3 Jun 2015

Telefon Bimbit Suhaizan & Husam Digodam. Kerja Siapa?


Telefon digodam hantar SMS maki Hadi

Ketika sedang menyampaikan ucap utama dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam hari ini, ketua dewan itu Suhaizan Kaiat menerima SMS menggelarnya "celaka".

Terkejut dengan tulisan itu, beliau dengan hormat bertanya kembali sebabnya.

Tetapi beliau terus dimaki hamun kembali setelah didakwa mencela Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu.

"Tu kenapa kau nak celakakan orang. Kalau Hadi itu celaka, samalah kau pun celaka," tulis pihak itu, yang tidak jelas identitinya, kepada Suhaizan.

Menjelaskan perkara itu, Suhaizan berkata telefonnya digodam dan beliau juga tidak melihat mesej asal yang dikatakan daripadanya.

Mesej anti-Hadi itu berbunyi: "Undur Hadi Undur! Ini masa terbaik untuk kita jatuhkan si celaka Hadi Presiden PAS yang paling tak guna."

Suhaizan mengetengahkan salinan imej perbualan itu di Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam pemilihan muktamar Pemuda parti itu, Suhaizan dicabar oleh anak ikon ulama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, dalam pertembungan satu lawan satu.

Nik Abduh dilihat satu kem dengan Hadi.

Suhaizan pula dilihat lebih dekat dengan kumpulan properubahan dalam PAS diketuai oleh bekas naib presiden dan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang.

ULASAN GB

Bertuah kumpulan UG ... selain mendapat liputan media UMNO BN sperti akhbar dan TV, kini ada pula "hantu-hantu" menolong mereka untuk menggodam telefon bimbit golongan profesyenal menabur fitnah. Selain dari Suhaizan, dilaporkan telefon bimbit Husam Musa juga digodam untuk tujuan yang sama.

Sewaktu pilihanraya umum lepas, telefon bimbit Salahuddin Ayub dan Mat Sabu juga digodam.

Sungguh sayang UMNO kepada kumpulan UG ini.

Sebelum ini pun puak UG telah pun merekrut "faceboker hantu" yang bernama Tok Usin Ceroi, El-Haraki, Keli Laut dab lain-lain di dalam mencapai impian mereka.

Sepertimana biasa, kumpulan UG itu memperlekehkan isu "godam hanfon" itu sebagai satu "lawak" menurut mereka. Sama caranya dengan hal mereka lakukan tatkala kereta Dr.Hatta diserang, tatkala Dr.Dzulkefly Ahmad ditumbuk di subuh hari. Kata mereka ia dilakukan sendiri oleh Dr.Hatta dan Dr.Dzulkefly untuk meraih simpati.


Tak apalah.... seperti yang GB katakan.... kemenangan dengan cara yang sedemikian tiada kebenrkatannya. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan hantu-hantu itulah yang bakal menyebabkan mereka kalah. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan juga menghukum sekalian hantu-hantu berkebenaan dengan hukuman yang amat dasyat. Sama-sama kita nantikan.

10 ulasan:

PokAmid berkata...

Tkkn org ngaku berjuang ats dasar agama nk mengaku buat kerja terkutuk bgitu? Iman tebal katakan!!!

Unknown berkata...

Inilah saya katakan DESPERADO-desperado dah memulakan teknik dan tektik LAST MINUTE yg paling berkesan untuk mempengaruhi perwakila-perwakilan yg nak mengundi, masa saya dulu kami pergi ka telekom center dgn menyamar sebagai SB, dan dapat membuat rekording perbualan-perbualan pehak (calan-calon) pehak lawan selama 6 bulan. habis strategy pehak lawan kami ketahui, nak-nak di zaman technology yg canggih mobile phone senang di HACK , apa yg dirisaukan saya MASTER-MIND nya telah meminta tolong kawan-kawannya disebelah sana. Sebab caranya dan modus oerandinya sama sahaja dgn apa kami lakukan dahulu.Buat FITNAH..FITNAH..DAN FITNAH... BILA SESAORNAG ITU MABOK KUASA, TAK KIRALAH ULAMAKAH,TUAN GURUKAH,DOCTORKAH,JURUTERAKAH,ORANG BIASAKAH...SEGALA PANTANG-LARANG ALLAH DIKETEPIKAN.TAK INGAT DOSA,PAHALA LAGI ASALKAN BOSS AKU,KUMPULAN AKU MENANG.HANYA BERDOA SAHAJALAH YG BOLEH DILAKUKAN MINTA NUSRAH ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Hati2 dgn line Celcom krn kebanykkn no yg digodam adalah no dr Celcom.

Unknown berkata...

