4 Okt 2015

PKR Bidas TITM, PKR Tidak Akan Pecah Malah Tambah Kukuh Dgn Pakatan Harapan

PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.

Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.

Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .

Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.

"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.

"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.

"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti‎" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.

"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkongkong -GB).


"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.

Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.

"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.

"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).‎ -TMI


PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan

PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah). Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.

"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.

"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.

Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.

"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.

Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung tali hayat kepada BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tidak menyokong.

"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya.
-TMI

Ulasan-ulasan dari pembaca TMI yang rata-rata tolak dan bidas kenyataan TITM di atas.



25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PH perlu keluar kenyataan bersama.. ucap terima kasih pada titm kerana ambil berat dan kemukakan plan supaya sejarah dengan pas tak berulang. Paling senang cakap je In sha Allah tak berlaku macam pr sebab ph takde hadi awang..

Tanpa Nama berkata...

Singkirkan Azmin dgn segera.Azmin lah Serangga Perosak Dlm PKR.

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi – Parti Sendiri Pun Tak Boleh Jaga Masakan Negara
Terlepasnya negeri Terengganu Darul Iman dalam pilihanraya umum ke 11, pada awalnya diperlihatkan pada umum adalah disebabkan oleh adanya unsur penipuan. Setelah sekian lama, nyata bahawa sebab utama kekalahannya itu adalah PAS sendiri yang pada waktu itu diterajui oleh presidennya bernama Haji Abdul Hadi bin Awang.
Memang pada waktu itu amat mengharukan dengan keputusan yang amat memeranjatkan bagi DUN Negeri Terengganu. Haji Hadi, sebagai presiden PAS pada waktu itu gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Soalannya, adakah para pengundi Terengganu menolak PAS?
Jawapannya tidak. Para penggundi di Terengganu bukannya menolak PAS tetapi mereka menolak Haji Hadi dan kumpulannya. Saya memang tidak membuat kajian secara kuantitatif tetapi secara kualititatifnya macam itulah. Saya rasa Haji Hadi sendiri pun tahu.
Haji Hadi dilihat tidak mampu membuat keputusan dan banyak keputusannya memang tidak diterimapakai pun sama ada pada peringkat pusat dan negeri. Haji Hadi sendiri pun kelihatan tidak tahu apa yang sebenarnya keputusan yang telah dibuatnya.
Dalam aktiviti harian PAS sebagai presiden, Haji Hadi cuma sebagai tunggul duduk di dalam majlis. Oleh itu sesiapa sahaja boleh hinggap dan ia boleh dipindah ubah ke mana-mana tempat. Haji Hadi tidak ada agenda utama dalam membina negara sebagai negara Islam tetapi lebih kepada agenda untuk mempastikan kedudukannya sebagai yb.
Amat mendukacitakan juga Haji Hadi dilihat tidak tahu apa yang perlu dibuatnya untuk menjadikan negara ini didaulatkan sebagai negara Islam yang menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan negara ini. Dalam erti kata mudah Haji Hadi tidak menjaga Islam, tetapi ia menjadikan Islam yang menjaganya.
Oleh itu, keluarlah kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ulamak Islam daripada mulutnya semasa membuat ucapan awam. Lebih memeranjatkan lagi, apabila ditegur dan dikritik, dikeluarkannya kenyataannya yang kononnya daripada Islam bagi membenarkan ucapannya itu.
Haji Hadi mungkin lupa atau sememangnya bodoh, bahawa Islam diturunkan adalah untuk semua umat Nabi Muhammad SAW. Tidak kiralah sama ada yahudi atau nasrani. Apatah lagi sama ada DAP atau UMNO.
Haji Hadi dilihat bagai merasakan bahawa cuma dirinya sahaja yang boleh memberi hukum yang kononnnya berkaitan dengan Islam. Oleh itu sebarang kenyataan bukan daripadanya dianggap tidak boleh dipakai. Dalam masa yang sama juga jika ada kritikan terhadap kenyataannya, maka kritikan itu dianggap bersalahan dengan Islam.
Keadaan ini menjadikan ahli-ahli PAS dalam keadaan serba salah. Kedudukan Haji Hadi sebagai Tuan Guru dan ulamak sudah tidak seiring dengan ucapannya. Namun para bahalul dalam PAS, masih macam kabur. Tidak tahulah apa alasannya.
Bolehkah Haji Hadi diharapkan menjaga negara? Pada saya Haji Hadi cuma menggunakan Islam untuk menjaga dirinya sahaja.

Ditulis oleh SMART

Tanpa Nama berkata...

Jangan dikenang perkara yang lePAS,
apa yang penting kena maju ke hadaPAN,
perkara yang lePAS hanyalah sejarah,
bergerak ke dePAN teruskan perjuangan,
Selamat tinggal PAS, kami sertai PAN.

Tanpa Nama berkata...

