29 Sep 2015

Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan

Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian.



Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama.

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama.

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan.

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik.

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka.

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat. -SH


Pakatan Harapan: PKR masih harapkan Pas

PERMATANG PAUH - PKR masih mengharapkan Pas akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan pendapat antara DAP dan Pas bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.

"Kita berharap Pas akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas ahli Pas akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan Pas.‎

Isnin lepas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu.
- Bernama


ULASAN GB

Sekalipun PAS telah berkali-kali sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan telah terbukti bahawa PAS yang telah mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama sewaktu di dalam Pakatan Rakyat dahulu, namun PKR nampaknya tidak serik-serik, malah terus mengharapkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pendekatan dan pendirian yang diambil oleh PKR itu sendiri telah membelakangi parti-parti komponen PH, DAP dan AMANAH. Di Selangor, PKR nampaknya membelakang aspirasi bersama di dalam PH apabila meneruskan kerajaan PR bersama PAS tetapi tidak mengikut aspirasi PH. Begitu juga dengan langkah PKR Kelantan untuk menyertai H60K anjuran PAS di Kelantan beberapa minggu lagi. Ia dilihat oleh beberapa penganilisis politik sebagai langkah awal "kecurangan" PKR sendiri terhadap Pakatan Harapan.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... bahawa apabila sesebuah parti di dalam gabungan PH sudah tidak berlaku jujur atau dalam perkataan lain, berlaku curang" dengan aspirasi bersama, maka ia akan tercicir dan tergelincir dengan sendirinya dari pakatan itu. DAP dan AMANAH telah pun menunjukkan persefahaman apabila menerima cadangan agar Anwar Ibrahim menjadi PM jika PH berkuasa. Tetapi PKR pula membalasnya dengan membelakangkan DAP dan AMANAH apabila terus mengharapkan PAS berada di dalam PH. Peranan PKR selaku "abang besar" dalam PH juga akan turut terjejas dan ia akan terlucut dengan sendirinya apabila PKR berlaku curang dan gagal untuk mematuhi keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam rundingan meja bulat. Yang curang tidak akan berjaya walaupun ia bona fide.

Mengapakan tidak mahu berlajar dari hukum yang universal itu?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya PKR spt mengikut langkah PAS!! Seolah olah tiada hala tuju!! Nampak juga caca merba dan seakan akan menongkah arus aspirasi rakyat yg meluat dgn umno bn!!

Kenapa PKR mcm hilang punca dan mengharap sgt dgn pas??? Adakah demi menjaga kedudukan Azmin sbg MB Selangor serta kedudukan ahli PKR di Kelantan yg diterajui Pas??

Nampak spt PKR juga persis umno dan pas yg mengutamakan kepentingan pribadi dpd memperjuangkan keperluan dan keinginan rakyat!!!

Apa nak takut lawan 3 penjuru PH vs PAS vs BN (umno). Dah tentu penolakkan kpd umno sama spt menolak pas. Pas dan umno adalah satu team!! Maksudnya rakyat yg mengundi PR dahulu akan undi PH pd pru14 nanti. Malah undi tersebut bertambah dgn undi dari umno dan org BN yg menyampah dgn Najib!!

Di mana rugi kalau pas tidak bersama PH wahai PKR?? Malah ketiadaan pas lebih menguntungkan dpd memikul beban biawak U TURN pasCai!!

PKR jgn lah menyebabkan rakyat yg bersemangat bersama PH bertukar jadi menyampah!! Berfikir guna SIKU dan LUTUT jugak ke PKR??? Atau guna PERUT utk fikir??...Jgn fikir perut sendiri. Perut rakyat yg undi kamu lebih utama...kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

Hadirnya pkr bersama2 program pas di kota baru nanti bermakna tamatlah sudah sebuah gagasan Pakatan Harapan yang baru sahaja beranak sulung di meja bulat. Berilah apa sahaja alasan wahai pkr, tuan2 sebenarnya lebih gila dan bercelaru. Pas sudah terang2 menolak menyertai PH tapi pkr pula gila memujuk2. Padahal PH ini bukan rumah pkr sorang tapi bertiga sebagai penghuninya.

