13 Jan 2016

TPPA: AMANAH Kerah Ahli Sertai Demo, Apakah PAS Pun Akan Turut Serta?

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai demo TPPA pada 23 Januari ini pada jam 2.00 petang di Dataran Meredeka Kuala Lumpur, demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj Salahuddin Ayub.

Beliau hari ini berada di Mahkamah Tinggi untuk bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti ABIM, Badan Bertindak Bantah TPPA, Urusetia Menangani Masalah Sosial (UNGGAS) dan TERAS mengenai isu semakan kehakiman mengenai TPPA.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan tanpa mendengar merit kes mereka. Ketiga-tiga NGO itu telah memfailkan semakan kehakiman pada November lepas.

"Perjanjian itu belum ditandatangani lagi dan perkara itu tidak boleh diadili (non-justiciable)," kata Hakim Hanipah Farikullah dalam ketetapannya yang dibuat dalam kamar.

"Non-justiciable" bermakna mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Sementara itu portal malaysiadateline.com melaporkan PAS juga tidak menolak kemungkinan untuk turut sama (dengan) Pakatan Harapan menyertai dua acara bantahan menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan Parlimen pada hujung Januari ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata parti itu sejak dari awal komited membantah TPPA.

“PAS akan bersama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada 23 Januari ini di Dataran Merdeka.

“Kami juga akan turut membantah dalam sesi perbahasan di sidang parlimen khas pada akhir Januari ini,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Bagaimanapun timbul persoalan kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Januari telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Amanah dan DAP.

Ahli PAS tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti dan program anjuran Amanah dan DAP sebagaimana di umumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam.


Menjawab persoalan ini, Nasruddin berkata, “ biarlah Setiausaha Agung parti yang perjelaskan hal itu,” ujarnya.

Nasruddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memberitahu Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menolak TPPA yang akan dibahaskan di Parlimen, hujung bulan ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan PAS agar mengambil keputusan sama. Pertemuan dengan PAS akan diadakan sebelum tarikh Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan TPPA pada , 26 Januari ini.

"Sebagai pembangkang, kita mahu melihat penyatuan dalam kalangan pembangkang," kata Tian Chua kepada pemberita ketika ditemui menghadiri Sidang Kemuncak TPPA 2016 semalam.



15 ulasan:

Awanama berkata...

Last minit pas akan corner tang lain plak

Awanama berkata...


Ahli PAS diminta memakai baju merah jambu supaya mudah di kenal pasti sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini.

Ini lah masalah PAS. Mana nak letak kedudukan PAS sekarang? Dalam hal ini PAS bantah sedangkan yang di bantah adalah tanggung-jawab Najib UMNO/BN. TPPA ini sebenarnya menunjukkan Najib tunduk kepada kuasa barat.

Sepatutnya isu TPPA ini tidak payah nak turun demo sekiranya PAS betul-betul di anggap sebagai penasihat.

Jika PAS menyertai demo bermakna PAS adalah pembangkang bukan penasihat.



Awanama berkata...

Pas jgn ego lah...org dlm perjuangan kena buang ego...parti milik jemaah..bukan individu...xsatu suara.sama2 bantah...tp nk menyendiri...dok lam hutan lahhh..dlm perjuangan mana ada org mengasing diri...mesti united...

Awanama berkata...

Penasihat pun nak berdemo ka. Betul betul pas sudah jadi parti ajaran setan. Ish ish ish. Gumbira gumbira.

sb dehlawi berkata...

pas xpayah la nak tunjuk kononnya bantah tppa...org dah tau la niat mu...lebih baik mu selesai hudud dulu yg mu janjikn nak buat di kelantan tu...hudud mana? hudud mana?....pdan muko kena tipu lgi

Abdul Said berkata...

Tak payahlah ajak PAS. Biar 50 orang yang berdemo, tak ape. Jangan buang masa dengan orang-orang pening lalat!!

Awanama berkata...


Nasruddin Hassan berkata parti itu sejak dari awal komited membantah TPPA.

Tetapi mengapa pulak PAS tidak bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti ABIM, Badan Bertindak Bantah TPPA, Urusetia Menangani Masalah Sosial (UNGGAS) dan TERAS mengenai isu semakan kehakiman mengenai TPPA.

Jika ada, bagus lah. Betul lah sejak dari awal PAS komited membantah TPPA. Tapi macam tak ada je pemimpin PAS?

Rupa-rupanya angkat plakad dalam dewan itu untuk mendahului isu semakan kehakiman.. Itu pun macam nak tak nak je ..

Itu lah lain kali beringat sikit, bila Najib buat kesalahan atau Kerajaan main somborono, tempias nya susahnya sampai kena kat semua orang termasuk orang PAS sendiri.

Orang PAS kena jaga dengan Hj Hadi, Harun Din, Abduh, Zuhdi dan lain-lain. Jangan ingat dia orang senyap. Entah-entah TPPA ini pun bukan apa, cuma sekadar nak menunjuk PAS bukan macam yang orang katakan. TGNA di ketepikan dalam hal UMNO, tak mustahil orang PAS pun di ketepikan. Tahu-tahu masih ada rundingan sulit berjalan ke arah bergabung dengan UMNO.

