4 Jun 2015

[DEDAH] Kerjasama Dengan UMNO, Ahmad Awang Ditawar Jadi Speaker


Ahmad Awang ditawar jadi speaker jika setuju tubuh kerajaan dengan Umno

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama Sinar Harian, Ahmad berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip tidak bersetuju adanya kerjasama dengan Umno.

"Semasa saya berkhidmat dalam kerajaan pernah berkali-kali saya ditawarkan untuk masuk Umno. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya, kalau saya nak dunia, nak duit nak pangkat, saya ikut dan jadi orang Umno, selesai.

"Malah tawaran terakhir saya yang saya dapat daripada Umno ialah semasa menubuhkan kerajaan negeri Perak, kalau saya bersetuju PAS dan Umno tubuhkan kerajaan, lainlah ceritanya sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Kerana keengganannya bersetuju dengan cadangan tersebut, Ahmad dikecam menjadi punca tidak tertubuhnya kerajaan Melayu - Islam di Perak.


Katanya, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden PAS, ia menimbulkan keresahan kepada Umno.

"Jadi tidak peliklah bila saya bertanding jawatan presiden, Umno pun resah dan menggunakan akhbar mereka untuk memburukkan saya sebab saya berpegang kuat kepada prinsip iaitu Islam," katanya.

Bekas naib presiden PAS itu juga menyimpulkan perjalanan pemilihan yang dianggap panas kali ini hampir menyerupai seperti ketika parti Islam itu memenangi Terengganu pada 1999.

"Masa PAS menang di Terengganu ada berlaku sedikit krisis terutama dalam memilih pemimpin untuk mentadbir Terengganu. Krisis PAS Terengganu pada masa itu semua saya tahu, kesimpulannya semangat kedaerahan berlaku.

"Jadi bila kita baca balik perkara itu, krisis dalaman yang berlaku pada masa itu terjadi juga pada masa ini. Tidak baik kalau semangat kedaerahan berlaku dalam PAS," katanya.

Ahmad berkata krisis dalaman PAS berpunca daripada pihak yang enggan berpegang kepada tanggungjawab dan peranan mereka seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti.

"Ia seolah-olah masing-masing boleh keluarkan hukum dan sebagainya," katanya tanpa menamakan secara khusus siapakah pihak dimaksudkan. -TMI

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa depan DUN PAS Selangor
Rasanya memang semua DUN PAS Selangor menang jasa undi cina DAP.
PRU14 akan memberi bukti.

mm=majoriti menang. %c= % cina

DUN PAS menang di Selangor.

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP.
Jika pengundi cina boikot DUN2 di atas dalam PRU14?
Tak payah penuh. Cukup separuh.
Semua akan bungkus.

Malaysiabaru berkata...

Zuhdi zionis berkata' hadi bertindak selepas DAP abai pengundi melayu'

Reverse phsycology oleh zionis!

Zuhdi nk kata ' hadi bertindak selepas DAP nak rampas undi pengundi melayu dgn cara letakan calon melayu diana di teluk Intan dan lantik ramai prof melayu sbg penasihat!'

Hadi sebenarnya iri hati dan marah pd DAP yg berjaya ambik hati org melayu!

3 MP Dap adalah melayu! Hadi Ping marang kelam kabut dah!!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah berpatah arang lah makanya saya tidak akan undi PAS sehingga puak ug tidak lagi pegang kuasa dlm PAS

Tanpa Nama berkata...



RASUAH?

Apakah itu RASUAH??

Sabda nabi SAW:

"Apb ssuatu TUGAS diberi kpd bukan "ygAHLI-arif-MERIT" maka tuggulah saat keHANCURANnya!"

>>>>lihat pengurusi FELDA
>>>>lihat lembaga "HITAM" diTabung Haji
>>>>lihat ESOS sgt mudah diberi kat mnantu diPERANSANG Slangor
>>>>lihat lihat lihat & lihat presiden PAS & presiden Umno yg HANCUS brglumang FITNAH!

DAN

DAN

Ahmad Awang secara jujur tlh pon diumpan dgn jawatan-bangkai-RASUAH!??

Harga-RASUAH wajib wajib & wajib MENIPU & MENGELIRU dan mnjd sbnr7MUSUH kpd umat/RAKYAT!!

Tanpa Nama berkata...



RASUAH?

Apakah itu RASUAH??

Sabda nabi SAW:

"Apb ssuatu TUGAS diberi kpd bukan "ygAHLI-arif-MERIT" maka tuggulah saat keHANCURANnya!"

>>>>lihat pengurusi FELDA
>>>>lihat lembaga "HITAM" diTabung Haji
>>>>lihat ESOS sgt mudah diberi kat mnantu diPERANSANG Slangor
>>>>lihat lihat lihat & lihat presiden PAS & presiden Umno yg HANCUS brglumang FITNAH!

DAN

DAN

Ahmad Awang secara jujur PERNAH diumpan dgn jawatan-bangkai-RASUAH itu!??

Harga-RASUAH wajib wajib & wajib MENIPU & MENGELIRU dan mnjd sbnr7MUSUH kpd umat/RAKYAT!!

Tanpa Nama berkata...



.

Cerita Ustad Ahmad Awang ini jangan kita nilai betapa kuat nya pegangan Ustad Ahmad Awang menolak banyak tawaran termasuk jadi speaker.

Apa lagi Anwar yang memilih penjara dari kedudukan dan jawatan. Pemimpin PKR dan rakan baik Johari tu pun dapat tawaran yang boleh mengoyahkan iman.

