3 Jun 2015

[VIDEO] Katanya Pemuda Pertahankan Ulama, Tapi Berakhlak Syaitaniah..


Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

Perwakilan Pemuda PAS Johor membangkitkan isu walak (taat setia) yang didakwanya diamalkan secara terpilih dalam parti Islam itu.

Syafiq Aziz mempersoalkan mengapa terdapat segelintir ahli yang hanya walak kepada individu tertentu tetapi tidak kepada pemimpin sayap kanan parti itu Suhaizan Kaiat.

"Mutakhir ini timbul masalah tarbiah contohnya yang berlaku ialah walak yang terpilih. Kita tak walak pada keputusan parti tetapi kita boleh walak pada individu tertentu.

"Sebagai contoh, kita semua dalam dewan muktamar ini bersetuju untuk walak kepada presiden, tetapi kenapa dalam konteks Pemuda, kita tidak walak kepada ketua pemuda dan saf pimpinannya hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.

Kenyataan yang dibuat Syafiq itu mendapat "boo" dari pemerhati serta perwakilan sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Tetap Dr Ridhuan Mohd Noor meminta supaya semua orang bertenang.

"Bertenang," kata Ridhuan.

Suhaizan dicabar anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepenggal mengemudi dewan itu, beliau dilihat berdepan cabaran besar mempertahankannya kali ini susulan kebangkitan arus besar kumpulan proulama dalam PAS.

Pertikai bacaan al-Quran Suhaizan

Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu pula menegur bacaan al-Quran Suhaizan sebelum melaungkan slogan perjuangan.

"Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, fakih dan haraki yang diutarakan?" kata Raja Arizal.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh perwakilan Selangor Mohd Zuhdi Mat Piah.

"Saya tak minat nak kritik dalam Facebook tetapi saya nak kritik di sini, di muktamar. Sepatutnya ucapan itu dibaca berkali-kali dan dirujuk dulu dengan mereka yang mahir terutamanya kalimah yang menggunakan bahasa Arab.

“Saya minta maaf dan saya tak nak ia berulang dan disebut di media sosial di luar sana. Kita sebut di sini (muktamar),” katanya. -mk


PAS: Suhaizan Kena "Boo" Beberapa Jam Sebelum Pemilihan Pemuda

Kurang 12 jam sebelum berlangsungnya proses pemilihan parti, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dilihat ‘kurang bernasib baik’ apabila di’boo’ sekumpulan lelaki, dipercayai pemerhati muktamar sayap parti itu. Respons tersebut diterima ketika penyandang jawatan yang bakal bertanding mempertahankan kerusi itu berada di pentas bagi memberi penjelasan berhubung isu dan perkara yang dibangkitkan perwakilan melalui perbahasan di Muktamar Pemuda PAS ke-56, malam Selasa.

Suhaizan tampil selepas dijemput oleh Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari untuk menjawab pertanyaan yang dibangkitkan beberapa perwakilan berkaitan dirinya dan isu kepartian.

Antara yang dipersoalkan adalah sejauh mana Suhaizan, atas kapasitinya sebagai ketua sayap parti itu mengadakan perbincangan dengan DAP yang dilihat semakin lantang menentang hudud dan menyerang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perasaan ‘kurang senang’ dengan Suhaizan dapat dilihat sebaik sahaja beliau naik ke pentas apabila kedengaran suara-suara, dipercayai pemerhati yang ditempatkan di dewan berasingan.

Keadaan masih tenang apabila Suhaizan menjawab satu demi satu persoalan, termasuk mengenai pendirian konsisten DAP berkaitan hudud.

Kemuncak ketidakpuasan hati itu ditunjukkan kumpulan tersebut apabila kedengaran dengan jelas - "boo" ketika beliau menyatakan pendirian bahawa Pemuda PAS mengangkat idea dan kepimpinan Hadi.

Tidak cukup dengan "boo", ada juga terselit suara yang melaungkan perkataan ‘penipu’, ketika beliau memberi penjelasan.

