3 Okt 2015

Ada Pihak Cuba Jatuhkan Wan Azizah Dalam PKR?

PKR bertelagah berhubung penubuhan Pakatan Harapan

Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.



Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider. 

Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen
, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.

Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.

Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.

Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.

Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP. br>
"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'. 


"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali,"
kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya. 

"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami. 


"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.


"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan PAS.

"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.

Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.

Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya. -TMI


Ahli MPP PKR ragui Pakatan Harapan

22 Ahli Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR menandatangan petisyen supaya mesyuarat tergempar diadakan susulan penubuhan Pakatan Harapan selepas sesi sidang meja bulat, 21 September lalu.

Mereka menyifatkan keputusan yang dibuat itu sebagai tergesa-gesa.

Dalam kenyataannya, ia menjelaskan supaya tiada pengumuman dibuat pada hari berkenaan, sebaliknya membuka rundingan yang selanjutnya.

Katanya, keputusan itu sejajar dengan keputusan yang dibuat MPP pada 20 September, di mana ia memutuskan untuk meneruskan perundingan dengan mana-mana pihak ke arah penubuhan pakatan baharu.

“Di sidang Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), pada Ahad 20 September 2015, MPP telah bersetuju dan menyokong usaha gigih Presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut,” petik kenyataan itu.

Berikut penandatangan Petisyen MPP Khas berkenaan:
1. Tian Chua
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari
-FMT


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

frankly aku tak berapa kisah lg dengan pkr. Parti Amanah Negara akan gantikan pkr.

apabila azmin menyatakan Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor, aku sudah nampak belangnya. ahli2 pas masih lg ada dlm kerajaan.

apa jaminan yg azmin dpt berikan kpd rakyat Selangor bhw ahli2 pas ini tidak akan khianat sptmn mrk lakukan dlm pru dan langkah kajang?

ooops! lupalah pulak! langkah kajg yg meletakkan azmin dikerusi empuk mb...

lebih2 lg baru2 aku dpt tau projek lebuhraya East Klang Valley Expressway akan dibina oleh Ahmad Zaki Resources Berhad (azrb) yg dikatakan ada kaitan dgn umno.

kidex akan digantikan dgn ekve. sia2lah segala bantahan rakyat selama ini.

diharap PAN dapat mengambil alaih peranan utk mengekalkan kerajaan Selangor dlm kuasa pembangkang. wlpn hanya dgn kerjasama DAP.

omar daud berkata...

salam

Bagi saya yg berpengelaman sejak 1998 bersama ADIL,PKN dan PKR,dari group street fighters,hingga NGO ADIL ka-parti politik PKN dan PKR,terlalu banyak asam garam bersama mereka.Sehingga separuh penyokong2 DSAI belot bermula dari Dr.chandra muzaffar,Nasir,pn Marina yusuf,ezam mohd nor,ruslan kassim,zahid mat arif,hamdam taha,dan beberapa pemimpin2 tempatan setempat.2008/2013 PKR bernasib baik dgn keluarnya DSAI dari penjara,momentom rakyat dgn kebijaksanaan DSAI mencantumkan pembangkang menjadi satu (pakatan rakyat) PR menang banyak kerusi,ini bermakna saki baki masih tidak suka DSAI berada dalam PKR,DISEBABKAN PKR ada kuasa di Selangor.Mereka-mereka berada dlm PKR kerana kuasa sahaja, tak lebih dari itu.Itu sebab perkembangan PKR tak kemana,di peringkat grass-root tiada apa activity-activity LANSUNG,kecualli mereka yg terdekat sahaja.saya mengikuti perkembangan pemilihan calon-calon dlm PKR,MEMANG mencemaskan,mereka mengunakkan sistem CAI yg berat sebelah,group Azmin control di pusat,merekalah meminupulasi undian di seluruh negara.

PKR survive kerana masih ada pemimpin2 yg baik peduli rakyat seperti,Wan Azizah,nurul izzah,rafizi ramli,dr. Tan,Saifyddin Nasution dan beberapa orng lagi yg tak senarai di atas.

Bagi pendapat saya,AMANAH usahlah risaukan keadaan PKR,MEREKA ADALAH BEGITU,kebanyakkan mereka berasal dari UMNO Kebanyakkan group azmin cuba nak memadamkan legasi DSAI itu sahaja.Bila DSAI di penjara mereka cuba nak porak-porandakan wan azizah,mereka bertambah pening dan sakit hati bila amanah ditubuhkan,dimana AMANAH adalah penyokong kuat DSAI utk jadi PM.