Apa yang dicari. Apa yang disayang sangat dengan pas hadi ni kita pun tidak faham. Kalau ada hutang tertunggak, anggaplah sudah beres atau cerita lama di masa2 lalu, takala tuan guru nik aziz masih hidup.

Takut kuasa pkr tumbang di selangor ke? Yakinlan pkr tidak akan padam di selangor dan di mana2 pun selagi wujudnya orang2 baik dalam Amanah dan Dap. Orang khianat tiada dalam Amanah dan Dap. Yb2 pas pun menunggu masa sahaja akan menyertai Amanah kerana penolakkan terhadap hadi sebagai tok ketua sedang membara sekarang ini. Pkr harus mengambil senario ini sebagai jalan mulus kebangkitan PH. Pkr hanya perlu pujuk sahaja mereka. Kak wan bawalah azmin. Jumpalah mereka hari ini. Esok pagi2 mereka sudah berada dalam satu saf dengan kita.

Pkr, Dap dan Amanah. Kami rakyat Malaysia amat2 perlukan Puan dan Tuan. Kami sedang menderita dan sengsara sekarang ini Kami merayu bagai anak merayu kepada ibu dan ayah, usahlah berpisah. Usah tinggalkan kami yang lemah ini tanpa pembelaan dari Pakatan Harapan. Kami merayu dengan air mata, mohon diperhatikan dan diperkenankan.

asri adnan berkata...

2×5=5×2 kedua2 nak bungkus pru 14 nanti, mereka pentingkan survival diri sendiri dr rakyat. Itu yg aku nampak.

Tanpa Nama berkata...

Kita pun sangat sedih dengan karenah PKR yang tidak konsisten dalam pendiriannya. Pas adalah rakan tahaluf yang banyak merugikan perjuangan umat dan rasanya PKR tidak perlu buang masa dengan Pas. Sepetutnya PKR menjadikan pas sebagai teladan politik yang banyak membantutkan agenda umat. Biarkan pas berlalu pergi dengan sikap angkuh dan sombongnya, jangan pedulikan tentang pas.

abrarmujahideen berkata...

Mengemis PAS jadi besar kepala

Tanpa Nama berkata...

Mereka faham realiti politik. AMANAH belum mampu untuk menang pru akan dtg. Kalau emosi maka jahanamlah hala tuju.

Tanpa Nama berkata...

DAP & AMANAH lebih faham realiti politik berbanding PKR. Realiti politiknya ialah: PAS yang telah khianat kepada Pakatan Rakyat itu tidak boleh dibawa bersama di dalam pakatan yang diadakan selepas ini.

AMANAH belum mampu untuk menang pru akan datang? Maklumat dari mana?

Yang lebih beremosi ialah PKR. Enggan untuk akur kepada keputusan konsensus rundingan meja bulat tetapi masih terus pegang kepada pendapat sendiri.

Tanpa Nama berkata...



PKR tidak curang ataupun tidak berlaku jujur kerana PKR buat secara terang dan di ketahui oleh ramai orang. Sebenarnya apa tujuan PKR sengaja memujuk PAS secara terang-terangan padahal PKR boleh memujuk secara sulit atau melalui rundingan yang tidak perlu di hebohkan?

Dan tidak salah pulak PKR memujuk PAS. Tapi PKR kena ingat jangan sampai PKR di lihat 'hidung tak macung pipi di sorong'. Pipi yang tidak di sorong pun kena tampar!!

Setakat memujuk sahaja lah, ini tidak sampai menyertai himpunan Baju Hijau, apa hal ? Sekarang pun PAS besar kepala, apa lagi semasa dalam PH nanti. Memujuk bersama PH pun sekian lama apa lagi bila minta persetujuan mengenai sesuatu isu yang di bawa dalam PH, dah tentu kena pujuk sekian lama jugak supaya bersetuju. Dah setuju, U-turn lagi. Pujuk lagi.