Pada pemilihan parti yang berlangsung pada pagi Rabu, Suhaizan dicabar calon yang bukan calang-calang iaitu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dilihat mempunyai pengaruh besar kepimpinan bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Suhaizan dilihat lebih mesra Pakatan Rakyat namun situasi itu mungkin berakhir jika Nik Abduh berjaya merampas kedudukan tersebut.

Berbanding Suhaizan, Nik Abduh lebih lantang mengkritik kepimpinan DAP dan PKR khususnya dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti Islam itu termasuk yang terbaharu berkaitan pelaksanaan hudud.
-mstar



ULASAN GB

Berlaku lagi, seperti tahun lepas, segolongan Pemuda PAS dengan gelagat "memboo".

Namanya Pemuda Parti Islam SeMalaysia, kononnya mereka memperjuangkan dan mempertahankan kepimpinan ulama, tapi akhlaknya syaitan. Mengalahkan akhlak dan perangai parti lawan.

Inilah akibatnya apabila TIADA TINDAKAN TEGAS DIAMBIL terhadap mereka pada muktamar yang lepas. Mustafa Ali, kamu berdiri dan jawab di padang masyar nanti mengapa kamu melakukan tindakan berpilih di dalam hal disiplin ahli dan sikap kamulah yang mengnancurkan parti.

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Knapa bacaan yg lain elok sgt ke?... Jenis pemuda pas yg takbur... Sekali tuhan bg sakit baru tahu langit tinggi rendah... Suruh depa berckp english... Mgkin jg xboleh ... Tp tu lah kelebihan Allah ada yg d beri kepandaian yg tertentu kpd se sa rng... Jarang org yg pa ndai dlm semua segi.... Ni kah mereks yg bakal memimpin pas?...

Tanpa Nama berkata...

Susah jugak nk pertahankan presiden yg kaki tuang mesyuarat,buat keputusan veto di luar mesyuarat,overule keputusan mesyuarat ajk,tuduh orang edar pil kuda,perlekehkan kebolehan orang dan lain-lain lagi

Tanpa Nama berkata...

Kita tgk sudahla xyah komen2. Moga barisan batu ni ampuh utk melawan BN PRU akan dtg. Setiausaha agung pun dh beri jaminan takkan tinggalkan PR. Baguslah, jadi DAP pun kena berlapang dada.

air gunung berkata...

Nasib laa PAS oiiii..ade bapak tp tak reti nak jaga n tarbiyah anak.lagi lawak mcm geng2 bdk2 bertengkar tang sebutan dan bacaan.kalo boleh aku pon nak dgr jgak bacaan yg tkang komplen tuh.tara mana agaknya btol sebutan.

Unknown berkata...

Salam GB:
Sedih juga ya, bila perwakilan di ajar untuk melakukan sesuatu yg BERPILIH, no wonderlah kerjaan sekarang boleh melakuan tangkapan berpilih,dakwaan berpilih dan macam-macam lagi semuanya berpilih, tidak mengikut peraturan/perlebagaan yg ditetapkan untuk melakukan keadilan untuk semua. Nampaknya perwakilan dari terenganu dgn bongkaknya dgn membetulkan ayat2 al-quran, sedangkan sesuatu yg tak berakhlak didepan matanya dia tak tegur pun. Kalau beginilah didikan TGHH untuk anak2 buahnya jika menang dan berkuasa nanti masalah yg sama juga akan berlaku (SEPERTI UMNO) cuma bezanya umno kebendaan, Pas kepimpinan TGHH gunakan islam dgn caranya, semuanya berpilih-pilih.Itulah sebabnya IBLIS dipanggil IBlis,dia dah senang-senang duduk disyurga mepunyai banyak ilmu tapi bila tuhan nak jadi Adam daripada tanah IBlis menderhaka dengan ALLAH dengan bongakaknya/kibir bila dia berkata Adam dijadikan dari tanah yg busyuk mana boleh aku dijadikan daripada api,nak tunduk padanya.PENGAjaRAN ni ALLAH tunjukkan dalam AL-quran bermakna orang-orang yg ilmunya tinggi dilarang mendabik dada menyangkakan syurga itu dah terjamin.WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Orang yg sombong dgn ilmu hingga memandang rendah orang lain. Memalukan sekali...perwakilan pas tak ada akhlak islam.

