BN dan PH.

Sikap "recalcitrant" dan "selfish" PAS itu akan merugikan parti sendiri.

Kita sama-sama tunggu dan lihat dan membiarkan hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendiri.




23 ulasan:

tok janggut berkata...

PAS yg mulakan dulu. Pemimpin PAS pusat kata nak tanding semua kerusi DAP. Bila DAP kata nak tanding kerusi PAS di Selangor, PAS Selangor mula kalut sehingga istiharkn DAP antara musuh utama PAS.Ni kaedah dakwah cara ISLAM ka? Cara Nabi dakwah, bila x terima dakwah baru istihar perang..Dah tu masih nak duduk se meja dalam mentadbir Selangor..Sampai bila Islam x berkembang dgn cara PAS...

Timnajib Jomfikir berkata...

Mana ada dah ....orang cerdik pandai bersama PAS. Semua pakat keluar..

Lihatlah..tiada seorang pun, pemimpin PAS berani untuk berdebat untuk kepentingan rakyat. Kalau demi kepentingan perut sendiri bolehlah.

PAS sudah hilang visi dan misi..
perjuangan yang sudah hilang arah..

Kesian PAS..memilih untuk hidup sorang2...

Husmad Ahmad berkata...

Makin bercelaru pemikiran dalam pas semenjak putus hubungan dengan ph

Tanpa Nama berkata...

Minta dap dan ph jangan layan dan peduli dgn provokasi pas..parti yg tiada matlamat..musuh utama rakyat ialah BN..

Tanpa Nama berkata...

DAP jgn ikot gaya PAS..Jgn makin menjadi kebencian org MELAYU terhadap DAP...ini soal realiti...Dap ketika ini dibenci melayu sbb hasutan golongan2 melayu rasis...jd DAP jgn menguatkan persepsi buruk ini dikalangan org melayu dgn membuat ulasan yg menggugat sensitiviti mengenai melayu dan islam...kecualilah jika mmg benarlah anggapan org yg dap anti islam dan melayu..melayu mmg tlalu sensitif sifatnya dgn islam...kdg2 bukan mengutuk islam pn melayu cpt melatah dan marah...aku puji pemimpin AMANAH.pada ketika pas mengisytiharkan amanah adlh musuh, ttp pemimpin amanah sebulat suara mengatakan pas rakan mereka cuma segelintir ahli pas saja yg nakal...disini pun dh nampak akhlak murni dan matang pemimpin amanah berbanding pas...pas slogan je islam...akhlak ala2 umno....dap pun hampir jadi seperti pas....jd, diharapkan pemimpin dap pon mesti matang...kalau tidak...semua akan rugi..KAMU SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN...SETIAP PATAH YG KELUAR DARI MULUT KAMU, MENCERMINKAN SIAPA KAMU...HATI2...DIHARAPKAN PEMBANGKANG TIDAK ADA Ahmad Maslan ke2...

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yang baik bro...minta ph tetapkan matlamat utama..ke putrajaya..

Abdul Said berkata...

Kalau ia orang, PAS sedang diserang sawan dan mulutnya sedang berbuih. Kalau ia mengidap buasir, anunya sedang tersembul dan ia tidak boleh duduk. Kalau ia sakit jantung, ia sedang menunggu mati kerana terdapat tiga tempat disaluran darahnya sedang tersumbat. DAP sepatutnya menghormati PAS. Jangan ganggu orang yang sedang tenat. Kita hanya boleh kasihan sahaja. Nak tolong tidak boleh sebab penyakit sendiri cari

Tanpa Nama berkata...

