20 Jun 2015

Kafir Kalau Keluar PAS?


Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.


Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya. – TMI

ULASAN GB

Jalan paling mudah untuk mendapatkan WALA ialah menuduh dan mengklasifikasi golongan yang tidak menyokong sebagai telah murdad, atau menjadi kafir.

Dahulu kafirkan UMNO dengan Amanat Hadi. Tiba-tiba entah macamana selepas muktmar yang lalu tiba-tiba Haji Hadi membersihkan nama UMNO, katanya UMNO tidak seburuk Firaun.



Dan semalam GB menerima satu prinstcreen dari media sosial seperti berikut:


Wah hebat betul. Masing-masing dah jadi tukang hukum. Punya takut orang tubuh parti baru terus tempelak orang yang keluar parti sebagai kafir. Apatah lagi mendapat tahu akar umbi yang mehukan parti baharu gantikan PAS. Dan tuan presiden sendiri yang pernah menghalau orang yang tak bersetuju dengannya terutama PASMA supaya tinggalkan parti.


Sekarang bila ahli-ahli PASMA nak keluar secara beramai-ramai dari PAS di Kedah dan Terengganu, mereka dikecam pula sebagai kafir.

Jangan pedulikan lagi kata-kata para pemimpin PAS. Mereka sudah kehilangan akhlak, budi dan akal. Kita tiada masa lagi untuk melayan mereka. Segala tuduhan mereka terhadap para profesional akan memakan diri mereka sendiri... >br>

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Label melabel dalam pas akan memecah belahkan pasikulutut.tapi akhinya org lain yang dituduh memecabelah pasikulutut

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak kali aku komen dlm blog tentang Hadi,. Dia ni ada sakit mental. tak ada sapa ambil peduli, Sesiapa yang sayang pada Ulamak pesakit mental ni cuba lh pujuk orng tua tu buat pemereksaan otak,. Orang tua ni dah banyak buat dosa pada rakyat terengganu. Fatwa kifir kn orang umno buat pasangan suami isteri bercerai. Sembayang 2 imam.Sembahyang jumaat 2 khutbah. sembelihan orang umno tak blh di mkn, suami pas, isteri dgr ceramah umno bila balik kerumah kne cerai, ini bukan cerita rekaan, betul2 terjadi di terengganu,. semua gara2 Ulamak sakit otak ni.

Tanpa Nama berkata...

Apabila orang orang yang Otak Lemah Tidak Ber Fikir ber gaulan dengan orang orang lemah tahap KELDAI di Timur Tengah , maka mereka juga lah akan ter pesong masok ke golongan tahap KELDAI tadi

Sesat lagi menyesat kan meteka mereka dalam PAS ini , hidup tanpa brr kerja keras tapi BER HARAP saja amat ber tentangan dengan AJARAN NABI SAW

PAS perlu di haram kan takut ianya menjadi seperti Klux Klax Klan

Orang Orang TOLOL perlu di didik dan bukan di biar ber luasa menjahanam kan negara

Tanpa Nama berkata...

Geng2b hularmak pas dan mamai kena pil kuda,sekarang mereka dah jadi jebon,jadi barua,jadi walhun,jadi kutu berahak,padan muka ,jiwa merka semua sekarang dh tak tenang lagi disokan oleh golongan yang dizalimi.kita tungu tuan mursidol bali dulu.mana tahu dia bolih pulihkan semangat hularmak pas,

Tanpa Nama berkata...

Kufur kepada arahan manusia selalunya kerana penambahan ketaqwaan kepada Allah.
Siapa lah seorang makhluq yang berani menkafirkan seorang insan yang lain. Adakah dia mendapat izin terus dari Allah?

Tanpa Nama berkata...

Ahli2 Pas yg masih waras harus keluar dari Pas. La ni Pas dah jd Parti Ajaran Sesat dipimpin oleh Ayah Hadi Ping.

