Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima sokongan dari pelbagi pihak untuk bertanding di kedua-dua PRK, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Di dalam satu sidang media di Kapar hari ini, Jawatankuasa Perhubungan DAP bagi parlimen Kapar dan Shah Alam bersama-sama dengan pemimpin AMANAH telah mempersetujui dan memberi sokongan penuh agar AMANAH diberi mandat untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan mewakili Pakatan Harapan
Kelmarin, di dalam Pidato Mesra Bersama Pemimpin AMANAH di Sabak Bernam, ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu turut menyuarakan perkara yang sama dimana beliau menyatakan sokongan dan harapannya agar AMANAH akan dipilih sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
DAP melalui kenyataan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Parlimen berkenaan.
Manakala PAS pula telah mengumumkan akan bertanding dan kenyataan Presidennya hari ini menyebut "sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti itu memutuskan untuk bertanding."
PKR belum membuat sebarang pengumuman. Namun Timbalan Presidennya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sudah kelihatan "turun padang" dan beliau masih berdegil mahu berunding dengan PAS dan AMANAH agar pertandingan satu lawan satu dapat direalisasikan.
Untuk tujuan rekod, di dalam PRN Sarawak yang baru lalu, Azmin dilihat telah menghuru-harakan Pakatan Harapan sehingga akhirnya calon-calon Pakatan Harapan telah bertembung sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan kebanyakan calon-calon Pakatan Harapan tewas di tangan Barisan Nasional.
Pakatan harapan sehingga saat ini belum bermesyuarat bagi memutuskan parti yang akan bertanding.
Naib Presiden AMANAH, Dato Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan AMANAH secara prinsipnya akan bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar meskipun pimpinan tertinggi Pakatan Harapan masih belum membuat sebarang keputusan.
“Secara prinsipnya, Amanah akan ada di mana-mana kerusi yang ditandingi Pas. Saya menjangkakan kita akan buat keputusan dan Pakatan Harapan akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.
Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.
"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali beberapa hari lalu.
Sementara itu pihak akar umbi meminta Pakatan Harapan untuk menyegerakan mesyuarat bagi membuat keputusan dan meninggalkan parti komponen yang enggan hadir atau enggan memberi kerjasama supaya para petugas dapat menyusun gerak-kerja yang effisyien dan effektif bagi menghadapi PRK-PRK berkenaan.
Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -Greenboc

29 ulasan:
Aku merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang menyokong dan mengsyorkan agar AMANAH meletakkan calon di kedua-dua tempat berkenaan.
AMANAH mesti bertanding didua dua PRK tersebut, PAS nak tanding sama.....lantak
Go AMANAH...terbaik!
Tidak ada sebab nak elak pertandingan tiga penjuru. Cakap Mahathir tidak boleh pakai. Sekarang bukan pembangkang sahaja berpecah tetapi rakyat juga tidak bersatu macam dulu-dulu. Apalagi orang melayu....
Selain ada BN, PAKATAN HARAPAN dan BLOK 3, sekarang sudah ada 3 pemimpin yang berjuang sesama mereka iaitu Anwar Ibrahim, Najib dan Mahathir. Maaf Hj Hadi tak layak di kira dalam pertarungan ini. Sebab dia tahap cai sahaja.
Dari Azmin menyibuk pasal PRK, lebih baik Azmin damaikan Anwar Ibrahim dengan Mahathir, kalau nak cepat tumbangkan Najib.
Yang aku risauksn Si Azmin anak lelaki Ali ni.Mangkuk sekor ni memang Pengacau Tegar.Presiden PKR harap bersuara Tegas.
Amanah sewajarnya bertanding di kedua2 kerusi parlimen itu. Amanah adalah penerus legasi misi dan visi Pas era almarhum2 TGNA dan UFN. Pas yang ada pada hari ini adalah Pas versi Hadi Awang. Pas ini telah terkeluar dari orbit matlamat perjuangannya yang asal. Biarlah ia turut bertanding. Malaysia negara demokrasi. Tidak ada sesiapa boleh menghalang sesiapa dari bertanding asa
kan menepati syarat.
I
Hanya satu jalan penyelesaian sekiranya mahu elak pertandingan tiga penjuru, tapi mustahil, iaitu PAS menyertai PH.
