3 Jun 2015

Jangan Rosakkan Lagi Hubungan PAS Dengan PKR & DAP


Pandangan 3 anak bekas pemimpin PAS Oleh A Shukur Harun

Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula hari ini akan menjadi penentu sama ada PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat atau sebaliknya.

Walau apa pun hujah dan pandangan pelbagai pihak, ia menjurus kepada penentuan ini dan inilah mimpi ngeri sebenarnya.

Semuanya ini terletak kepada keputusan perwakilan yang mengundi yang akan memilih dan menentukan siapakah bakal saf pimpinan yang akan mengemudikan PAS di masa akan datang.

Menurut situasi terkini dan mood yang ada, golongan dari jalur keras dilihat beberapa pihak mungkin akan mendominasi keputusan pemilihan pucuk pimpinan yang sangat penting itu. Bagaimanapun, semuanya belum pasti lagi, kerana hari penentuan akan tiba bermula 4 Jun ini.

Persoalan yang berlegar ialah sama ada selepas muktamar ini, PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau akan bersendirian mengharungi cabaran politik tanah air.

Persoalan ini tidak boleh dielakkan kerana ia berlegar sejak beberapa tahun lalu dan muktamar kali ini akan menentukannya.

Benar, beberapa pemimpin PAS memberi jaminan dengan kata-kata PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat. Namun sesetengah pihak berpendapat itu adalah jaminan kata-kata, sementara perbuatan belum tahu lagi atau bagaimana, mungkin berlainan dengan apa yang dikatakan.

Sebab itu, pelbagai pihak meramalkan jika golongan jalur keras yang sangat kritikal terhadap Pakatan Rakyat mendominasi keputusan pemilihan nanti, maka kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyaat menjadi tandatanya yang amat besar.


Namun saya teringat apa yang dikatakan oleh Nik Omar, anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu forum di Shah Alam, yang ayahandanya sangat mempertahankan Pakatan Rakyat, bahkan sebelum meninggal dunia dia masih mengingatkan kami supaya pertahankan Pakatan.

Ayahanda, katanya, menatang Pakatan Rakyat kerana besar faedah PAS berada dalam Pakatan.

Pada forum tersebut, tiga anak bekas pemimpin utama PAS – Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil Mohd Noor dan Nik Omar Nik Abd Aziz ketika berucap turut mempertahankan Pakatan Rakyat kerana melihat banyak faedah yang diperoleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiganya juga menekan perlunya PAS meneruskan hubungan rapat dengan orang bukan Islam.

Bahkan menurut mereka ketiga-tiga ayahanda mereka sentiasa memelihara hubungan baik dengan orang bukan Islam.

Bahkan, kata mereka, ayahanda mereka sentiasa mengadakan hubungan rapat bukan saja dengan PKR tetapi juga dengan DAP.

Sikap keterbukaan ayahanda mereka menyebabkan ahli PKR dan DAP turut bertungkus-lumus membantu calon PAS dalam PRU 2008 dan 2013.

Kata Faiz, hubungan baik PAS dengan PKR dan DAP jangan dirosakkan. Kalau ada isu berbeza pandangan boleh dibawah ke meja rundingan.


Menurut Faiz, PAS sebagai parti politik moden tidak boleh bersendirian kerana ia perlukan sokongan kalangan bukan Islam. Bukan saja untuk kemenangan politik, tetapi juga untuk kepentingan dakwah.

Seperti yang saya katakan, memang ada jaminan kata-kata dari sesetengah pemimpin PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat, tetapi ada kenyataan berlainan dari sesetengah sesetengah pemimpin PAS sendiri.

Malah ada kata dua, amaran dan sebagainya yang boleh mengancam perpadduan dalam Pakatan Rakyat.

Kini dengan isu perbalahan PAS-DAP yang meruncing, ada kecenderungan di kalangan sesetengah pendukung PAS yang berlumba-lumba untuk turut ‘menyerang’ DAP dengan hebatnya.

Iaitu melebihi serangan balas pemimpin PAS sendiri. Iaitu untuk menunjukkan mereka lebih ke depan sebagai ‘pendekar ulung’ PAS yang berani dengan lantang ‘membelasah’ DAP, terutamanya pada ketika musim pemilihan pimpinan.


