12 Jun 2015

[VIDEO] Akar Umbi PAS Letak Jawatan Dan Keluar Parti...


Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman. -mk


Kecewa dengan barisan ulama, pemimpin akar umbi PAS Negeri Sembilan letak jawatan

Beberapa pemimpin akar umbi PAS Negeri Sembilan hari ini mengumumkan akan keluar parti Islam itu susulan keputusan muktamar tahunannya minggu lepas yang menyaksikan barisan kepimpinannya disapu bersih oleh golongan konservatif dalam parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, 5 pemimpin PAS bahagian Jelebu berkata, haluan baharu parti itu melenyapkan harapan rakyat untuk melihat tumbangnya kerajaan Umno/Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Jelebu Mohd Faizal Fadli Idrus, Pengarah Pilihan Raya PAS Jelebu Saiful Bahri Jaaman, Setiausaha PAS Ladang Jelebu Maslan Mohamad Yusof, Ketua Penerangan PAS Geylang Raniman Rani, dan Bendahari PAS Bandar Klawang Omar Othman.

Saiful Bahri ketika dihubungi berkata, turut keluar parti ialah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampai/Kuala Pah Farid Rohan, Ahli Cawangan Geylang Zali Yatim, serta 5 lagi ahli PAS yang lain.

Kenyataan yang ditandatangani mereka berlima menyatakan, imej dan kredibiliti PAS "tercalar" akibat keputusan muktamar yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Kami hilang sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan PAS 2015 - 2017 yang baru dipilih dalam Muktamar Agung PAS ke-61 baru-baru ini," kata mereka.

Mereka berkata, PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif.

Saiful bagaimanapun menafikan dakwaan tindakan mereka dibuat kerana ditaja pihak luar termasuk Umno dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau juga menafikan pihaknya akan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu atau mana-mana parti lain dalam PR mahu pun Umno.

"Kami menyatakan dengan tegas, kami tidak akan masuk Umno dan tidak ditaja oleh Umno.

"Ada pihak tertentu yang cuba nak batalkan sidang media kami tadi dan mendakwa kami sewa hotel pakai duit luar.

"Tapi kami dah beritahu, tetap nak keluar PAS. Jadi maknanya, tidak ada pusingan U," katanya yang membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Yang Dipertua PAS Jelebu, Bakri Shawar.

Mengulas muktamar PAS, Saiful berkata pihaknya kecewa kerana amalan label-melabel "jebon", "parasit" dan "munafik haraki" berleluasa dalam parti, malah tidak ada tindakan diambil pemimpin tertinggi untuk menyekat perkara itu.

Katanya, akar umbi juga mendengar khabar angin PAS ingin bergabung dengan Umno, serta melihat parti seakan hilang arah apabila agenda rakyat tidak lagi menjadi keutamaan semasa bermuktamar, sebaliknya menyerang sesama ahli.

"Ura-ura nak bergabung dengan Umno dah ada. Ini sensitif. Kita memang tidak suka nak bergabung dengan Umno.

"Apa agenda muktamar yang memperjuangkan rakyat? Tiada. Cuma 'bantai' kawan-kawan sendiri," katanya yang menjadi ahli PAS hampir 20 tahun.

Katanya, hubungan PAS dan DAP di Negeri Sembilan sebelum ini amat baik, dan mengakui keputusan muktamar PAS itu turut menjejaskan hubungan antara PR di peringkat negeri dan akar umbi.

Katanya, DAP dan pengundi Cina semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu banyak memberi undi kepada PAS terutamanya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang apabila hanya tewas dengan majoriti 282 undi kepada BN.

"Saya rasa kalau tidak putus (tahaluf siyasi) dengan DAP, kita menang DUN Klawang pada PRU akan datang. Parlimen Jelebu juga kita boleh ambil, tetapi bila dah macam ini payah," katanya.
-TMI





ULASAN GB

Pertama kali berlaku di dalam sejarah PAS, dimana ahli-ahli PAS meletak jawatan dan keluar parti selepas muktamar diadakan.