Bukan PAS sahaja menolak malah ramai penyokong PH menolak PAS bersama PH.
Mana dia persamaan antara PAS dengan PH? Cukupkah kerana dua-dua ingin tumbangkan UMNO?
Mampukah dan serious kah PAS untuk mereformasikan sistem dan pentadbiran negara ? Lihat lah tindak-tanduk Presiden PAS...
Aku puuuuuunnnnn..go amanah go.Muhid alyahya kubur panjang kedah
Pendapat aku, biarkan pas amanah dan bn bertanding d dua2 parlimen berkenaan...biarlah 3 penjuru sbb tiada yg ingin mengalah utk ambil sorg 1... hasil undian nnti cube comparekan..antara amanah dan pas..iaitu antara pakatan dan parti berseorgan..siapa yg jd pilihan rakyat...hasil plhrnya ni wlaupun jika kalah, blh dijadikan statistik atau penilaian utk pru 14 nanti...
Puak pas kata bila dap@cina tolong kempen mereka kata barua/balaci dap. Mca tolong umno kempen tak pulak kecoh kata urno balaci mca. Puak pas ni ramai kat blog omakkau.
Weiii... mana boleh 3 penjuru..tu namanyer yg menangkan bn....apara ngan pas nie....degil betui laaa...ker ada kutu disebalik serban?
Pedulikan pascai dan azmin.. Amanah bertanding dua2 tempat..
Impian parti-parti pembangkang menumbangkan kerajaan BN sudah menjadi mimpi ngeri. Partandingan tiga penjuru dalam prk atau pru akan datang tidak dapat lagi dielakkan, lantaran seakan-akan sudah terbentuk tiga blok parti politik. BN, Pakatan Harapan dan gabungan Pas dengan Parti Ikatan Rakyat mewarnai gelanggang politik Malaysia. Pada PRU 13, semasa bersama Pakatan Rakyat, Pas dengan angkuhnya meletakkan calon-calonnya di dun yang telah diputuskan PKR bertanding. Terbaharu dalam PRN Sarawak, langkah sumbang ini diikuti pula oleh PKR yang meletakkan calon-calonnya di dun yang telah dipersetujui bersama DAP bertanding. Pas melalui Hadi Awang menguburkan Pakatan Rakyat, dan PKR melalui Azmin bakal menguburkan Pakatan Harapan. Dalam situasi tiada kesepakatan parti-parti pembangkang, BN yang terlalu lemah dan dibenci oleh majoriti rakyat tersenyum simpul menghitung kemenangan PRU 14 kelak.
Jika diberikan laluan untuk mengekalkan dun dan parlimen yang secara tradisinya Pas bertanding, ini adalah langkah untuk menafikan keberadaan Amanah dalam Pakatan Harapan. Amanah tidak akan mendapat satu kerusi dun atau parlimen jika masih mahu berunding dengan Pas. Amanah telah diikhtiraf oleh Pakatan Harapan sebagai pengganti Pas. Anehnya, Azmin masih mahu berunding dengan Pas dalam meletakkan calon dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Perjanjian telah dimeterai, lantas Pakatan Harapan tidak ada apa-apa ikatan lagi untuk berunding dengan Pas. Kadang-kadang kita melihat Azmin lebih sudu dari senduk. Kata putus adalah pada presiden dan bukan timbalan presiden. Azmin, kenapa kepala jadi pusing?
Pakatan Harapan, Terutamanya pemimpin-pemimpin AMANAH! Majlis Presiden nanti.. Tolonglah...buatlah diri kita tu..ada telor!
TEGAS dan Kehadapan lah !
Komen anda tepat. Mcm ni baru komen bukan rapu tak tentu hala. Fakta ada begitu juga pandangan bukan sekadar suguhan akal perbadi yg kalut dan melalut.
Yg nampak telah mula buat onar dlm PH skrg ni adalah si anak Ali tu...
