30 Mei 2015

Kukuhkan Pakatan Rakyat: 3 Anak Bekas Pimpinan Tertinggi PAS Berkongsi Pentas

Dari kiri, Faiz Fadzil (anak Almarhum Fadzil Noor), Mujahid Yusof (anak almarhum Yusuf Rawa) & Nik Omar Nik Aziz (anak almarhum TG Nik Aziz)

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,”
katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia.

Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,”
katanya. -TMI

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kurang bersetuju dengan membuka keahlian bukan Islam pas. PAS tak perlu menjadi parti pelbagai agama. Cukup dengan membuka keahlian kepada semua bangsa beragama Islam. Sudah baik mempunyai Dewan Himpunan untuk ahli2 bukan Islam yang mahu berjinak-jinak dengan Islam. Saya tak mahu kesalahan fikrah dan wasilah kita sekarang merosakkan umat dan dasar islam parti untuk 10 tahun atau 20 tahun akan datang.

Unknown berkata...

ALLHAMDULILLAH 3 Bekas anak Alim ulamak PAS Bersama Rakyat,jelas nampak KEMATANGAN dan SEDERHANA hasil tarbiah ayahanda mereka. Teruskan BERJUANG JIKA KAMU IKHLAS insyaALLAH kerana ALLAH , Rakyat bersamamu kamu.
Selamat BERMUKTAMAR.

Tanpa Nama berkata...

sy sokong pas buka keahlian kpd bukan Islam spt parti2 lain dlm pakatan, cuma kecenderungan saja berbeza. PKR cenderung kepada melayu; DAP cenderung kpd cina; PAS cenderung kpd Islam.

Dlm PKR, pemimpin majoriti melayu; DAP pula pemimpin majoriti cina; biarlah PAS dgn pemimpin Islam yang beramal dgn ilmunya.

Tanpa Nama berkata...

Baru hari ini dapat ku kenal wajah anak TGNA, Ustaz Nik Omar. Semoga ada nafas baru dalam PAS selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Sayang sekali

Alangkah sampoi simple dan mesra skiranya Ahmad Awang & Hadi Awang dpt duduk bersama2 berWACANA berkongsi VISI-hujjah-pendapat demi sbnr7KBNARAN sbnr7CAHAYA-TERANG yg bnar7DAPAT "diRASAkan" sbg solusi serta PILIHAN yg terBAIK skali utk mmimpin majoriti ummah..

RAKYAT bnar7DAHAGAkan sbnr7CAHAYA-ygTERANG utk mnyuloh kdlm "SYSTEM" berNEGARA dgn sgl system'KEHAKIMAN system'PENDIDIKAN system'KEEWANGAN systemKESELAMATAN dan sluruh system2 yg berkaitan diurus dgn sbnr7 setggi7NILAI..yg bnar7PASRAH-telus kpd NILAI2-UNIVRSAL-hakikis dbwah ini..

+++sjujur7HAKIKAT kjujuran

+++seikhlas7HAKIKAT keikhlasan

+++sesuci7HAKIKAT kesucian/TRANSPERENCY-audit-dr-DASAR-hati

+++skudus7HAKIKAT amanah/INTEGRITY yg tiada sklumit pon ASOBIYAH-rasis pentingDIRI

+++seadil7HAKIKAT keadilan UNIVRSAL-azali kpd semua mahluk2 dilangit & dbumi

+++sedlm7HAKIKAT cintaKASEHsayang demi SATU-rumpun yg berasal dr Adam as..


+++smutlak7HAKIKAT KBNARAN-stotal7nya langsung tiada pntingDIRI slain keagongan'TUHAN!


Inilah sbnr7CAHAYA..

CAHAYA yg maha7TERANG yg telah disuloh oleh semua nabi2 ddlm "SYSTEM" kehidupan..hatta CAHAYA yg maha7TERANG ini dpt tembus keDASAR-HATI yg paling2 dlm skali..
"..takutilah FIRASAT sbnr7Org yg berIman.."???

CAHAYA itulah yg sgt2 ditakuti oleh Firaun Namrudz Haman Qarun Kaisar Kisra raja2 Abu Jahal Abu Lahab dan sluruh pemimpin2 yg zalim-menipu-mmFITNAH-mnindas disepanjang zaman..

Inilah WACANA..

WACANA-diskusi-HUJAH-debat..yg bnar7DAPAT mngubah MINDA ygGELAP mnuju hala tuju CAHAYA yg TERANG benderang kdlm sluruh "SYSTEM" khidupan demi sbnr7ERTI kjayaan serta keREDHAan TUHAN..