Jangan sampai 'anjing terlepas tangan kena samak'. Tolong ingat sikit pada ahli-ahli dan penyokong PKR. Jika ahli PAS sanggup tinggalkan Hj Hadi, apa! ingat ahli dan penyokong PKR tidak berani tinggalkan Presiden dan Azmin. Ingat lah PAS sikit pun tidak sebut kisah Anwar lagi dan apalagi persetujuan PH yang akan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri yang selama ini tidak di senangi oleh dua orang pemimpin PAS (saja tak nak sebut nama).

Kalau nak sangat PAS, tunggu lah sampai PAS bersetuju baru bentuk Pakatan Harapan! Sekarang pemimpin PAS yang ingin bersama PH lah yang pulak kena berkerja jika berhajat untuk bersama PH.

Amanah dan DAP perlu memberitahu PKR masa untuk memujuk dah cukup. Jika tidak PH yang telah terbentuk rupa-rupa nya seperti rumah tidak siap. Ahli mana dan penyokong mana yang nak beli atau duduk rumah tak siap? Jangan pulak PH sampai jadi rumah terbengkalai!

Yang sepatut kena pujuk Presiden PKR sebab dia wanita. Jangan cakap PKR cuma mengharap PAS bersama PH sebab kalau mengharap PKR tidak menyertai himpunan Baju Hijau !! Dan jangan di ulang-ulang lagi masih mengharap tetapi cakap lah terpulang pada PAS kerana selama ini kami mahu pembangkang yang kuat.

Ini juga melibat kan maruah Amanah yang konon nya di tubuhkan untuk menyelamatkan Pakatan dengan DAP dan PKR.

Tanpa Nama berkata...

"perbezaan pendapat antara DAP dan Pas bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat."

Tetapi perlu ke di ingat kan bahawa yang berbeza antara PAS dengan DAP malah pada PKR sendiri ialah perbezaan tindakan dan bukan setakat perbezaan pendapat sahaja.

Risiko nya ialah pakatan hancur berkecai sekiranya isu seperti MB Selangor dan Langkah Kajang berulang lagi.

Tanpa Nama berkata...

klu pkr betul nk perjuang rakayt dn negara lupakn pas

dh cukup diajak...dh selesai tugas dn budi bicara kita....biarkn pas

jgn sampai pkr jg jadi mangsa umnu pecah lg dr PH

rakyat tk tksub kt sapa2 . rakyat mahu perubahan lbh baik dgn langkah utama turunkn umno bn

dulu yg sokong pas ramai dh tinggalkn pas sebb mereka faham erti perjuangan. bukan logo bukan slogan bukan ketokohan pemimpin yg rakyat utamakn

pkr kena faham ini sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

knp dirayu pd yg tak sudi lagi khianat?

lebih baik pas berada diluar PH. sekurg2nya kita jelas pas sbg musuh.

tiada jaminan yg pas tak akan letak calon bertindih di pru akan dtg. janji pas tak boleh dipercayai...

once bitten, twice shy...

myDesignWorld berkata...

Berilah masa tambahan utk PAS fikir. Jgn terlalu gopoh dlm percaturan ini. Apa yg berlaku skrg ni satu kelebihan utk PH. Kita lihat PH lebih ber lapang dada ber banding PAS yg kian ter tekan dgn kemajuan PH dan Amanah. Cuma saya harap PKR tidak akan sertai H60k nanti. Ia spt early endorsement kpd kedegilan PAS dan akan beri peluru kpd musuh utk menyerang.

Unknown berkata...

Apakah yang menyebabkan PKR nampak ingin bergantung sangat dengan PAS walaupun diketahui umum bahawa PAS telah mengkhianati calon2 PKR sahaja di PRU yang lepas. Segala fitnah oleh Presiden PAS dituju kepada calon2 PKR tanpa sebarang bukti. Hinggakan Hj Hadi telah disaman RM2 juta oleh bekas calon PKR. Nasib baik dipertahankan oleh peguam Asmuni yang kemudiannya digelar golongan jebon2.

Semoga PKR akan tumbuh sedikit tulang belakang untuk perkukuhkan Pakatan baru ini

Tanpa Nama berkata...

Minta rakyat jgn undi azmin dlm p-raya nanti..karier politik wajib dikuburkan segera krrana dialah yg selalu vawa onar kpd PKR sama mcm hadi yg byk buat onar dlm pas.