20 Jun 2015

Ulama Sedang Menghantar PAS Ke Liang Lahad...


Bukan Islam tidak akan menyokong PAS lagi, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang
.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP.



ULASAN GB

PAS sedang mengalami fasa menurunnya di bawah kepimpinan baru.

Yang pasti bukan-Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya akan datang. Tanyalah mana-mana kaum Cina dan India, malah dari DHPP pun. Mereka meluat dengan perangai ulama PAS, terutama Presiden PAS sendiri, Haji Hadi yang mutakhir ini begitu celupar mulutnya dengan sumpah dan makihamun seperti BARUA dan TOLOL. Ini diikuti dengan para penyokongnya dialam siber atau alam dunia. Dengan perangai jelek mereka memfitnah, memaki dan memboo, akan menjadi peluru yang akan memakan diri mereka sendiri. Itulah hukum alam, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Itu sunnatullah!

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama. Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?

Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah hadi..

anda dan pemimpin baru anda benar2 hebat!!!

ASALKAN BUKAN UMNO..
ASALKAN BUKAN PAS..

azhar rangkuti berkata...

Setuju dgn Mat Sabu; Aqidah harus selari dgn Akhlak

Rasulullah diutuskan bukan sahaja utk mengajak manusia menyembah Allah yg esa tapi juga utk menyempurnakan akhlak manusia sbg qudwatun hasanah

Omar Daud berkata...

Salam semua ,selamat bertewarikh:

Sadist!! Sadist!! Blessing in Disguised!!!Allah membuka jalan pada hambanya!! Tidak putus Asa,"Di setiap kegagalan,kekalahan,kemuraman, di situ allah akan tunjuk peluang kedepan jika kita mengunakkan akal anugerah Allah untuk bertindak memperbaiki kelemahan2 kita, berundur beberapa langkah kebalakang bukan bermakna kita kalah,Muhasabah diri,kumpulan2, pejuang rakyat,tenaga2 harcore,ilmuan agama dgn menyusun strategy dgn bijaksana mendapat keredhaan Allah, Insyallah kita akan berjaya.

Organisasi PAS Sudah tidak dapat diperbaiki lagi,Umpama kereta ,enginenya dah "karput" walupun bodynya dicat metallic baru, tapi tak boleh bergerak, hanya boleh di tolak sahaja.Kalau kita rakyat, masih lagi nak naik kereta enginenya dah rosak, terpaksalah kita menghabiskan tenaga untuk menolaknya, untuk bergerak.

PAS = PAST
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Dari Anas r.a. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Celakalah umatku disebabkan ulama yang buruk.’ (HR. Al-Hakim). Akan datang diakhir zaman ini seburuk-buruk manusia dikalangan kamu adalah ulama...iaitu orang yang suka mengaku ulama tapi akidah dan akhlak seperti yahudi dan majusi...

Tanpa Nama berkata...

Bagi Umno Pas Adalah Musuh politik no 1.Dua2 parti mengharapkan target group yann sama .Iaitu Melayu Islam.UNTUK MENGHANCURKAN PAS UMNO AKAN GUNAKAN KAEDAH.Disini apa yang saya rasakan Umno telah mengrekrut ejen2 nya menyertai Pas memegang jawatan dalam Pas.Berlakon menjadi penjilat Presiden dan menjadi orang kepercayaan nya.Satelah mendapat kepercayaan Presiden dengan pengalaman dan arahan dari godfather{UMNO}.Orang2 inilah yang menjadi pencatur dalam PAS.Kini mereka berhasil Pas sudah semakin berterabur dan kesakitan.Salah seorang yang saya maksudkan ialah ZUHDI yang kini rangcak menyerang SDR MAZLAN..Itu salah seorang dan masih ramai lagi.Ada yang berstatus ustad dan ulama .Awaslah PAS SUDAH TERMAKAN JERAT UMNO BIAR LAMBAT TAPI BERHASIL.

Tanpa Nama berkata...


Apa nak susah. Apa nak risau.

Pas bukan nak menang pilihanraya. Pas bukan nak Putrajaya.

Pas hanya mencari keredhaan Allah.

Tak nak beri sumbangan pd tabung jihad Pas pun tak apa.

Dalam jubah Pas ada siku, lutut dan karate.

Don't play play.




Tanpa Nama berkata...

PAS di pimpin ulamak ulamak BER HARAP saja tapi bukan BER FIKIR seperti di kehendaki Islam

Itu beza nya Ulamak Hafal dan Hafal , dan Ulamak Professional yang Ber Pijak di Alam Nyata

Mat Sabu sebaik nya menjadi Presiden PAS jika ingin maju ke hadapan


Rakyat bukan makin TOLOL tetapi Ulamak PAS saja .