PAS BUKAN ISLAM. ISLAM BUKAN PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tersepit, terdesak dan terkedu. Itulah gambaran PAS waktu ini. Bermula dengan strategi yang ingin menggambarkan PAS sebagai parti dominan dalam PR dan "king maker" dalam politik tanahair di samping UMNO sentiasa menadahtangan sekiranya PAS ingin menyertai mereka, PAS kini seperti melukut di tepi gantang. Tiada siapa lagi yang perlukan PAS. Sekiranya ada pilihanraya kecil di mana saja hatta dikubu mereka sendiri, PAS pasti perlu bertungkus lumus utk menang. PAS hanya untuk golongan ulamak saja. Ulamak yg hanya mendapat pengiktirafan Din Ayam, Zuhdi, Nik Abduh, Nasrudin dan Azli Taliban. Inilah golongan yg boleh menjatuhkan fatwa sepentas kilat, diizinkan tuhan utk berbohong, fitnah demi kenaikan jemaah (pastinya jemaah mereka saja) dibenarkan malah mendapat pahala melakukannya. Golongan ini adalah golongan yg tidak perlu merujuk kpd bukti, dalil mahupun siasatan, cukup dengan gerak hati. Tetapi realitinya inilah golongan yg terus menghitamkan imej Islam dikalangan masyarakat majmuk Malaysia, yg membenarkan syaitan berbisik di telinga, tiada potensi, pemimpin membawa rebah, personaliti yg mencurigakan dan paling ketara terlalu taksub dengan jawatan. Inilah faktor yg tidak dapat dihidu oleh Hj Hadi. PAS kini gagal memahami Malaysia. PAS kini lebih memahami politik yg berada di Mesir, Syria dan Pakistan.

Tanpa Nama berkata...

PAS makin lama makin karut..

Da xde jalan utk diperbaiki..

da rosak..

X boleh Bt apa lagi da..

Kesudahannya..campak kat laut je la...



Unknown berkata...

Azli taliban kepala bapak engko..suka2 nak hukum orang engko ingat engko sapa hah?sedarlah diri engko tu anjing PAScai aje tak payah nak berlagak alimlah.

Malaysiabaru berkata...

Pas sedang blackmail azmin ali

mohon seluruh penyokong pakatan minta pertolongan allah untuk hentikan kerja jahat ustaz muda pas

Unknown berkata...

Geng-geng Ulama,Ustaz dalam barisan PAS 2015-2017 sudah gila talak!!! Sendiri salah, tidak pernah mahu mengakuinya..putar belit,U turn mainan iman yang kacau.kalau dibiarkan berlarutan..boleh rosak umat Islam di Malaysia.

Langsung tidak mencerminkan ajaran Islam yang Syumul dan Addin.

Tanpa Nama berkata...

Undi bulan masuk sorga. Komedia Karut

Hj Aduka berkata...

PAS ------------------) Parti Akal-akal Sasau.

Tanpa Nama berkata...

Lepas raya ni ramailah orang-orang PAS memecahkan rekord "dunia", Jika apa yg dikatakan azli taliban tu betul, Bila Parti baru ditubuhkan lebih separuh, ahli PAS menangotai parti Baru,FUHHHHHH ramai-orang -orang melayu islam jadi kafir(nauzubillah).Tak larat jakim nak buat dakwah 1/2 juta orang melayu islam kembali kepada islam sebenarnya.

Ya,raabi ya tuhankku,ampunkan lah daku keatas dosa-dosaku yg lalu.

Tanpa Nama berkata...

Hai Abg Mat, bila nak buka parti baru? Jangan dah lepas hemtam Dan kena hemtam, masih nak betul Dari dalam. Jgn pulak tak jadi. Yakin dgn Allah. PAS dah tak boleh selamat la ni. Org dia pun, dia kafirkan. Org UMNO, dah tak kafir lagi. Main suka2 kafirkan org. Skrg ni kat Selangor Dan Penang , minta pejabat ugama haramkan puak2 ni bagi ceramah kat mesjid. Menyesatkan org aje. Tangkap pasal tak de tauliah. Baru padan muka.!

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS dikatakan ada 1 juta. Maknanya di Malaysia ini hanya ada 1 juta umat Islam yg lain semua kafir?

Tanpa Nama berkata...

Salah tu.pada aku skrg ni sepatutnye sape masuk pas kira kafir.byk.sebab2 nye.anda sendiri tahu

DinSikuLutut. berkata...

kesilapan utama analisis hari ini adalah kegagalan menengesan gerak balas penyokong PAS (akar umbi) dan para ulamak penyong PAS.
Tuduhan terhadap PAS dan ulamak dalam PAS pencetus huru hara dalam PAS adalah sesuatu yang amat berbeza dari realiti.
Kelantan sebagai kubu kuat PAS, rata-rata menolak apa yang berlaku di muktamar lepas.
kalau inilah ya

Tanpa Nama berkata...

Hebat! Teruskanlah 'usaha murnimu' mengkafirkan orang lain supaya rakyat marhaen dapat mengenali wajah sebenarmu.