Mereka bertindak demikian kerana "kecewa kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, lebih mengejutkan di Telok Bachok Kelantan, [MENGEJUTKAN] Markas PAS Diroboh, Bendera PAS Dibakar Protes Keputusan Pemilihan (?)

Kempen Ulama PAS memenag paling kotor di dalam muktamar yang baru-baru ini. Dan mereka kemudian menang besar. Hairankah kita dengan kemenangan itu? Berkatkah kemenangan mereka itu?

GB sudah ulas sebelum ini.

Berlaku lagi, seperti tahun lepas, segolongan Pemuda PAS dengan gelagat "memboo".

Namanya Pemuda Parti Islam SeMalaysia, kononnya mereka memperjuangkan dan mempertahankan kepimpinan ulama, tapi akhlaknya syaitan. Mengalahkan akhlak dan perangai parti lawan.

Inilah akibatnya apabila TIADA TINDAKAN TEGAS DIAMBIL terhadap mereka pada muktamar yang lepas. Mustafa Ali, kamu berdiri dan jawab di padang masyar nanti mengapa kamu melakukan tindakan berpilih di dalam hal disiplin ahli dan sikap kamulah yang mengnancurkan parti.


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas mmg parti islam,tetapi org islam ulamak segera ni yg memburukan nama pas sehingga skrg ni rasa Malu nk ada sebarang kaitan dgn pas.Pas hina/bodo/sombong/ego/ckp besar,keburukan yg banyak dlm pas....baik buat nama lain,malukan islam je

Malaysiabaru berkata...

Pemimpin ularmak pas seronok lihat pas berpecah

Ularmak pas seronok sapu semua jawatan

Ularmak pas seronok tendang keluar parasit yg rosakan pas selama ni

Pas tidak mahu menang pilihanraya pas hanya mahu bersihkan party dari jebon sekular dn komunis

Omar Daud berkata...

Salam semua:Satu perkembangan yg baik dan menarik;

Menjangkakan PAS akan balik ka-Parti Asa1ya,Sebelum Kemasukkan kumpulan Progressive secara besar-besaran ahli-ahli konservertive PAS berjumlah 200k hingga 300k, Tapi ustaz Fadhil Noor memulakannya menjadi progressive semasa mata lebam Anwar sehingga kini Ahli-ahli PAS mencecah 1juta orang.Kemasukkan beramai-ramai ahli-ahli pro, membuatkan PAS di minati ramai, termasuk bukan Islam, PAS dapat menawan 5 Negeri dan memecah rekod BN daripada memonopoli Parlimen 2/3 majority.Kumpulan-kumpulan konsekative merasa irihati,terutamanya ustaz2 muda,merekapun nak tumpang semangkok akan kejayaan ini, mereka nampak laba-laba jawatan apabila dapat memegang jawatan, tetapi malang bila puak-puak ini memegang teraju negeri2 terengganu dan Kedah ketamakkan mereka nampak nya nyata , sehingga parti-parti komponen PR (Kawan-kawan politik ) tidak di beri tempat yg sepatutnya, Tidak macam PP walaupun PAS hanya 1 kerusi Ahli-ahli PAS diberikan jawatan lebih dari 1000 orng.Mereka terlalu Laba dan Tamak, itu sebab pilihanraya seterusnya mereka kalah.Kumpulan konservative ini mengunakan islam sebagai visi mereka,dgn cara "matalamat menghalalkan cara".Mereka nampak selangor sebagai lubuk "emas" sebab itu ada kekecohan yg besar di selangor mereka nak jadi MB nak join dgn umno nasib baik ALLAH tak izinkan ,ada 2 DUN pas yg masih menyebelahi PR.Saya berharap kumpulan-kumpulan progresive pantas mebuat road-shownya, ke seluruh malaysia,termasuk sabah dan serawak.Selepas itu dgn bijaknya menubuhkan parti baru atau dgn PASMA, Dan bergabung dgn PR, Barulah PR boleh tendang PAS.jIKA dia masih berdegil atau Harun jin masih lagi tak balik dari umrah.TENDANG saja, kumpulan ni sudah tidak boleh dipercayai,suka tikam kawan dari belakang,tiada setiakawan lagi dah. TERPAMPANG DIDEPAN MATA.PAS dah jadi sejarah , balikkan dia ditempat asalnya pada Ahli-ahli totok 200k-300k orng sahaja.
WASSALAM.