Ahli memang berhak mempertahankan parti dan pemimpin, tetapi jangan lebih sudu dari bubur.

Pemerhati menjangka keadaan PAS akan menjadi lebih buruk nanti jika sekiranya golongan yang kritikal terhadap Pakatan mendominsi keputusan pemilihan parti itu.

Pada waktu itu, kata mereka, kedudukan PAS dalam Pakatan, terutamanya di Selangor akan benar-benar tercabar.

Ada yang berpendapat, sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi di mana Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sekiranya PAS tidak lagi berada dalam Pakatan, maka DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Tetapi sekiranya Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyokong terus Pakatan maka PKR dan DAP boleh membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan 30 kerusi.

Demikianlah serba kemungkinan boleh berlaku dan inilah mimpi ngeri bagi menjelang muktamar PAS bermula Khamis ini.

Saya tertarik dengan pandangan Dr Mujahid, Faiz dan Nik Omar yang PAS perlu terus menerus mengadakan hubungan dengan kalangan di luar PAS, terutama dengan kalangan bukan Islam.

Ketiga-tiganya menyebut bagaimana hebatnya sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS terutamanya ketika kempen PRU 2008 dan 2013 hingga ada yang menyelimutkan badan mereka dengan bendera PAS.

Ini, kata mereka, menyebabkan Pakatan Rakyat menang besar dalam kedua-dua pilihan raya umum tersebut.

Oleh itu muktamar PAS bermula Khamis ini, dengan Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat sehari sebelumnya akan menentukan hala tuju masa depan PAS.

Mereka yang terpilih dalam pemilihan pucuk pimpinan nanti mestilah berusaha memulihkan kembali imej PAS, memperlihatkan PAS sebagai parti politik yang terbuka, toleransi, bukan fanatik dan ekstrem, memulihkan semula hubungan dengan kalangan di luar PAS, terutama dengan bukan Muslim, bahkan juga melakarkan road-map masa depan PAS yang boleh meyakinkan rakyat.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.

In Shaa Allah Ustaz Ahmad Awang akan memimpin dan meneruskan legasi perjuangan Ustaz Yusuf Rawa,Ustaz Fadzil Noor dan TGNA.

Takbir!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Semua kerusi dun dan parlimen yang dimenangi Pas pada PRU 12 dan 13 di pantai barat Semenenanjung adalah berpunca daripada undi bukan Melayu /Islam. Kebanyakannya kerusi-kerusi tersebut dimenangi dengan mojoriti undi yang kecil. Jika undi mereka tidak lagi memihak, maka kecundanglah Pas. Undi Melayu untuk Pas di pantai barat semenenjung hanya sekitar 30 - 40 % sahaja. Teori yang menyatakan Pas boleh berjuang bersendirian,hanyalah untuk Kelantan dan Terengganu sahaja. Apatah lagi untuk memenangi kerusi di Sabah dan Sarawak ibarat jauh panggang dari api.

Jika muktamar yang sedang berlangsung sekarang memutuskan menarik diri keluar dari Pakatan Rakyat, natijahnya Pas akan menjadi seperti tahun 60an dan 70an. Saki-baki ahli-ahli Pas hanya tinggal geng-geng pak lebai yang berjuang atas dasar taksub dan walaq kepada pemimpin tertentu. Pastinya pada PRU 14, pertandingan tiga penjuru akan berlaku antara PR (PKR & DAP), PAS dan BN. Sebaik sahaja Pas keluar PR, maka BN mula menghitung kemenangan. Kesan yang nyata, penderitaan rakyat tidak akan dibela. BN semakin gagah. Rakyat akan semakin lelah. Harap-harap pemimpin Pas sedar diri bahawa perjuangan adalah untuk rakyat dan bukannya untuk mempertahankan ego semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Orang Orang PAS mesti sedar dan waras , hidup di dunia ini medti guna OTAK dan tidak buta tuli menyokong Pemimpin GAGAL

Selagi ikut Ajaran NABI SAW mesti tiada masalah

Tanpa Nama berkata...