PAS naik jaki dgn kesepaduan dlm PAKATAN HARAPAN RAKYAT (PHR) dan.... supaya parti lain berpecah spt PAS jugok...... asyik.......cucuk..... cucuk. ... cucuk. .... parti lain agar pecoh....
Busuk hati punyo PAS CHAI.... parti cap tin kosong.... Lambang KOSONG. ... "O"

Tanpa Nama berkata...

Awak di mana WANG ROSLI..... pasal tak bela ULARmak2 PAScai......
Sila tunjuk kan diri mmu WANG....
atau tanpa $$$$$ WANG Rosli menyepi...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa pemimpin pas kalut.
Lebai hadi kata parti baru ini boleh tahan dua tahun saja.

Tanpa Nama berkata...

Pas terengganu & Bn takde bezanya.. tak setuju dgn tok ketua, terus disisihkan.. inilah yg terjadi pada ustaz roslan (mantan adun bukit besi).. Islam pas hanya pada dasarnya & kitabnya sahaja, tp bukan pd akhlak & amalannya..

Tanpa Nama berkata...

PAS beranggapan mereka akan menjadi "king maker" dlm pecaturan politik menjelang 2018. PAS memberikan harapan kpd PKR di samping terus bermanis muka dgn UMNO. PAS ingin mengambil kesempatan. PAS ingin mengambil pendekatan mengugut Pakatan pembankang agar sentiasa memenuhi tuntutan mereka, jika tidak mereka terus bermesra dgn UMNO dan akan menjadi pengacau dlm mewujudkan pertandingan tiga penjuru pd 2018. Inilah wajah sebenar PAS. Parti yg kononnya mengutamakan Islam sebagai landasan perjuangan tetapi mengamalkan politik bermuka-muka, ugut, label-melabel dan pendekatan yg bercelaru. Alasan PAS , undi melayu akan bersama mereka. Jesteru PKR dan UMNO harus akur dgn kerenah mereka. Malangnya pembacaan politik PAS kabur dan berjerubu. Kepimpinan PAS gagal menilai prestasi dan kedudukan mereka saat ini. Yang pastinya PAS akan menanggung akibat dr keangkuhan dan ketidakupayaan Hj Hadi. Selamat Jalan PAS.

kopipanas berkata...

Serba tak kena apa yang keluar dari mulut pimpinan PAS. Itulah kesilapan nyata kesan daripada perancangan yang semata-mata mementingkan kedudukan, pangkat dan kelompok 'ulama' sahaja. Usaha pemisahan kumpulan profesional ternyata berjaya dan PAS benar-benar bersih daripada jebon dan munafik haraki. Namun malangnya yang dikemukakan oleh pimpinan PAS benar-benar mengimbau kembali ke zaman PAS mengkafirkan UMNO melalui Amanat TGHH. Apa yang terjadi semasa itu kini kembali mengenai AMANAH dan UMNO dilihat serba serbi baik.

Siang malam, baik dari pimpinan hinggalah kepada macai-macai menyerang AMANH sahaja. Walhal AMANAH belumpun sebulan usianya. Ahlinya pun lebih kurang 30000 orang sahaja berbanding 1 juta keahlian PAS dan beribu-ribu yang menyerahkan borang setiap bulan.

Sudah-sudahlah wahai pimpinan PAS, jangan dibenci AMANAH...mereka sudah pun keluar sepertimana yang kamu harapkan. Sekarang bawalah bahtera PAS mengikut hala tuju kamu. Jika malu untuk mengakui kesilapan, janganah bersikap sombong pula.

Tanpa Nama berkata...

pas takde keje

hari2 sentuh PH

hudud tknk buat

Tanpa Nama berkata...

PAS PIS PUS PUS PIS PAS...masok angin keluar asap akhirnye MELEPAS..Itulah yang dah berlaku pada PAS. Kalau huruf PAS diterbalikkan..akan jadi S-A-P...SAP SIP SUP SUP SIP SAP..akhirnya MELESAP..itulah yang akan berlaku pada PAS..InsyaALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Teringat ingat pesanan tgna.
Apabila musuh dah nak karam, mengapa sibuk nak bagi bantuan.

Tanpa Nama berkata...

PAS Chai akan berKUBUR dgn BUDAYA CHAI nya....... semoga dipermudahkan pengkuburan PAS.....
Lebuhraya rakyat di KELANTAN. ... batang hidung pun tak nampak..... Stadium Bola di Selinsing. ....pun tak nampak batang hidung..... CAKAP je berdegar2.....

Benbrahem berkata...

Tak taulah pulak yang TITM ada ilmu kasyaf. Dia nampak apa yang terhijab. Rasanya dia boleh beri petunjuk misteri kehilangan MH370.

Saadun Sulaiman berkata...

