Asing parti politik dan gerakan Islam, kata penganalisis kepada PAS
Penganalisis menjangka pemilihan itu bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS.
Maka perwakilan disaran memilih antara memenangkan golongan profesional agar mereka boleh memimpin parti sepenuhnya, atau mengasingkan diri daripada pendekatan ulama yang ada dalam PAS sekarang dan membentuk parti baharu menyertai PKR, DAP dan gerakan sivil demi kepentingan negara secara keseluruhannya.
Inilah pintu keluar yang perlu dipertimbangkan golongan profesional dalam PAS selepas Muktamar Tahunan ke-61 ini, kata Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim.
"Model PAS sekarang sudah salah. Dulu okay lah, tetapi sekarang, dengan kita belajar dari Turki, Tunisia dan tempat-tempat lain, tidak boleh lagi gerakan Islam itu juga parti politik.
"Ikhwan (Muslimin) juga sudah berubah. Mereka tubuh parti politik. Biarlah parti politik masuk dengan sepak terajang politik, jika timbul apa-apa isu," kata bekas penolong setiausaha agung PAS itu.
Latif berkata, pendekatan yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama muda yang menyokongnya sekarang tidak lagi bertepatan dengan realiti semasa politik dunia.
"Mereka bersama golongan profesional Islam dalam Abim dan Ikram misalnya, perlu bersedia menubuh parti baharu untuk bersama PKR dan DAP serta gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hasrat yang sama, iaitu membawa gerakan rakyat untuk membuat perubahan dalam politik negara secara berskala besar.
"Ada yang kata, jika buat parti serpihan, ia akan mati. Saya kata tidak, kerana perpecahan dalam PAS sekarang, dari atas sampai ke bawah. Kalau tokoh yang besar-besar ini masuk ke sana (parti baru), pengikut yang bawah ini akan ikut dengan ramai.
"Kita nampak ini gambaran besar yang ada sekarang dan perlu diterima ahli PAS jika mereka mahu terus ke depan," kata Latif kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu merupakan salah seorang pemikir dalam PAS yang dilantik penolong setiausaha agung pada sesi lalu, namun melepaskan jawatan itu selepas satu penggal.
Kajian yang dibuat badan bebas memperlihatkan golongan profesional dalam PAS sekarang akan dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar kali ini selepas kedua-dua belah pihak berbeza pendapat sejak sekian lama dalam isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).
50% perwakilan dalam muktamar ini dijangka terdiri daripada muka baru yang pertama kali menjadi perwakilan, sementara hanya 10% mereka dipercayai bebas pengaruh mana-mana kumpulan dalam PAS, yang dikatakan kini dikuasai golongan konservatif.
Calon presiden, bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang yang menentang Hadi, dijangka mendapat 25% undi sahaja, manakala Mohamad Sabu yang ditentang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi timbalan presiden dijangka hanya akan mendapat sekitar 35% sokongan sahaja.
Hanya Salahudin Ayub penyandang yang dijangka akan menang kerusi naib presiden PAS, manakala penyandang ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan ketua Muslimat Siti Zailah Yusof dijangka gagal mempertahankan jawatan mereka.
Ibrahim Sufian dari Merdeka Center juga turut membuat jangkaan sama mengenai apa yang berlaku dalam PAS sekarang, di mana kemaraan golongan ini tidak boleh lagi disekat.
"Saya rasa ulama akan menang besar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagi Latif, jika hanya sebahagian kecil dari golongan profesional dalam PAS menang, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa.
"Kalau Salahudin menang dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) di kalangan profesional pun menang, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.
Katanya, sebelum pemilihan ini, majoriti AJK PAS dari golongan profesional.
"Dengan sokongan AJK pusat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor pun, cara pintu belakang boleh dibuat untuk mengenepikan beliau, inikan pula ketika golongan ini menguasai parti sepenuhnya," kata Latif.
Baginya, ahli dan pemimpin PAS perlu belajar dari rakan mereka di luar negara.
"Mereka kena buat platform baru, iaitu parti politik baru seperti AKP di Turki yang bukan gerakan Islam," kata Latif merujuk kepada parti AKP yang memerintah Turki sejak 2002 lalu.
