30 Mei 2015

[VIDEO] Masa Depan & Harapan PAS & PR Bergantung Kpd Ustaz Ahmad Awang


Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.

Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.

“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.

“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.

“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.

“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor. -SH


Ahmad Awang tidak kisah dituduh proksi DAP

Calon presiden PAS, Ahmad Awang tidak tergugat dengan dakwaan pihak tertentu yang melabelkannya proksi DAP sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai strategi pembunuhan karakter yang menghalangnya merebut jawatan nombor satu parti.

Bekas naib presiden PAS itu berkata tiada sebab untuk melabelnya sebagai proksi DAP kerana hubungan yang baik bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat mengukuhkan kerjasama pakatan pembangkang.

“Saya tidak tergugat dengan dakwaan menjadi proksi DAP.

“Mungkin pengalaman bersama pimpinan DAP dan PKR membentuk kerajaan pakatan di Perak sebelum ini menyebabkan saya dituduh sebagai proksi DAP.

“Ini usaha pihak tertentu membunuh karakter politik tetapi semua orang tahu peranan saya dalam memperkukuhkan parti,” katanya kepada akhbar kawalan kerajaan, Berita Harian.

Ahmad, 79, yang cuba merebut jawatan presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa beliau mempunyai peluang cerah berdasarkan sokongan akar umbi yang diterimanya.

Katanya, cabaran kepada Hadi dibuat selepas mendapat sokongan banyak pihak dan ia semakin bertambah selepas borang pencalonan dikemukakan.

“Saya dapat banyak mesej dan panggilan yang menyokong pencalonan dan paling penting, saya sering dijemput turun ke kawasan atas permintaan mereka.

“Ia menunjukkan sokongan akar umbi kepada saya amat menggalakkan walaupun ada pihak cuba menghalang saya hadir ke program berkenaan,” katanya kepada akhbar itu.

Ahmad tampil mencabar Hadi selepas jawatan tertinggi PAS itu tidak pernah ditandingkan sejak 12 tahun lalu.
-TMI





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah

Jauh berbeza akhlak TG Ust Ahmad Awang dengan Haji Hadi Awang. Ust Ahmad Awang begitu low profile, berbudi bahasa dan mulia pekertinya. Tidak mencaci, tidak memaki dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat spt Haji Hadi.

Saya doakan semuga Ustaz Ahmad Awang berjaya menjadi presiden PAS yang baharu.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya
Jawapannya sgt2 MUDAH

MUDAH semudah ilmu HISAB
MUDAH semudah sifir MATEMATIKA

Brp org bilangan hadir keMUKTAMAR?
TENTU skali dpt dikenal pasti setiap No./nama Ahli??
Dari bil2 kawasan & bil negeri semuanya sgt2 mudah dikoordinasi???

BerHUJAH..

Dan berHUJAHlah dgn penoh hikmah spenoh7 KASEHsayang

BerHUJAHlah dgn spenuh7KASEHsayang trutama kpd mrk yg dah pon trmakan UMPAN serta trmakan hasutan-FITNAH

BerHUJAH dgn mrk yg berada diatas PAGAR tentu skali tiada masaalah..

Selebihnya, smoga ALLAH akan mmbolak-balikkan QALBI yg sebati dgn FITNAH itu akan segera insaf & SEDAR kembali..

Remember, GOD moves mystrious way!

Semoga..

Semoga insy'ALLAH

Insy'ALLAH Ahmad Awang akan menang dgn izin drp TUHAN..
Amiin yaRABBUL alamin..



Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Engkau berilah kemenangan kepada Ustaz Ahmad Awang yg disayangi oleh kami... Kami memohon agar Engkau kembalikan PAS kejalan yang Engkau redhai, kerana kami sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan HJ HADI.

Tanpa Nama berkata...

Masanya menukar kapten.

Tanpa Nama berkata...

Kesederhanaan dan tutur bicara Ustaz Ahmad Awang serupa dgn arwah TGNA, menampakkan ciri2 pemimpin gerakan Islam yg bagus. Berani berdialog dgn rasional tetapi tegas.