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya melihat gelagat pemuda PAS ini, memperlakukan Ketua Pemuda PAS mereka seperti ini. Tiada beza antara UMNO dengan PAS.

Semangat kenegerian dan kesukuan mengatasi minda sihat untuk menilai kemampuan kepimpinan.

Perwakilan perlu sedar, memilih pemimpin adalah amanah yang ada tanggungjawab dan perlu dijawab. Pemilihan kepimpinan tidak boleh dinisbahkan kepada suku dan kenegerian.

Jika dilihat kembali, apalah erti kehilangan pekerjaan sebagai balasan kepada menyokong perjuangan PAS yang dilalui oleh Sdr Suhaizan. Apabila tidak diperlukan, dia hendak 'dibuang' begitu sahaja.

bik mama berkata...

Kalau pro ulamak nak menang kali ni pun xpelah..kita tgk sejauh mana kehebatan mereka menentang umno..let see..

Tanpa Nama berkata...

Perangai perwakilan Pas dah serupa Umno. Buang jerlah serban kopiah bagai tu. Buat malu Islam.

Tanpa Nama berkata...

Perangai perwakilan Pas dah serupa Umno. Buang jerlah serban kopiah bagai tu. Buat malu Islam.

Tanpa Nama berkata...

pilihan yg terbaik. tingalkan pas dn bina platform baru. pas yg sukar menerima teguran. jadilah pas zaman 70-80an. jaguh kampong

Unknown berkata...

Macamna agaknya bila hukum HUDUD jadi dekat Malaysia ya. Sebab prinsip-prinsip asas tak dilakukan.Orang yg nak membawa hukum HUDUD itu sendiri melanggar asas-asas BASIC hukum HUDUD iaitu keadilan untuk semua.PONTENG MEETING,PONTENG PARLIMEN, macamana agaknya elaun bulanan dapat tiap-tiap bulan ADIL kah kita pada rakyat yg beri mandat untuk memperjuangkan mereka???MALULAH KAT DAP,UMNO RELEX JERR Sebab pemimpin nya banyak ponteng di parlimen. satu contoh kalau anak geng-geng tok guru mencuri telor ayam kena tangkap, saksinya adalah geng tok guru juga kena potong tangan tak??atau ada hadith-hadith lain boleh pakai nak konar dari kena potong tangan atau ditangkap berzina kena tangkap saksi 4 orng boleh ka saksi tu cakap betul kalau dia cakap berpilih-pilh bagaimana??? DISINI TIADA TERLINTAS DIHATI SAYA NAK MENHINA HUKUM ALLAH.. NAUZUBILLAH. POKOKnya yg LEBIH PENTING jika benar-benar nakkan HUKUM ALLAH ITU DIJALANKAN Cara-carnya kenalah ikut, contoh teladan akhlak mulia,keadilan utk semua,rakyat tak teriniaya,rasuah dikurang/dihapuskan danbanyak lagi. Seperti dizaman nabi ada orng berzina nak berjumpa nabi nak menerima hukuman kali pertama nabi tak mahu jumpa,kedua pun nabi tak mahu jumpa sampai ketiga baru nak jumpa sebab kali kesatu dan kedua nabi bagi kat shahabat shaja uruskan..ianya boleh taaubat NASUHA,Disini nabi nak tunjukkan kita hukuman itu bukanlah utama yg penting (keimanan sesaorang itu iklas dengan ALLAH). Tetapi keimanan si penzina itu kuat dan berkeras juga dihukum rejam. Ada ka iman macam ni di akhir zaman ini.JANGALAHLAH PULA NAK BAWA HUKUM ALLAH MENGUNAKAN THEORY YAHUDI"MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" Maaf jika menghina sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat pru akan dtg....pasir mas siapa punya

sb dehlawi berkata...

bila lg laa pasma nak daftar parti politiknya. kita lwn parti pak lebai taik

sawachikaeri berkata...

malang.....nama parti islam.....perjuangan berlandaskan islam....ceramah pong pang pong pang tentang islam....tuduh orang lain tak islamik tapi diri hampeh...

