Kerana pertahan kritikan terhadap Hadi, Hanipa di ‘boo’ perwakilan PAS
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' oleh perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini apabila seorang perwakilan t mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Jun, 2015.
Gara-gara mempertahankan tindakannya menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka dan mengkritik hudud Kelantan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini.
Ini bermula apabila seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang (RUU) persendirian hudud ke Parlimen.
"Inikah tarbiah yang kita hasilkan dengan ‘boo’ macam itu?
"Saya tiada masalah, dalam Parlimen perangai Umno pun macam ni," katanya semasa memberi penjelasan dalam sesi pembentangan minit mesyuarat PAS 2014 di Kuala Selangor, hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata, isunya adalah RUU persendirian itu tidak pernah dibawa Hadi masuk dalam perbincangan PAS Pusat.
Malah mengakui dirinya, ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan.
"Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan. Jadi itu persoalannya, bukan nak pinda.
"Kita pertikai cara dan apa salahnya sekiranya kita buat teguran," katanya mempertahankan tindakannya mengkritik Hadi itu membuktikan amalan demokrasi wujud dalam PAS.
Hanipa berkata, dirinya sering mempertahankan hudud Kelantan tidak bercanggah dengan Perlembagaan walaupun menyertai forum “hostile hudud” di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).
Beliau kemudian mencabar perwakilan membuktikan jika ada kenyataannya mengenai hudud bercanggah dengan presiden.
"Kalau ada kenyataan saya bercanggah dengan presiden, buktikan. Di mana yang bercanggah itu saya tak boleh jawab.
"Saya bagi jaminan kalau RUU dibawa ke Parlimen saya akan pertahankan dan saya akan berani lawan mana-mana wakil Parlimen Umno," katanya.
Hanipa semasa muktamar di Johor tahun lalu pernah menerima nasib sama, apabila mempertikaikan PAS mahu merebut kerusi menteri besar Selangor milik PKR. –TMI
Kena boo, Hanipa jawab 'I love you'
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin kena "boo" ketika menjawab soalan perwakilan berhubung dakwaan yang mengatakan beliau memberi kenyataan bercanggah dengan presiden parti bagi isu hudud.
Sebelum itu, semasa pembentangan penyata mesyuarat tahunan muktamar kali ke-60, perwakilan dari Segambut bangun dan mempersoalkan tentang kenyataan Hanipa yang sering bercanggah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selepas itu, ahli parlimen Sepang itu kemudian bangun untuk menjawab soalan tersebut bagi memastikan semua perwakilan tidak terpengaruh dengan kenyataan perwakilan tadi.
"Saya kena jawab supaya mengundi nanti tidak dalam keadaan masih percaya dengan apa yang tuan bahaskan tadi," kata Hanipa.
Bagaimanapun kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif daripada para pemerhati.
Hanipa kemudian berkata, beliau menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Namun hanya mempersoalkan mengapa tiada perbincangan dilakukan bersama jawatankuasa Pusat PAS dan Pakatan untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen.
"Bukan rang undang-undang ini isunya. Isunya kenapa sebelum kita bawa ke Parlimen tak dibincangkan dalam PAS Pusat. Saya AJK PAS Pusat tak pernah lihat RUU.
"Kami ahli parlimen PAS dan ketua whip pun tiba-tiba sahaja tahu ada RUU dalam Parlimen dan Pakatan pun tidak diberitahu.
"Itu persoalannya, bukan pertikai rang undang-undang persendirian itu.
"Adakah salah untuk memberi teguran dan kemudian kata 'oh ini tidak walak'. Saya rasa ini tidak betul," kata Hanipa.
'Inilah hasil tarbiahnya'
Kemudian timbalan pengerusi tetap Hussin Ismail menegur Hanipa supaya fokus kepada soalan yang diajukan oleh perwakilan.
"Saya minta fokus pada soalan", kata Hussin.
Selepas teguran itu, Hanipa kemudiannya dilontarkan laungan "boo" oleh perwakilan dan pemerhati.
Ekoran kejadian itu, Hanipa berkata beliau tidak terasa dengan tindakan itu malah telah biasa dengan perkara tersebut semasa di Parlimen.
Malah, beliau dengan sinis mengatakan "I love you" kepada pihak yang "mengejek" beliau apabila di "boo" sekali lagi.
"Inilah tarbiah yang dihasilkan. Menghasilkan benda macam ini.
"Saya tak ada masalah, dalam Parlimen perangai BN pun macam ini. Saya tak ada masalah. Saya dah biasa.
"Saya tak akan terasa. Tak ada masalah, jangan takut. I love you," kata Hanipa sinis.
