5 Sep 2015

[BERGAMBAR] Mantan Pimpinan PAS Melaka Isi Borang Parti Amanah Beramai-ramai


Beberapa orang bekas pimpinan PAS Negeri melaka telah mengisi dan menyerahkan borang keahlian Parti Pekerja Malaysia yang bakal dinamakan sebagai Parti Amanah Negara.

Mereka adalah terdiri dari dua orang mantan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Salleh Yusof dan Sdra Adly Zahari, tiga orang mantan Timbalan Pesuruhjaya iaitu Hj Bakrin Sidek, Ashraf Mukhlis Minghat dan Sofi Wahab, empat orang mantan Setiausaha Perhubungan iaitu Hj Azutdin Hassan, Sdr Adly Zahari, Sdra Harun Mohammad, Hj Yuhaizad Abdullah dan tiga orang mantan Ketua Pemuda PAS Melaka iaitu Sdra Yuhaizad Abdullah, Azreen Abd Majid dan Mohd Jauhar Mohamad Dawi.

Borang keahlian parti baharu telah mula diedarkan di negeri ini dan satu majlis penyertaan dan penyerahan borang keahlian parti baharu secara beramai-ramai akan diadakan di Century Mahkota Hotel, Melaka pada 12 September ini jam 9.00 pagi. Setakat ini lebih dari 400 orang dilaporkan telah bersetuju berbuat demikian pada hari berkenaan. Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Pengerusi Parti AMANAH Pusat, Tn Hj Mohamad Sabu dan beberapa orang pemimpin yang lain.

Penyertaan yang paling ramai adalah dari kawasan Bukit Katil dan Kota Melaka dimana dilaporkan "borang oren" tidak mencukupi dan bekalan tambahan telah dipesan dari pejabat parti AMANAH Pusat untuk menampung permintaan di kedua-dua kawasan berkenaan. Sambutan menggalakkan juga dilaporkan diterima dari kawasan Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Parti AMANAH Negeri Melaka, mensasarkan 5,000 hingga 10,000 ahli akan dapat didaftarkan di dalam tempoh yang singkat ini.

Kepada sesiapa rakyat Melaka yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.

1. Jasin 019 658 8587
2. Bukit Katil 019 682 1318
3. Kota Melaka 019 667 5521
4. Alor Gajah 019 628 8840
5. Tangga Batu 012 608 2489
6. Masjid Tanah 019 233 4645
7. Angkatan Muda (AMAN) 019 355 5053
8. Angkatan Wanita (AWAN) 019 729 5411
9. Amanah Melaka 016 770 5820 @ 013 627 9269


AMANAH - PROGRESIF - PEDULI

MAJLIS PENGISIAN DAN PENYERANG "BORANG OREN" Peringkat Negeri Melaka







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Mencari MAKNA...mencari ERTI
DEFINASI hakiki...wajib diBONGKAR
Anugerah TUHAN...AKAL diberi
Supaya HIDUP...Terang berSINAR


Bai'ah di LAFAZ...berTalaq TIGA
ISTERI di cagar kan...seperti AYAM
Apa pon NIAT...Tujuan yg 'CELA'
Tunggang TERBALIK...Rosak JAHANAM


MURTAD itu...Bahasa ARAB
Tunggang TERBALIK....Rosak JAHANAM
Siku dan LUTOT...TakLeh di HARAP
NAFSU pilKuda..Si bapak AYAM


MURTAD itu...Bahasa ARAB
Tunggang LANGGANG,,Rosak JAHANAM
Putar PONTENG..Fitnah meNYONGLAP
NEGARA Hancur..Ekonomi menJUNAM

MURTAD itu...Tunggang TERBALIK
Tunggang TERBALIK...Rosak JAHANAM
Islam SEMPURNA...Indah dan CANTIK
TASBIH memuji...Diseluruh ALAM


MURTAD itu...Bahasa ARAB
Bahasa MUDAH nya...Tunggang TERBALIK
Islam yg INDAH...Kaseh yg AKRAB
CINTA nan Kudus...dipandang CANTIK


ISLAM Sempurna...Kudus MENAWAN
TASBIH memuji...Di seluruh ALAM
""INTEGRITY-Amanah""...se Murni HARAPAN
Ku panjatkan DOA...Siang dan MALAM





air gunung berkata...

Sama2 kita doakan dgn rendah hati semoga pilihan kita ini bertepatan dgn jln yg lurus.teruskan berusaha..tiada kejayaan dtg bergolek bgtu shj.ini parti baru.terlalu bnyk liku2 yg perlu dilalui dgn lepasi.letakkan sasaran yg munasabah.go AMANAH go.

Tanpa Nama berkata...



Jawapan dan Tindak Balas dari PAScai

Bai'ah dan Kosongkan Kerusi.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tanya sikit... Yg nyata hari2 berita ahli kuar PAS masuk Parti Amanah. Apa citer yg Hadi dan geng2 Ustaz dok canang kata setiap hari beribu-ribu penyertaan baru ahli PAS tapi tak ada satu berita dan gambar pun. Katakanlah berita tidak kuar dlm blog pro Pakatan tapi tak gak kuar dlm blog2 yg pro PAS spt Omakkau, Ibnu Hasyim dan yg seangkatan dgnnya. Adakah PAS juga parti kuat temberang? Belum berkuasa buat temberang kecil2an bila dah berkuasa nanti samalah cam UMNO temberang besar2an walaupun tau citer temberang mereka tak masuk dek akal.

Tanpa Nama berkata...

Di kedah bila nak sampai?

Tanpa Nama berkata...

Politik “baiah” menganiayai WANITA!

Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama.

Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan “talaq” untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah.

Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti.

Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia.

YB Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang

Ketua Wanita KEADILAN

Unknown berkata...

Bilalah borang oren ni nak sampai kat tempat aku ..

Unknown berkata...

Putrajaya pun nak borang oren ni

Tanpa Nama berkata...

saya setuju sgt dgn pandangan air gunung, mudah2an Allah memberi pertunjuk dan memelihara kita yg memilih jln ini. Dah lama kita makan hati dgn segelintir pemimpin parti pas yg disayangi yg menjadikan pas spt hak mereka sahaja tanpa mengira perasaan org lain yg berkorban jiwa raga, air mata, wang ringgit kpd parti sebelum gah spt sekarang.
mereka merugikan pas. sekarang org2 yg ikhlas berjuang tak mau bersama golongan yg khianat lagi.

kpd org kedah, borang dah sikit saja sbb kedah target sikit.
sabar, akan sampai lagi nnti. maklumat cuba cari kontek person di
parti-amanah-rakyat.blogspot.my
https://www.facebook.com/harapanbaru.kedah?ref=nf




Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Proses pencerahan

Tanpa Nama berkata...

dh dua biji mcm umnu dh....tk lama lg belajar sapu sikit2 dunia.... kelantan dh mula dh.

Tanpa Nama berkata...

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Keluar ramai-ramai
PAScai merapu-rapu

Pok amai-amai
Belalang Kupu-kupu
Keluar ramai-ramai
Masuk Harapan Baru

Pok amai-amai
Belalang Kupu-kupu
Keluar ramai-ramai
PAS UMNO bersekutu

Pok amai-amai
Belalang Kupu-kupu
Keluar ramai-ramai
Hj Hadi good-bye to you