5 Sep 2015

Halatuju PAS Semakin Kabur & Lebih Hampir Kepada UMNO - Penganalisis

Penganalisis: Hala tuju politik Pas kian kabur

SHAH ALAM - ‎ Penganalisis politik berpandangan berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana hala tuju politik parti itu dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani ‎berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin ‎berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.

"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.

"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

ULASAN GB

Seperti biasa, pemimpin dan ahli PAS yang bodoh tapi sombong, bangang tapi angkuh tetap tidak akan mahu mengakui fakta di atas.

Mereka kini begitu senang dengan "PIHAK"nya untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang eksklusif hanya kepada para ulama ulama (definisi ulama yang konvensional dan sempit - iaitu hanya orang yang berilmu agama dan ahli PAS).

Sedangkan ulama (jamak bagi golongan alim -"berimu") menurut tafsiran sebenar adalah mereka yang berilmu - tanpa mengira disiplin - dari kalangan orang beriman, bukan sekadar pandai di dalam ilmu-ilmu ugama.

Malah jika pandai dalam ilmu uagama tapi bukan ahli PAS maka mereka tidak dikira sebagai ulama pada persepektif mereka.

Misalnya As-Syeikh Yusof Al-Qardhawi, Ketua Ulama Sedunia, sebahagian besar pandangannya tidak diterima oleh PAS. Sebagai contoh di dalam soal hudud, As-Syeikh Yusof Qardawi menyatakan: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud. PAS, sebaliknya membelakangkan kata-kata Yusuf Al-Qardhawi berkenaan dengan meletakkan hudud lebih utama.

Begitu juga di dalam soal cerai taklik. Begini pandangan Ketua Ulama Sedunia itu:

Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - Pandangan Al-Qaradhawi


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz. "Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"

JAWAPAN :-

Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?

Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-

"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -

SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)

Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.

RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013

Malah bukan sahaja Yusof Qardhawi berpendapat demikian, malah jumhur ulama menyatakan Baiah Talak mesti ditolak dan tidak terpakai serta tidak ada khilaf sedikit pun.

Malah Setiausaha Ikhwan Dawli Abu Ahmed menyatakan bahawa baiah talaq ini adalah HARAM dan bersifat 'takfiri' dan boleh membawa kepada pemikiran Daesh.

Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan baiah talak semata-mata untuk menghentam wakil rakyat PAS yang meyertai Parti Amanah yang juga sebuah parti Islam, malah Presiden PAS sendiri menyatakan orang yang melanggarnya dianggap sebagai dilaknat Allah dan RasulNya.

Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerana kerap ponteng parlimen, parlimen tidak akan terima dan akan mencampak mereka yang ponteng itu keluar dari parlimen di pilihanraya akan datang!





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Definisi ulama, kalau ikut surah al-Fatir [35:28], “hanyasanya yang TAKUT Allah (yakhsyallah) di antara hamba-hambaNya itu yang berilmu”. Kalau ikut ayat ini ciri utama ulama ialah TAKUT kepada Allah.

Hanya Allah yang tahu siapa yang TAKUT kepadaNya.

Siapa yang banyak humazah dan lumazah [104:1], yakni selalu mencela dan mengeji atau melabel dengan nama2 yang buruk, selalu ber’najwa’ yakni bermesyuarat di belakang [58:7-13], langgar janji yang disepakati [2:177], tidak syura dalam membuat keputusan [42:38], istighna yakni think self-sufficient [96:7] dsbnya, walaupun tinggi ilmunya dan serbannya, tidaklah yakhsyallah, yakni tidak takut akan perintah2 Allah, justeru tidak الْعُلَمَاءُ.

Wallahu’aqlam.

Tanpa Nama berkata...

Surah FATIHAH...jelas MENYEBUT
WAJIB di atas...JALAN yg LURUS
LURUS tiada ...Bengkok & HEROT
Tiada FITNAH...penyonglap yg RAKUS


Surah An-Nuur...CAHAYA yg TERANG
Cahaya LURUS...Tembus & TELUS
Ponteng FITNAH...onar ter LARANG
Penyamun SONGLAP...ter hapus TERUS


Jalan LURUS...Cahaya yg TERANG
Fatehah An-NUUR..hidayah AL-Quran
"AUDIT-Hisab"..INSAN Cemerlang
""Integrity-AMANAH""..Puncak HARAPAN

Tanpa Nama berkata...