Timnajib Jomfikir berkata...

Menang cara tipu, mereka tidak mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Skrg, ahli dan penyokong sudah Cau Cin Cai..

Tanpa Nama berkata...

Peningla....ingat nk lawan UMNO,tgk pas pulak mcmnie serupa mcm umno jugak

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pada golongan mat serban..nmpknya lps muktamar..pas makin kuat..kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Perasaan manusia ini standard

Mana ada manusia nak ber sekongkol dan bangga bersama kumpulan orang orang tidak cerdik aka BODOH dan GAGAL

PAS hanya lah parti politik orang orang GAGAL

Bahalol saja yang bangga menjadi ahli PAS

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya lebih lagi ahli pas biasa keluar parti.jika yg keluar parti lebih dari 50% ahli maka kesemua ulamak yg terpilih kali ini patut letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...





.

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tiga tangkai
Jin apo rasuk MSU
Bagi monang ikut cai.

Posan Tok Guru dulu, jangan di pertikai
Tak tahu tanyo lah dulu, ini tak memandai-mandai

Awak makan padi
Isi lomang dalam buluh
Dah monang pun Hadi
Tapi ramai ahli hati jadi luluh.

Mr Oren berkata...

Menarik kalau dibuat kajian daripada 52% yg undi PR, brapa ramai penyokong hardcore PAS. Dari kawasan mana. Kita dah ada satu angka asas, iaitu katakan perwakilan mewakili ahli akar umbi, maka sekurang2nya 20% ahli PAS penyokong pro-progesif Daripada kajian itulah baru dibuat keputusan sama da perlu buat parti baru atau guna strategi lain.

Tanpa Nama berkata...

Mnjd kehendak HAKIKAT

Sudah tertulis mnjd HAKIKAT khendak "TUHAN"

Klu 1400tahun yg lalu..

Kota2 Bahgdad Mekah @ Madinah tlh mnjd rujukan "ILMU"..



TETAPI

Dgn HAKIKAT khndak"NYA jua kini trjd..

...Havard Oxford n Cambrage mnjd "MERCU" rujukan utama..


MARI

Mari sama2 kita 'visualisekan' kembli ciri-SEJATI org2 yg sbnar7berIMAN yg pernah dihasilkan oleh "UNIVERSITI" nabi SAW yg mnjd PUSAT-centre-RUJUKan sdonia pd wktu itu..


QURAN..

Ddlm Quran tlh dimaktub kan..

ALLAH tlh mmberi jaminan bhw ssungguh2nya "ciri2" org2 yg bnar7BerIMAN itu..

Note: bnar7BerIMAN..bukan berSORBAN?



>>>> 1) Yg paling7TINGGI skali-------"wa antumul'AKLAUN inkuntum MUKMININ"..

>paling7TINGGI IQ-merit-bakat ddlm mnyelesaikan MASAALAH2..
Best of d best in finding FAST-peace-FAIR solution

>paling7TINGGI-kejujuran sjujur7nya yg TIADA tandingan
>NOT selfish but totally SELFLESS

>paling7TINGGI-keikhlasan seikhlas7nya ygTIADA bandingan
>absolutely SELFLESS witout any personal interest

>paling7AMANAH paling7TELUS-audit-SUCI paling7 INDAH-murni-diHATI..

>Integrity & Transparency to d purest CORE value/destiny



>>>> 2) Yg mnjd centre-PUSAT-NUKLIUS-rujukan------"ummatan WASATAN"..

>very7GENIUS
>very7Brilliant
>ThinkSmart workSmart
>.."Sekilas pandang ikan diair..." hanya & hanya cukup seKILAS pandang jerr! dah nampak-SONGLAP ddlm gelap?

