13 Jun 2015

Kaum Cina Tak Undi PAS Lagi, PAS Bakal "Hanyut" Pada PRU Akan Datang...


Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

"Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.


"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

"Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut.

ULASAN GB

Demikianlah kisahnya. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

PAS yang dulunya parti kampungan, dangkat martabatnya ke persada politik negara dengan kewujudan para profesyenal yang berjaya bukan saja merubah persepsi bukan Islam terhadap PAS, malah terhadap Islam sendiri.

Tegasnya, PAS membina asas kekuatan baharu dengan cara meruntuhkan prejudis serta tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Juga golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberi kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon PAS.

Bagi menjayakan pelebaran dan pengukuhan tapak sokongan baharu, PAS melalui satu anjakan besar di segi mesej politiknya.

Kehadiran golongan profesyenal seperti Mat Sabu, Dr.Dzulkefly, Dr.Mujahid, Mohd Hatta, Hanipa Maidin, Mohd Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Suhaizan Kayat, Mahfuz Omar, Asmuni Awi, Husam Musa, Haji dan Kamaruddin Jaafar di peringkat pusat dan Adly Zahari, Dr. Rani Osman, Tengku Puji, Hj Aminulhoda Hassan dan ramai lagi di peringkat negeri telah berjaya menambat hati bukan-Islam untuk menyokong PAS dan golongan "ulama" begitu cemburu sehingga bermacam fitnah dan cacian dilemparkan terhadap mereka kononnya mereka kumpulan liberal, pro-DAP, Jebon, Anwarinas dan sebagainya... tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan mereka.

Kini masyarakat bukan Islam telah bersuara. Malah NGO dalam PAS sendiri iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS terkejut dengan sikap ulama yang buruk pekerti dan perangainya "menghalalkan" cacian dan makian yang menyebabkan ketuanya mengkritik secara terbuka sikap dan perangai ulama dalam PAS di dalam muktamar baru-baru ini.

Bukan saja bukan Islam, malah dari kalangan ahli PAS yang beragama Islam sekalipun, kini telah ada yang meletak jawatan dan keluar PAS. Ada yang merobohkan markas dan membakar bendera {AS seperti yang berlaku di Teluk Bachok. Satu fenomena yang tidak berlaku selepas muktamar tetapi berlaku di muktamar kali ini.

Quo vadis PAS?

PAS akan menjadi parti kampungan semula. PAS bakal kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan DUN di dalam pilihanraya akan datang.



TINGGAL KENANGAN, MENJADI SEJARAH


42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terlalu sedih dan pilu utk dikenang..

semua sudah tinggal sejarah..

kesian pada semua pejuang yg ikhlas mengangkat martabat parti pas..

malanngya jasamu x dikenang..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita lupa bahawa 'Setiap apa berlaku adalah atas keizinan Allah'.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Cuma cepat atau lambat untuk kita mengetahuinya.
Yang penting apa sumbangan kita untuk memperkuatkan lagi Jemaah PAS.
Sekurang-kurang kita ada jawaban dihadapan Allah nanti.
Hentikanlah komen-komen yang memburukan lagi keadaan... ini membuatkan musuh Islam bertepuk tangan dan mereka dah tak perlu buat kerja....

Tanpa Nama berkata...

Ah! Diorg berlakon jer tu..mana ada ikhlas..Pas ni lain daripada yg lain..ken wala' dgn tuang presideng! Ha ha ha! Pas is a big joke!

Tanpa Nama berkata...

Lupakah PASCAI sewaktu tiada kuasa di Selangor dulu? Nak bagi tazkirah pun kena halau dan disekat...
Apakah sejarah dulu akan berulang kembali?

Ayah Man berkata...

Btul saperti kata Anom di atas.. malah aku pun turut terasa sedih..

air gunung berkata...

GB.
.............
.............
............
............
sedih n kelu

Unknown berkata...