Ikutla pesanan ust ahmad awang.Jangan layan pas lagi....Biarla die nk istyhar perang ke hape ke,ph kene fokus. Rakyat dah menyampah dgn pas takde nilai politik ekonomi, buang masa je layan mrk
Amanah dap pkr pula kena terus move on.jangan layan benda2 mcm tu.nt terperangkap dan mbuang masa,makin lama nt rakyat makin meluat last2 bn jugak menang...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
isytihar musuh pun bole tangguh-tangguh.
biasa orang bergaduh hari ini, hari ini juga jadi musuh.
Ini sebaliknya, bergaduh hari ini, tangguh permusuhan, setahun setengah nanti kita bermusuh!.
bukan sahaja chai PAS dah jadi bengong, tapi rakyat malaysia pun bengong melihat kegilaan mereka.
kalau tok guru (TGNA) aku ada lagi, tentu dia dah halau chai ini keluar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Jgn jadikan peperangan ini mcm peperangan melayu lwn cina...atau islam lwn buddha..jgn sahut peperangan dan jgn isytihar peperngan..kita xtau..persepsi org lain...mgkin bagi kita lain...tp bg golongan yg kurang akal, menganggap ianya lain...bagi dap dan pas ia sekadar peperangan politik kepartian..tp tidak bg golongan ekstrem perkauman a.k.a rasis...ini bahaya...wujud pula golongan penghasut...yg suka mengadu domba...dap dan pas..kamu hati2...jgn wujudkan suasana perkauman dlm parti kamu yg merupakan dominasi kaum tertentu...ini akan menambahkan bibit kebencian satu kaum terhadap parti kamu.jgn mengikut rentak umno..amanah dan pkr dilihat lebih profesional...teruskan...

dhoif berkata...

Kepada dap,jgn layan kenyataan pas,pas dah tiru tektik umno,ahli pas rmi yg melayu,so dia reverse psycho pd kaum cina dap,bila cina dap kluar kenyataan pd melayu..automatic melayu pas dan melayu umno senada dan seirama,inilah yg d canangkan oleh melayu pas smpi pilihanraya,so pas pun blh dpt undi melayu umno.

Tanpa Nama berkata...

Orang gila pun tak macam tu .kalau dah istihar perang dengan DAP .yang kau duduk dalam kerajaan Selangor bersama DAP tu tak haramjadah ke.apa lah punya otak ulamak pas ni .orang gila kalau dia dah tak mahu terus tak mahu .

Tanpa Nama berkata...



Ya .
Sebab itu PAS Selangor mengatakan DAP musuh sebelum pilihanraya.
Sementara pilihanraya PAS akan keluarkan kenyataan mengenai DAP yang cukup untuk mengingatkan orang melayu musuh orang melayu ialah DAP dan bukan UMNO.
Kenyataan yang pemimpin PAS buat mengenai DAP tidak lah terlampau sangat cuma sekadar cukup buat kebencaian dan ketakutan orang melayu pada DAP seperti DAP anti Islam, DAP musuh PAS dan AMANAH tunduk pada DAP.

DAP memang harus berhati-hati dnegan permainan politik PAS yang menabur baja kebencian di kalangan orang melayu. DAP sepatutnya DAP menjawab rakyat memerlukan parti yang berkhidmat dengan baik dan yang memberi satu harapan yang dapat membantu rakyat ketika ini.

Jawab bukan sebagai ahli politik tetapi sebagai rakyat. Fokus pada rakyat untuk membalas apa jua kenyataan dari PAS dan UMNO.

Anti Fitnah berkata...

DAP tidak perlu layan tindakan tidak cerdik daripada PAS ni. Apa-apa pun yang paling tidak cerdik ialah orang Melayu sendiri. Sampai hari ini, orang Melayu walaupun dah belajar sampai "menara gading" pun masih tidak cerdik malahan makin bingung. Ramai Melayu tidak berbicara berdasarkan fakta tetapi lebih kepada "kulit". Melayu masih tidak berpijak di bumi nyata.
Siapa yang sedang menjual HAK MELAYU?
Siapa yang mengkhianati Melayu?
Siapa yang membunuh Melayu selama ini?
Soalan begitu mudah pun Melayu masih tak dapat tafsir. Nanti bila Melayu dikata "BODOH", marah bukan main. Bila marah, lagi nampak keBODOHan.
Apa nak jadi dengan Melayu ni???? Jangan menang sorak kampung tergadai, sudahlah. Menyesal tak sudah-sudah. Akhir sekali, kita akan disumpah dek generasi akan datang.

Tanpa Nama berkata...