Maaf cakapla kalau setakat pakai serban tapi hati hitam...penuh hasad dengki....sesama kawan tikam dari belakang...mbuang saja serban tu sebb singh pun pakai serban.

satu lagi lepas ni kalau nik abduh menang.....jangan panggil dia terlibat dalam demo...ni jenis skema

Tanpa Nama berkata...




Perwakilan Terengganu tolol. Sengaja mencari kesilapan bukan isu.

Musabaqah Al Quran akan berlangsung tak lama lagi. Perwakilan Terengganu layak tak jadi hakim.

Semua qari dan qariah telah belajar bertahun lama-nya tapi mengapa ada kedudukan juara, naib juara dan seterusnya. Kalau bacaan mereka betul tak ada yang juara dan tak ada yang tercorot !

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

2x5 je. Presiden berbulan2 dimaki hamun dan dihina - sambil menyokong cacian oleh DAP. Kini Ketua Pemuda dibooo dan dikritik.
Rasa pedih tentunya penyokong masing2. Itulah sebabnya jgn diadudomba sesama sendiri. Ini tidak, org luar maki kita sama ikut maki.
Bersederhanalah, tak kiralah siapa kamu, kukuhkan semula ukhwah dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...



.

Bacaan orang UMNO lagi bagus agak nya lah.

Kena bijak macam Mat Sabu bagi serampang dua mata.

Jangan nak jaga hati Presiden. Alang-Alang mandi biar basah.Dia orang bukan reti nak jaga akhlak, yang dia orang tahu nak 'boo'

Yang berbangga dia tak komen dalam facebook tu apa jasa dia? Pasal tak komen dalam facebook dia kira dia bagus. Pohraah. Setakat naik pentas cakap orang baca salah kira dia bagus. Lebih baik dia cadangkan kepada Dewan supaya mengadakan dua orang ustad al hafiz yang layak untuk memperbetulkan bacaan perwakilan.

Tanpa Nama berkata...

HUKUM ISLAM TAKKAN SALAH, JIKA ADA KEPINCANGAN MAKNANYA SALAH PERLAKSANA HUKUM ITU.

Tanpa Nama berkata...

Yang ada di dalam PAS ini orang orang Otak Gred 3 saja

Maka tak lah boleh di harapkan mereka ber perangai seperti di dalam PKR atau pun DAP

Mungkin di dalam MIC pun tiada gelagat orang orang kampong tidak brr pelajaran seperti ini

Gaya gaya alim dan islamik tidak menunjuk kan mereka islamik jugak

Tengok kepala Ketua Besar tahu lah kualiti ekor rkor nya

Tanpa Nama berkata...

ramai dikalngan yg membaca potongan al quran sngt baik tapi mereka juga yg MENJUAL AYAT ALLAH ITUUUUUUU......menyedihkan.... berdosa ke tidak???

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...

Allah telah membuka mata-mata orang PAS untuk melihat sendiri perangai pemimpin2 PAS..
Itu baru perangai dan akhlak pemimpin dan pemimpin pelapis PAS.. Perangai dan akhlak pengikut taksub PAS lagi laa teruk.

Depan mata sendiri dah kenal diri tu.

Tanpa Nama berkata...

Sudah nampak kali ni geng ug akan sapu bersih kemenangan...eloklah mat sabu and the geng join pasma atau tubuh parti baru bagi menggantikan pas sedia ada...nak harapkan geng2 ug ni nampaknya melingkuplah pru ke 14 akan datang...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang BERJAYA .. DI TARBIAH .. PAS .. PKR .. DAP .. DALAM MENLAKSANA KAN TUNTUTAN AGAMA ISLAM ..!!!!

otoote berkata...

tahniah hadi stopa tuebeghehim harondin takiri tantawi abduh dll dsb kerana berjaya jadikan PAS bukan saja ganti Umno...mslah gsnti Mic juga.Dan mentarbiah dgn akhlak tahap gila khinzir agar pemuda mampu berdakwah kepada penganut ugama lain.
baibai PAS

Tanpa Nama berkata...