Mungkin ia nya merupakan hukum ALLAH kepada mereka yang mengaku "ULAMAK" tetapi tidak melakukan tugas saperti "ULAMAK". Contoh mudah ada lah cara hidup sebahagian dari mereka yang telah di beri kemenangan. Kini apa yang boleh di harapkan dari "BOMOH MELAYU", tuan president, ketua pemuda, timb MB Kelantan dan "SI LUTUT & SIKU DI DALAM JUBAH"? Dan yang patut di "SUMPAH DAN DI SERANAH" ada lah si Mokhtar SNEAK yang telah membawa usul bodoh dan DUPP juga sama sama bodoh kerana menerima usul tersebut sebulat suara.

Dek kerana "KEBODOHAN" mereka yang mengelar diri mereka "ULAMAK" maka berlaku lah sesuatu apa yang sudah pun berlaku. Mereka lupa bahawa yang menghidup kan PAS ada lah dari sumbangan orang orang kampung. Mengapa mereka tidak memikir kan itu semua.

Pada PRU ke 14 nanti sudah pasti PAS akan "KALAH" di semua kawasan yang mereka tandinggi kecuali mereka yang di pinggirkan beralih ke wadah lain. Kalau di tubuh kan Parti berjenama "ISLAM" yang lain pun pasti akan kalah kerana perasaan pengundi Cina dan India telah tergoris.

Saya percaya bahawa UMNO-BARU/BN sudah pasti "BERPESTA" setelah berjaya "MEROBOH" kan PR.

Tanpa Nama berkata...

Yang pening nya macam mana BUDAK BAHALOL AL - TOLOL boleh di lantik jadi presiden PAS sejak dulu lagi

Orang orang PAS bodoh betul betul bodoh ke???

Tanpa Nama berkata...

Kluk klek....kluk klek...kluk klek. Wal hasil balik asal sheikh kopiah longgar.

Tanpa Nama berkata...

Padamnya tokoh tersohor tuan guru nik aziz..maka padamlah cahaya kegemilangan pas..buat selama2nya..

Tanpa Nama berkata...

Pergi nasihat Hj Hadi tu dulu...kalau nak berjamaah buat cara nak berjamaah...jgn suka buat fitnah dan menuduh seseorg tanpa bukti...nak wala' pun biarlah berpada pada...Hj Hadi bukan maksum mcm nabi...nabi pun tak suruh kita taksub pada makhluk...segarang saidina umar pun dia minta kalau dia mentadbir dgn cara bengkok...maka kalau perlu luruskanlah dia dgn mata pedang...wallahualam...

Tanpa Nama berkata...





.

Kenangan ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi yang ini kenangan yang cukup menyedihkan. Teringat perhimpunan di Kelana Jaya. Terkenang-kenang apabila berdoa di baca kawan-kawan cina dan india berdiam diri.

Gambar-gambar ini lah yang menakutkan dan membuat UMNO tak boleh tidur lena.Dan sekarang, gambar-gambar ini lah yang membuat kira rindu pada suasana ketika itu. Gambar-gambar ini lah yang membuat pro ulamak cemburu dengan profesional.

Kita hendak perkara tersebut datang semula kepada kita. Kita nak ianya seperti dulu supaya PAS maju dan bertambah kuat.

Cara nya ambil lah tindakan seperti PAS Jelebu. Satu demi satu kawasan yang letak jawatan. Kita tenguk apa tindakan pro ulamak.

Kalau tidak, jadi lah ahli yang tak menyumbang apa-apa sebab ketika ini pun parti dengan kepimpinan pro ulamak tak buat apa benda pun. Ada sesipa boleh bagitahu apa jawapan kepada persoalan DUPP Saudara Bala ?

Walaupun PAS bukan agama tapi parti, demi tujuan berdakwah kita berkewajipan betul kan PAS untuk betulkan Islam yang di bawa oleh PAS.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Anon
June 12, 2015 at 11:46 PM

'Setiap apa berlaku adalah atas keizinan Allah'.

Betul tapi atas kemahuan kita dan kehendak kita, maka di izinkan.
Kadang tu Allah tak izinkan pun dari awal dengan memberi peringatan dan teladan yang baik dan yang buruk tapi yang buruk tu jugak yang kita pilih.

Bila Allah izinkan adakah kita tak bersalah melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum dan peraturan baik manusia yang punya atau Allah yang punya?