"Gerakan Islam terus kekal sebagai gerakan Islam yang besar itu," katanya menggambarkan umat Islam secara keseluruhannya.
AKP berasal dari parti Islam Refah, tetapi berpecah dengan golongan konservatif yang membentuk parti Saadet. –TMI
33 ulasan:
Golongan yg taat kpd perintah Allah dan Rasul harus meneruskan perjuangan di platform baru, manakala puak2 yg wala' dgn ularmak perlu dibiarkan lemas dgn serban mereka.....kerana buta perut. Umno menentang islam sejak azali lagi manakala DAP mau memperjuangkan dasar2 @ asas tuntutan islam dulu iaitu " negara berkebajikan" di tuduh menentang islam! Apakah enekmen undang2 islam kelantan itu hudud ke? Lihat lah bagaimana puak ni bentangkan RUU nanti........umno akan mempermainkan lebai lebai malang ni!
Setakat ni pondok2 seluruh melaysia xde yg membuahkan ulamak yg professional pong......nelayang ade lah! Sebab tu hari2 mengkapir org je kerjanya!
Aku sebagai ahli PAS menyokong penuh cadangan ini. Jika ditubuhkan parti spt yg disarankan itu, dgn berlapang dada akan ku katakan, good bye PAS!
pas bukan islam,presiden bukan tuhan,bukan pun wakil tuhan, kena ingat tu.. jadi lawan pas bukan bererti lawan islam, so jom ramai2 tinggalkan je pas.. selamatkan malaysia untuk anak cucu kita. kalau nak terus kekal dengan perjuangan syurgawi diatas kudrat angan-angan pas, teruskan.. tapi, satu hari nanti mungkin anak cucu tidak menghamun umno sebaliknya menghamun parti khayalan ini(baca PAS )
Saya amat bersetuju sekali pendapat para penganalisis ini PAS telah menyimpang jauh daripada tujuannya ditubuhkan, PAS sekarang dah jadi badan DAKWAH,golongan ini amat licik orang-orang profesional berkerja kuat untuk rakyat dan menaikkan nama parti mereka pergi berbai'ah ditasik kenyir untuk menumbangkan golongan pro, tak sangka ya, TITIM kata jangan bertanding utk merebut jawatan tetapi beliu bertanding(dia tikam belakang mat sabu), strategy mereka memang hebat kumpulan pro OFF-GUARD, tak prepare langsung untuk pertandingan perwakilan, mereka dah menhantar kadir-kadir mereka di seluruh cawangan ditolong oleh stopa tentu mendapakan senarai2 calon-calon ini ditatang disumbat hari2 tentang siapa nak pilih, sebab itu "chai2" dah di buat lama dari kumpulan pro!!! style mereka sebiji macam umno pertandingan ini memang TIDAK ADIL langsung, sebab perwakilan tidak dapat maklumat sebenar berkenaan calon-calon nak bertanding hanya sebelah pehak sahaja, tak hairanlah bila UAA nak berjumpa perwakilan2 mereka dikawal ketat.So saya sangat-sangat berharap kumpulan pro sekelian bermesyuaratlah cepat-cepat menubuhkan parti baru, sebab rakyat sedang hangat sekarang dgn issue semasa, saya jangka lebih dari separuh grassroot ahli PAS akan berubah aleh, dan ramai anak-anak muda yg benci akan rasuah akan bersama.TIADA JALAN LAGI BERSAMA PAS, MEREKA TERLALU ARROGANT dan conservative tak boleh menrima nasihat, Sepatutnya Dewan ULAMA neutral tetapi merekalah yg pertama mengkhianati ahli.Sedangkan kuasa mereka tak ramai , mereka boleh menghkianati kawan, bagaimana sekarang mereka menguasai lebih 70% dalam parti.Wallahualam.
.