Bagi je le kat geng HH menang. Rasa2nya dgn pendekatan UMNO yg mereka gunakan agak pasti golongan professional akan tumbang satu demi satu. Lepas tu lihat ke mana agak mereka bawa PAS. Yang sudah tentu ialah akan ramai ahli akan mengucapkan selamat tinggal kpd PAS kerana pengikut golongan professional sgt faham akan kualiti kerja golongan ini jika dibandingkan golongan ulamak (Kalau betul le layak bawa gelaran tu). Kemudian para pelobi UG pula akan mula bergesel tubuh dgn UMNO dan percayalah, pasti terserlah nnt watak2 ini. Pada ketika itu kita insyaa Allah berpeluang melihat kebenaran. Mana tahu, ini adalah pembuka mata utk mereka yg sebelum ini telah bermati-matian mempertahankan kebejatan yg dilakukan oleh pemimpin2 tertentu. Mana tahu, ini mungkin rancangan ALLAH agar satu satunya yg bergerak berpaksikan Islam ini dpt diperlihatkan wajah2 pengkhianat yg sebenarnya dan bergerak dari situ, pembersihan akan dpt dilakukan. Buat masa ini, dipercayai, telah ramai yg mula.mengucapkan sayonara kpd PAS.

cikmatgelap berkata...

RAMAI KATA SEKARANG PAS DAH JADI MCM TAHUN2 80AN,salah tu sebab tahun2 80an pemuda dan ulamk pas tak le setolol yg sekarang ni,aku dizaman berjuang zaman tu,dan aku dapat rasakan pas sekarang ada lah pas yg berfikiran baru iaitu,pas dah betul jadi umno,kerana dalam pas sekarang telah berkumpul ulamak2 sesat dan menyesatkan...pas akan jadi umno bukannya pas ganti umno

5sal berkata...

suhaizan dah kalah,adakah bang mat sabu,uaa akan mengalami nasib yang sama,begitu juga kah ajk bukan ulama akan kencundang?rasa tak sedap hati ja!!!

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 6:51 PM

Haji Hadi tu kuat memaki dan mencaci itu... siapa yg sebut BROKER, BARUA, TOLOL?
Sebusuk DAP pun tak membarua dan mentololkan Haji Hadi. Dia cuma kata Haji Hadi khianat.

Haji Hadi akan tetap teirma hukumannya satu hari nanti. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Sy selaku anak muda x kan bagi undi saya pada pas pada pru14 jika pas dipimpin oleh golongan what so called ularmak

Tanpa Nama berkata...

Bersiap sedia semua menanti keputusan yg lebih buruk! Geng UG akan sapu bersih. Perwakilan geng depa..pada siapa yg ingin terus kedepan..pilihannya adalah PASMA! Sayonara PAS!

Tanpa Nama berkata...

teruskan berdoa.jangan putus berharap

Tanpa Nama berkata...

.

Rosmah merai kemenangan ini dengan tawaduk dan syukur. Kedudukan Najib kembali selamat.

Keputusan ini menunjukkan PAS adalah lidah penyambung Utusan seperti mana Utusan adalah penyambung fitnah pada rakyat

DUPP membuat keputusan sebulat suara memutuskan perhubungan dengan DAP tanpa memutus kan menolak kerjasama dengan UMNO.

Ramai perwakilan yang milih Adduh tentu melihat kehebatan Ustad Kazim dan Dr Ridhuan berceramah dan mereka juga bercita-cita mencipta nama dan kedudukan seperti Kazim dan Ridhuan. Kerana selepas ini mereka dapat berceramah dan berkuliah sepentas dengan UMNO.