Maaf ada Tambahan pengetahuan:
Mengapa digunakan strategy fitnah seperti ini Sebab MASTER MINDnya cukup bijak, jika perwakilan 1000 orng, katakan harcore masing-masing 30% total 60% yg 40% adalah atas pagar, atas pagar ni mungkin dia sayang kedua2-nya,mungkin takda exposure internet,mungkin ahli-ahli totok yg jenis tak kisah perkembangan semasa.
So strategi pertama CONFUSEKAN perwakilan dgn soalan demi persoalan"
Dengan CHARACTER ASSINATION, (Pembunuhan personality sesaorang)
a/ Tak mungkinlah orng lain nak gunakan no telephone dia kot!!!!
b/Tak patutlah makihamun dekat ulamak!!
c/Takkanlah group-group ulamak nak buat kerja jahat ni kot!!
d/Strategy dia tu, dia yg buat dia tuduh orang!!!
e/tak beritika langsung golongan pro-pr ni!! 1
So berkesankankan fitnah cara umno ni.
Strategy kedua akan menyusul nanti checkmate calon lawan.Gunakan melayu-islam-DAP perkauman china yg chauvinist.nanti kita hilang kuasa bila bersama mereka HUDUD tak dapat dijalankan..
SO BERTEPATAN TAK BILA PRESDENT BERI KATA DUA NAK BERSAMA DAP ATAU bersama dasar PAS.Ini bermaknanya MASTER MINDnya(mungkin ada pertolongan pehak sana) adalah orang2 yg dekat dgn president.Diharapkan perwakilan CERDIK untuk menilai antara Berlian dgn kaca.
So tiada siapa lagi yg diharapkan dapat menolong, cuma ALLAH SAHAJA yg menentukan.WALLAHUALAM.

Malaysiabaru berkata...

Ini kerja pas ganti umno

Pak lebai Pas dah selari dgn amalan syirik umno

Pakar IT pas dah jd anjing kpd kemungkaran

Tanpa Nama berkata...

sebetulnya telefon tidak digodam. anak dajal ni cuma menggunakan "Spoofed SMS".


https://www.google.com/search?q=sms+spoofed&num=30

Tanpa Nama berkata...

Umno tahu semuanya..UG aje bangang.. Sbb tu apabila calon yang berpotensi menang dan menyebabkan team UG tergugat akan kene mcm ni.. dan aku pasti CELCOM tidak melindungi data peribadi, sbb tu kes ni berlaku. Nak pakai celcom?? pikir dua kali.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dulu pendokong-pendokong Pas sering melontarkan tuduhan yang golongan-golongan yang mendokong Umno menggunakan strategi fitnah untuk melemahkan lawan politik mereka. Strategi Umno ini dilihat berjaya kerana orang-orang Melayu terlalu mudah termakan fitnah. Islam mengharamkan fitnah dan menyamakan dosa memfitnah sama tarafnya dengan dosa membunuh. Ahli-ahli Pas yang selama ini dilabel dengan persepsi positif kerana berilmu, berprinsip dan beretika. Usrah telah menjadikan ahli-ahli Pas lebih matang dan mampu mengenal dosa dan pahala tetapi kini kian rebah dihempap gejala fitnah.

Sejak Pas menguasai tampuk pemerintahan beberapa buah negeri, ada ahli-ahli Pas yang sudah mengenal erti tender, elaun, dan jawatan-jawatan eksekutif lantikan politik. Ada pula ahli-ahli Pas yang berjawatan tinggi dan hidup mewah kerananya. Maka mereka mula merobah pemikiran dari perjuangan prinsip kepada perjuangan kebendaan. Bila materialistik menguasai asas pemikiran dan perjuangan, maka matlamat menghalalkan cara pula menjadi formula perjuangan mereka. Tidak hairanlah "Teori Machevalli" ini kian popular dipraktiskan oleh ahli-ahli Pas melangkawi disiplin ilmu mereka, baik ustaz mahupun profesional. Apa yang penting, kroni mereka mesti menang. Kemenangan menjanjikan fulus. Kerana fulus, kumpulan profesional mesti berambus!

Tanpa Nama berkata...

Muktamar PAS kali ini mendapat liputan TV perdana di pagi hari lagi secara langsung, pelik bukan? Mudah mudahan USTAZ AHMAD AWANG MENANG BESAR, MOHAMAD SABU MENANG BESAR, UHAIZAN KAYAT MENANG BESAR.. AMEEN, AMEEN, Ameen... TETIBA MUSUH BERBAIK DENGAN KITA, TAK RAAKAH kita ianya satu muslihat dan perangkap? Buka minda, buka hati anda wahai perwakilan undilah yang merapatkan hubungan PR (PAS, PKR, DAP) melalui tahaluf siyasi.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mengarut pun ada ...menyamar jadi SB...org2 celcom percaya pulak...boleh ke management mnc mcm tue percaya bulat2...boleh kasik plak dgr n hack perbualan yg byk2 tue...erm..erm..