4 Sep 2015

DHPP S'ngor Keluar PAS Sertai Amanah, PAS Selangor Bakal Berkubur(?)

Pushpa Nagiah Vengdesa yang sebelum ini merupakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menunjukkan borang keahlian baru selepas menyertai Parti Amanah Negara.

Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka. Turut bersama-sama mereka adalah 24 ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita DHPP di Selangor termasuk ahli daripada beberapa kawasan seperti Kuala Selangor, Kuala Langat, Kota Raja, Subang, Shah Alam, dan Kapar.

"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak.

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar pada sidang medianya di Shah Alam hari ini.

Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli.

Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan.

"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar.

Sebelum ini beberapa kepimpinan PAS peringkat cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti Islam itu dengan menyertai Amanah.

Antara yang turut mengambil tindakan sama adalah mantan ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat bersama barisan kepimpinan PAS Pulai, Johor mengumumkan penyertaan mereka terhadap parti berkenaan.

Beliau sebelum ini tewas dalam pemilihan merebut jawatan ketua Pemuda kepada Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz awal Jun lalu.

Turut menerima nasib sama tewas dalam pemilihan itu adalah pemimpin daripada kumpulan progresif PAS manakala pemimpin daripada kalangan konservatif yang pro kumpulan ulama menguasai PAS.

Mereka kemudiannya menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan akan menjadi wadah baharu dalam arena politik dan bekerjasama dengan parti pembangkang seperti DAP dan PKR. -TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

terima kasih kepada Chor The Sniper kerana menggunakan datanya di atas

Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

Setelah bermusuh dengan DAP, kini DHPP pula meninggalkan PAS. Siapa lagi yang tinggal untuk mengundi PAS dari kalangan kaum bukan Melayu?







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yag mengundi PAs ialah imam, guru pondok, ustaz ustazah, dan pelajar UIA.

Unknown berkata...

Salam

Selangor dan Johor adalah lubuk PAN, jika kena gayanya,insyallah mungkin ke2, dua negeri ini bermenteri-besarkan dari PAN.Target ahli pada 16 sept 2015 adalah 35k, Manakala akhir tahun ni targetnya ialah 50k insyallah akan dapat mencapainya.Ianya lebih dari PKR ditubuhkan dulu dlm setahun lebih kurang 20k sahaja.Kebanyakkan ahli-ahli PKR di selangor dan pantai barat.Setelah lebih 10 tahun PKR cuma mampu mempunyai 500k sahaja.Apabila separuh pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti,pertumbuhan ahli-ahli PKR sudah jadi "stagnant" bila mereka mendapat negeri selangor, PKR tidak berminat lagi menambahkan ahli-ahlinya.Cuma sekadar mendapatkan pemimpin2 yg tak berapa kerat sahaja, di peringkat grass-root ,tiada langsung initiative utk menambahkan ahli-ahli.Di sinilah tarikkan GHB/PAN utk mereka-mereka utk menjadi ahli-ahli,apabila parti membuka keahlian untuk semua kaum.PKR tersentak dgn keadaan ini, mahu-tak mahu terpaksa, tunggu dan lihat.

Insyallah jika persaingan sihat dibuat,bila GHB/PAN active dgn activitinya, dan bergerak cergas dgn mengrecruit ahli-ahli baru insyallah menjelang pilihanraya 14, PAN dapat mencapai keahlian 300k atau lebih.

Strategy mengrecruit parti:Menyediakan Pamlet,fliers,dasar parti/kelebihan keangotaan ahli.
Bila ada ceramah,pembukaan markas baru:1.Menyediakan pertugas2 dgn borang2 parti.
2. Borang on-line.
3.Mengadakan pertugas/banting: di semua tempat2 strategic di shopping-shoping center,tempat2 orang ramai.borang/pamlet di sediakan.
4.Buat style macam orng buta jual tissue, pergi kekedai mamak yg menjadi tumpuan, dari meja ka-meja.KaLau ada yg berminat boleh cerita,penerangan dan teus isi borang.
5. Adakan insentive pada pertugas-pertugas,1 borang AHLI rm1.00,dapat daftar mengundi rm3.00, Idea ini pernah digunakan di N9, Dun AMPANGAN, PKR menang pertama kali di N9.
6.Sediakan target pada setiap DUN/PARLEMEN,Misalnya target DUN 5% dari jumlah pengundi,target PARLEMEN 10% Dari jumlah pengundi.
7.MANDATORY: Setiap ahli diwajibkan membawa masuk hli-ahli keluarga sebanyak mungkin.
8.Adakan routine plan, umpama setiap bulan target dah sampai???jika tidak buat kajian dan pastikan target tercapai.
9.Recordkan details data dan komunikasi antara parti dan ahli-ahli.

