5 Okt 2015

Fokus Ke Putrajaya, Pakatan Harapan Tidak Perlu Hiraukan Masalah PAS

PRU-14: Siapa akan korbankan kerusi demi AMANAH?

"Khianat dan terburu-buru!" kata seorang pemimpin PAS mengulas pelancaran Parti Amanah Negara pada Hari Malaysia.

"Tidak realistik!" katanya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 23 September bahawa Pulau Pinang sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan yang meliputi DAP, PKR dan Amanah.



Setiausaha PAS negeri itu Fadzil Mohd Kemi berkata ia tidak realistik kerana Pakatan Harapan mengisytiharkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu menang pilihan raya umum ke-14.

Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung kesalahan meliwat dan tidak boleh memasuki gelanggang poltik sehingga 2015.

Tetapi, ia dilihat gabungan pembangkang itu, tanpa PAS, bersedia berdepan pilihan raya umum, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.

Namun, persoalannya yang tinggal sama ada Amanah dan Pakatan Harapan boleh menjadi alternatif yang berdaya maju kepada PAS dan BN, kata Fadzil.

Pembangkang perlukan PAS

Fadzil berkata, tanpa PAS, atau kemampuan mereka mendapat sokongan orang Melayu di kawasan itu, Pakatan Harapan akan gagal dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.

Sesebuah parti itu dilihat tidak berguna jika tidak boleh bertanding dan menang (sekurang-kurangnya satu kerusi) dalam pilihan raya tetapi persoalan lebih utama sama pada AMANAH sekarang bukan mengenai kemenangan, tetapi kerusi mana yang boleh mereka tandingi.

Satu-satunya parti yang tidak bertentangan dengan AMANAH adalah DAP, walaupun orang yang tidak selesa dengan pihak yang muncul sebagai perkauman atau cauvinis, dan yang lebih suka kepada lebih 'solekan' Melayu/Islam, akan memilih menyertai AMANAH dan bukannya PKR atau DAP.

Tanpa syak lagi, terdapat ramai yang berada di atas pagar, dan lebih berminat untuk tidak memilih parti politik yang mana mereka merasakan amalan mengagumi tokoh seperti PAS lakukan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PKR untuk Anwar selaku bekas timbalan perdana menteri.

Maka undi akan berkurangan dengan Umno masih kuat dalam permainan ini, sekalipun kritikan mendakwa parti itu parti itu sudah lama dan hanya boleh membuat kemajuan di kawasan tengah Melayu luar bandar dengan rasuah dan mengancam masyarakat jika pembangkang berkuasa.

PAS dan PKR mempunyai kerusi mereka pada pilihan raya umum lalu walaupun kedua-dua parti bertembung pada tujuh kerusi, mendorong pelbagai persoalan oleh masyarakat umum.

AMANAH, sebuah parti baru, perlu bekerja daripada kosong. Tetapi dengan siapa mereka akan berunding?

Hadi membuat kenyataan jelas, bahawa AMANAH adalah pengkhianat parti, "lebih teruk daripada musuh" seperti yang beliau anggap kepada pemimpin yang disingkirkan dan menubuhkan parti baru itu.

Ini bermakna AMANAH hanya boleh berunding dengan PKR. Adakah PKR sedia berkongsi kerusi dengan AMANAH?"-mk


Muhasabah diri, jangan salahkan orang lain, Amanah beritahu PAS

Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dilihat merujuk kepada PAS berkata, parti Islam itu sepatutnya menumpukan isu politik negara yang lebih besar dan bukannya sibuk menunding jari menyalahkan pihak lain menjadi punca perpecahan parti mereka.

"Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali, Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah (PR) , menyaksikan penubuhan parti serpihan, Amanah.‎

Pada masa sama Salahuddin berkata, Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini. Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu komen lagi .ada 10 perkara yang telah jelas,hanya yang wajib bagi kita ialah tingglakan sahaj orang persan berilmu islam tetapi sombong .