Orang Orang Melayu semua tu.

FELDA pon kantoi , PAS pulak hancur

Nasib baik ada DBKL...

Tanpa Nama berkata...

Tujuan aku nak tengok bn tumbang...
Batu kayu pun aku sokong kalau lawan bn...

Tak kisah la nak sokong apa pun...
Tapi kalau pas pun camnih...
Babai la... ada lagi parti lain...

Ikut je la amno tu....
1 sen tak guna...

Boley Jalan berkata...

Jamgan Takut Pas......hal ekonomi kita ada Din Ayam.....ekonomi Cap Ayam, dlm strtegy kita ada din velpayer untuk berkempen dgn strategi ikat serban, mana boleh kalah.......lagi pun Allah beserta dgn Paih walau pun fasik! Biar 1000 kali kena kencing, paih tetap paih! Dan sudah tentu mat bugis akan anggkat hadi jadi TPM ganti muhyideen......dan Din Ayam sebagai timbalan BADUt MoF.....
Lawan! Lawan jangan udur Paih! Jangan letak jawatan di PP dan di selangor, maruah kita dgn Allah bukan dgn rakyat.....sebab kita islang, parti lain semua kapiaq, ameno sokong islang.....dah 63 tahun!

Malaysiabaru berkata...

Asalkan Bukan Abdul Hadi

A.B.A.H

Tanpa Nama berkata...

PAS masih relevan yang berpenyakit adalah Tuang Presideng!

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana Ulamak (ug) pas Membawa pas ka liAng lahad:

Tauladan ulamak:
1.Amanah/rakyat -Mereka menghianatinya.
Contoh rakyat memilih ulamak bertanding di Parlimennya:-Menang Dapat elaun bulanan:Harapan rakyat, mengharap wakil yg dipilihnya memperjuangkan mereka .Tetapi wakilnya bersama dgn orng yg buat kezaliman,Wakilnya:selalu ponteng kerja.Cuba bandingkan orng yg bukan islam:Ada tak mereka ponteng kerja mkn gaji buta.
2.Amanah/ dengan Kawan: sudah berjanji dgn kawan untuk tidak bertanding disuatu tempat tapi disebabkan tamak ,mengingkarinya dan bertanding sesama kawan.:-Cuba bandingkan kawan2-lain yg dikatakan bukn mengamalkan islam, ada tak mereka tikam belakang kita.
3.President Pas pernah menghina president PKR,Tapi sekarang boleh pula duduk semeja:-Ada tak president PKR menghina President PAS.:dIMANA akhlak kita

Banyak lagi tak terlarat nak bagi details.
So moral of the story ialah:Kerja2 yg sepatutnya ulamak lakukan dibuat orang lain yg bukan ulamak:Sepatutnya Ulamak2 dalam PASlah jadi "GODFATHER" untuk ahli2 dan rakan2nya sebagai teladan untuk di contohi,,Tapi malang ulamak2 pas lebih menitikberatkan tentang jawatan dan keduniaan ,menyebabkan mereka "LALAI" akan tanggung jawab sebenarnya, mereka2 ini diselamatkan oleh ahli-ahli yg taksub "dgn ulamak pewaris nabi" sehingga terlupa mereka2 ini bukan maksum.
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Pas skrg dah jadi parti yg mudah diperbodohkan.nik amar marah pulak smpi nk perang dgn umno kalau x da komitmen pd hudud smpi ujung tahun ni.aje nye bodoh,nk kata bodo kang kasar sgt tp itulah hakikatnya pemimpin2 pas terimalah kenyataan anda mmg bodoh dan org bodoh mcm ni layak memimpin org2 bodoh je.biarlah pas dgn kebodohan dan sombong dgn diri sendiri.Kami nk beri komitmen pada Parti Baru.babai pas

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak diherankan pengundi Cina, aku sekeluarga pengundi Islam pun belum tentu undi PAS. Manalah tau sehari dua ni Allah Maha Mengetahui dan Allah adalah Perancang terhebat. Mahluk berusaha sahaja. Tiba-tiba ada eksiden pesawat meletup atau landing atas bangunan utama di Putrajaya ke atau eksiden Mercedes Benz dihimpap lori tangki minyak sawit ke atau gempa bumi berskala 7.7 richter berpaksi di Banjaran Titiwangsa ke atau tanah runtuh ke atau pun wabak MERS ke... beberapa pemimpin yang merapu terkorban atau hilang terus dan tak dapat dikesan. Maka berlakulah pelbagai perubahan. Barulah kita tahu kita undi siapa itu pun kalau hidup. Kalau tak jawabnya GAME OVER!!!

zab berkata...