Mana-mana pemegang jawatan dalam kepimpinan hanya berkhidmat selama dua tahun. Ini mungkin sebab perwakilan memandang ringan kesan nya pada parti. Dua tahun lagi kalau pasukan ini gagal mereka boleh menukar kepimpinan tetapi kepemimpinan selepas ini kena bermula dari mula. Seperti UMNO, sesiapa yang menganti Najib terpaksa bermula dari awal.

Kebanyakan perwakilan tidak mendapatkan maklumat dari IT sebab orang agama ini ramai yang memandang ciptaan manusia ini mendorong kepada dosa. Buang masa. Sedangkan apa jua di dunia boleh digunakan untuk mendapat pahala dan kebaikan. Yang paling teruk mereka menanggap cerita dalam blog dan FB adalah cerita palsu. Sedangkan mereka di beri otak memilih seperti mana mereka memilih UMNO kerana semata-mata berpandukan kepada Hj Hadi. Kerana yang menang bukan Hj Hadi atau Harun Din. Yang menang ialah UMNO.

Kerjasama yang di ujudkan oleh Ustad Fadzil dan TGNA dikatakan sementara tetapi mereka terlupa yang hidup mereka dan kuasa yang ada pada mereka juga adalah sementara. DUPP tidak ada maruah kerana hanya memutuskan kerjasama dengan DAP tapi kekal dalam PR kerana jawatan EXCO di Selangor dan kerana ada dua ahli PAS yang berkeras pertahankan PR. Sebagai ulama mereka sepatutnya ikhlas mempertahankan kepimpinan ulama dan Hj Hadi.

Selama dua tahun ini kita akan saksi kan kumpulan ini bertelagah sesama mereka bukan pasal isu hudud tetapi pasal perubahan kehidupan Abduh dan orang-orang di sekelilingnya yang setaraf Ustad Kazim.

Pemimpinan Professional kena bersedia kerana nama-nama mereka tidak akan di calun kan untuk pilihanraya. PKR kena jaga wakil rakyat nya supaya tidak menyokong kumpulan Hj Hadi untuk menumbang PR Selangor.

Kepada Allah kita kembalikan. Selama dua tahun ini kempimpinan PAS umpama Lembu di cucuk hidung.

Jeman berkata...

Aku bukanlah pro sapa2.. tp Suhaizan dh buktikn byk kerja2 pro rakyat yg dia laksanakan.. Nik Abduh? Maaf ckpla tiada satu pon sumbangan yg bermakna stakat ni selain pegi demo dgn geng perkasa tu ari.. syg, byk sgt geng ISMA n JATI mnyusup masuk PAS.. habis dgn boo sume ada dah.. PAS hampir pasti makin jauh dgn rakyat kebanyakan lepas ni..

Tanpa Nama berkata...

Adakah cakap2 mokhtar senik agen umno semakin menunjukkan kebenarannyaa.cita-cita umno untuk terus berkuasa menjadi kenyataan dek pendeknya akal segolongan ahli pas.sedihnya kalau benar2 terjadi

Tanpa Nama berkata...

Kalau BODOH kepimpinan Pemuda PAS maka bodoh lah hasil hasil dari Bebudak PAS tu

Tak boleh pakai lah gaya nya

Tok Guru Presiden sudah lah TOLOL , Ketua Bebudak BODOH pulak

Apa lagi yang boleh di harap kan dari PAS ini

Balik ke Zaman Batu bila mana Akal Dan Otak tidak menguasai kehidupan , Emosi yang akan membawa PAS ke hancuran

Tiada Nilai Ekonomi , BODOH pulak tu....

Teringat Orang Orang Rohingya atas Kapal Kapal nun.

maae berkata...

Islam itu mertabat nya tertinggi. Namun penganut nya konon begitu Islamik gagal dalam mengangkat zahir dan roh Islam. Bukan salah sesiapa pun, punca nya dari diri dan ketaksuban kumpulan sendiri juga.