PasCai cuma alat umno utk pecah belahkan PH.. secara tak langsung jadi alat utk menyusahkan rakyat dan memburukkan imej Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kita jangan tak tahu DAP tidak bermusuh dengan orang Melayu sebenarnya sebab itu ada orang melayu yang DAP ambil untuk dijadikan calon pilihanraya atau pun menaja aktiviti anti Kerajaan anak-anak muda Melayu. Sebenarnya mereka sudah "budget" untuk ambil hati hati orang Melayu apabila ada keperluan sahaja. Ini semua kita sudah lihat semasa pasca PRU13 kelmarin dimana tidak sedikit pemimpin Cina DAP baik lelaki atau pun perempuan yang sanggup masuk surau dan masjid untuk berceramah kepada orang Melayu untuk ambil hati orang MELAYU. Bagi orang melayu yang mudah untuk ditipu itu sudah baik sebab Cina DAP dah mula berjinak-jinak dengan Islam (kata mereka) dan bagi pemimpin Cina DAP itu pun baik jugak sebab strategi mereka sudah berjalan baik.

Pada hakikatnya musuh sebenar pemimpin DAP adalah ajaran Islam itu sendiri sebab bagi pemimpin DAP orang Melayu tak lebih seperti komoditi sahaja mana yang tak perlu cantas dan buang sahaja tak payah pikir panjang-panjang. Itulah yang berlaku diPulau Pinang apabila semua orang sudah menyaksikan begitu banyak kampung-kampung tradisi ditutup dan orang Melayu yang sudah seperti status PATI Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke tanah besar demi untuk meneruskan kehidupan. Sehingga ada orang bukan Islam yang sudah berani untuk buat laporan polis tentang seruan azan yang mereka anggap sebagai pencemaran bunyi. Sudah begitu banyak isyarat pihak DAP serlahkan untuk menyerang musuh utama mereka tetapi malangnya majoriti ulamak PAS begitu lambat untuk memahaminya.

Sebagai contoh serangan keatas kalimah ALLAH untuk digunakan didalam bible modified bahasa Melayu. Sebelum ini begitu ramai ulamak PAS yang tak perasan merestui permintaan gereja Evangelist itu boleh jatuh hukum syirik. Pengikut-pengikut PAS yang hanya taksub dengan ulamak mereka tidak ada masalah untuk merelakan perbuatan dan usaha gila pihak gereja Evangelist itu. Malahan mereka menganggap orang Islam yang menentang usaha gereja itu sebagai sesat pulak. Tidak cukup dengan itu Ambiga dan kumpulan Bar Council mereka beserta NGO Islam yang liberal yang menyokong mereka seperti Sister in Islam pun telah bersama-bersama untuk berusaha secara berkumpulan melalui IFC menyerang ajaran Islam secara undang-undang untuk meminda perlembagaan yang sedia ada.

Pemimpin DAP sudah lama mengenal siapa musuh kepada matlamat dan agenda mereka selama ini yaitu ajaran Islam yang sebenar. Inilah musuh pemimpin DAP yang sebenarnya dan sekarang ulamak PAS baru nak perasan DAP sebagai musuh. Padahal musuh yang sebenar yang perlu diperangi secara serius memang sudah ada didalam diri setiap individu itu masig-masing. Tanda-tanda kita sudah “kalah” didalam peperangan itu adalah apabila kita ada perasaan dendam kesumat terhadap sesama saudara Islam walaupun mereka dari parti politik yang ------sama. Demi untuk menuruti rasa dendam dan sakit hati itu mereka tidak ada masalah untuk mengenepikan amaran dari Hadis Rasulullah dan Al Quran terutama sekali tentang isu bermuzakarah dan amalan silaturrahim. Parti DAP walaupun jumlah mereka tidak seramai bangsa Melayu jadi kuat apabila orang Melayu berpecah belah. Puncanya sebab ramai orang Melayu yang mengaku Islam tidak perasan dan tidak tahu siapa musuh mereka yang sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg jual TNB kat china..najib bn..sapa yg jual bandar malaysia kat sg besi kpd china..najib bn..

wan amero berkata...

Kalau dah jadi musuh yg engko dok bergayut pada jawatan kerajaan selangor tu apa kejadahnya iskandar woi.Sudahlah buat malu jer.Pakatan rakyat dah lama mampus dibunuh PAScai tahun lepas engko dah lupa ker?Kenapa engko tak patuh keputusan muktamar putus hubungan dgn DAP?ADAKAH KERANA HABUAN DOONIA?