Pada 6/10/2015, jam 8.00 Malam, bertempat di TIMOTEL, peneraju AMANAH saperti saudara Salahudin Ayub & the gang akan keMersing untuk menjelas kan apa itu AMANAH. Pada tinjauan saya ramai mengalu-alu kan nya dan sebahagian dari mereka sudah pun mengisi borang keahlian. Ini semua gara gara takut kan hantu "CHAI". Sebenar nya hantu ini tak boleh terbang dan sebagainya, hanya melompat lompat macam cerita hantu yang pernah di siarkan oleh tayangan gambar cina. Ia nya akan berhenti setelah kertas berwarna"KUNING" di tampal ke dahi nya. Kebetulan borang keahlian AMANAH berwarna kuning dan kemungkinan kebanyakan borang yang telah di isi telah tertampat ke dahi puak puak yang pro pak pak lebai. Walau pun sudah tak mampu untuk bergerak jauh tetapi mulut, siku, lutut dan cakar harimau masih nak mereka pertontonkan, malang nya tontonan tersebut tidak mengusar kan hati hati mereka yang berhijrah kerana mereka mengharap kan "CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG".

Sejak banner itu di naik kan kini terdengar pelbagai kata nista yang di ucap kan oleh mereka yang enggan mendapat kan kebenaran. Salah satu dari dailoge yang mengusik jiwa saya berbunyi, "Jangan pergi ke majlis puak puak yang "DERHAKA" itu kerana balasan mereka yang derhaka ada lah "NERAKA" bla. bla bla". Agak nya di mana tempat mereka walau pun di gelar "PAK LEBAI" tetapi pernah mengeluar kan kata kata kesat kepada puak puak yang si ketua lebai ni tak suka malah mengugut mereka untuk keluar dari PASti!!!

Mari lah kita beramai ramai ke TEMOTIL pada tarikh dan waktu tersebut untuk melancar kan bahtera yang di perbuat dari kayu berlian yang kokoh. Moga moga bahtera ini akan terus berlayar dengan selamat, se selamat bahtera Nabi Allah Noh di mana kesemua para penumpang nya benar benar mengharapan perubahan dan radha ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

semakin kukuh pas menunjukkan dirinya memang xblh dipercayai... kwn mkn kwn

ingat.... klu nazri umnu pun kt pas akn bawa masalah pd umnu .... apa lg nk diharapkn pd pas.

tinggalkn pas ini ... tkde apa ug baik dh keluar dr mulut pas terhadap PH

PH dh cuba terbaik utk buat baik dgn pas ... tp gagal

enough

Tanpa Nama berkata...

index jerubu pas sgt tinggi

tk baik utk kesihatan rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

Benar hujah2 tuan. Datanglah apa pun halangan dan cobaan, AMANAH dengan izin Allah Swt tetap akan maju ke depan. Selamat belayar PAN. Selamat karam P_S. Saya tak mahu tulis nama kau pun...

Tanpa Nama berkata...



PAS dah cakap macam ini pun masih ada pemimpin PKR kata PH ditubuh secara terburu-buru.

Dah lah PAS langsung tidak berusaha ke arah penyatuan dalam PH, satu hal, sekarang mengharapkan pulak PKR berpecah dengan berkias-kias punca nya ialah pemimpin Amanah yang ingin mendominasi PKR. Kalau betul, lebih baik pemimpin Amanah mohon menjadi ahli PKR seperti mana pemimpin PAS sebelum ini mempersoalkan mengapa nak tubuh parti Islam baru, lebih baik masuk DAP atau PKR ?

Pemimpin Amanah tahu kemampuan dan kelebihan mereka. Kita kumpulkan kesemua pemimpin PKR level tertinggi dan kita kumpulkan pemimpin kesemua pemimpin Amanah Sekarang kita tenguk dan nilai, gerak kerja mereka secara berpasukan, yang mana jadi pilihan kita ?

Ramalan Tuan Ibrahim betul jika berdasarkan pada pandang tersebut. Kerana pemimpin PKR pun tidak kurang macam kumpulan pemimpin PAS tetapi pemimpin PKR lebih ramai yang berkualiti dan lebih baik dari pemimpin PAS. Sebab itu Saifuddin menafikan nya?

Kumpulan dalam PKR yang beranggap PH ditubuh dengan terburu-buru perlu mengemukakan apa kah cara untuk DAP bertolak-ansur dengan PAS dan apa kah cara supaya PAS menghormati dan menganggap DAP sebagai sahabat. Apakah langkah-langkah yang perlu di ambil oleh PAS supaya PAS buang sifat sombong dan bongkak pada pemimpin Amanah?

Atas kertas memang PH lebih kuat jika PAS bersama tetapi realitinya mustahil sebab PAS telah meletak syarat tanpa perbincangan.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Azmin merupakan agen pas didalam ph.Sila buang Azmin duku baru dapat jalan menuju putrajaya. Jika tidak, maslah akan dtg menghancurkan ph lg.harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Batu api 12.35PTG

myDesignWorld berkata...

Terbaik!

Tanpa Nama berkata...

Amanah just move forward, forget about past middle class malay professional will support Amanah all out and don't slow down the momentum only because of stupid conflict.

Tanpa Nama berkata...

ilmu kasyaf taik ayam... geng pro hadi pun ade x setuju dgn titm. x caya?? cuba ko cadang titm jd presiden pas.. melenting macai pro hadi... haha.