Siapa kah yang izin kan kita menulis begini?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya....PR tak berpecah tapi sedang 'menggredkan' penyokong dari yang 'busuk', 'kemuruk' dan 'sampah'....humbankan puak ni dari PR, langsung tak bermoral, begitukah yang diajar oleh islam sehingga sanggup ketepikan soal prinsip dan etika..jauhkan mereka-mereka ni dari PR.

Tanpa Nama berkata...

SOALAN Dari puak UG:
Kenapa kita lupa bahawa 'Setiap apa berlaku adalah atas keizinan Allah'.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Jawapannya: Memang ada hikmahnya ALLAH NAK TUNJUKKAN PADA KITA,ULAMAK TAK SEMESTINYA MAKSUM.
Soalan:
Cuma cepat atau lambat untuk kita mengetahuinya.
Yang penting apa sumbangan kita untuk memperkuatkan lagi Jemaah PAS.
Jawapannya:Sumbangannya kita kena beri tahu akar umbi ahli-ahli PAS, PAS sekarang dah jadi sejarah ,ingin kembali ke asalnya conservertive.
soalan:
Sekurang-kurang kita ada jawaban dihadapan Allah nanti.
Hentikanlah komen-komen yang memburukan lagi keadaan..
Jawapannya:
Jawapan apa yg kita nak berikan ,pada ALLAH, bila terang-terang kemungkaran berlaku di depan mata kita.Saya tak fikir komen-komen ini memburukkan keadaan, malah ianya memberikan kita suatu pelajaran, boleh menerima perbezaan pendapat,ALLAH memberi kita akal untuk membezakan di antara yg baik dan buruk, Adakah salah bila kita katakan presideng kita selalu ponteng parlimen(ADA FAKTA) adakah halal elaun yg diambil BULAN-BULAN??Sedangkan rakyat dikawasannya kais pagi mkn pagi,kais petang mkn petang,Adakah salah kita kata presideng dah lama tak meeting ketua2 PR(ada faktanya)??BAGAIMANA amanah yg diberi rakyat padanya???nak WALA???walaupun kita tahu perbuatan itu salah???kenapa ulamak2 tak melarang orng2 agama booo!buat fitnak yg bukan2,DUPP keluarkan chai tak apa???

soalan:
ini membuatkan musuh Islam bertepuk tangan dan mereka dah tak perlu buat kerja....

Jawapannya:

Siapa musuh islam sebenanya???,bukankah dalam fitnah kamu kata yg bukan2 pada golongan progressive, yahudilah,liberalah..kamu main tembak saja..komen sahaja..terus kata beri peluang musuh islam, sebenarnya orng macam kamulah yg musuh2 islam suka, Sebab kamu orng2 yg suka khianat,irihati,emosi(tidak pernah mahu guna akal fikiran yg bijaksana untuk menyelesaikan masaalah) kamu terlalu taksub kepada sesaorng sehingga tak dapat mebezakan yg baik dan buruk.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Jangankan cina.Melayu pun xkn undi pas lagi dah.taubat bg peluang pd ulamak2 dh.cukup2lah..next pru confirm pas kalah..hakikatnya umno jgk terus berkuasa 50 tahun lg....Bodoh btl pas,saat umno lemah ni lah masa paling baik utk pr bangkit.ni pas pulak buat perangai.....cukup2 la bg undi pada pas....next pru xkn sokong dah.biar pangkah umno pun xpe asal puas aty.blah la ko pas...menyampah,meluat,muntah ijau tgk pemimpin2 serban tebal ni...puihhhhh......

Tanpa Nama berkata...

Aku suka baca blog gb.walaupun lembab update isu2 semasa(jgn mrh ya gb ini pandangan aku je),tapi kupasan penelitian gb amat mendalam dan bermakna...teruskn gb,yg benar pasti akan menang,yg salah pasti akan kalah.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali kata Anon 12:01. Namun yang kena sekat kena hambat dan kena hina ramai yang telah bersara dan ramai yang telah kembali ke rahmatullah. Bukan itu sahaja kadangkala nyawa juga terancam. Saya pernah diberitahu dalan pertengah 80an Almarhum TGNA sendiri bertukar dua tiga kenderaan untuk pergi ke Melaka. Ulamak-ulamak cai sekarang hanya menikmati hasil pengorbanan orang dahulu. Terlalu ramai yang tak merasa perit. Itulah sebabnya yang dicari ialah kenderaan besar, rumah besar, pangkat dan gelaran serta wang dan harta yang bertimbun. Kini terimalah padahnya. Tuan-tuan ulamak tidak akan nampak akan kesilapan tuan-tuan mencatur politik kerana kepala tuan-tuan telah terlalu besar dan serban pun sudah menyamai bakul durian.