Anti Fitnah berkata...

Kasihan melihat anon 14 Janu 8.32 PTG, Jangan fikir hanya DAP tu musuh Islam sedangkan Melayu sendiri merupakan musuh Islam. Yang menentang perlaksanaan HUDUD bukan DAP sahaja. UMNO pun menentangnya. Siapa lebih bahaya? DAP tiada kuasa di Persekutuan dan yang ada kuasa ialah Melayu UMNO. So jangan jadi BODOH le.

Tanpa Nama berkata...

14 Januari 2016 8:32 PTG, encik anon. sentimen agama dan bangsa in tidak diselesaikan dengan baik sebab ada kepentingan ekonomi. itu saja.

sepuluh tahun akan datang jika pas dan umno masih tidak pupus. awak akan terus menulis benda yang sama juga. sentiasa melihat islam dari sudut bangsa dan kepartian sebelum beralih kepada perbedaan mazhab.

apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan akan dijual oleh melayu oportunis, kaki judi dan peminum arak. encik anon juga akan dijualnya. teringat pula pada din todi.

pada pru yg lalu isu kalimah Allah, Haji Hadi menegur umno membawa isu ini, yang sepatutnya diuruskan institusi agama islam yang profesional dan berautoriti. ia tidak boleh dibiarkan menular dengan pelbagai persepsi. isu seperti ini akan terus diputar. kita tunggu dan lihat apa pula katanya selepas ini.

Tanpa Nama berkata...


Ulamak tak perasan..merestui permintaan gereja Evangelist??
pandir ke apa anon ??

Jika tak perasan. tak layak di beri title ulamak.

Mana-mana tanah orang melayu di kawasan komersial atau di dalam bandar tidak akan bertahan lama.. Melayu jual tanah sebab nak buat ibadat Haji dan senang bagi sama rata pada anak-anak. Kalau tanah seekar dua, anak lima orang kan susah nak berkira. Yang bodoh melayu yang kaya-raya yang ramai dalam UMNO, beli lah tanah tersebut. Ada konsortium perniagaan melayu yang beli semua tanah kepunyaan orang melayu?? Bukan tanah orang Melayu sahaja yang hilang, tanah ADAT pun lesap.. Hebat betul Cina DAP sampai tanah ADAT pun boleh ambil begitu sahaja..

Bila azan biar lah berpada-pada Jangan suara keras dan tinggi.. Loud speaker pulak lain orang lain volume.. Ada masa ok dan ada masa kuat .. Ambil contoh azan dalam TV, relax bila mendengar nya.. Dulu memang lah sebab tak ada sistem audio..

Padahal musuh yang sebenar yang perlu diperangi secara serius memang sudah ada didalam diri setiap individu itu masig-masing... Habis apasal DAP pulak yang di persalahkan??

Dendam kesumat, antara individu dengan individu. Bukan parti dengan parti. Kesan dendam kesumat dengan kesan rasuah dan salah-guna kuasa lagi teruk padahnya dari dendam kesumat. Anwar Ibrahim di penjara bukan sebab dendam kesumat tetapi kerana salah-guna kuasa demi survival politik UMNO.

Jika anon tidak tahu siapa musuh Islam sebenarnya sedangkan pemimpin melayu yang ada telah buat macam-macam perkara yang tidak masuk akal maka anon lah orang yang perasan di sini. Keputusan kes SRC dan duit 'derma' pun kena di beritahu oleh bekas Peguam Negara.

Memang mudah menyalahkan orang lain sedangkan yang memecah belahkan orang melayu ialah pemimpin melayu kerana tidak berkerja dan berkorban seperti pemimpin DAP.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:55

Selagi kita tak yakin bahawa yang sebenar-benar memberi rezeki itu adalah ALLAH selagi itu pemikiran kita masih beranggapan UMNO yang mempengaruhi ekonomi dan rezeki tuan-tuan. Sebaliknya perkara itu tidak terjadi pulak kepada orang-orang Cina sebab ternyata ekonomi mereka bertambah mantap walaupun di bawah kerajaan UMNO sejak sekian lama. Hentikan cara pemikiran kuno orang Melayu zaman tahun 60an begitu. Sebaliknya ikuti dan fahami apa yang sudah tertera didalam hadis Rasulullah SAW dan Al Quran yang terbukti sentiasa releven sepanjang zaman itu.