Bukan sebab itu sahaja untuk kumpulan professional kena buat platform baru atau parti baru malah sesiapa yang tidak redha dengan cara UMNO memenjarakan Anwar melalui liwat perlu lah keluar dari PAS, Kerana kepimpinan PAS bukan sahaja tidak langsung menunjukkan minat pada keadilan dan kezaliman UMNO malah isu NFC dan penipuan semasa pilihanraya juga tidak lagi menjadi masalah. Bagi DUPP semuanya bersifat sementara.
Hubungan dengan PR adalah sementara yang boleh di ubah sesuka hati bukan mengikut keadaan yang mana lebih memberi kebaikan dan yang mana lebih memberi keburukan. Ternyata ianya bersifat sementara kerana TGNA sudah tiada lagi. Ianya ternyata sementara kerana bersama PR Hj Hadi tidak boleh berbuat sesuka hati,
Biarkan PAS yang di piimpin Hj Hadi buat kerja Islam dengan slogan dan hanya berwajah kan Islam. Golongan profesional tubuhkan parti politik dalam ertikata gerakan yang melaksanakan sistem Islam. Hudud adalah contoh terbaik. Ulama PAS hanya berretrotik dengan hudud tapi dengan kebijaksanaan golongan professional hudud dapat di laksanakan secara teratur.
Bagaimana pun hudud ini cuma sebahagian kecil saja dalam hukum. Banyak perkara yang perlu di dahulukan.
Hudud di bangkit kan semula hanya kerana imej dan kewibawaan Hj Hadi dah teruk selepas gagal mempertahan Bekas MB Khalid dengan kerenah nya yang cukup memalukan.
Kita yakin dengan saf kepimpinan professional yang ada, orang ramai akan dapat melihat perbezaan ketara antara PAS dan parti Islam moden dan progresif.
Yang penting jangan libat kan diri kita dengan UMNO. Sia-sia dapat dosa kering.
Kepada Allah kita kembalikan.
.
Hj Hadi telah banyak kali melakukan perbuatan yang merosak hubungan sesama rakan PR. Dari meletakkan calun pr, pil kuda, isu MB, tidak hadir mesyuarat, hudud yang gagal dan tidak memberi sokongan kepada Wan Azizah. Jika dibandingkan dengan DAP yang mempersoalkan keputusan Hj Hadi kerana terus menyokong Khalid dan tidak pulak menyokong Wan Azizah di Permatang Pauh, Di tambah buruk lagi dengan perancangan untuk bergabung dengan UMNO dan membawa isu hudud yang selama ini di tentang oleh UMNO.
Maka PAS lah yang sengaja memecah belahkan PR, Tujuan DUPP menolak hubungan dengan DAP tetapi masih bersama PR sebenarnya ia lah bertujuan untuk menguburkan dan melenyapkan nama PAKATAN RAKYAT mungkin kerana ada kaitan dengan nama Anwar Ibrahim,
Golongan profesional kena tubuh parti politik baru untuk selamatkan PAKATAN RAKYAT.
Yup. Me follow.
kita tak payah bising,kalau hj hadi serta haron din cakap berdegar2 nak pututs hubungan dap silakan bawa pas keluar dari Pakatan ,apa maknanya putus dengan Dap tapi kekal dalam pakatan,taknak makan benda yang haram tapi makan dalam pnggan yang sama.apa maknya ini? wahai ulamk2 UG.aku cabar kau orang semua kleuar dari pakatan mkau berjuang sendiri atau kau bergabung dengan Umno,senang kita tahu.Janagn berselindung macam telan pil kuda je
Saya nak perhati dulu apakah yang akan dilakukan oleh pas lepas ni. Yang lepas2 takder apa pun. yang disuarakan banyak berkait dengan hablum minallah je, yang hablum minannas (....). Alasannya MPnya tidak dapat peruntukan. Alasan. Banyak cara boleh dilakukan dengan duit poket satu atau dua ratus seminggu. Misalnya apakah yang telah dilakukan dengan IT. Saya mengharap dengan IT boleh memperkuatkan akidah anak-anak Melayu tapi sampai sekarang .... satu contoh je. Nak tegakkan hudud sedangkan si melayu islam masih kosong benaknya. masih teraba-raba cari pengertian hudud. inilah akibatnya. Inikah pengertian hudud itu dahulu. bila sudah berisi dengan sendirinya hudud tertegak tanpa dilaung2kan. Jadi dakwahi dulu mereka ni. Jangan jadi ayam jantan berkokok... Saya tunggu dan lihat.