Tak perlu memaki hamun, melabel gelaran, mencaci org lain spt Tuang Presideng skrg. Hj Hadi pemimpin yg gagal memimpin jemaah dan negeri sendiri. Ini fakta bukan auta!

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ahmad Awang kalau ditakdirkan menjadi Presiden PAS, tolong buktikanlah kepada kami bahawa:-
1. Presiden PAS boleh dipercayai.
2. Presiden PAS bersifat rendah diri.
3. Presiden PAS perangi penyelewangan dan rasuah untuk meringankan kesengsaraan rakyat.
4. Presiden PAS menghormati kaum perempuan.
5. Presiden PAS pegang janji dan jaga kawan.
6. Presiden PAS tidak menfitnah orang.
7. Presiden PAS tidak bersifat diktator.
8. Presiden Pas tidak label orang barua, brokar, nyamuk dan tolol.
9. Presiden PAS tidak gila kuasa dan pangkat.
10.Presiden PAS mampu mengharumkan Islam kepada bukan Islam.

Dan JANGAN ada 10 sifat yang paling paria:-
1. Tidak boleh dipercayai.
2. Sombong dan megah.
3. Semua orang Islam boleh dibeli dan dirasuah.
4. Pandang rendah pada kaum perempuan.
5. Kianat kawan dan pengundi.
6. Hati hitam suka fitnah orang.
7. Bersifat dengki dan diktator.
8. Mulut jahat ejek orang barua, brokar, nyamuk dan tolol.
9. Gila kuasa dan pangkat.
10. Jaja ayat suci untuk kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

.

Alahai.. memang lah kita bebas beri pendapat tapi sebagai Prof tolong lah serta kan hujah. Kalau Ustad Ahmad Awang sekadar Mahu menunjuk rasa tidak puas hati bukan cara bertanding macam ini. Kumpulan Ustad Ahmad Awang boleh berdemo, melabel atau edar naskah. Apalagi bila kumpulan satu lagi tidak di kenakan tindakan bila buat perkara-perkara tersebut.

Kalau dah masuk bertanding nama nya, tentu lah nak ganti orang yang menyandang. Ustad Ahmad Awang dah menyatakan matlamatnya sekiranya dia menjadi Presiden yang baru. Situ je kita boleh tahu Ustad Ahmad Awang serious atau tidak. Sekiranya Prof rajin sikit membaca dan dapatkan maklumat, Prof tak cakap "Mungkin tujuan beliau..." Mungkin ??

Jangan kita cari makan dengan cara begini, apa lagi bergelar Prof.
Jangan pilih Presiden yang sama macam Prof ini, Mungkin, ada... Mungkin, besuk saya hidup... atau mati.

Usaha Ustad Ahmad Awang sekarang tertumpu kepada perwakilan dan dengan menghebahkan niat nya supaya jika kalah pun, buat lah apa yang Ustad Ahmad Awang harapkan. Setakat ini tidak ada suara yang membantah atau menidakkan. Jadi jika Hj Hadi menang Hj Hadi kena lah menyatukan semua ahli. Jika Hj Hadi buat bodoh dan meminggirkan kumpulan lain masa itu lah ahli PAS akan nampak kebenaran Hj Hadi.

Kalah atau menang kita serahkan pada Allah. Tapi 'Lawan Tetap Lawan' !!



Tanpa Nama berkata...



.

Memang kalau dah sampai guna hubungan dengan DAP sebagai modal kempen, sah-sah kumpulan Hj Hadi dah tak ada modal. Tak sedar lagi ke yang Hj Hadi tu proksi APCO? APCO = UMNO. UMNO = APCO.

Ingat bayar berjuta pada APCO tak termasuk mencadang, merancang dan melaksanakan supaya UMNO bergabung dengan PAS.

Siapa yang mengadai maruah Islam menguna hudud? Kumpulan Hj Hadi ingat idea hudud itu datang dari mulut UMNO! Lu silap lah setelah di rangka langkah-langkah untuk kekal berkuasa, UMNO hanya mengikut je. Sekarang apa jadi pada hudud? Setakat tarik sijil Secret Recipe je lah. Ada masa pulak tu HA! HA! HA!

Ulama pro UG berunding tukar isu hudud dengan Sijil Halal!

Kepada Allah kita kembalikan.