Norazli Musa a.k.a Taliban kata sapa keluar jemaah (PAS) jatuh kafir dalam ceramah semalam. Trend if you are not with me, then you are against me sudah menular dan jika dibiarkan akan menjadikan negara macam sesetengah negara Timur Tengah. Itu jelas. Hakikatnya orang-orang sebegini lah yang menggelincirkan PAS dari jemaah yang lebih besar, yakni umat Islam seluruhnya. Kalau begitu kata Norazli, tak payah lah mubaligh Kristian berdakwah atau Bible dicetak ke bahasa Melayu.

Haji Hadi kata Pakatan masih wujud, bahkan disuruhnya tengok maksud pakatan dalam kamus. Katanya yang keras dan bermasalah adalah DAP. Saya rasa dia duduk dalam realiti berbeza dari orang lain. Dan dia lebih macam ahli politik lain, semakin banyak belit dan bercabang lidahnya.

Tak hadir Parlimen sedangkan usulnya ada dalam Standing Order. Wala'un tak usah belit kata program di Jepun dirancang lebih awal kerana jadual Parlimen bukannya keluar bulan lepas. Sepatutnya ahli Parlimen merancang aktivitinya di sekitar jadual Parlimen, bukan sebaliknya.

Semoga Allah melindungi kita dari pimpinan yang zalim.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya pada mat sabu d hanafiah drakan nya. Ada kah tetubuh nya parti Baru dap setuju hukum2 Allah .sekadar nak tubuh parti Islam saja tak megikuti ajaran Islam .lebih baik bersama umnooo.

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya nak perintah kelantan dan terengganu. Negeri lain lantaklah. Tengoklah komen2 pemimpin pas dari pantai timur..mereka tak mengharapkan sokongan dari pengundi bangsa lain selain melayu..sebab mereka rasa cukup kuat dengan hanya sokongan melayu.. Pemimpin pas pantai timur mcm katak bawah tempurung. Visi poltik mereka hanya utk melayu. Mereka tak melihat realiti suasana politik malaysia yg berbilang kaum. Bagi mereka pas utk kelantan dan terengganu. Kalau mcm ni..tak usah bermimpi nak ke putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Apa ko merepek ni Anob 10:28
Parti baru yg bakal ditubuhkan tetap parti islam, tetapiu tang benar-benar bertahaluf siyasi dengan rakan=rakan dalam PR untuk tumbang kan BN.

Bukan macam PAS yang dah isytihar oleh presidennya UMNO tak seburuk Firaun....

Tanpa Nama berkata...

dI copy tp berisi > saya tak berminat pun untuk ambil contoh2 kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sebab concern saya hanyalah pada kesalahan yang dimulakan sendiri oleh kita, kumpulan Islam yang sepatutnya menunjukkan qudwah, akhlaq dan disiplin janji yang jauh lebih mulia berbanding kumpulan lain.
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

Tanpa Nama berkata...

melayu pun tkkan undi parti munafik haraki PAS lagi

pi mampus sama UG2 penjual agama hudud

nak takut2 kan penyokong konon jgn hina ulamak, jgn tak wala', napa ? takut kena petir ke?

go to hell la. membenci menolak ulamak penipu adalah wajib. menolak ust celupar pemecah belah suka melabel org lain adalah wajib.

menolak org bodoh dpd cuba memimpin islam yg blh menyebabkan islam jadi hodoh adalah wajib.

org bodoh tk layak jadi pewaris Nabi saw kerana sifat Nabi saw fathonah (bijaksana) jgn nk perasan pewaris Nabi saw hanya kerana lulus agama dan jadi pemimpin parti 'islam'.

org penipu lagilah tk layak. Yang layaknya JADI PEWARIS ABU JAHAL.



Tanpa Nama berkata...


In respond to

"Saya nak tanya pada mat sabu d hanafiah drakan nya. Ada kah tetubuh nya parti Baru dap setuju hukum2 Allah .sekadar nak tubuh parti Islam saja tak megikuti ajaran Islam .lebih baik bersama umnooo."

Jika tertubuh parti baru masih tetap ikut perlembangaan dan tertakluk kepada Majlis Raja-Raja. Jangan hanya meletakkan tanggung-jawab hanya pada parti seperti mana selama ini hanya kita meletakkan tanggung-jawab kepada PAS sahaja.