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar Senik musuh dalam selimut kepada Jemaah Islam, masih belum sedar lagikah?

Tanpa Nama berkata...

Strateji Umngok utk memisahkan hubungan PR berjaya akhirnye dgn bantuan Malaun Hasang Ali dn Nasarudin Mt Isa.

Tanpa Nama berkata...

Apa Susah. Kan perjuangan PAS Nak masuk syurga bukan Nak me Putrajaya. Taik kucing ! Jawatan pelahap juga. Munafik betul.

Tanpa Nama berkata...

dari ahli 300 ribu lonjak jadi 1 juta lpas PAS FOR ALL...sekarang lu congak sendiri la yg bakal tinggal...matematik tu simple jer...utk congak PRU14 nanti

Malaysiabaru berkata...

Rm1billion menanti Pas jika berjaya hancurkan Dap secara senyap dan mysnahkan pakatan dari dlm selimut

dakwah pas asalah dakwah trojan horse ...membunuh kawan sendiri

Anti Fitnah berkata...

Teringat aku akan cogan kata semasa Che Det mula-mula jadi PM dulu, "Kepimpinan Melalui Teladan". Waktu itu memang pemimpin dihormati.
Sekarang bukan sahaja pemimpin UMNO dah jadi tahi, pemimpin PAS pun dah mula berubah menjadi seperti pemimpin UMNO.
Bagaimana dan Kenapa PAS harus mempertahankan Presidennya yang ponteng sesi parlimen, ponteng mesyuarat PR, menuduh dan mengeluarkan kata-kata yang tidak menggambarkan tahap keulamakannya, ....
PAS tanpa TGHHkah, tanpa Mat Sabukah, tanpa siapa-siapa pun, ... ia boleh bergerak dengan baik jika pengganti tu yang berwibawa, berintegriti, ... Ini ibarat peribahasa, patah tumbuh, hilang berganti.
Mencari keredhaan Allah swt memang dianjur. Kalau bertanding dalam pilihan raya tapi tak semestinya nak menang, ini pun mencari keredhaan Allah swt jugakah? Bukankah menentang kezaliman, penyelewengan, ... kewajipan semua orang Islam? Mencegah Kemungkaran, Menegakkan Kebenaran ... bukankah ini yang dianjur kepada orang Islam yang mukmin? Adakah kita akan menggandaikan ni semata-mata kerana keturunan kita?
Bukankah kita dianjurkan jangan mencaci orang lain, agama lain, ... kerana khuatir nanti kita dicaci pulak oleh mereka.

Unknown berkata...

Agreed and I like.

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa ragu sama ada luahan hati Saudara Anti Fitnah 7:49 AM akan sampai kepada insan-insan yang dituju. Kalau sampai pun bukan semudah itu untuk menerima kebaikan kalau kita kononnya berilmu tinggi dari khalayak ramai!!

Tanpa Nama berkata...

Proses pembersihan boleh dilihat diperingkat negeri dan kawasan lagi di mana pemimpin-pemimpin tertentu tumbang satu per satu atau diketepikan

Tanpa Nama berkata...

Tak pa la cina tak nak undi pas . sebab melayu tu sendiri membantu cina benci kpad pas . lepas ni melayu merempat dibumi sendiri.hidup bekas 2 pemimpin pas yg kalah

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak da.

Unknown berkata...