Surah FATIHAH...jelas MENYEBUT
WAJIB di atas...JALAN yg LURUS
LURUS tiada ...Bengkok & HEROT
Tiada FITNAH...penyonglap yg RAKUS


Surah An-Nuur...CAHAYA yg TERANG
Cahaya LURUS...Tembus & TELUS
Ponteng FITNAH...onar ter LARANG
Penyamun SONGLAP...ter hapus TERUS


Jalan LURUS...Cahaya yg TERANG
Fatehah An-NUUR..hidayah AL-Quran
"AUDIT-Hisab"..INSAN Cemerlang
""Integrity-AMANAH""..Puncak HARAPAN

Tanpa Nama berkata...

kalu pas still mcm ni sampai pru14......aku harap sangat kelantan jatuh kat pakatan rakyat yg baru....ataupun bn pun x pelah asal jgn pas...perangai x senonoh... x layak mengaku ulama'

Timnajib Jomfikir berkata...

Mereka itu berkata benar Ya Allah tentang ayat Al-Quran dan hadis Nabi.

Malangnya, kata2 mereka dan perbuatan mereka tidak sama.

cikmatgelap berkata...

klu sampai mempertaruhkan perkahwinan demi mencapai cita2 politik,tak kira le politik islam atau politik sekular,ini adalah satu kerja gila yg meminta kesetian ahli berbaih dgn talaq,aku rasa pas ini patut di kuborkan dari medan politik dimalaysia,pemimpin semacam ini tersangat bahaya jika di beri kuasa memerintah negara......aku rasa ulamak2 pas yg di beri kuasa menjadi pimpinan pas otak dah bertambah mereng,oleh itu jopm ramai2 kita keluar tinggalkan parti yg di pimpin ulamak2 yg O.T.C.ni

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA
YG MEMBAWA ONAR LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE

6.

lelaki dicermin berkata...

Walau pun aku PKR.. mengharapkan cepat lah tertubuh parti AMANAH... memang tak setuju dlm pr ada pas...PKR nak berkwn dgn pas biarlah...itu belum DAP berbunyi... berbunyi nanti tahu nasib pas kat selangor...

chimpira 8 berkata...

PAS yg skrg lebih sesuai sbg NGO

Tanpa Nama berkata...

Pas berfikiran Jumud dan mendakwa hanya wahana mereka sahaja memperjuangkan Islam. Apakah mereka lupa banyak lagi organisasi2 yg Islamic. Apa meraka fikir Abim, Jim, Tabligh, etc itu tidak cukup Islamik! Adakah Islam hanya untuk org melayu! Apa mereka yakin hanya istihad mereka shj yg betul! Apa mereka rasa hanya ulamak / ustaz Pas itu lebih pandai dari yg lain Kalau yg dibanggakan fatwa ulamak yg menjadi Naib Presiden Dunia, kenapa tidak ambil fatwa Presiden Ulamak Dunia. Apakah wala itu selective.

Di negara kita ini, UAA dan lain2 lagi adalah ulamak bersama PAN, adakah perjuangan mereka memunkinkan mereka ke neraka! Justuru hanya PAS shj jagoan Islam! Don't be unclever, ramai ulamak diluar sana yng hebat dan mungkin lebih berilmu, ada PHD, ada Mufti, ada Presiden Ulamak Sedunia. Jangan menconteng imej Islam. Takkan mantan2 persuruhjaya, ketua pemuda dan muslimat tu buta Islam? Tidak mungkin mereka tidak tahu membezakan yg lurus dengan yg bengkok. Kami ni juga dah berpuloh-puloh tahun menganut ugama Islam dan belajar mengenai Islam. Janganlah anggap kami bodoh ye.

Tanpa Nama berkata...



Takut Allah ialah takut kerana sayang. Kita sayang kerana Dia Maha Penyayang.

Tanpa Nama berkata...



Itu pun masih pemimpin PAS nafi bila di kaitkan dengan UMNO. Itu yang PAScai semakin kabur. Kan senang terang-terang cakap PAS akan bersama UMNO ! Kurang jugak dosa menipu.

Kedua-dua akan mencipta satu isu yang menjadi alasan PAScai perlu bersama UMNO.

Perkara ini dah berkali-kali menjadi ulang-tayang tapi setiap kali itu lah melayu serah diri untuk di tipu sampai ke cucu cicit.

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS memang buta hati mereka tapi ada ilmu cuma ilmu itu untuk diguna pada gulungan yang hanya tahu patuh membuta tuli itulah sebabnya ungkapan kata mereka pun tidak sedanada dengan hukum yang dikeluarkan hanya ikut rasa hati masing-masing,kami nak mengutk ulama tapi itulah hakikatnya.

Tanpa Nama berkata...

pas yang auta politik! (Jangan label saya cina Hina agama, saya cakap "auta politik"!)

Tanpa Nama berkata...

Kaburnya mata blh dipulihkan dgn pakai kaca mata. But kaburnya mata kita krn hilang hala tuju hanya blh dirawat dgn bertaubat kpd allah, but jangan cuba melawan perintah allah sama ada sengaja mahupun tidak sengaja krn allah akn balas kita dengan menambahkan lagi penyakit. So please remember on it.