Apakah dia ingat penyokong PH ni taksub menyokong mcm walaunbutakayu pascai tu? Kami tahu kamu lebih mmentingkan kedudukan kamu bbanding kehendak rakyat...kamu kami angkat dan kamu juga yg akan kami humbankan...kpd pemimpin PH, awas gerak geri kamu sedang kami perhatikan...
kenapa pulak PAN dihalang untuk bertanding di PRK Sg. Besar & Kuala Kangsar ? Aku cabar siapa yang berani halang PAN untuk bertanding ? cakap ! Kami dah kuat sekarang tau tak ? siapa berani halang kami ... aku nak tengok muka manusia parti mana yang berani halang PAN untuk bertanding di mana-mana Pilihanraya tak kiralah samada Pilihanraya Kecil atau pun Pilihanraya Umum
Kalaulah Anwar ada diluar penjara...tahulah nasib ko wahai anak ali...abg mat, aku menantikan kejantananmu...tolong jgn sorok telor...
Dia ni degil dan berlebih lebih dah pijak kepala presiden sendiri..dia anak haram kot??
pada pendapat saya. elok kita uji azmin dan pkr dalam hal prk ini. kita putuskan supaya PKR bertanding di sg besar melawan BN dan Pas. dan amanah pula bertanding di K.kangsar. biar nampak seperti amanah mengalah dan beri laluan pada PKR@azmin. apa yg kita mahu, kita nak biar PKR@azmin bertembung dgn Pas dan pertembungan ini akan menentukan siapa yg azmin ingin pilih. bersama PH atau masih nak bermadu dgn Pas. azmin kan dah kata nak berunding dgn Pas. sbb dia sendiri kata yg Pas dan amanah sukar nak menang. so kita biar dia bertanding 3 penjuru. sbb Pas memang nak sangat bertanding. dan kita nak lihat tahaluf Pkr@azmin dgn Pas ni lagu mana. jika azmin mampu buat Pas mengalah. itu sudah cukup bagus. Jika tidak, sudah sampai masanya azmin menamatkan tahaluf beliau dgn pas dan eloklah beliau pecat saja exco pas dan lantik exco yg lain selain dari pas.
tujuan kita adalah nak uji adakah azmin ini pejuang yg benar2 jujur dlm berjuang atau hanya meraih kesenangan dunia semata. sbb cakap2 yg kurang enak sudah semakin di bau ramai org dgn teletah azmin ini. adakah azmin sudah korup dgn kuasa dan kedudukan yg dia miliki sekarang atau dia masih utuh dan berintegriti dlm berjuang.
so apa kata kita jadikan sg besar ini sebagai ujian buat azmin. adakah beliau benar2 pejuang sejati. adakah beliau benar2 punya kecerdikan dan kaliber dlm menjadi pemimpin. kemenangan PKR dlm PRK ini akan membuktikan azmin benar dlm langkah2 politiknya, dan kekalahan akan membuktikan yg dia masih lagi belum cukup matang dan bijak dlm membuat perkiraan politik. kalah dan menang akan menguji kewibawaan azmin. ia seperti satu pertaruhan yg besar di mana kalah menang ini akan menentukan nasib azmin dlm arena politik mendatang.
Setuju...pas pasti kalah...biar si azmin dan kunco2nta buka mata sikit tergila2 talak dgn pas yg busuk hapak tu.
Org dah tak baca dah blog tu..tu blog org gila talak@mereng.
Betul sekali..kita sependapat..
Betullllll
ini orang cakap "test market"....tapi tak berbaloi, BN akan menang dan besar kepala
Bayangkan kalau PAS tak ada....banyak masalah selesai
Langar2 je la..pas bkn sebahagian dlm pakatan harapan..
Kenapa perlu bertelagah dan mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kerana PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar....
Biarkan pengundi di kedua2 PRK buat pilihan mereka. Dan biarkan siapa nak bertanding. Semua parti bertanding ada pengikut dan ada strategi untuk menang. Kenapa perlu maki hamun dan bersikap sombong bongkak dengan ulasan semata-mata ikut perasaan.
Sepatutnya tak perlu komen berlebihan....Sejukkan kepala dan fikiran. Kalau nak beri cadangan, buatlah yang terbaik.
Apa2 halpun tunggu hari penamaan calon dan keputusan PRK di kedua2 parlimen tersebut....Tak yah nak berbalah dan tunjuk bijak !
Catat Ulasan