Masih banyak yang membabitkan Umno sehingga begitu buruk. Pernah anda lihat perhimpunan Umno tahap yang anda katakan ? Muktamar Pas hanya sedikit baik dari cara Pkr - maki hamun kerusi meja melayang-layang ! Malah bergaduh sehingga tumpah darah ! Pas.terkenal dengan fitnah dan bahasa kesat. Tahap pemikiran kelas 3. Konon bijak Al Quran tetapi hakikat nya ? Malah ramai tidak tahu berbahasa Inggeris ! Tidak malu? Bukan kah berilmu itu sendi Islam ?

Dap lebih bijak mencatur. Mereka bokeh kawal samseng mereka dan kini menjadi tangan ghaib mencatur untuk anda semua. Mereka juga fitnahkan Umno. Masih menafikan ?

Berubah lah menjadi penyokong politik sihat. Berketrampilan. Dalam politik jangan tututp mata sebelah, mengintai sebelah ! Buka lebar kedua-dua mata ! Harta kebendaan dan kemewahan memang serakah manusia ! Berbini tidak cukup satu malah libas lagi hak orang ! Kereta dan rumah juga ingin mewah. Akaun bank sudah tentu sihat walafiat ! Dari mana ? Anda fikir sendiri. Kenapa bandingkan dengan Umno ?

Cukup-cukup lah sebagai melayu Islam, jauhi kemungkaran. Berpolitik, bersaing dalam ekonomi, mengukuhkan jemaah dan masyarakat itu terutama. Perangi musuh dalam selimut, musuh luar dan bertaqwa lah !

Jangan risau, Umno tidak akan membunuh anda ! Jangan musuhi saudara se Islam. Bencana nya sudah mula menjeput anda semua sekarang.... lafazkan.syahadah anda semula dan balik menjunjung Al Quran.

Tanpa Nama berkata...

Betul bro ,gua dgn geng atas pagar takkan undi Pas selagi Hj Hadi n proumno Pru14.Minta MP Temerloh blah lps ni.tak guna langsung mkn gaji but a,takde sumbangan untuk kami,pui...sibuk main politik utk karier politik dia.Yg pasti Pru14 mmg ko bungkus,pi masuk Umno lg baik blh jd menteri.

Tanpa Nama berkata...

Geng UG pro Umno.PENGKHIANAT!!!Hj Hadi tgk gaya pun nampak sombong tp diperbodohkan oleh Umno,kalau tak pandi berpolitik jd pak lebaila.

Tanpa Nama berkata...

Aku skrg cuma tunggu keputusan siapa jadi presiden pas...kalau keputusannya Hj Hadi masih menang, maka confirmlah aku akan ucapkan selamat tinggal buat pas...kpd mat sabu dan geng professional, lepas ni bolehlah berehat dari menghadiri himpunan2 rakyat...kita tengok dan bagi peluang pulak kpd geng ug dan ularmak utk ambil alih dan cuba rasa peritnya asap gas pemedih mata serta gatalnya air asid...apa mcm?

Malaysiabaru berkata...

Senang la nak ber UG selepas ni

Perangai ngam dah sama

Ularmak sesat pas dan umno boleh lena tido sebantal nyenyak

Tanpa Nama berkata...

Kita tukar je Kelab Penyokong Pas tu kepada Kelab Penyokong Pakatan Rakyat. Semua ahli2 Pas kekalkan diri kita sebagai ahli Pas...cuma kita terus bermesra dengan PR. Amacam...ni je lah jalan yang kita ada buat masa ni, menanti luruhnya tokoh2 professional dalam kepimpinan pusat serta kami yang di bawah ni yang berpendidikan bukan dari aliran agama tetapi mahu terus bersama PR.

Tanpa Nama berkata...