Mudah2an parti br ditubuhkn brsama pakatan rakyat..insyaAllah ramai ahli2 pas yg dibwah akn mnyokong..
elok sangat la. pas sebuah gerakan islam yang tidak bergerak-gerak. bukan mahu menambah ahli tetapi menghalau sesama sendiri kerana hanya berlainan pandangan.
trend penyokong pas selepas muktamar... sapa yg x sokong Tuan Guru Haji Hadi... dikira tak sokong PAS... di cop penjilat DAP... hahahahahahah... lawak sngat penyokong PAS selepas muktamar nih...
APA KATA DATANG PRU ATAU PILIHANRAYA KECIL GOLONGAN DITENDANG PAS + KEADILAN DAN DAP BERTANDING DALAM SATU PARTI SAJA, IAITU SAMAADA DAP/KEADILAN NAMUM MASIH SEBAGAI SEKTARIAN SAJA, LAWAN BN. AKU DAH BENDI MELUAT PASUMNO
Saya sokong Professional tubuhkan parti baru.
Confirm, bila ada PRK atau PRU..golongan ulama/ustaz PAS tidak mampu berhujah mengenai masalah rasuah,penyelewangan harta negara,ekonomi,gejala sosial,kenaikan barangan,korupsi wang haram.
Masa itu nanti lah..golongan ustaz/ulama Pas akan ternganga mulut.tidak mampu membela rakyat.
Bermula hr ni
Musuh pakatan rakyat bukan sahaja umno dan bn tetapi juga
PAS piss puss
Apa punya statement"Putus kerja sama dengan DAP tapi maseh kekal dengan pakatan raayat".Tak salah kalau panggil Kumpulan UG ini ULAR MAK!Dalam UG ini,jangan kita hairan,dia prof ke,dia tuan guru ke,kalau sudah jelas pembohong dan penipu nya,jangan sokong.tapi pengikut nya sudah jatuh cinta,jadi hati nya sudah buta.
Aku follow...muktamad. Sebab APA? Alim ulama dahulu hebat bukan saja bijak bidang agama tetapi kejuruteraan, ekonomi, astronomi, politik etc..bukan setakat nelayang saja.
DAP kata putus dgn TGHA tapi kerjasama dgn PAS. Apa punya kenyataan? Kenapa tak kutuk DAP?
Kerana DAPlah org profesional dlm PAS kalah. Kerana bila DAP hentam TGHA ahli PAS lihat org yg menentang ulama adalah mrk yg disokong oleh DAP. Ahli lihat mrk sbg barua DAP. Sbb tu semua profesional dlm PAS akan kalah gara2 DAP yg marah tak tentu hala.
Skg kenapa LGE diam? Sbb dia tau dia tlh silap langkah mencampuri urusan PAS.
TAHNIAH GOLONGAN ULAMA...!!! Teruskan perjuangan menegakkan Syariat Islam.
Bye bye PAS...aku orang pertama keluar..
Selamat tinggal PAS...
Sesuatu yang aneh sudah berlaku pada Pas. Pas melalui Dewan Ulama meluluskan secara sebulat suara memutuskan hubungan dengan DAP. Keputusan sama ada usul ini diterima atau tidak tergantung kepada keputusan mandatori yang bakal dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Ironinya, ahli-ahli Majlis Syura Ulama dianggotai oleh sebahagian besar ahli-ahlinya yang juga menganggotai Dewan Ulama Pas. Keptusan MSU sudah boleh diramal. Dalam masa yang sama Pas membuat kenyataan untuk kekal berada dan tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat. Dua kenyataan yang sungguh mengelirukan. Otak yang waras pun sukar untuk memikirkannya.