Malaysiabaru berkata...

Masyaallah

Igtkan semua anak Nik ajis tolol mcm nik abudoh

Teruskan berjuang nik omar nik Aziz !

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..anak arwah tgna yg ini brbeza dgn yg lagi satu tu..

IrWrWs berkata...

Kami masih dahagakan kepimpinan TGHH yg terasa sesuatu bila dap hina hudud..

Tanpa Nama berkata...

Syabas anak2 ulama ini. ISLAM UYNTUK SEMUA. TUNJUKLAH BAHWA ISLAM ITU AGAMA AMAN. KALAU KITA TUNJUK CCMTOH YAMG BAIK ORANG BUKAN ISLAM TIADA HALANAGN MENERIMA ISLAM.

CARA HADI CARA KOLOT. YANG KOLOT INI TIDAK HARUS MENERAJUI PAS ATAU PARTI ISLAM.

CERAMAHLAH SAMPAI BERBUI MULUT KALAU TIDAK DAPAT TUNJUK CONTOH YANG BAIK ORANG AKAN TOLAK KITA.

Tanpa Nama berkata...

DAP hina hudud baru nak terasa? Gerakan, MCA, MIC malah UMNO sendiri hina hudud ok?

Tanpa Nama berkata...

.


MB sekarang tak payah lah ikut potong gaji 45 %.

Sekarang ini cukup lah kalau boleh tunjukkan kemampuan memimpin dengan bijak, sekurang-kurangnya jangan lah biarkan PAS Kelantan di tipu oleh UMNO dalam hal hudud.

TGNA ada tiga ciri warak, zuhud dan istiqamah, itu pun TGNA tak percaya pada UMNO sampai akhir hayat nya. Yang cuma ada tak sampai pun 20 % ciri-ciri tersebut pulak yang nak berkerjasama dengan UMNO. Cari penyakit lah. Sekarang yang 20 % tu entah tinggal berapa peratus lagi sejak ada hubungan baik dengan UMNO.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

.

PAS ini bukan agama. PAS ialah parti yang memperjuangkan Islam. Orang bukan Islam yang menjadi ahli PAS adalah mereka-mereka yang ingin bersama-sama kita membuktikan kebenaran Islam walaupun mereka beragama lain. Jadi tak mungkin PAS jadi parti pelbagai agama kerana dasar PAS ialah Islam. Mereka masuk PAS kerana mahu melihat sendiri keadilan Islam atau sekadar untuk mengenali Islam.

Ini satu cabaran yang sangat berat. Buat masa ini, pemimpin PAS kena perbetulkan prepepsi PAS yang telah rosak. Apa juga tindakan ahli PAS mulai sekarang perlu berhemah. Mulai hari ini, ahli PAS kena berdisplin seperti seorang mukmin. Jemaah PAS tak boleh bertelagah sesama sendiri. Macam-macam lagi. Barulah orang bukan Islam nak jadi ahli dn bila mereka yang bukan Islam menjadi ahli, cabaran semakin bertambah berat. Ini semua perlukan Ilmu.

Tak mustahil tapi bukan mudah. Memakan masa yang lama. Walaupun sekiranya visi ini gagal, ianya dapat mengubah dan memajukan ahli-ahli sendiri untuk menjadi se orang Islam yang berkualiti, yang mana tidak langsung memberi kebaikan pula pada parti.

Di masa itu, mungkin PAS akan menghadapi masalah apabila tiba-tiba orang yang bukan Islam yang jadi pemimpin mungkin peringkat kawasan atau mungkin dalam AJK tiba-tiba buat u-turn, perlu kah kita marah sedangkan yang mengaku Islam serta ulama pulak pun buat sama macam itu sekarang ini. (Maaf Ini lauk tambah je ya!)

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Siapa abang, siapa adik antara Nik Omar dengan Nik Abduh?

Nik Omar lebih rapat dengan si ayah di bandingkan dengan Nik Abduh yang lebih rapat dengan Hj Hadi. Kalau ambil kiraan masa dari mula nya ujud usaha-usaha UG dengan UMNO.

Nik Omar berada di pentas melontarkan pandangan dan menasihati perwakilan supaya tidak memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional. Tak salah kalau dikatakan Nik Omar boleh bercakap di atas pentas politik dan tidak mustahil Nik Omar mampu berdebat.

Round Lapan

Hj Hadi Kalah.
Ustad Ahmad Awang Menang!

IrWrWs berkata...

Sebab tu kami perlukan tghh yg terasa juga bila gerakan mca dan mic hina hudud..