Islam tlh mnjd model centre-PUSAT-rujukan & pameran ksluruh donia dwktu nabi n slps kwafatan nabi SAW..

krn keunggulan ""nilai & NILAI2"" maha7INDAH maha7SUCI- maha7TERANG- LURUS yg TIADA tolok bndingan..



>>>> 3) Dpt mmBACA mngANALISA mbuka RAHSIA......"haqqa-TILAWATIHI"

>mencari sbnr7MAKNA-definasi-HAKIKI-universal yg azali
>finding d SOLUTION to d CORE..to d ABSOLUTE source/CORE of evrything in d universe



HADIS

Ddlm Hadis pula..ciri2 sbnr7MUKMIN itu adalah..

>>>>>4) paling7PANTAS-laju-EFISYEN skali......."sabaqtum SABQAN baiida"

>paling7PANTAS berFIKIR
>paling7PANTAS buat keputusan SELESAI masaalah
>ACTION owez speak louder


DAN...bnyak skali hadis2 yg mnyebut ISLAM sbg "deen/SYSTEM"

.....yg bnar7MUDAH lg mMUDAHkan
.....yg bnar7LAPANG lg mLAPANGkan
.....yg bnar7TERANG lg maha7TERANG

Coba bayangkan apb SYSTEM ygBobrok-GELAP-FITNAH-rasuah disuloh seTERANG7nya?
Bolehkah lg jubah SORBAN mnutup sgl rasuah-FITNAH-songlap ddlm GELAP??
Mampukah jubah-SORBAN dan ayat2SUCI Quran mnjd "topeng"lg utk diputar2 mbuat ONAR???


Bro...
Adakah sama org2 yg bnar7bFIKIR dgn org2 yg hanya & hanya tau mngHAFAL?

Bro..
Adakah sama org2 yg mnDEWA2kan manusia dgn org yg TAK perlu sikitpon tauliah-diNOBAT2kan sprt budak2 hingusan??

Bro..
Adakah sama yg GELAP-songlap-rasuah-FITNAH dgn yg bdiri ddlm sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG???

Bro..
Adakah sama org2 yg GILA-donia-selfish berPUTAR-brBELIT2-khianat-mmFITNAH dgn org yg sprt nabi2 yg totally-immers in SELFLESSness????

...and ONE and ONLY...totally in "HIS/GOD-ummah" interest absolutely
...FLY and peace..to heaven


NILAI2

NILAI2-univrsal-azali

sbnr7AMANAH-integrity

sbnr7KUDUS-transparency

Apb nabi SAW tlh "menanam" tahap nilai-NILAI2 integrity-AMANAH dan transparency-KUDUS suci yg sebati seHATI ktahap7tTinggi skali...lalu,

...lalu ALLAH mngINSPIRASIkan mrk dgn penemuan2 baru yg sgt7CREATIVE lg sgt7INNOVATIVE yg miracle skali ddonia pd wktu itu yg TIDAK mampu bg ssiapa pon dpt mnandingi..itulah yg disebut sbg..
.."yarzukhu min haisula YAHTASIB"...REZEKI drp sumber yg tdk diSANGKA2.



Bro..


Sama2 kita renong dlm2 demi mmancarkan sbnr7HAQ-CAHAYA-Islam yg maha7TERANG yg tlh dbawakan oleh smua nabi2 as kedonia ini..

...bukan si-IQ ciput drp-SIKU-n-lutot..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Hendak keluar parti dan menubuhkan parti lain atau kekal dalam PAS perlu solat istikharah dulu, bukan seperti GU yang berpandukan kepada 'cai'

Tanpa Nama berkata...