Yg penting di sini Amanah,kena belajar dari kesilapan PKR tentang cara mereka berkomunikasi dgn ahli-ahlinya,activity2 ahli2nya,cabang2 dan ranting2 yg hidup segan ,mati tak mahu,pemimpin2 yg berebut2 satu dgn lain,sistem management pusat yg bercelaru,berpuak-puak,tiada program utk kader2 politik,tiada pertugas-pertugas pilihanraya yg dedicated (tangkap muat),antara pemimpin dan ahli macam tiada apa-apa,dan yg nampak ketara pemimpin2 PKR nak bawa ahli-ahlinya ka-mana?????PKR bernasib baik menang pilihanraya kerana issue RAKYAT/UMNO dan DSAI DAN RAKYAT TIADA PILIHAN!!!!

AMANAH kena buktikan,dgn bekerja keras dan bersistemamtic kerja2 dijalankan dgn teratur, kita boleh jadikan "contoh" pada PKR cara-cara "BERORGINISASI DGN BETUL" sbenarnya group-group AZMIN CUKUP TAKUT MEREKA KEHILANGAN "kuasa" di selangor,kerana mereka tahu grass-root tak bersama mereka.itu sebab mereka berharap sangat mereka dapat bantuan dari grass-root PAS,dgn amanah,Dgn grass-root DAP,bermakna mereka nak makan keliling.

go AMANAH go, kita berdiri di atas "KEKUATAN KITA SENDIRI"...KERJA TERUS BEKERJA mengikut kemampuan masing2...tiada masa nak gaduh2 dgn PKR,PAS,UMNO

wassalam.

Tanpa Nama berkata...





Ar-RAHMAN-Ar-RAHMAN...Kaseh Mem BERI
Ar-RAHIM-Ar-RAHIM..."CINTA" Pe NYAYANG
Ar-RAHMAN..Ar-RAHIM...Be Ratus KALI
Wahyu "DAKAPAN"...Insan GEMILANG


Wahyu "DAKAPAN"...Insan GEMILANG
Ar-RAHMAN Ar-RAHIM...Pem Buka AZIMAT
Insan GEMILANG...Cahaya nya TERANG
Sulohan nya TEPAT...Ke Muka Peng KHIANAT


Insan yg AMANAH...Insan GEMILANG
Sulohan nya TERANG...Ke Muka Peng KHIANAT
Pen CURI Pem FITNAH...Onar TEMBERANG
Karenah nya JELAS...Suka Me "REMBAT"


Ar-RAHMAN Mem BERI...Ar-RAHIM Pe NYAYANG
Si Putar FITNAH...Suka Me "REMBAT"
Insan yg AMANAH...Insan GEMILANG
KASEH Mem BERI..."ASYIK" Ber KHIDMAT


Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Kita Mem BERI...JANGAN Men "CURI"
Jangan Men "CURI"...Khazanah UMMAH
Kelak Mem "BAKAR"...Diri SENDIRI







Tanpa Nama berkata...

Awal2 sudah tau group Azmin pemusnah PKR.kalau xdbendung dr sekarang, jgn harap menang PRU14...Harap pkr tegas gantikan Azmin sebelum terlambat,memang perit tp ubat kan selalunya pahit..

Malaysiabaru berkata...

Pas dah nak pupus apa kecoh sangat


Selepas pru pas akn jadi mcm umno yg alim berkopiah atau sayap islam umno/bn

Manakala amanah islam professional dan profressif

Pas jd kolot dan alim kampung

lelaki dicermin berkata...

Silap2 parti AMANAH jadi mcm erdogan kat turki... baru tubuh dah dpt terus memerintah turki....kalau itu terjadi sedihnya aku akan nasib anuar..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, ujian tetap akan datang. Maka tanganilah dengan bijaksana. Amanah perlu fokus pada gerakerja. Elakkan dpd membuatkan komen ttg pergolakkan parti lain. Bnyk lagi perkara yang perlu dibuat. Maklumlah kita kan baru masuk rumah... Saya harap ada muka muka muda baru utk digilap supaya dapat memantapkan saf mendepani cabaran yg menunggu.