insyallah jika kerja-kerja mengrecruit ini berterusan sehingga PR14, jumlah ahli PAN MENCECAH 500K.

Berasama PAN diPR14

WASSALAM.

air gunung berkata...

X per gb.PAS nak cari redho Allah.menang2 x penting.sbb semua kerusi yg mereka menang Allah redho.kerusi org lain tak syar'ie.x dpt redho n rahmat.mereka mspk pilihanraya bkn utk menang.so tak penting dan x jd kudis or gatal pun kalau keluar parti.apalagi yg bkn islam kuar..lg la gembira kan.guling2 gitu.ohhh tin milo.rupanya hanya utk wat blanjer poster bendera byr deposit calon free gitu2 jer.aduyaiiiii.ape semua neh..hermmmm..baik aku ge tido laa.mana tau dpt mimpi saidina abu bakar usap2 kepala aku.mcm sorang tu dpt saidina umar usap2 pipinya berkali2 dlm mimpi.Allahumma bismika amutu wa ahyaa

Tanpa Nama berkata...

depa x pandai berkawan dgn manusia lain, biaq depa berkawan dgn jin syaitan

Tanpa Nama berkata...

depa x pandai berkawan dgn manusia lain, biaq depa berkawan dgn jin syaitan

Faizal berkata...

Mengikut hemah saya PRU14 perlu kita anggap di dlm masa terdekat dan penuh penipuan.

Malaysiabaru berkata...

Sudah la tu PAS

Kembali lah ke zaman 70an... Tutup kedai..

Party hadi dan anak (khalil),dan menantu (zaharudin)

Unknown berkata...

Setelah bermusuh dengan DAP, kini DHPP pula meninggalkan PAS. Siapa lagi yang tinggal untuk mengundi PAS dari kalangan kaum bukan Melayu?
Jawapannya mungkin jin atau amfibia.

Tanpa Nama berkata...

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada amanah. Teruskan tekad untuk menentang kezaliman dan penindasan disamping berusaha untuk mempromosi Islam sebagai sebuah agama yang melindungi manusia sejagat. Kami menunggu pembentukan amanah untuk menyerahkan borang penyertaan. Selamat tinggal PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg sudah terbuka mata hati nampak kecelaruan dlm pimpinan Pas skrg. Amanah satu wadah yg lebih baik dari Pas yg semakin bodoh sombong setelah para lebai malang diuji dgn kemenangan yg tidak seberapa.

Tanpa Nama berkata...

DASAR ISLAM PAS DASAR YG MENINDAS DAN MENGHUKUM SEMUA ORANG. ISLAM SEBENAR AGAMA YG SYUMUL RAHMAT SEKALIAN ALAM.

Tanpa Nama berkata...



Sape yg SUKA...tunggang TERBALIK
Sprt U-Turn...BELIT dan FITNAH
Sape yg SUKA....MURTAD dan SYIRIK
Songlap-FITNAH....mendustai ALLAH


MURTAD itu.....bahasa ARAB
Bahasa Melayu....Tunggang TERBALIK
Cahaya yg'TERANG...."Sengaja" di GELAP
Dah maju ke DEPAN...berputar'BALIK


SYIRIK juga....bahasa ARAB
Bahasa MUDAH nya....men'DUA kan WATAK
Di Bibir "ALLAH"...di Hati SONGLAP
Umpama ULARR...""Menyamar"" di SEMAK


MURTAD dan SYIRIK...sangat ALERGIK
Kepada ""AUDIT-Hisab""...yg TELUS
Songlap-SOROK...Gelap & LICIK
Penyamun Projek... BALAK dan ESOS


Ramai yg KELIRU...mnjd BUTA
MAKNA-Mudah....Syirik dan MURTAD
ISLAM seMUDAH...Seterang7"CAHAYA
MINDA-Tak akan...Gelap dan SESAT



ISLAM seMudah...seTerang7"CAHAYA
RAMAI yg SUKA...berBondong yg DATANG
""INTEGRITY-Amanah"" to d highest ORDER
RAHMAT di Limpahi...KASEH dan SAYANG






Tanpa Nama berkata...



