29 Sep 2015

Anak Saudara Hj Hadi & Adik Nik Zawawi Sertai AMANAH

Hadi, pemimpin PAS ‘hilang saudara’ kerana Amanah

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.

Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.

"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.

Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.

Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).

"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.

Apa yang dialami Miqdad boleh difahami logiknya kerana Rusila adalah kubu PAS sejak dulu.

Hadi, yang memberikan kuliah mingguan di Masjid Rusila sejak 1980-an, dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan mereka yang menyertai Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pihaknya menyedari penyertaan Miqdad yang mempunyai pertalian darah dengan Hadi.

"Saya maklum penyertaan beliau, tetapi saya tidak pasti beliau merupakan anak saudara Hadi, ataupun anak saudara isteri Hadi.

"Sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka sertai Amanah atau mana-mana parti dengan kerelaan masing-masing," katanya.

Beliau turut mengakui mempunyai saudara mara yang merupakan ahli PAS dan Umno.

"Sesiapa pun yang menyertai Amanah adalah atas kepercayan mereka terhadap parti.

"Ada juga ibu dan bapa yang sertai Amanah, tetapi anak mereka masih mahu bersama PAS, itu tidak menjadi isu," katanya.

Apa yang dialami Hadi, sama seperti Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah.

Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah.

Di Bachok, Kelantan anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu.

Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok.

PAS kini berpecah kepada 2 dengan kelahiran Amanah. Ketika pelancarannya 16 September lalu, Kelantan menjadi penyumbang ahlinya yang paling ramai iaitu 8,000 daripada kira-kira 30,000 ahli Amanah yang berdaftar ketika itu.

Menjelang hujung tahun ini, Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 orang yang majoritinya bekas ahli PAS.

Amanah dalam kempennya terus mahu menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, tetapi sukar bagi PAS menerimanya kerana bagi mereka Amanah adalah pengkhianat perjuangan mereka.

Anak saudara Presiden Pas sertai AMANAH

KUALA TERENGGANU- Anak saudara kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Perkara itu disahkan pengerusi parti tersebut Dato Raja Kamarul Bahrin Shah yang memberitahu, Miqdad Zakaria dilantik menjadi wakil kawasan Marang ketika mengumumkan senarai Ahli jawatankuasa parti peringkat negeri termasuk wakil kawasan.

"Miqdad merupakan ustaz dari Rusila. Kita juga punyai beberapa ustaz yang jadi wakil peringkat kawasan antaranya bekas Adun seperti Ustaz Aziz Abbas mengetuai Besut, Ustaz Rozali Mohamad yang juga bekas Adun Permaisuri mewakili Setiu dan Ustaz Mohamad Lokman Awang mewakili kawasan Kuala Terengganu",katanya.

Parti itu turut disertai anak tokoh pemimpin besar Pas seperti Faiz Fadzil iaitu anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Sementara itu, Raja Bahrin berkata, pihaknya menyerahkan lebih 100 borang keahlian kepada Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu yang hadir ke majlis pelancaran Parti Pekerja Malaysia Terengganu di Dungun, Jumaat lalu.

Jelas, ia menunjukkan parti tersebut mendapat pehatian pengundi di negeri ini walaupun masih baru. "Kalau dalam bulan pertama kita berjaya dapat dalam empat hingga 5,000, itu kira alhamdulillah," katanya.

Pihaknya juga menafikan usaha merampas ahli Pas atau menumpukan mendapatkan ahli dalam kalangan parti itu sahaja sebaliknya menekan partinya lebih inklusif dan terbuka menerima keahlian sama ada Islam atau bukan Islam.

"Kita tidak memusuhi Pas tapi kita musuhi kerajaan dan mahu menjatuhkan kerajaan hari ini. Kerajaan hari ini adalah BN" katanya.


ULASAN GB

Untuk ulasan kali ini, GB tampalkan status dari Dr Rozaime Ramle, semuga bermenafaat.

[Adakah Saya Agen Mana-Mana Parti Politik?]

Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.

Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:

"Sangat pedih, tetapi kena ikut".

Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.

Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan dari sebahagian pimpinan dan pengikut PAS:

Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka. Permusuhan sebahagian mereka dengan saya jelas apabila saya dipulaukan walaupun dahulunya sahabat baik hanya kerana sebuah nasihat! Ada juga yang label saya sebagai insan yang memburukkan wajah Islam.

Saya termenung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita. Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA. Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini. Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor atau Ust Khairul Azmi dari Pahang untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin dan isu berkaiatan dengannya yang menjadi polemik antara saya dan anda.

Akhukum fillah
Dr. Rozaimi Ramle



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.

Inilah khurafat yg patut dinyahkan dari org melayu - UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. PAS itu Islam, Islam itu PAS.

Abdul Said berkata...

Inilah bezanya diantara pelawak dengan ulamak. Bila pelawak tersalah cakap atau celupar kesannya tidak lama dan tidak mendalam. Paling hebat kena gam!!. Tapi kalau orang ugama bercakap sesuka hati, tanpa berfikir panjang, ikut perasaan dan degil macam lembu KK tak dengar teguran sahabat maka akibatnya sangat banyak dan kesannya memang buruk.Oleh kerana terlalu degil, orang ramai cakaplah apa sahaja maka teguran tidak memberi kesan. Oleh itu eloklah keluar beramai-ramai.