Tanpa Nama berkata...

Mana 1 jutanya? Mainan angka saja tu...no siri sijil ahli tu hidup je sejak pas ditubuhkan, tak tolak yang dah meninggal dunia dan keluar parti..sijil dikeluarkan pada tahun 2011 pun hanya dengan angka 8 ratus ribu lebih je...

Tanpa Nama berkata...





Modal pro ulamak ialah melabel@menghukum. Kafir ada lah label yang gemar di gunakan oleh pro ulamak. Keluar jemaah@PAS senang-senang saja dapat label kafir. Yang jelas ialah pengikut dan rakyat bawahan mudah percaya tanpa mempertimbangkan samada perkara tersebut benar-benar mengikut iman dan kebenaran. Sebaliknya mereka bergantung sangat pada iman dan kebenaran pada orang lain.

Adakah ini bererti Hj Hadi meminta PASMA menjadi kafir kerana Hj Hadi menghalau PASMA keluar parti?Sebagai ulamak bukan kah Hj Hadi sepatutnya menyelamatkan mereka dari jadi kafir dengan bukan menghalau PASMA?

Sekira nya PAS berkuasa penuh dan amanat Hj Hadi masih digunapakai, alamat mampos ahli-ahli UMNO. Hj Hadi di syorkan menarik-balik amanat tersebut dengan segera.Tidak cukup dengan hanya mengatakan UMNO tak seteruk firaun. Memanglah UMNO tak seteruk firaun sebab kebangkitan rakyat di zaman reformasi telah melemahkan UMNO. Jika rakyat tdiak bangkit ketika itu, UMNO kuat malah terlalu kuat jangan harap lah PAS ujud hari ini.

Kepada Allah kita kembalikan.



Unknown berkata...

Maaf, nak tanya sikit. Kalau tak jadi ahli PAS, kira jadi kafir kah?

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar, sumbangan wang ringgit ,tenaga kerja yang aku diberikan pada PARTI PAS hanyalah sia-sia, yang lebai berjubah hanya gunakan air liur basi hanya pandai bercakap saja, "MALAS" tidak mahu buat kerja kerja PARTI dengan alasan pakaian lebai jubah tidak boleh buat sebarang kerja, aku kena tipu lagi dengan lebai jubah.

Sekarang aku kenal mereka lebai jubah hingusan jual agama untuk kepentingan diri mereka. PAS for all menuju kehancuran.

Bang Mat Sabu cabut, aku ikut cabut.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB..

Pernahkah kita bayangkan dgn betul2 dekat diHATI bgmn...betapa sgt simplenya khidupan nabi SAW?


Bgmn pula simplenya institusi yg wujud pd wktu itu dgn seorg LEADER yg buta-HURUF yakni baginda SAW itu sendiri??


SEMUAnya simple..


Bgmn pula sgt simple nya sebutan makna/ERTI/definasi "ulamak" yg bnar2 mnjd PEWARIS nabi2 itu yg pd wktu itu tanpa kitab2 berguni & berLORI2 slain hanyalah tutur kata baginda yg PLAIN-simple kpd shbt2nya...berlainan sprt yg konon2nya gah dipanggil ulamak didepan mata kita pd hari ini???



BAYANGkan..


Bgmn pula agaknya...seandainya nabi SAW yg buta-HURUF lg sgt2 SIMPLE tanpa sebarang "KITAB" ditangannya hatta tanpa sbarang SENAWI ijazah MA @ PhD itu hadir pd hari ini...adakah yg konon2 gah dipanggil ulamak/MSU itu dpt mngenali baginda SAW yg sgt simple itu????



BAYANGkan lg..



Mampukah ulamak2 hebat yg tlh diNOBATkan sbg no.1 no.2 & no.3 donia.. trmasuk dewan ulamak DUPP @ MSU mngiktiraf baginda SAW yg tanpa sbarang sijil/IJAZAH & langsung TAKde sebijik KTAB itu apatah lg dgn posisi buta-HURUF baginda itu?????




BAYANGkan lebih dlm lg..


DAN

Seandainya nabi SAW dpt hadir pd hari ini serta melihat "kerja-BUAT" oleh LGE dan LKS ddlm mmbentras RASUAH khianat & FITNAH...serta dpt mnyaksikan LGE & LKS trsiksa dipenjara demi coba mnegakkan sbnr2KBNARAN serta KEADILAN universal azali...bgmn kah agaknya NILAI yg nabi SAW akan lukiskan kpd kita pd hari ini??????