Hj Hadi gagal memujuk TGNA. Kemudian Hj Hadi gagal mendapatkan persetujuan ramai sehingga pemimpin lain kena di caikan semasa pemilihan. Hj Hadi gagal lagi di saat-saat akhir untuk mendapatkan kepercayaan seluruh ahli sehingga di tukar ganti kerjasama tersebut dengan sebutan lain. Ta'awun.

Kuasa dan kedudukan Dewan Ulamak teruji dan mereka yang di lantik atau di pilih menduduki Dewan tersebut tidak boleh berbangga dengan status mereka. Mereka tunduk dengan mengambil-kira apa penerimaan ahli dan apa tindakan ahli.

Jika selama ini mereka sememangnya Ulamak yang punya kuasa mandotori, dan Ilmu yang tinggi, dan yakin kerjasama PAS adalah DEMI KEBAIKAN AGAMA bukan kepentingan politik, mereka akan tetap dengan keputusan untuk bersama-sama dengan UMNO.

Itu sebab dalam hal-hal macam ini UlamaK perlu berhati-hati dan jangan terlibat sampai ke tahap ini. Ahli PAS kena tahu siapa yang bantah dan siapa yang setuju dan berapa ramai yang bantah dan berapa ramai yang setuju.. Jika ahli ingin kan kepastian arah tuju parti.

Awanama berkata...

PAS tak prlu turun demo. Cukupah menasihat. Nik Abduh masa PAS bergaduh dgn umno dah berlalu. PAS nak nasihat umno dgn baik dan berhemat. Demo2 ni bkn cara elok, ni cara gaduh2.

Awanama berkata...

pas tkkan sertai demo di dataran sebab itu takde adab, menurut hadi.

pas takkan sertai demo sebab ada Amanah dan DAP

pas takkan sertai dem sebab nk jadi hati tuan haji najib, rakan hadi

jika pas sertai demo, pas akan pastikan tidak berdekatan Amanah dan DAp

jika pas sertai demo, hadi dan pasug takkan hadir kerana hadi tak dpt jadi ketua

jika pas sertai demo, hadi akan ponteng mungkin ke nippon nk beli selipar baru sebab selipar nipponnya hilang ketika berada di hospital

jika pas tidak sertai demo, tidak mengapa. pas hanya buat demo dlm dewan dn angkat plakad dengan muka penuh senyum mesra. tanda tidak serious dan nk ambik hati tuan haji najib.

org kata2 saja2 je gurau2 angkat plakad.

kalau ditanya hadi mcmana dgn tppa tuan guru?

hadi jawab:

kita perlukan 4 saksi utk buktikan tppa telah dittangani.
saksi mestilah menyaksikan dgn jelas batang pen diletak atas surat perjanjian perjanjian dan dittangani dgn terang oleh 4 org saksi yg tidak fasik.

Awanama berkata...

Sepatutnya PKR tumpukan agendanya bersama PH dan pedulikan dgn pas...kenapa nk sibok dgn pas kerana mereka bukan parti dlm PH.teruskan agenda PH supaya rakyat buka mata dan sokong PH.

Awanama berkata...

Pas sudah lama sesat sejak TGNA meninggal dunia..pas dikenali sbg ajaran ayah hadi @ ayah pin

Awanama berkata...

PAS ni apa dia pedulik??? Apa dia buat, semuanya dia betul. Kona baring ka hapa ka.. dia apa pedulik.. apa pun, PAS la yg paling benar... hangpa apa tau???

Awanama berkata...

TPPA ADALAH HADIAH NAJIB KPD BANGSA MELAYU. DENGAN TERSIGN TPPA MAKA EKONOMI MALAYSIA TERPAKSA TUNDUK SUJUD KPD AMERIKA LAKNATULULAH. YES, THERE CERTAIN POSSIBLE RINGGIT PULIH TERUS BUT IN THE SAME TIME AKN MUSNAHKAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA NAK JADI USAHAWAN DAN PENIAGA BECAUSE CARA USA BERNIAGA KALAUH BLH SAMPAI PESAING JATUH BANKRAP. WALLAHUALWM LU CHECK BERAPA BANYAK COMPANY YG DULU HEBAT NAMANYA TAPI JATUH BANKRAP AKIBAT DARIPADA PERBUATAN MONOPOLI. LU FIKIRLAH SENDIRI.

Awanama berkata...



PAS, taklimat MITI oleh Mustapa Mohamed mengenai TPPA datang pun tidak.

Orang bantah, dia pun nak bantah.

Kita bukan nak tahu terma-terma atau nama-nama khas perkataan untuk ekonomi.
Jangan bila dalam Parlimen bertukar dari bantah, menyokong pulak sebab kerajaan nampak jujur dengan memberi taklimat. Kalau TPPA tidak baik, tak kan pulak buat taklimat.

Atau PAS diberi taklimat 'khas;.

Awanama berkata...

Aik!! Pas parti ulamak kn! Takkan la ulamak nk jdi pak turut pulak?

Demo2 ni, aku nk jadi ketua laa, kau tau tak? Kalau takat pak turut, takde klass la aku!!!