Jika MSU memutuskan hubungan dengan DAP, bermakna Pas hanya boleh bekerjasama dengan PKR. Seantero dunia pun tahu, PKR memang sudah sekian lama tidak selesa dengan Pas lebih-lebih lagi setelah konflik "Langkah Kajang" dan "isu perlantikan MB Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim". PKR lebih selesa bekerjasama dengan DAP berbanding Pas. Jika Pas tidak mahu keluar PR, maka DAP dan PKR tiada pilihan lain selain menubuhkan gagasaan baru untuk mentadbir Selangor dan Pulau Pinang. Golongan profesional yang berjaya dinyaahkan oleh golongan UG melalui muktamar yang sedang berlangsung, seharusnya menubuhkan parti baharu untuk sama-sama membantu DAP dan PKR menentang kerajaan longlai BN pada PRU 14 nanti.
Batang tubuh YB Hasnol dan YB Shaari Sungip tidak memungkinkan PKR mahu memutuskan hubungan dengan DAP untuk kekal mentadbir Selangor. Pas bakal menjadi pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang. Tiada untung PAS menjadi pembangkang di Selangor melainkan mengimani doktrin "mencari keredhaan Allah". Ahli-ahli Pas bertambah menyusut dan tinggal tok-tok alim yang tidak pandai mengatur strategi politik. Kejayaan dan kecemerrlangan Pas kini hanya tinggal nastologia dan artikel sejarah sahaja.
akupon turut melangkah.bye bye Pas Piss Pusss,Anak Muda dahagakan Amanah dalam pentadbiran.bye bye Ore Mudo Geng Kito....
Betulkan kesilapan Haji Hadi dengan tak mengundinya pada pemilihan ini.terlalu banyak kesilapan dan keterlanjuran dilakukannya.pengundi2 diminta berfikir panjang dan memikirkan masa depan pas lebih daripada kepentingan individu.
Salam Tuan,
"DAP kata putus dgn TGHA tapi kerjasama dgn PAS. Apa punya kenyataan? Kenapa tak kutuk DAP?"
ini jawapannya: kami bukan sokong mebabi buta DAP marahkan TGHH .kalau DAP JAHAT DAH SIANG2 KAMI LAWAN,Cuma nak tanya sikit tuan?? rumah rakyat banjir di gua musang saper beri sumbangan yek!!!!timbalan menteri besar kelantan ke!!hhoooo dia dah beri sumbangan rm430k kee!!
1.dia selalu mungkir janji bayangkan dia orng penting dalam PAS dah tak datang meeting(ketua2 PR)lebih 6 bulan .kan melambangkan pemalasnya TGHH ,bukti yg nyata baru sehari dua ni pemuda2 nak meeting di muktamar ko punya pemuda sejam lambat, ada yg tak datang, terpaksa ustaz kamal shaari bagi warning, geng ko sendiri boleh marah,inikanpula pemimpin tertinggi.meeting penting itu sebab PAS SELALU KETINGALAN KERETAPI bila orang dah sampai kat station dia baru nak pergi toilet. Ini pun DAP masih lagi besrsipat husnuzan (bersangka baik) tak mebocorkan rahsianya pada ahli2nya. kalau dia bagi bukti semak attendenca/minute of meeting dia tak hadhir.Disebarkan pada ahli2 PAS macam mana tapi dia tak buat macam geng2 kamu tu TUC,SO SAPE ADA AKHLAK KAT SINI ,LGE baca buku umar abd aziz,dia orng pergi belajar2 kat timor tengah,pergi jumpa ulamak2 hebat.Kamu nak baca buku pun malas(maaf ya)
2.TGHH selalu ponteng di parliment :apacam ulamak makan gaji butaka!! itupun DAP MASIH BERSNGKA BAIK LAGI.Malula kat member2 MP lain
3.yg INI BUAT DAP MARAH orng yg khianat dgn perjanjian sendiri dah tandatngan dulu tak boleh timbulkan issu HUDUD ,dah sign dah pun.TUP..TUP..Dia buat statement nak bentangkan hukum hudud tanpa meeting dulu,dan meeting pula dgn kebenaran umno, yg ni TGHH TERTIPU BERKALI-KALI LAGI ORNG KATA JANGAN-JANGANko dah masuk mulut buaya,masuk mulut rimau, orng kata ada anaconda yg besar kat situ...dia tergedik2 nak pergi juga. kan dah kena ngap.DAP Marah sangat-sangat adalah dia mungkir janji dan memberi ruang untuk PR kalah itu saja, kalau PAS nak lingkup sorang peduli apa tapi asrakan yg bertanggung jawab dia kena marah nanti kapal tengelam orang yg tak pasal2 KENA.TAPI YG PALING JAHATNYA KAT SINI DUPP MERAHSIAKAN SEMUA INI DARI PENGATAHUAN SEBAHAGIAN AHLI2NYA,AHLI2 YG TAK KRITIKAL KENA TIPU HIDUP2. ITU SEBAB DUPP/TGHH MEMAIKAN ISSU DAP..BESAR2AN SEHINGA FLIES KELUAR MACAM2.