Tanpa Nama berkata...

PAS.....jangan meroyang GILA TALAK!!!!

Tanpa Nama berkata...

pas dan pkr dah bersetuju mengelak calon bertindih dikerusi2 yg dimenangi sekrg. pkr boleh akur dgn perjanjian tsb dan tidak meletak calon dikerusi yg pas duduki skrg.

menurut perjanjian tsb, pas tidak akan letak calon dikerusi2 pkr (wlpn pernah khianat) dan akan bertanding dikerusi2 DAP dan BN.

TAPI tiada apa yg menghalang Amanah utk bertanding dikerusi2 pas...

haahahaaahaaa... HooooOOOooOoOOOoOOoOOoDooOOoooOoOOOoooooD mana???

mcm mana hududkan org yg khianat, fitnah, penipu, rompak balak, jual harta negeri below market price???

lelaki dicermin berkata...

Tak tahu nak ckp apa kat pimpinan pas ni.... logik akal memang begitu.... suami isteri bercerai... walau pun Dah bercerai sang suami 24 jam bercerita keburukkan si isteri... pd org sekeliling.. logik akal pun.. kalau sikap si isteri salah...tp dah 24 jam suami cerita keburukkan jandanya .akhirnya semua org simpati...takkan pemakai2 serban tak tahu logik akal memang begitu....dr tuan presiden sampai ketua pemuda cawangan pun takde sikit simpati pun pd amanah.. aku takut kesan di masa depan... semua beranggapan ulamak2 tak boleh pakai..

Tanpa Nama berkata...

PAS sepatutnya muhasabah diri bahawa perkara begini berlaku disebabkan sikap keras haji hadi serta tindak-tanduknya kpd rakan pakatan khususnya DAP(hudud) dan PKR (isu MB). Berbeza sekali dgn pendekatan berhemah arwah tgna..

Saiful berkata...

Inilah proses pembentukan..forming...kalau tak tubuhkan PH..proses ini tak jln lagi.. bagus teruskan..

Tanpa Nama berkata...

Betul ker orang berilmu agama buat kenyataan cakap buruk seperti barua, jual pill kuda? Orang berilmu agama ni juga Tikam cina (bukan dakwah!?) tetapi sokong penerima derma billion?

Ini ilmu agama apa????

Tanpa Nama berkata...

Ini agama apa? Buat semua ni Hina agama jer

Ni ular setan cakap tipu cakap fitnah dan sokong penerima billion!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya PAS dah jadi nanar. UBN lepas ni tak perlu dah kpd PAS sbb UBN mengharapkan pertandingan 3 penjuru disini UBN yg untung. Malah di Kelantan sekali pun sekiranya berlaku dan akan berlaku 3 penjuru PAS akan tewas. Di Kelantan kawasan luar Bandar PAS sebelum ni pun dah tewas hanya harapkan kerusi dibandar. Penghuni Bandar rata-rata celik maklumat dan golongan remaja 20% pengundi Bandar tidak undi PAS maka kalahlah PAS di Kelantan. Oleh itu janganlah sombong sgt pemimpin PAS, kalau orang dan jemput berunding tu rundinglah atau terus bergabung dgn umno. Jangan ada pertandingan 3 penjuru kerana yg menjadi mangsa adalah PAS khasnya dan rakyat amnya. Kpd wakil-wakil rakyat PAS jgn taksub membuta tuli kalau ada keinginan kekal menjadi YB pada PRU 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

PAS SEMAKIN KEARAH PELAMPAU

BERFIKRAH KHAWARIJ YG SGT BAHAYA KPD UMAT DN NEGARA

MENDEKATI DOKTRIN GHULUW SEPERTI IS

SEDANGKN IMAMNYA MIRIP AYATOLLAT SYIAH YG MAKSUM LG SUCI TK BLH DISANGGAH LANGSUNG

Ritchie Blackmore berkata...

Setujuuuuuu..........

Tanpa Nama berkata...