DAN


BAYANGkan lebih dlm7lagi & lg..


BERBANDING..

Seandainya nabi SAW dpt "MENYAKSIKAN" puak2 siku-lutot dgn CAKAR itu berbelit2 berputar2 u-Turn PONTENG serta JANJI2 dilanggar..yg terang2 berbuat onar-FITNAH trhdp amanah yg tlh diberikan kpercayaan oleh ummah sebaliknya mnjd bapakFITNAH ddlm sejijik2 onar sprt pilkuada barua & broka...adakah nabi SAW dpt menerima keBEJATAN-onar-FITNAH yg sedemikian rupa??????? dan...dan...

Apakah agaknya yg baginda SAW dan Omar Al-Khattab lakukan kpd pembawa belit putar onar-FITNAH yg terang2 berakidah-SONGSANG..sesat lg MURTAD itu yg bnar7MEROSAKkan wajah ISLAM yg maha7INDAH lg maha7SUCI itu????????

....dan adakah begitu ulamak PEWARIS nabi2.. yg baginda maksudkan itu?????????


DAN

Perlukah lg kita meyakini serta mnjd TOLOL-siku-LUTOT utk mngiktiraf mrk yg mmiliki MA @ PhD serta berLORI2 kitab disisi mrk itu sbg ulamak..

..sdangkan istilah ulamak yg disebut oleh baginda itu very2PLAIN-simple tak perlu SATU kitab pon pd wktu itu...cukup..

..cukup sekadar bnar7FAHAM serta mngHAYATI-HAFIZ(pelihara) dgn stinggi7AMANAH integrity TRANSPARENCY setiap patah kata baginda dgn makna/HAKIKAT/definasi 'hakiki' yg bnar7DALAM & meluas sluas-UNIVERSE..dr dasar HATI sehingga kepenjuru ufuk langit & bumi..



MALANG

MALANG sekali...krn makna/ERTI/definasi 'hakiki' sbnr7Ulamak yg sgt2SIMPLE itu tlh dihijjack oleh sipnghafal2 ber-IQ cipuut ygTOLOL-siku-LUTOT dimana otak mrk tlh pon diubah n diletak kat ujung buntot...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Betul tu broo.ambo ore kelate pun x ser doh pakoh pas..berat 66 doh pas lo ni..karut sekarutnya...jeng kreng trus..dok rok cetong...perangai pemimpin sebijik dgn amno..luga tbalik ambo dgn puok2 ni...

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak taulah apa yang difikirkan oleh golongan yang terpinggir, apa tindakan seterusnya. Namun seelok-eloknya bagai saya yang tidak tahu cerita dalaman saya cadangkan biarlah kekal dalam PAS. Sebabnya? Sebabnya PAS itu bukan ditubuhkan oleh MAK BAPAK HAJI ADI!! PAS ditubuhkan oleh pejuang-pejuang Islam zaman dahulu yang mahu Islam berdaulat dinegara ini. Ingatlah akan pengorbanan orang-orang dahulu. Ada yang terbunuh, diseksa, dipenjara dan menderita oleh perbuatan orang yang berkuasa. Kekal dalam PAS berusaha dan ketuk kepala-kepala ostad yang biul-biul. Mana yang makan pil kuda hantar ke pusat serenti. Mana yang nyanyok bagi rawatan perubatan. Ingatlah perbezaan kita dengan ostad-ostad ni hanya jubah dan seban je. Yang lain semua sama. Silap-silap nafsu dunia ostad lagi teruk!! Teruskan berjuang kerana PAS bukan mak bapak ostad-ostad punya!! Jangan jadikan PAS macam TALIBAN!!

Unknown berkata...

Disebabkan amanat ayah ping marang di kampung aku sembahyang 2 imam org PAS tak makan sembelihan org AMeno tak sah nikah dgn imam BN tapi sekarang nak berpakat dgn BN apa niiiii?
Sekarang aku sedar semuanya disebabkan lebai2 mercun dan ustat2 fulusikum wa pussykum bertopengkan agama...no more votes from us anymore.Enough is enough.We are not going to take it anymore.

Tanpa Nama berkata...

Tepat kata2 mu broo..salute!!

Tanpa Nama berkata...

Minta Tanya ahli ahli dan ulama ulama suci mulia, adakah Tak masuk pas tu kapir ?