So kalau tak faham juga malas nak fiKIr tunggu 2 tahun lagi bila team2 UG BERANTAKKAN BERSAMA ,RAHSIA INI AKAN BOCOR..bila sama team tak sebulu nanti.
OK.ADIOS,,VON-VONVAGE,MERCY,tq,shukran.Salam
Ahli2 profesional kena ingat, anda tidak dikehendaki dlm PAS. Anda akan menjadi tidak berguna jika terus dlm PAS. Malaysia perlukan perubahan. Rakyat mengharapkan anda. Adakah anda masih terus totok dlmn PAS tapi tidak berguna??? Atau anda bangkit dan tunjukkan kpd mereka, kehandalan anda masing2....dgn menubuhkan Parti PAS Baru. Fikir2kan lah. Dosa dan pahala ada di mana2. Carilah pahala yg lebih berganda. Tq.
Mengapa DAP tak kena kutuk?
Kerana DAPlah org profesional dlm PAS kalah.
Segala-galanya bermula dengan awalan.
Bila terus pergi ke hujung menyalahkan DAP adalah tidak adil.
Awalmya bermula isu Bukit Damansara, Pil Kuda, tidak hadir bermesyuarat, bertelur di Parlimen dah jadi macam telur dainaisor dan sabotaj 16 Sep ini semua sebelum isu MB Selangor dan sehingga lah ke isu hudud.
DAP hanya bersuara keras selepas isu hudud dan bila Hadi tidak memberi sokongan kepada Wan Azizah.
Tolong ingat kan Harun DIn, yang dunia hampir akan khiamat seperti yang dia katakan sendiri ketika kejadian ayat-ayat Al Quran hilang di sekolah agama Kelang dan di Selatan Thailand. itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Lagi satu tanda dunia nak khiamat ialah bila PAS UMNO menjadi satu.
Dalam agama ini banyak orang rasa kekosongan. Jiiwa batin nya ingin di miliki dan di kasihi oleh sang pencipta. Lalu orang-orang seperti ini bertemu dengan orang yang bijak berkata-kata dengan menumpang kalam-kalam Allah. Orang yang jiwa batinnya minta di isi cepat terperdaya dengan orang yang menumpang kalam-kalam Allah dengan meminjam lidah dajal.
Beb kita lah orang nya 20 tahun yang lalu yang terpesona dengan ulamak tersebut. Rupanya gentar dan takut nya dia pada khiamat sudah dekat hanya sementara sahaja. Lagi dekat khiamat lagi dia lupa pasal apa yang di cakap pada kita mengenai hilang nya ayat-ayat suci Al Quran.
Kepada Allah kita kembalikan.
RASUAH
RASUAH RASUAH
RASUAH RASUAH RASUAH
RASUAH...yesss! RASUAH tlh pon mngubah akhlak-AKIDAH hakikat sbnr7KBNARAN Islam ygSUCI mnjd GELAP gulita pekat-KESUMAT tiada tiada tiada & TIADA brMARUAH lg..
HANCUR bejatnya negara ini krn RASUAH yg sgt7Parah
HANCUR bodoh-TOLOL rkyatnya juga krn senang dibeli dgn semurah7 harga-RASUAH yg sgt7Keji
HANCCUR musnah "akhlak-AKIDAH" Islam sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG juga adalah krn RASUAH yg tlh pon mmbeli "ularrrMak2" berTOPENGkan jubah SORBAN yg dianggap SUCI sdangkan mrk ini adalah mrupakan musuh-musuh-musuh dan MUSUH kpd ummah yg sgt7JAHAT skali!!!!!!