Majoriti penyokong bawahan yang tidak berparti akan membongkar siapa sebenarnya hadi dan haron. Pengkianat kepada rakyat. Tungggguuuuu.

omar daud berkata...

salam GB: 10 POINTS YG BERNAS.




Pada saya ,PAS sebenarnya tak BOLEH BERKAWAN DGN SIAPA-SIAPA PUN,walaupun dgn monyet sekalipun, mudah dan simple...siang-siang lagi PAS dah bagitahu dia NAK JADI KETUA...walaupun dia tak reti buat kerja...contoh ketara..dia nak jadi ketua sangat di Terengganu:lingkup.Di kedah geng dia juga nak jadi ketua pun LINGKUP.lepas ni bila TGNA tidak berada lagi dikelantan pun mungkin lingkup.Bayangkan KETUA utamanya ponteng parlimen,bukan sehari,dua tapi bersessi...macamana nak jadi ketua.

Maaf ahli-ahli PAS yg masih jujur,cuma nak pesan pada tuan-tuan berpelajaran yg ada degree hebat2 masih ka lagi tuan-tuan nak buang masa.kalau tuan masih bersama PAS,sebab nak isi perut itu kita faham.

wassalam.



Tanpa Nama berkata...

Ini apa hal lagi sebut pasal PH mengistiharkan DSAI sebagai PM. DSAI masih releven. Dia di penjara kerana di zalimi sehingga rawatan perubatan pun di nafikan ! Kau Islam tapi kau buta kezaliman di depan mata. Tapi bila sebut jawatan PM, kau bingkas bangun berdiri. Islam apa kah kau ini ?

Pemimpin Amanah menjelaskan UBN sangat takut pada Anwar yang diibaratkan seperti orang-orang yang menakutkan burung di sawah.

PH, BN dan PAS. Awal-awal PAS dah tersingkir beb. Kerana BN akan serang PH dan PH akan serang BN. PAS orang tak peduli sebab bertenggek kat UMNO, sekejap bertenggek kat PKR. Mengecek-gecek nak dapatkan sokongan.

Dengan mengatakan ramai yang atas pagar tidak memilih parti politik yang mengamalkan amalan mengagumi tokoh tertentu maksud nya ialah PAS cuba menutup kekuatan yang di miliki oleh Amanah. PAS cuba mengalihkan isu kepimpinan PAS yang lemah dan berdolak-dalih.

Amanah ada PKR dan DAP dan sudah tentu saling berganding bahu dan berunding termasuk lah hal-hal berkaitan kerusi. PAS lah yang sepatutnya bertanyakan soalan dengan siapa PAS nak berunding ? Tiga kepala lebih baik dari satu, apalagi yang satu menguna kaedah 'tanpa bahas'.

Kerana tidak ada rundingan lah pemimpin PAS buat tabiat macam ini !! Suka mengintai rumah orang sebelah, kiri dan kanan.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB, utk Tian Chua kalau nak bersama dgn PAS lu hilang undi gua dan family saya.

Saya pengundi parlimen Batu
fread

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas perasan! Itulah kalimah paling lembut yang mampu saya hamburkan kepada Parti Islam Semalaysia. Pas perasan dan tersalah persepsi. Pas tersalah perhitungan dan menyangka partinya berperanan sebagai "king maker". Pada hakikatnya Pas sudah tidak punya apa-apa peranan dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan sudah memandang Pas sebagai rakan seturu. Apabila Pas menolak menjadi komponen PH, bermakna sudah tidak ada tawar-menawar dalam pembahagian kerusi. Pas bebas untuk bertanding semahunya. Pas boleh bertanding di 222 kawasan parlimen dan 576 dun. Presiden Pas berpeluang menjadi PM, dan menteri besar atau ketua menteri boleh dijawat oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya Pas negeri. Begitulah betapa untungnya Pas tidak menyertai PH.