Sape yg SUKA...tunggang TERBALIK
Sprt U-Turn...BELIT dan FITNAH
Sape yg SUKA....MURTAD dan SYIRIK
Songlap-FITNAH....mendustai ALLAH


MURTAD itu.....bahasa ARAB
Bahasa Melayu....Tunggang TERBALIK
Cahaya yg'TERANG...."Sengaja" di GELAP
Dah maju ke DEPAN...berputar'BALIK


SYIRIK juga....bahasa ARAB
Bahasa MUDAH nya....men'DUA kan WATAK
Di Bibir "ALLAH"...di Hati SONGLAP
Umpama ULARR...""Menyamar"" di SEMAK


MURTAD dan SYIRIK...sangat ALERGIK
Kepada ""AUDIT-Hisab""...yg TELUS
Songlap-SOROK...Gelap & LICIK
Penyamun Projek... BALAK dan ESOS


Ramai yg KELIRU...mnjd BUTA
MAKNA-Mudah....Syirik dan MURTAD
ISLAM seMUDAH...Seterang7"CAHAYA
MINDA-Tak akan...Gelap dan SESAT



ISLAM seMudah...seTerang7"CAHAYA
RAMAI yg SUKA...berBondong yg DATANG
""INTEGRITY-Amanah"" to d highest ORDER
RAHMAT di Limpahi...KASEH dan SAYANG






Tanpa Nama berkata...

Lama lama tinggallah amfibia dan kera mamalia sumbang.

Tanpa Nama berkata...

Presideng kuat fitnah barua fitnah jual pill pula, ahli tetap sokonga

Satu parti penuh dengan barua, presideng barua, ahli pun barua. Kini pula nak amb Bini orang. Ni beragama??

Tanpa Nama berkata...

Presideng pas dan ulama ulama pas suci mulia yakin 3 Juta ahli umno akan undi pas.

Siapa hairan dapat undi kApir yang sikit??

Tanpa Nama berkata...

Saya cina

Dan saya tahu kebanyakan cina dah takut dengan Islam kerana pas dan ulama ulama pas.

Dah takut kerana selalu dilabel Hina. Cina komen pasal politik pas pula kata Hina agama

Apa ni? Nak halau cina drpd dekat Islam? Well pas and ulama pas, you did if!

Unknown berkata...

Adoi ding!apa sudah jadi ni....guano ding?berat nanang tok rok cetong ding ayang..punohsihat PAScai.

Abdul Said berkata...

Encik Anan 2:15 PM. Pandangan dari Encik Anon sudah menjadi umum. Saya sebagai orang Islam sudah jelak dengan kata-kata meghina bangsa dan ugama lain tanpa mengira sensitiviti orang. Ada ustaz-ustaz dan orang-orang yang dipanggil ulamak mulut mereka celupar atau bak kata budak-budak mulut takde insuran atau mulut longkang. Mereka tidak sedar orang yang dalam masjid atau surau bukan semua Melayu. Kadang kala pembesar suara menyampaikan kata-kata hina mereka keluar masjid. Yang sebenarnya ramai ustaz kena belajar teknik memberi kuliah dan memberi ceramah. Memang benar ustaz ada ilmu namun separuh dari mereka hanya tahu bercakap dan mengutuk sahaja. Ada ustaz keturunan bukan Melayu yang menegur perkara ini. Namun ramai juga ustaz, tuan guru dan ulamak yang tuli!!. Sahabat saya keturunan Cina kadangkala malas dengar ceramah dimasjid dan di surau kerana perkara sebegini. Maki hamun dan mencaci sudah perkara biasa. Mengapa mereka tidak belajar hidup sopan santun dan beperketi baik!! Kalau tidak boleh beperkerti baik jangan mengaku pewaris nabi. Memalukan!!!