Selepas itu, Hanipa meminta supaya perwakilan dari Segambut menunjukkan bukti berhubung dakwaan yang mengatakan kenyataannya bercanggah supaya ia dapat dijawab.
Hanipa turut memberi jaminan bahawa sekiranya rang undang-undang persendirian hudud dibentangkan di dalam Parlimen, beliau akan mempertahankan perkara tersebut.
"Kalau ada kenyataan bercanggah dalam isu hudud, tolong jelaskan bukti. Insya-Allah saya akan jawab. Sebab tuan tak cakap di mana (kenyataan itu), saya tak dapat jawab.
"Saya bagi jaminan kalau sekiranya rang undang-undang persendirian di bawa ke Parlimen dan tiba pada hari perbahasan, saudara akan lihat bagaimana saya berbahasa nanti,” katanya. -mk
ULASAN GB
Sudah teruk sangat akhlak dan budaya di kalangan pro-ulama dalam PAS kini. Tak mampu nak berhujjah, pedas kena dengan jawapan profesyenal dari Hanipa, terus di"boo"nya.
Halnya berlaku di muktamar pemuda juga kelmarin. Gb sudah ulas sebelum ini.
Berlaku lagi, seperti tahun lepas, segolongan Pemuda PAS dengan gelagat "memboo".
Namanya Pemuda Parti Islam SeMalaysia, kononnya mereka memperjuangkan dan mempertahankan kepimpinan ulama, tapi akhlaknya syaitan. Mengalahkan akhlak dan perangai parti lawan.
Inilah akibatnya apabila TIADA TINDAKAN TEGAS DIAMBIL terhadap mereka pada muktamar yang lepas. Mustafa Ali, kamu berdiri dan jawab di padang masyar nanti mengapa kamu melakukan tindakan berpilih di dalam hal disiplin ahli dan sikap kamulah yang mengnancurkan parti.
Mereka menuduh orang Jebon, tetapi rupanya merekalah yang berperangai jebon yang sebenarnya. Dan PAS sudah kena tukar nama, tak boleh jadi lagi Parti "Islam" SeMalaysia. Memalukan dan mencemarkan Islam dengan akhlak yang sedemikian rupa.
Allah Maha Tahu dan Maha Adil, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan akan menghukum mereka yang "melampau batas" berkenaan.
29 ulasan:
PAS tunggu hari nak melingkup. Pro Ulamak (baca Pro UMNO) bakal melingkupkan harapan rakyat terbanyak, dengan menyokong UMNO/BN dan DAP menjadi kambing hitam untuk menutup tindakan menyokong UMNO. Apakah MCA tidak mengecam hudud? Apakah hudud diletakkan sebagai priority dalam keadaan rakyat menderita dan hidup dlm keadaan tertekan akibat perlaksanaan polisi cukai dan keborosan pemerintahan kerajaan UMNO/BN? Hudud OK sekiranya negara aman makmur dan rakyat hidup dengan tenang, tanpa bebanan yg tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat.
Bagus laaa boo booo...ada peningkatan dari dulu.
sblm ni semua tu tak ada.tegur time pembentamgan shj.sekarang,bgun kencing berjemaah.booo berjemaah..lps ni meningkat lg dgn tempik jerit jelir berjemaah.lps tu baling kertas berjemaah.lps tu baling kasut selipar kerusi meja berjemaah.serban n kopiah jer tak baling.psl itu lambang suci kih kih.paling takut spender pon akn dibaling.jgn muslimat pun pandai2 nak baling gak.biasanya diorg pmpuan neh suka sorok ular kala jengking semut api dlm baju jer kih kih
Tgk muka nik Amar... Letihhh... Haha
GB ada kt kuala selangor ke? Jom minum. Rileksla, diaorg bkn maksum pun, manusia ada salah silapnya.
Bru thun lps kutuk pemilihan PKR..skrg dh berbalik kt muke sdri yerr
Ya Dato' sri TGHH, Tak ingatkan lagi 1981 Dato' tersangat popular dgn "AMANAT HADI" AMAL MAARUF AANIL MUNGKAR Masa ni Dato' Sri DiSanjung sebab belom jadi big boss dalam PAS lagi, pidato hebat terhadap umno/bn "MENCEGAH DARI KEMUNGKARAn dan MENYERU PADA KEBAIKKAN, pada masa itu ramai AHLI2 PAS CONSERVERTIVE ramai mengkafirkan orang-orang UMNO.