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Rasanya sesuatu badan yang tak dak koperasi mmg takkan bertahan...
Lihat saja beberapa badan yang berkoperasi mengorak langkah...
Tunggu je lah...
Saya akan organizes...
Gerakan Islam bersepadu punya...
Yang pasti duit makin kecik....
Aku akan make sure orang tak rugi pergi mengundi walaupun kalah...

AriffSMB berkata...

Abis semua org dituduh kafir... inilah bahayanya jika suka melabel... mmg dari dulu lg budaya melabel x boleh ada... malah melabel umno pun satu perkara yg salah... Allah Maha Adil... apa yg diludah jatuh atas batang hidung sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Maaf Saya Nak Tanya

Apa hukum hidup hanya BER HARAP makan minum dari KAFIR sampai KIOK tanpa BER FIKIR unruk BER USAHA atas kaki sendiri ???

Semua nya dari Cukai Nyawa Cina saja dan Si Kafir ini tak tidurbuat duit nak bayar cukai bagi Melayu Melayu makan minum ber gaya dan hina.

Tak percaya tanya TUN MAHATHIR

JIHADIST berkata...

Ya Allah binasakan lah puak2 khawarij takfiri ini.

Binasakan mereka hingga ke akar umbi.

Hancur leburkan jemaah sesat mereka.

Kembalikan lah takfiri itu kepada diri mereka sendiri

Hinakan lah mereka dgn sehina-hinanya di dunia dan akhirat.

Wahai Azli Khawarij,

Aku ada dgr ust PAs kata keluar PAs jadi kafir tp aku tk tau lagi siapa. Tapi hati ku diberi ilham khawarij itu adalah engkau.

Selepas baca posting ini sah memang engkau orgnya.

Aku cabar kau pergi berjihad dan mati syahid mcm Ust Lotfi yg membela umat islam syria dr kezaliman Assad Syiah laknat.

Jgn kau nk menganggu keharmonian umat islam malaysia ni

Kaulah yg lari dr perjuangan jihad dari bumi umat Islam. Maka siapa yg lebih layak menjadi kafir?

Dengan nama Allah AKU CABAR KAU AZLI PERGI BERJIHAD DI SYRIA ATAU IRAQ ATAU YEMAN MEMBELA UMAT ISLAM DPD KEZALIMAN SYIAH (Hadi sokong iran sampai hari ini).

Sekiranya kau takut ke sana tp mengkafirkan org yg keluar parti haram PAS, aku berdoa semuga Allah menghukum kau dn mendedahkan kebusukan hati dan janggut kau itu.

Kami umat islam wajib menjaga keharmonian negara berbilang kaum di negara ini. Org islam dan org bukan islam yg tidak mengistihar perang kepada kami, mereka adalah di bawah perlindungan kami dan Allah swt.

Siapa kau azli nk mengganggu ketenteraman negara ini?

Harap pihak berkuasa menangkap janggut ini sebelum dia menumpahkan darah umat islam. Atau Allah akan memakbulkan doa umat yg kau zalimi dgn tuduhan laknat kau itu.

YA ALLAH BINASAKAN PUAK KHAWARIJ DALAM NEGARA INI . AMIIIINNNN

Tanpa Nama berkata...

Jange mudah menghukum BERUK .Dulu masa aku muda2 Ore Pas hukum ore umno Kafir Salah sore hak dok hukum kafir ko ore umnonya ustad Nor Derih la ni dia sendiri masuk omno Beruk.Aku rasa ore supamu ni spesis sama denge Nor Derih.Mu berasa jelira ko dok mudah hukum ko ore.Baso nate kecik2 tidak mapuh

Tanpa Nama berkata...

This is very deep. Menusuk hingga ke jantung kalbu. Harap mereka yang menyokong pro UG terfikir bila membaca tulisan tuan.

Tanpa Nama berkata...

oooiiiii taktik laaamaaaa daaaaa. kafirkan orang. dasar ularrrmak cai siku lutut mabuk ketum kaki pil kuda.selamat tinggal romeoku hali hali sama halun lin. ud id ul pus dan pelechide pus. walak walak walak lupanya balak puuuiiiihhh.

KIJFD berkata...

pemimpin baru pas xada pendirian tetap,selalu uturn.

senang diperbodohkan oleh umno.xperlu pemimpin besar umno perangkap pas.ketua umno cawangan pun mampu perangkap pemimpin pas pusat.

ada mangkut hayun pas percaya umno sokong hudud.xmasuk akal,kalau umno sokong hudud dia xperlu pas untuk laksanakanya.

sekarang ni apa jadi dengan pas YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG HANCUR BERKECAI,BERTABURAN,