Buat permulaan cukup lah sekiranya parti yang Islam. UMNO dan PAS bukan lagi sebuat parti Islam. Islam di sini bukan bererti parti itu agama tetapi cara kita berpolitik berekonomi ber membangun ber intergrasi bermuktamar bermuafakat adalah cara Islam. Amanah.

Dalam masa sama kita tidak ada kuasa sekiranya orang bukan Islam inginkan hiburan termasuk minum arak dan berjudi tetapi sekiranya pemimpin kita menunjukkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan, mereka tahu menghormati kita yang beragama Islam. Masalahnya kita nak paksa orang bukan Islam ikut cara Islam. Boleh ke?

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...




PAS = Parti Agama Sekular



bagi UG, islam hanyalah hudud, selain dpd itu bukan islam.

kehidupan bukan ajaran agama bagi UG PAS

maka islam telah disekularkan oleh UG PAS

maka sebab itu Harun JIn kata tiada manafaat kpd Islam tahaluf siasi sebb DAP tolak hudud PAS.

sekarang hadi pun dok main2 tk bentang hudud PAS kat parlimen, so hadi kiranya tk beri manafaat pada islam lah. lebih teruk dr DAP lah hadi ni.

maka islam telah disekularkan oleh UG PAS

Tanpa Nama berkata...




Memang selepas ini sukar untuk parti yang berlandaskan Islam untuk mendapat sokongan dari kaum cina baik PAS atau parti baru seperti PASMA jika PASMA menjadi parti.

Mula-mula bila PAS dapat sokongan dari bukan Islam, ramai yang berpendapat orang bukan Islam sudah boleh menerima Islam. Islam mula bangkit di rantau ini. Tapi bila pemimpin PAS buat perangai huduh, kita kata pulak tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang mengatakan PAS adalah parti Islam. Habis yang kalau keluar jemaah jatuh kafir, tu apa?

Apa yang di katakan oleh Mat Sabu ada lah betul dan PKR seharusnya jangan teragak-agak bersama-sama dengan DAP.


Tanpa Nama berkata...


Ostad umno kata org kafir mca n mic kafir dzimmi dan org kafir dap kafir harbi.

Sekrg ada ostad pas kata siapa keluar pas dan tinggalkan perjuangan jatuh kafir.

Mat Sabu kata fahaman yg dibawa oleh gang ostad pas ni bahaya kpd malaysia.

Kalau pendapat keluar pas n tinggalkan perjuangan pas jatuh kafir, nnt ada gang ostad kata darah mereka yg keluar jemaah pas ni halal.

BAHAYA! BAHAYA!

Nnt jd mcm kes Al maunah dan memali. Mcm pejuang konon islam di Syria berbunuh sama sendiri.

BAHAYA! BAHAYA!

Kerana ada diantara mereka yg tolol.

Tanpa Nama berkata...

keluar PAS jatuh kafir?

hahahahah kerajaan mesti bendung fahaman sesat begini.

ini fahaman khawarij ala IS.

yg umno diluar PAS tu tak kafir ke? ewah sekarang umno dh mula cantik dan ayu di mata munafik haraki jebon umno UG.

kalau umno tk tawat habuan dunia, takkaaaaan lah UG PAS nk puji umno pulak.

kalau bersama umno itu lebih awla', maka cepatlah declare terus terang, pedulikan apa PR nk ckp, pedulikan apa penyokong nk ckp, berani kerana benar.

jgn tak tentu hala tk jelas pendirian, itu lalang namanya.

harap2 lepas ni umno tipu dan kencing berakkan PAS betul2. biar UG PAS hidup segan walau tk tau malu puak bodoh ni, mati taknak pnya.

kita tak kata umno tu kafir tp kita menentang segala penyelewengan yg dh tahap kritikal kpd negara dn rakyat. jika negara runtuh dan jatuh ekonominya, nk makan pun susah, ketika itu sapa pun tkmo dgr hal hudud lagi. ust2 pun sibuk nk hidup saja, hudud entah ke mana.

puak2 UG bolehlah cabut lari ke Jepun. kat sana bidadari dh sedia menunggu. dh penat menyamar perjuang islam, bila lagi nk syurgakan. ye kat jepun ada syurga utk UG.

melayu cina india semua tolak PAS... sebb membohong dan bodoh adalah dua ciri yg haram di wala.

apa hukum pemerintah menipu rakyat? apa bezanya dgn pemimpin yg menipu pengikut dan ahli2 nya.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan ulama ulama suci mulia tidak perlu undi cina kapir. Mereka akan kosong ahli umno sesama agama.