Apa yg nyata PAS telah hilang keberkatannya. Sama seperti UMNO. Ini bertitik tolak dari keinginan melampau dalam mengejar jawatan. Fikrah materialistik telah mencerap ke jiwa pemimpin dan asas politik Islam yg bersandar kepada moral serta iman menjadi mainan mulut saja. Tambahan pula sikap pemimpin PAS kini yg gagal mentafsir kekuatan atau "over estimate" sokongan rakyat. Mereka juga bebal dalam membezakan sokongan terhadap PAS ataupun sokongan pada PR. Padahnya telah terbentang luas. PAS kini mula diragui kejujurannya PAS kini dilihat hanya tertumpu kepada agenda menegakkan hudud semata. PAS kini dilihat tidak lagi berminat dengan isu rakyat. GST, kesan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, masalah perumahan, isu pendidikan dan kemiskinan bandar yg dulunya menjadi agenda PAS, kini sepi tanpa pembelaan. Jarang benar kita mendengar Hj Hadi, Haron Din, Zuhdi, Nik Abduh, Nasrudin, Nik Amar berbicara mengenainya. Malah tidak sedikitpun dibincangkan semasa muktamar. Beginilah akibat apabila sesebuah organisasi yg telah diangkat keberkatannya. Betullah telahan ramai. PAS telah mati bersama Nik Aziz dan ianya telah dikebumikan di Kuala Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada sesiapa yang lalu depan ibu pejabat PAS.
Cuba periksa peti muat tak lagi dengan surat permohonan keluar parti

Tanpa Nama berkata...

Apa yang disemai maka itulah yang dituai. Tak kan tau pulak. Politik negara ini bukan beredar disekitar hudud sahaja. Keperitan hidup mencari rezeki untuk diri dan keluarga, mendapatkan tempat teduh, menjaga kesihatan dan kesejahteraan juga tetap utama. Tak ada sifat kasihan ke wahai ulamak-ulamak kepada rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak pernah dengar ke kini sudah biasa rakyat biasa makan sekali sehari. Tuan-tuan nak rasa apa. Bila berceramah dapat beratus dan ada yang beribu. Bila berceramah makan pun orang hidangkan. Pengangkutan pun orang tanggung. Selepas ini siapalah agaknya nak keluar duit untuk PAS sama ada sebagai sedaqah, wakaf dan zakat??

abuamir berkata...

Hakikatnya hari ramai ahli pas dah menjadi ahli tidak aktif. Apa2 program pas mereka buat tak tahu aje. pas jgn dok perasanlah mereka ni hebat sgt. Ingat pengundi baru seramai 4 juta org akan menjadi pengundi kali pertama pd PRU14 nanti! Kebanyakan mereka ni tidak berparti tetapi menyokong PR. Apakah mereka akan menyokong pas? Org bukan Islam dah tak mahu sokong pas lagi. Apakah boleh menang dgn sokongan ahli mereka sahaja? Atau pas akan merayu utk bergabung dgn umno pula?

Rakyat perlu diutamakan jika mahu menjadi pemimpin yg berjaya & dihormati.

Tanpa Nama berkata...

alas meja pun dah membayangkan org UMNO....hahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahah...bodoh lah GB ni...

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Dengan usul pada muktamar PAS yang baru lepas, PAS nampaknya sedang berusaha untuk meminggirkan diri dari arus perdana. Mungkin AJK PAS Pusat yang dipilih sedang mengembalikan semula PAS kelandasan asal (PAS untuk lebai kampung sahaja). Dari kenyataan Naib Presiden PAS yang baru juga mengambarkan PAS tidak berminat untuk meluaskan pengaruhnya. PAS bagaikan milik kekal untuk golongan ustaz-ustaz dan ulama semata-mata. Dengan sombongnya Naib Presiden mengeluarkan kenyataan bahawa PAS boleh bergerak sendiri dan menang di Kelantan dengan sendirinya. Mungkin dia lupa PAS menang di Kelantan kerana satu gabungan yang diwujudkan dengan Semangat 46 dan dikuatkan lagi dengan adanya TGNA. Maka tidak hairanlah selepas ini PAS bakal kehilangan Kelantan dengan sikap sombong para pemimpinnya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Parti Chai ,jgn ada yg sokong nanti jadi macai,
Orang yg ada maruah dan berpegang pada amanah Allah ,wajib tolak parti chai yg tak tentu haluan,
Tahniah pd yg keluar ,