Apabila pemimpin politk PAS tidak memahami rentak politik rakyat Malaysia yang mengimpikan kemajuan sosioekonomi dalam kehidupan mereka bahananya kami bimbang bukan saja orang Cina tapi orang Melayu yang kurang pendidikan islam berbondong-bondong menyertai DAP sebagai Parti Politik yang akan membela nasib mereka.Sekiranya pemimpin PAS tidak berubah dengan kaedah politik yang sesuai zaman ini jangan ditangisi parti politik berasaskan islam itu nanti akan tenggelam ditelan zaman kerana dipinggirkan sepertimana parti islam di Indonesia. Berubah bukan bermakna membuang prinsip tetapi berubah kaedah kerana bukan semua pendokong PAS terdiri alim ulamak tentunya mengambil masa mendidik mereka.

Hamba Allah berkata...

manusia hanya mampu merancang..ALLAH S.W.T yang menentukan segalanya2..admin ni macam tak percaya dengan adanya ALLAH..ingatlah saudara bahawa ulamak pewaris nabi..jika kita menghina ulamak bermakna kita menolak nabi..jika kita menolak nabi bermakna kita melawan ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa tak boleh bagi fakta bagaimana caranya DAP nak ambilalih pentadbiran Putrajaya? Yang aku tahu, PRU yg lepas DAP hanya bertanding 46 kerusi parlimen sahaja...cuba cerita sikit...

Tanpa Nama berkata...

Perlu ingat dlm dap ada org melayu yg tak faham Islam tu sendiri.tambah pulak dgn pasma.tu sendiri cuba hancur kan org melayu tu sendiri dunia punya pasal .

Unknown berkata...

Dia ada kerja lain lah tu..nak buat, kotlah nak menghadap komputer/smartphone 24 non stop.

Lainlah kalau blogger Umno dibayar ..

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan fakta...itu auta kau aje...tak berilmiah langsung kau punya jawapan...itu sama mcm jawapan yg umno laung bila masuk kg atau felda...46 kerusi parlimen boleh ambil alih Putrajaya ke?

Unknown berkata...

Ya ada kaedah DAP ambil alih Putrajaya...apabila kita pemimpin orang melayu islam hanya redha dengan kekalahan...rakyat Melayu islam meruntun dengan kemiskinan & kesukaran kehidupan tambah kurang pendidikan agama sudah pasti DAP parti politik yang progresif menghulur tangan merubah keadaan mereka justeru DAP bakal menjadi penaung rakyat masa depan.

Unknown berkata...

PAS telah mampus dibunuh PASCAI pimpinan ayah ping marang hj hadi tolol barua.

Tanpa Nama berkata...

Yup.kipidap.don gibab

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua jenis ulamak yg kita boleh ikut kalau yg jenis jahat dan tak betul macam mana ye ikut ulamak pun kena ada ilmu bukan main hentam sahaja lah

Tanpa Nama berkata...




.
In respond to

bob said...
manusia hanya mampu merancang..ALLAH S.W.T yang menentukan segalanya2..admin ni macam tak percaya dengan adanya ALLAH..ingatlah saudara bahawa ulamak pewaris nabi..jika kita menghina ulamak bermakna kita menolak nabi..jika kita menolak nabi bermakna kita melawan ALLAH

June 13, 2015 at 10:24 AM

Heee .. takut nya.. Ya ke?

Pasal ulamak pewaris nabi lah kta kutuk pro ulamak.
Nabi ampun kan umat tak lah pro ulamak tak boleh ampun kan kita.

Kalau Hj Hadi reti ampun kan orang ini semua tak terjadi. Jangan nak sama kan orang yang pendendam dan dengki dengan pewaris Nabi.

admin ni macam tak percaya dengan adanya ALLAH..

Bila niat UMNO di persoalkan pandai pulak jawab itu kita tak tahu. Senang-senang kata orang macam tak percaya dengan adanya Allajh.

Tanpa Nama berkata...

Ikut macai tuan presideng dan macai umno, pas tidak perlu undi cina kapir dan penyokong dapig .

Tanpa Nama berkata...

Jangan salah kan bangsa lain , salah kan bangsa sendiri yg tak cerdik memilih pemimpin ,Pimpinan yg terkini pasti merosakkan perpaduan, sikap - lebih Dari +,
Bangsa lain pasti hormat pada bangsa Kita ,
Jika amalkan panduan al Quran dan sunnah.
Masa kini Kita da Jauh terpesong.