Sorry PAS. Aku dan rakan2 yg bukan ahli PAS, yg selama ini menyokong PAS, TIDAK AKAN MENYOKONG PAS LAGI pada pemilihan akan datang. Kerana PAS yg baru ni mundur kebelakang.
Who the hell are you kidding, memutus hubungan kerjasama dgn DAP tapi masih dalam PR. Bukan DAP tu dlm PR ke? Apa makna ini semua. Kami bukan bodoh lah

Tanpa Nama berkata...

niat menegur bacaan tu hanya dia dengan tuhan je yang tahu, kalau dia ikhlas pun tetap nampak tidak bijak bila ditegur dengan cara macam tu. ini la kalu pertimbangan tak guna akal, bukannya kecik anak yang ditegur tapi pimpinan sendiri. lain la kalau teguran secara personal pun tak dilayan, akhlak mahathir yang korang dok kapirkan tu pun lg baik, dia sound najib personal dulu, bila tak layan baru pergi ke public.

Tanpa Nama berkata...

Menyaksikan muktamar pemuda PAS menguatkan persepsi saya dengan sikap dan perangai kumpulan ustaz-ustaz yang memang jahat dan boleh menyesatkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi mudah berhujah sesat menggunakan hadis dan Al Quran.

Contohnya semasa berlaku polemik Syakirin mengatakan "Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,". Ia adalah permainan semantik yang tujuan sebenarnya adalah sekadar ingin mengelirukan dan ingin menunjuk lebih pandai bila mana Suhaizan dan perwakilan membangkitkan soal fokus tindakan pemuda dan mengapa UMNO mesti ditentang KERANA KEZALIMAN UMNO DENGAN MENYEBUT CONTOH kes 1MDB, rasuah, salahguna kuasa, GST dan sebagainya. Memanglah tidak disebut UMNO ditentang kerana Allah tak suruh dan tak disebutkan pun dalan Al Quran secara direct. Takkanlah Syakirin dan species yang sewaktu dengannya tak faham maksud yang ingin disampaikan oleh kalangan perwakilan dan Suhaizan. Firaun ditentang kerana kezalimannya dan apa yang dilakunya adalah mengaku dirinya Tuhan dan berbuat kezaliman terhadap rakyatnya dan golongan yang dilihat boleh menggugat kekuasaannya. Perlakuan dan tindakan seperti mengeluarkan akta membunuh anak lelaki, membunuh pengikut dan rakyat yang menentang polisinya oleh Firaun adalah manifestasi kezalimannya yang menjadi suruhan Allah yang dia mesti ditentang. Janganlah anggap seorang yang sedikit kurang bacaan al Qurannya tidak tahu apa yang diucapkannya dan tidak layak menjadi ketua. Takkan Syakirin tidak tahu pada peristiwa sahabat rasullullah Khalid bin Al Walid yang kurang ilmunya boleh diangkat menjadi ketua oleh Nabi. TINDAKAN SYAKIRIN DAN PEMUDA JELAS MEMBAHAYAKAN MESEJ DAKWAH DAN WAJAH ISLAM. Awas dengan mereka ini yang bergelar ulama yang boleh menyesat lagi menyesatkan. (Coretan saya sebagai pemerhati).

Tanpa Nama berkata...

harap kepimpinnan baru PAS akan bawa PAS keluar PR dan masuk BN.

senang cerita dan rakyat pun puashati.

apa guna ckp islam tp munafik tk tunjuk pendirian sebenar.

sekarang golongan profesioan ldh tersingkir, TGNA dah tiada, apa UG nk takut lagi.

kalau benar bersatu dgn umno demi agama dan bangsa, sila declare sebagai anak jantan. anak jantan mesti tunjuk bersatu dgn anak bugis (hihihih).

tolooong lah PAS, keluarlah PR dn bersama umno. senang PR nk berjuang tanpa musang berserban ayam.

Tanpa Nama berkata...

Allah turunkan Alquraan sebagai panduan, nasihat dan hukum kepada manusia. Alquraan minta orang Islam bersatu padu. Mejadi kafir harbi sebagai kawan baik dan kumpulan Islam musuh utama dengan memberi seribu alasan bermakna tidak ikut Alquraan.Ini bermakna tidak ikut Alquraan. Ini juga merupakan amalan politik suku ugama suku.