Contohnya isu bermuzakarah dan hubungan silaturrahim bukan tidak ada orang Melayu yang membantah orang Islam UMNO dan orang Islam PAS untuk bersilaturrahim. Padahal terdapat ancaman haram masuk syurga sekiranya kita membantah.

Anon 07:41
Anda kata pemimpin DAP telah berkorban untuk apa tu? Berkorban untuk ugama Islam ke? Yang nyata mereka hanya rela mengorbankan kepentingan orang-orang Melayu di Pulau Pinang, sebab itu telah ramai orang Melayu yg menyokong DAP dahulu telah dihalau keluar dari bekas rumah tempat tinggal masing-masing. Menurut pendedahan Mohamed Razali Abd. Rahman bekas Pengarah Strategi DAP, Lim Guan Eng pernah memberitahu kepada beliau bahawa “ I don’t care about your religion, DAP is more important than your religion”. Nah, tidak kah ini sudah jelas menunjukkan parti DAP pujaan tuan diletak pada kedudukkan lebih utama daripada Pencipta kita sendiri?

Secara simboliknya menyokong dan menyanjungi DAP sudah boleh menempah dosa syirik, sebabnya kerana kita sudah diberitahu olih pemimpin tertingginya sendiri bahawa DAP lebih tinggi tarafnya berbanding ALLAH sendiri. Saya tak pasti apa ugama tuan tetapi kalau tuan orang Islam saya pasti tuan akan nampak impaknya terhadap masa depan tuan kelak. Kenapa tidak? Cuba tuan fahami ayat dari Al Quran ini.

Surah An Nisa ayat 48: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Kalau tuan memang bukan orang Islam tak mengapa lah sebab pesanan ini hanya untuk orang Islam sahaja tak kira apa pun bangsa mereka. Sebab sebagai orang Islam mereka mesti faham dan sedar bahawa akal yang dianugerah ALLAH sepatutnya digunakan untuk beriman dan bertakwa kepadaNya. Kegagalan untuk berfikir hanya akan mengakibatkan si malang pada kedudukan seperti yang digambarkan didalam Al Quran surah al Mulk ayat 10.

67:10 Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"

Ikhlas dari saya sebagai hamba Allah.

Tanpa Nama berkata...

amat pelik mohamad razali dilantik pengarah strategik dap dan beliau mengetahui byk 'rahsia' yg dap anti melayu dan islam.

amat bodohkh dap lantik org melayu islam dn dlm masa sama membiarkn semua rahsia 'jahat' diketahui oleh org melayu islam berkenaan

mengenai i dont care about ur religion... ini perlu ada 4 saksi yg mendengarnya dn tidak fasik telinganya.

ingin ku sentuh sedikit pengenai hubungan dao dgn israel dn cadangan membina pengkalan tentera asing di melaka

bukankh najib kt tidak salah terima sumbangan politik dr luar.

pengkalan tentera... bukankh ianya di bawah kem pertahanan... bukan bawah kuasa parti politik... pembangkang pulak tu

yg kelihatannya ialah umnu menjadikn dap kambing hitam utk tutup atau alih sasaran srmua yg umnu buat.

terima dana asing. najib yg buat. kot2 betullah dana derma dr luar

pembinaan pengkalan tentera asing. klu najin yg diugut utk bina lebih logik dlm keadaan najib dipegang telur kerana skandal 1mdb dn tuya.

kehilangan mh370 dn serangan pd mh17 dilihat sebagai ugutan dpd kuasa asing kpd pentadbiran najib

persaingan kuasa timur dan kuasa us di rantau ini lbh memungkinkn mereka menuntut pengkalan tentera kpd malaysia.... ini bkn level dap nk buat

dap bukan berkuasa dlm bidang keselamatan negara

hubungan dap dgn israel. satu lg usaha mengalih perhatian dpd pentadbiran najib yg sebenarnya yg ada hubungan dgn israel.

jgn kita terpedaya dgn permainan umnu yg memangsakn dap demo menutup jenayah mereka