Malaysiabaru berkata...

aggota semut pas yg tinggal beberapa kerat sedangberbincang utk memcat tantwi velfire kerana strategi yg huru hara...

tq nasrudin tantawi sbb tolong umno jahanamkan pas

syukran kathiran

Tanpa Nama berkata...

Untuk Dr Rozaime Ramle.bersabar,bertenang sebab anda telah ditakdir menjadi orang yang berilmu islam dalam memberi penerangan dan nasihat dengan cara yang benar,memang berat ujian anda .tetapi sejarah telah tertulis bagaiman nabi2 telah mnegadapi semua ini.Yang paling susah adalah menegur orang yang tahu islam dan semakin takakbbur,lebih mudah menasihati manuisa yang kurang ilmu islam.tuan sudah memahamai bahawa setiap perbuatan ada pahala dan ada dosa dan ada dosa yang dilemparkan kemuka orang yang menhina kita dan kita dapat pahalanya .masyaalah beruntung tuan diuji sedimikan rupa,teruskan menasihati dengan cara yang benar dan sederhana sessuai dengan islam .

Tanpa Nama berkata...

ye ana faham

Tanpa Nama berkata...

kesesatan fahaman pas adalah agama mesti dihapuskn

mereka ni berangan kunun mereka zaman Rasullullah saw. yg keluar pas dianggap tolak islam. halal darahnya

fahaman khawarij pas sgt bahaya. dap yg tiada bukti terang menentang islam terus dianggap harbi. hnya kerana isu hudud tidak diurus dgn baik timbul salah faham.

kita ckp begini dituduh jilat dap. sempit sungguh fahaman pas... memalukn islam saja lah.

kini org berserban juga tidak dipercayai lg oleh org bkn islam.

siapa salah klu org bukn islam yg baik menjauhkn diri dr islam dgn srbb pas mencipta imej islam xmesra manusia

jauhkn fahaman sempit pelampau pas ala khawarij

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Secara fitrahnya, manusia itu unik dan berbeza. Begitulah kehebatan Allah dalam mencipta manusia. Lantaran itu, pemikiran, sensiviti, persepsi, keintelektualan, dsb adalah berbeza. Perbezaan tidak menghalang kita membuat kebajikan sesama manusia dan berbakti kepada Allah. Parti politik adalah wahana perjuangan. Seperti parti-parti lain, Pas juga adalah wadah perjuangan politik. Sejak penubuhan Parti Amanah Negara, banyak suara-suara sumbang melebel ahli-ahli Pas yang keluar parti dan menyertai parti serpihannya. Bukan Pas sahaja yang memperjuangakan Islam. Undang-undang tubuh AMANAH juga memperjuangkan Islam. Pas menggunakan pendekatan konservatif, manakala AMANAH pula menggunakan pendekatan progesif dan moderat. Pendek kata, matlamat Pas dan AMANAH adalah sama tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza.

Pas adalah wadah politik. Pas bukan agama. Undang-undang tubuh Pas tidak layak disamakan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Pas bukan akidah orang Islam. Keluar dari Pas bukan bermakna keluar dari Islam. Akidah ahli Pas yang menganggotai AMANAH tidak tergelincir. Menjadi satu keganjilan apabila pimpinan tertinggi Pas begitu bacul mulut mereka sehingga sanggup melebel sesiapa sahaja yang keluar dari Pas sebagai "pengkhianat". Mantan ahli-ahli Pas yang menjadi ahli AMANAH dilontarkan sebagai sesat, tetapi sanggup berbaik-baik dengan Umno yang terang-terangan menolak Islam. Harap-harap politik tidak memutuskan siraturrahim sesama orang Islam. Berbeza pendapat itu adalah normal kerana agama Islam terbangun kerana hujah.

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi haron din hasan tontowi adalah 3 diantara makhluk perosak pas. Ego mereka tahap gaban. Mereka adalah kesayangan umno.

Saiful berkata...

Jgn jadi spy..jaga2

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS... teruskan ideologi islam itu pas dan pas itu islam.. kerananya pas akan berkubur tanpa nisan. Mengikut ideologi kamu keluar pas .. murtad dan bini muda atau tua kena talak tiga ...waduhh hebat sungguh.. mudah mudahan kita dapat balik ke pangkal jalan sebelum mati.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah BUKTI HIDAYAH MILIK ALLAH SWT

Cuba perhati kan betul betul

Macam AZAN kumandang , ada yang sholat dan ada yang tikam nombor ekor

Melayu Melayu Islam semua tu kan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, tahniah kepada mereka. Nanti Hj Hadi akan bertukar menjadi Hulk. wakaka

Tanpa Nama berkata...



Rupanya selama ini yang kena label dan cerca termasuk saudara pertalian darah !

Mereka berdua lebih kenal kerana rapat dengan Hj Hadi dan Zawawi. Ahli-ahli biasa PAS yang walaq pada pemimpin PAS fikir-fikirkan lah.

Amanah sayang semua.