SANGAT

SANGAT & sgt JELAS

Ddlm PAS ada 2 kelompok yg sgt7TERANG VISI-akhlak-AKIDAH yg mrk prjuang & prTAHANkan..



Kelompok-A

Adalah cenderung berPAKSI kpd nilai2-UNIVERSAL-azali.."HUMBLE"-sjiwa-sNAFAS dgn ummah

>>>demi PENYATUAN-inclusive-ummah-JAMAAH ddlm KASEH sayang kluarga BESAR Adam as..

>>>JELAS fokus kpd beban-MASAALAH derita-SENGSARA yg sdang diRASAi oleh RKYAT jelata

>>>POKOK prjuangan adalah AMANAH-integrity serta SUCI-transparency yg bnar7TELUS kudus

>>>Mrk ini diRASAkan mampu mngHAPUSkan ibu-malapetaka-RASUAH scara habis2an!!!

>>>Mrk juga dpt mlenyapkan tunjang-bejat-FITNAH keDASARnya ygGELAP krn bangkai-RASUAH!!!

>>>Apb DASAR kpd FITNAH & RASUAH yg sgt7GELAP itu dihapuskan..CAHAYA yg bnar7TERANG akan dpt mnyuloh kpd songlap-rembat-ESOS-BALAK-projek-proxy yg tlh trjd ddlm GELAP

>>>Apb FITNAH & RASUAH dpt disuloh bnar7KEDASARnya barulah kehidupan ummah trBUKA ceria




Kelompok-B

Mrk mmpelopori DASAR feudal-KASTA-exclusive..PRASAN lebih suci..HOLLIER-than-thou..

>>>Mrk minta & seolah2 mmaksa org WALAQ sdangkan hormat-WALAQ mngalir dgn sndirinya..

>>>Mrk "konon2nya" org2 yg palingKUAT kpd AGAMA..tapi mnjd TOPENG yg sgt hina

>>>Hujjah & pemikiran TOPENG-agama mrk adalah rasis-ASOBIYAH-Melayu..Dap-Cina-Dap Dap!!!

>>>Mrk sgt7ALERGIK & tidak SEBUT langsung pasal-RASUAH..krn tlh gemok songlap ddlm GELAP

>>>Mrk TIDAK berani sebut soal-AUDIT-Integrity mlainkan "WAYANG" hudud yg boleh pulak2 dipinda2 mnurut NAFSU kepala-JAMBAN fakeh mrk itu!?

>>>Mrk mnjd pmbawaFITNAH kakiFITNAH & bapakFITNAH krn ingin mnutup bangkai-RASUAH!?

>>>FITNAH demi FITNAH..krn ingin mnutup RASUAH demi RASUAH yg lebih besar & lebih PARAH!?

>>>TIADA bezanya FITNAH2..porno-Liwat-BARUA-broka-pilkuda..krn bangkai2-RASUAH slain mnuju hidup penoh BEBAN masaalah2 kpd ummah mnjd GELAP seGELAP7nya, TIADA berCAHAYA!



Pilihlah..

VISI-akhlak-AKIDAH yg mana..kelompok-A @ kelompok-B yg bnar7MENCONTOHI sejarah khidupan VISI-akhlak-AKIDAH Nabi SAW..



Tanpa Nama berkata...

Bro, aku nak baca komen ko best tapi sakit mata typo ko banyak huruf besar. So aku x baca sampai habis. Next time tulis la elok2.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah menangkan pendokong2 Pakatan Rakyat dalam pemilihan Pas kali ini.Bukakan hati dan celikkan mata perwakilan untuk memilih kebenaran.Amin.KepadaMu kami bertawakal.

Unknown berkata...

Kalau ikutkan tolol-tolol serban tu, mereka nak bersendirian untuk memerintah negara dengan doa dan tawakal tanpa usaha.

Tanpa Nama berkata...

(Al Baqarah 284)

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau ka mu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


"nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu."

Allah sedang menghitung perangai dan perbuatan pro UG dan apa jua di dalam hati yang di zahirkan ketika ini di hitung dan apa yang masih di batin akan di nyatakan kepada kamu. (ahli-ahli PAS)