4 Jun 2015

Taktik Kotor Untuk Menang, Risalah Burukkan Profesyenal Diedar


Risalah Wajah Perosak PAS Diedar

KUALA SELANGOR: Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.

Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.

Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS.

Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat. -mstar

ULASAN GB

Risalah itu menyerupai risalah yang dicipta oleh beberapa cybertrooper PAS yang diedarkan melalui facebook sejak beberapa bulan yang lalu di dalam usaha mereka untuk memburukkan kumpulan profesyenal.


Ia juga menyamai risalah ‘Siapakah Perosak Sebenar PAS ?’ yang dikesan mula tersebar di alam maya pada bulan April lalu menjelas mesyuaraat PAS Kawasan-kawasan.


Paling aneh risalah itu berlambangkan logo PAS PUSAT. Lansung tiada penafian dari Pejabat Agung PAS Pusat seolah-olah membiarkan buku itu terus diedarkan tanpa sekatan.

Dengan cara kempen sedemikian, mereka menang. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Berkatkah kemenangan dengan cara sedemikian?

15 ulasan:

Unknown berkata...

Dato SRI TGHH CUBA DATO' Perhatikan yg kat atas no#4 sebaris dgn dato'sri yg tak kena buat bulatan tu cuba tanya dia dgn jujur:1. Masa orang sibuk2 bekerja keras memertabatkan party untuk islam, dia dan shabatnya di tasik kenyir dan orang inilah gambar sebaris "CHAI" YG BEREKHLAH DI tasek kenyir mereka berdakwah bertabliqkah dato'sri?PART TIME TAMBAH PAHALA. tak silap saya dato sri' tak pernah tengok budaya pas ada "CHAI" yg saya tahu member sebelah sana jerr. 2. DATO Sri KENAL TAK Usen Ceroi mesti kenal kot , DIA NI HAMPIr2 BOCOR RAHSIA Master Mind nya tapi last-minute dia u-turn.3.Dato Sri apa pandangan Dato' sri bila sesaorang itu menasihatkan orang lain dikalayak ramai, jangan bertanding jawatan,tiba22 dia bertanding tup..tup tiba-tiba dia bertanding jawatan tertinggi kedua adakah muslihat apa-apa dato' sri' tapi kalau tengok orang yg nak bertanding dgn Dato' sri dia dah beritahu siang dia nak lawan dato' sri (GENTLEMENT) siap dia beri VISI long term planning utk party,ahli dan islam arah halatuju.(Dato' sri ada buat kuliah pada kami dulu diawal sural al-baqarah adakah orang no#4 boleh dicategorikan sebaga1 salah satu species dari 3 species yg tuhan cipta).
MASA TAK TERLEWAT LAGI DATO' SRI UNTUK MUHASABAH DIRI,Melainkanlah yg menjadi MASTER MINDnya Dato' sri sendiri(ribuan kemaafan Dato' sri saya takkan percaya, saya masih lagi mengangap Dato' Sri dikelilingi orng2 yg mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan Dato Sri'). Cuma ingat Dato' sRI JIKA TERJADINYA EXODUS AHLI PARTI SECARA BESAR2AN TAKUT2 NANTI DATO'SRI JADI PRESDENT PARTY PAS PERTAMA YG MASIH BERKUASA TAPI KEHILANGAN LEBIH SEPARUH AHLI) akan jadi bualan seumur Hidup anak cucu-cicit PAS Mempunyai President yg LEMAH YG tIDAK BOLEH MENGAWASI ANAK BUAHNYA.
RIBUAN KEMAAFAN DATO'SRI TERIMA KASIH DENGAN KULIH-KULIAH ILMU AGAMA AWAL 90'AN DULU.WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

PAS dirosakkan oleh PAS sendiri.

Unknown berkata...

Tahniah kepada geng serban besar dan kecil..

Anda telah berjaya dengan slogan..

PAS GANTI UMNO!

Sekalung tahniah dari kami sekeluarga.

Tanpa Nama berkata...

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. Sekira perwakilan PAS ug dtg ke muktamar itu org2 yg berilmu dan amanah mrk sepatutnya rujuk ayat ini.

Tanpa Nama berkata...

yg gambar tak dibulatkan pernahkah bersuara dlm parlimen
membabitkan isu penting negara? rakyat tak akan pilih org2 mcm ni jd wakil rakyat. zaman dah berubah pas oi, jgn ketinggalan zaman

Unknown berkata...

Tahniah PAS..kerana kau telah kehilangan undi aku..perangai mcm laknat..malu sikit kat kopiah atas kepala..sombong dgn ilmu agama yg Allah berikan..

Tanpa Nama berkata...

Punya hina dan busuknya hati mereka...bila berhujah berjela tafsiran alquran dan hadis diberi..tapi perangai puiiiii....malu saya sbgai pnyokong pas sejk 1998....next pru. no more PAS....

Tanpa Nama berkata...

mereka ini dijamin kesyurga...bye bye PAS

Tanpa Nama berkata...

Sedih dgn pas yg pernah aku sanjungi suatu tika dulu...yg memajukan pas adalah geng professional dan yg menghancurkannya adalah geng ug...wala yg x bertempat kpd pemimpin yg banyak dipertikaikan kewibawaan kepimpinannya...eloklah semua jawatan bagi menang free jea kpd geng ug?..
dan elok juga Ahmad Awang keluar pas beserta mat sabu husam dan mahfuz dgn membentuk gabungan dgn pasma...selamat tinggal pas hj hadi dan harun din...

otoote berkata...

heran kan....pasal pe depa ni bermatian utk pegang jawatan.....pelk sunguh! depa tau akan dipersoal amanah ni di pdg mahsyar.tapi by hook or by crok nak gak.
hMm......Parlimen pMas pon tak terjaga..pi pikul lg Kppp.....
lantak korang le

man man berkata...

Buka kain sendiri...mcm mane nak dekati org bkn Islam.

Unknown berkata...

sbb tu aku selalu ckp... puak2 pas ni lawak... bila kena kat tuan presiden n kawan2... dikatakan fitnah... tapi bila kena kat ahmad awang n kawan2... diorg percaya 100%.... hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Pas patut malu dengan UMNO.Dulu mengutuk sakan cara UMNO berkempen.Lihat hari penyakit UMNO bukan berjangkit tetapi beralih habis ke tubuh "Pro Ulama".Untuk jawatan dalam partai sanggup melabel orang yang turut bertanding dengan tuduhan amat huduh.Di mana akhlak konon nya ahli nya diberi tarbiah dan diusrahkan?

Tanpa Nama berkata...

Aku berjanji kepada diri aku untuk tidak akan mengundi parti PAS di masa akan datang, in sya Allah....

Tanpa Nama berkata...

Itu yang tuan-tuan ulamak hajatkan, maka itulah yang dimakbulkan. Sekarang sama-samalah kita rasai hasil kerja tangan tuan-tuan ulamak. Jangan malu-malu bila berjumpa rakyat. Kalau takut takde sambutan tuan-tuan boleh hubungi individu-individu yang ada khidmat 'RENT-A-CROWD'.