Pas boleh menjadi PM dan menjadi MB bagi sertiap negeri adalah kebarangkalian secara teoritikal sahaja. Tren pengundian pada PRU 14 hanya pada dua buah parti, PH dan BN. Jika Pas bertanding bersendirian, bermakna Pas menghitung hari untuk disemadikan.Pas ibarat telur di hujung tanduk. Hayat Pas lebih panjang dan bergaya jika bergabung dengan Umno/BN. Apa pun Umno / BN tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk Pas. BN akan menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Teori ini benar di luar-luar bandar sahaja. Di pinggir atau pun di dalam bandar, pengundi-pengundi hanya memberikan unti sama ada kepada PH atau pun BN. Pas juga akan hilang wang pertaruhan jika bertanding di bandar-bandar besar seperti KL, Seremban, Ipoh, Johor Bharu dan Melaka. Biarkan Pas terjun dengan labu-labunya. Biarkan!, Biarkan, dan Biarkan!

Tanpa Nama berkata...

PAS takde pilihan samada bergabung dgn PH atau BN untuk elakkan tiga penjuru.kalo tak gabung jugak semua kerusi kalah kat BN sbb sblm ni kebanyakan kerusi menang tipis.itu pun disebabkan undi kaum lain dalam PR dulu.pAS skg ni dah senada UMNO kutuk kaum lain ada harapan lg ke nak menang.yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.rasanye Kelantan pun ada harapan terlepas kat BN.

Tanpa Nama berkata...

Cpt la bgth,x sbr nk th,tp msti ada fakta yg jelas tau

Abdul Said berkata...

'Khianat dan terburu-buru'. Tuduhan itu balik kepada kumpulan Hadi and the Gang. Dengan terburu-buru Hadi and the Gang telah merakamkan lagu-lagu berunsur kesombongan, besar kepala, fitnah, cacian dan juga telah menunjukkan pintu terbuka luas kepada orang-orangnya yang tidak suka kepada dendangannya. Lagu khianat telah didendangkan dimerata tempat. Apabila 18 orang pengikut mengasingkan diri dan menubuhkan band lain maka kumpulan Hadi and the Gang menjadi kelam kabut. Fikiran jadi bercelaru, kenyataan-kenyataan dibuat tanpa perancangan. Pantang dihulur mikrofon cepat sahaja tangan mencapai dan lirik-lirik dan bait-bait syair lagu lama yang diberi nafas baru terus diungkap dan dendangkan. Konsert mini, perdana dan konsert bidan terjun terus dibuat walaupun yang akan dimainkan hanya lagu-lagu lama. PAS carilah penyanyi utama yang lain, Penyanyi sekarang suara sudah hilang melodi, pitching brterabur dan lagu-lagu juga hanya sesuai untuk tahun 50an!!!

abrarmujahideen berkata...

PAS BERTANDING 3 PENJURU MMG STRATEI PASCAI utk MENGEKAL KAN STATUS QUO BN.khalas

Tanpa Nama berkata...

pakatan harapan adalah harapan rakyat.
tempat rakyat meletakkan harapan.
jangan gelabah wan azizah dan gang
jangan goyang mat sabu dan gang.
jangan tertekan lim guan eng dan gang.
pedulikan apa orang lain mahu cakap.
berjuang tetap berjuang demi rakyat.
rakyat dah muak dengan bn/umno dan pas.
rakyat (semua kaum) mahu hidup aman dan damai.
hanya pakatan harapan jadi harapan mereka.
jangan kecewakan rakyat wahai pakatan harapan...

Yon berkata...

Baik

Tanpa Nama berkata...

Anjing yang senyap adalah anjing baka baik dan cerdik. Anjing jenis pendiam amat ditakuti kerana susah nak baca bila masa dia akan menerkam.

Anjing yang berahi menyalak bukit tak tentu pasal itu biasanya Anjing gila babi. Lagi dilayan lagi gila dia menyalak. Anjing jenis gila sangat merbahaya kerana air liurnya amat berbisa.