Dato' sri hari ini berlaku diDEPAN MATA DATO' SRI tiada boleh di elak lagi ramai-saksinya: Maaf Cakap Datok sri, saya yg jahil ilmu nak tanya ayat ni dah tukar Version ka Dato' Sri ka-version Al-fulus maaf Datok.
Sedihlah sangat Dato' sri...ooops dulu taada Dato.....TGHH GAGAH MACAM KHALID IBNI WALID...SEKARANG MENIKUS Ayat-ayat ni serious Dato' ayatnilah yg membuat kita umat akhir zaman yg terbaik dari umat zaman nabi dulu-dulu.Macamana nak buat hudud Dato' kalau benda yg tuhan suruh terpangpang di depan mata.Kita BUAT DEK Ajerr. wassalam.
Terbaca komen zaid ibrahim! Memang melayu malas nak memikir. Itu sbb jadi begitu..Termasuk org dlm pas! Bye2 pas..
Kalau beginilah akhlak dan tarbiah yg diterima Pemuda Pas, eloklah dibuang nama Islam dan diubah jadi Parti Ajaran Samseng pimpinan Hj Hadi. Memalukan ummah dan ajaran Islam.
aku Ahli Pas Tegar, sangat sedih puak puak pro ulamak sanggup menabur fitnah dan menghina terhadap pihak lawan yang bertading jawatan dalam muktamar ini dengan kata kesat dan sebagainya untuk menangkan puak yang dianggap darjat tertinggi bergelar Ulama.
bSokong mengkhinzir buta, lenih teruk drp umno
Jenis tak boleh dibawak ke majlis
Jangan amalan takbir masa zaman Nik Aziz ditukar menjadi amalan booo selepas ini sudahlah.....
PAS gunting dalam lipatan... selamat tinggal PAS.. Gi join Umno cepat-cepat...
Kempen cara umno
Teknik jahat terbaru berjaya kekalkan hadi dan tuan Ibrahim
Ikut lah cara mokhtar senik dan ramai lagi pro ularmak yg jijik
Salam buat Tuan Greenbox:-
Lama benar Pakcu tak mencelah ke blog tuan hanya sekedar memerhati dan memikir setiap tulisan tuan dan gelagat manusia yang sejiwa dengan tuan.
Nampak benar tulisan tuan berbeza dari dulu. Sewaktu Pakcu masuk sesekali ke blog tuan dalam nada yang kritis bukan main tuan bagi siku lipat pada Pakcu termasuk anak buah tuan sekali.
Tapi hari ini tuan sendiri menerajang "parti" yang tuan puja-puja dulu kalau boleh biar makan pasir rebah bertiarap. Jadi apa bezanya antara antara" BOOO " dengan cacian yang tuan dan anak buah tuan tulis dalam blog ini. Bagi Pakcu ia adalah staraf bila emosi mengatasi rasa hormat pada saudara sendiri hingga hilang rasa hormat dan tidak berlapik dalam tulisan.
Usah kita bicara tentang Islam dan akhlak kalau cerminnya jauh dari kata-kata.....dan kebenaran..maaf kalau tulisan Pakcu kurang menyenangkan...ko guano ????
Orang orang PAS mana ada jenis membaca dan memikir.
Semua nya jenis malas dan meminta minta
Yang pasti ada sifat Mat Kampau dalam PAS ini
Itu kan orang Melayu semua nya
Babai pas. Aku keluar pas hari ni.
Diorang ni hanya berani boo jer dari bawah. Bila ajak debat atau suruh tunjuk bukti..hilang telor dalam seluar. Takpun telor tu memang bini simpan dalam laci kat rumah.
Malaysiakini telah melaporkan Haji Hadi menang dan Mat Sabu telah kalah sebentar tadi...maka dgn ini, saya dan keluarga dengan rasminya KELUAR DARI PAS...sekian, terima kasih.
Bagus la mcm tu biar lingkup parti Pas habis cerita..senang sikit rakyat Malaysia nk hukum pru akan datang nanti..waktu tu kita boleh tahu siapa yg
buat kerja parti dan siapa perosak sbenar dlm parti
Elok la pas bergabung dgn umno. Kumpulan profesional tubuh parti baru. Dlm pilihanraya nanti calon pas (BN) akan bertembung dgn parti baru ini..kita tengok sapa yg kena.
Aku sokong pakatan rakyat kerana maukan msia yg lebih baik, tanpa rasuah, penipuan, penindasan, fitnah, penyelewengan, pemborosan, kebejatan sosial.
P mampus dgn pas.
Memang jakun telatah orang PAS ni. Sandaran Alquran dan Hadis tapi gelagat sedih tengok.