ALLAH
ALLAH mngutuk keji ularrrMak2 aka ahlulKitab Yahudi & Nasrani adalah krn mrk tlh mnyeleweng drp akhlak-AKIDAH yg bnar7SUCI yg bnar7LURUS yg bnar7TERANG yg tlh dipamerkan oleh Musa & Isa as..
Sbb itu ularrrrMak2 Yahudi sgt7MEMUSUHI nabi SAW swktu diMadinah...hatta merancang utk mmbunuh baginda apb baginda SAW tlh mmpamerkan..
>sjujur7KEJUJURAN yg tiada tandingan
>sikhlas7KEIKHLASAN yg tiada bandingan
>ssuci7KESUCIAN yg telus-kudus-AUDIT dr dasar HATI yg paling2 dlm skali
>shebat7BAKAT trtiggi yg bnar7Dpt mncari solusi ummah..bukan PhD2 sampah yg brsepah2!
>seadil7KEADILAN demi sluruh ummah-UNIVRSAL-azali yg TIDAK mngenal ASOBIYAH samaskali!
>skudus7CINTA kasehSAYANG seNAFAS sejiwa SATU ummah dr rumpun Adam as RAHMAT'lil'alamin
>smutlak7KBNARAN-HAQ yg bukannya mncari ESOS-BALAK-projek-proxy demi pntingDIRI sbalik nya hanya & hanya smutlak7KPNTINGAN ummah demi mncari sbnr7KEREDHAAN ILAHI yg snantiasa bnar7berCAHAYA dr dasar HATI..
Ciri2.."akhlak-AKIDAH" nabi SAW yg diatas inilah yg sgt7 mrk(Yahudi) takuti..krn mrk takut akan KEHILANGAN sumber2 habuan2-BANGKAI ddlm GELAP yg tlh pon mrk miliki..
Ciri2.."akhlak-AKIDAH" sprt Yahudi itulah kini yg sedang berleluasa diBELI & dijaga oleh umno utk mnjd PERISAI/benteng demi mnjd-musuh-musuh-musuh & MUSUH kpd rakyat yg sgt7Jahat seBEJAT7nya..
GB..
aarinal haqqa-HAQQAN..wsalam
Ba bai..... dalam parti yg memperjuangkan islamnpun pakai cai segala.... lebih teruk dari UMNO. Apa punya pas daaa.... tidak berdosa juga tuu..tinggalkan pas...bukan tinggalkan islam....
Dap beul putus hubungan ngan hadi tapi kerjesama ngan pas...PAS bahalol gi balas putus hubungan dgn dap tp nak bersama ngan pakatan.
elok la...beul ngsn bahalol..
tp rasanye pas terlebih bahalolnye sebb balas dendam berlebihan. Ptt klu nak balas putus je ngn lks atau anaknye aje...bukan ke islam mengajar begitu jk nak membalas...membalas berlebihan kan dekat dgn syaitan....
AKU SETUJU GOLONGAN PROFESIONAL KELUAR DARI PAS DAN BENTUK PARTI BARU..AKU SOKONG 100%.
Ape citer kalau semua org melayu/islam pakat ramai2 join DAP.. Aman malaysia... Terbaik...
"AMANAT HAJI HADI" yang menjadi isu besar dan menimbulkan debat, antara lain lebihkurang menyebut:
"Kita tak perlu sembah tokong untuk jadi kafir.., akan tetapi apabila menyatakan bahawa politik suku, ugama suku, maka jadi kafir lah sesaorang itu..."
Fikir2kanlah....
Jika PAS sudah tidak dapat diselamatkan lagi, mungkin saya akan membatalkan hasrat yang telah lama terpendam untuk menjadi ahli berdaftar parti itu & sertai PASMA. Apapun, eloklah solat istikharah dulu. Moga Tuhan tunjukkan pilihan terbaik.
Catat Ulasan