Sekarang, kita tertanya-tanya apa yang Hj Hadi dan Harun Din dapat ? Mustahil dapat banner jer.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah sebabnya kita pandang rendah pada HH. Parti lain, UMNO cuma dapat umpan orang-orang kuat yang menyokong Ketua-ketua mereka.

Oleh itu jika UMNO membuat tawaran kepada ahli PAS yang berpangkat kapten ke bawah , tawaran UMNO itu di tolak kerana mereka berpegang pada amanah dan taat kepada Ketua. Bertahun UMNO bekerja tapi berapa ahli PAS yang masuk UMNO?

Tapi jika dapat tangkap Ketua nya secara automatik perbuatan menerima tawaran adalah tidak berdosa dengan alasan ini politik. Tak ada yang tak boleh. Bila ketua buat dah tentu ahli-ahli lain pun ikut. Yang bawah tidak akan buat kerja secara free atau sukarela. Pemilihan akan datang akan bertabur lah duit sebab mereka yang baru berkuasa punya wang yang banyak. Masa tu tak ujud lagi ulamak apa lagi profesional, yang ahli-ahli tanya 'ada duit?'

Unknown berkata...

Dalam banyak posting saya, semacam saya membenci TGHH, Tidak..tidak saya hanya benci perbuatannya kadang2 saya dengar kuliah ilmunya, TAPI saya tak ikut AMALANNYA.

Sebenarnya TGHH Tolak tuah untuk mendapat pahala yg berganda-ganda di SURGA NANTI, sebab umur kita bukan panjang sangat macam umat nabi NOH 1000tahun. PELUANG BERDAKWAK/TARBIAH LGE/LKS Amat terbuka kerana mereka-mereka ini amat berminat dalam islam, jika TGHH rasa INFIORITY tak boleh bahasa inggeris, buatlah sesei lawatan seminggu sekali dirumah masing2, tghh ajar LGE/LKS Bahasa arab/LGE BAHASA INGGERIS, Kan mesra nampak tak dakwahnya,TGHH BOLEH MELAWAT GEREJA DIA dan LGE/LKS MELAWAT MESJID Kan cantik rakyat tenguk sedap rasa memandang,takada issue ALLAH,cross lagi. Cuma TGHH kena sabar larr!!! penyokong2 totok TGHH ramai coonservertive, mereka akan gelarkan TGLGE DAN TGLKS....ANDAIKATA TGHH dah tiada tiba2 cucicict LGE/LKS MASUK ISLAM...Kan dapat syurga tertinggi sekali syurga firdaus....Tapi malang TGHH Memilih orng 2 yg tak berminat dgn islam/cuma kulit sahaja. kalau TGHH TERBACA ..ALHAMDULILLAH.WASSLAM.

Tanpa Nama berkata...

Saya syak HH adalah Trojan Horse UMNO yg diletak didlam Pas utk menjahanamkan parti secara halus.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pemimpin yang berkaliber dan berwiba adalah pemimpin yang mempunyai prinsip perjuangan. Kewibawaan pemimpin dilihat dari segi kekentalannya berpegang kepada prinsip atau ikrar yang dilafazkan bersama. Sebagai contoh, Majlis Presiden Pakatan Rakyat memutuskan pada PRU 13 yang lalu PKR bertanding di Dun Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Permaisuri dan Kota Putera (Terengganu). Pas juga bertanding di kelima-lima dun ini yang menyebabkan pertandingan tiga penjuru, antara PKR, Pas dan BN. Akhirnya BN menyapu bersih kelima-lima dun ini. Di manakah semangat setiakawan Presiden Pas kepada Pimpinan PKR dan DAP? Apakah memecahkan amanah ini mendapat keredhaan Allah?

Adakah seseorang pemimpin itu dikira berwibawa dan perlu dihormati oleh ahli-ahlinya jika suka membuat kenyataan "pusingan U", dikdatorship dalam membuat keputusan, menghamburkan kata-kata kesat kepada ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan tuduhan "barua", "broker" dan "tolol"? Pemerhati-pemerhati politik menyimpulkan bahawa pemimpin sedemikian tidak layak untuk meneruskan survival dan kesinambungan parti. Sungguh malang Pas mempunyai ahli-ahli yang berjaya didoktrinkan bahawa presiden mereka adalah "maksum". Semua kenyataan presiden dianggap "wahyu" dan kata-kata beliau laksana "sabda" dan "firman". Presiden Pas berjaya menghasilkan kumpulan "walaqun" presiden yang menjadi penyumbang kepada kemenangan kumpulan UG.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah menangkan pendokong2 pakatan rakyat dalam pas.Engkau yg Maha Berkuasa lagi Maha mengtakdir.perkenankan doaku Ya Allah untuk melihat Pas maju ke depan dengan pemimpin2 yg berwibawa lg berakhlak mulia.amin

Tanpa Nama berkata...

Nak tegur sikit, dah lupa ka pada kuasa Allah. PRU 13 dulu masing-masing yakin dgn sokongan bukan islam PR akan ke Putrajaya. Lupa akan kuasa Allah yg menentukan menang dan kalah. Nasib baik kalah, masing-masing kembali sedar belum masanya Allah nak beri kemenangan. Maaf, sedikit teguran. Jgn keperluan meletakkan harapan kpd manusia

Tanpa Nama berkata...

Semua kuasa Allah ta'alla.

Menang Kalah Kuasa Allah.
Susah Senang Kuasa Allah.
Sukses Gagal Kuasa Allah.
Baik Jahat Kuasa Allah.
Maki U Turn Kuasa Allah.
Mungkir Janji dan Khianat Kuasa Allah.

Mohon Tuan Guru 6.52 PM jelas kan sebab kita dah lama terkeliru dalam hal ini. Di izinkan lagi Iblis mengoda manusia. Terika Kasih.