Yang nak KELUAR DARI PAS tu ahli PAS ke tidak.? Saja saja cucuk kot..entah entah UMNO
Ko mmg UMNO pun, xyah berlakon bhai
Maafla pakchu. Sbnarnya sy secara personal mengikuti bbrpa blog khususnya penyokong PR. Ttp sy lbh kerap mengunjungi laman greenboc krn wlw pun beremosi bhs penulis masih lg menyenangkn x terkeluar pun kata caci maki malah lbh menghrp petunjuk Allah sbg balasan perbuatn yg x di senangi. Sumber tulisannya juga jelas. Ttp nk buat mcm mana islam itu bermula dagang dn akn berakhir dagang. Org yg nk bw islam sbnar mmg ramai org Melayu x suka
As_Salam Semua,
Pagi ini aku bangun dgn membaca sedikit tentang pemilihan Jawatankuasa dalam Pas semalam, bertapa hancurnya jiwa ini setelah srkian lama aku sebagai pendokong dan penyokong PAS selama ini, apa yg boleh aku harapkan dari PAS lagi selepas ini??
Dari awal aku sudah dpt memgagak bertapa bodohnya perwakilan yg hadir pada Muktamar ini. Sudahlah dengan laungan "boo" inilah tarbiah yg kita cuba tunjukan kepada generasi dan pelapis yg akan datang. Aku setuju benar dengan Anonymous "JUNE 4, 2015 AT 9:32 PM" Apakah hudud diletakkan sebagai priority dalam keadaan rakyat menderita dan hidup dlm keadaan tertekan akibat perlaksanaan polisi cukai dan keborosan pemerintahan kerajaan UMNO/BN? Hudud OK sekiranya negara aman makmur dan rakyat hidup dengan tenang, tanpa bebanan yg tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat.
Siapalah PAS masa kini sekiranya para pendokong seperti Mat Sabu, Husam,
dan lain2 kalau bukan kerana mereka ini yang menaikkan PAS di mata rakyat Malaysia ketika ini?? Sejarah telah mengajar kita bertapa golongan berserban ini hanya pandai berhujah dalam sudut keagamaan sahaja. Dari segi Profesional nya jauh sekali untuk memerintah dan mentadbir negeri dan negara. Apa perancangan selepas ini?? Nak menang pilihanraya ke 14?? jangan haraplah!! Nak bergabung dengan UMNO? Apa jawatan yg boleh pak pak serban ini peggang? Nak jadi menteri luar? Tak usah cakaplah bikin malu shaja.
Harapan saya supaya Mat Sabu, mahfuz, Husam, Khalid Samad dan Mujahid dapat memikirkan sesuatu jalan keluar untuk orang-orang semacam kami ini kemana arah untuk kami membawa diri?? Kalau diikutkan komen2 di atas banyak yg nak keluar PAS. Oleh itu kita perlukan satu platfom untuk golongan ini boleh bergantung harap. Biarkanlah golongan serban yg menang ini syok sendiri.
Lebai Burger
Bro, ramai UMNO bhai kat sini. GB je xperasan. Yg penting kita lwn UMNO bkn kerana UMNO, tp krn Allah. PRU14 tumbangkan BN
Harapan saya supaya Mat Sabu, mahfuz, Husam, Khalid Samad dan Mujahid dapat memikirkan sesuatu jalan keluar untuk orang-orang semacam kami ini kemana arah untuk kami membawa diri?? Kalau diikutkan komen2 di atas banyak yg nak keluar PAS. Oleh itu kita perlukan satu platfom untuk golongan ini boleh bergantung harap.
Sampaikan salam pada para perwakilan se"canggih" maya hari ini mampu merakam segala gerakgeri.Menge"BOO" ketika penjelasan diberi membuktikan kalian yang dilantik menjadi perwakilan tentu sekali paling lekeh AJK kawasan kurang habis mempraktik ilmu adab dalam muktamar.Musykil "pro ulama" tak ikut usrah kah?
Rupanya bukan aku seorang. Ramai yg benci geng nik amar
Sepanjang Saya ikuti muktamar pas maka bolih saya 1 bintang kerana muktamar yg terkotor Dalam sejarah pas. Ulama DAH Bertukar jadi ular dlm semak kerana dah berani fitnah dan keluarkan perkatan anjing dap pd golongan yg tak sehaluan dgn mereka dan Kalau depa anjing dap kamu anjing sapa umno. Saya dah duk dlm pas 35thn rasa dukacita dgn cara kempen dari pro Ulama dan akan beruzlah kejab dan harap pd kalah buatlah atenetif yg lain Inshaallah ramai dibelakang anda
Catat Ulasan