29 Mei 2015

Akhirnya Pro-UG Yang Kelupoq & Tersungkoq....


Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar PAS

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini.

Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti itu selama ini.

Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini.

Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan parti itu.

Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.


"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.


"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.

Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.

Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.

Semalam, peguam Zulhazmi Sharif pula mendedahkan dalam Facebook miliknya, pihak yang bertanggungjawab di belakang kesilapan mencetak kertas undi Muktamar PAS 2013 lalu yang menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, mengambil tanggungjawab dan menawarkan peletakan jawatan.

Asmuni diserang dengan hebat, termasuk oleh menantu presiden parti Islam itu, yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU), Zaharudin Mohamad, kerana kesilapan yang bukan dilakukannya tetapi oleh seorang pemimpin PAS lain.

Zulhazmi tidak menamakan pemimpin PAS berkenaan tetapi menulis: "Hamba Allah itu lepas dari pertanggungjawaban sehingga hari ini, malah hamba Allah itulah yang 'pulun' buat rang undang-undang persendirian untuk (ahli Parlimen Marang) sekarang."

"Siapa hamba Allah itu, hangpa cari sendiri lah... silap-silap selepas pemilihan kali ini dia akan ketepikan Datuk Mustafa Ali untuk jadi setiausaha agung," tulisnya lagi.

Baru-baru ini, Zaharudin juga membuat pendedahan besar ketika berdialog dengan naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Beliau berkata, MSU membuat keputusan penting tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), namun ia belum diumumkan lagi.

Ekoran itu anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil membuat kenyataan meminta MSU mendedahkan keputusan yang dibuat, yang sepatutnya menjadi rahsia di kalangan ahli MSU sahaja.


Faiz dalam postingnya itu bertanya, benarkah MSU dalam satu forum pada 24 Mei lalu membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam PR.

"Jika benar, apakah keputusan yang dikatakan dibuat MSU itu? Sama ada MSU mahu kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada PR?" soal Faiz, juga seorang peguam, dalam tulisannya itu.

Muktamar parti itu dari 4 hingga 6 Jun ini akan diadakan di Kuala Selangor.

Ia bakal menyaksikan hampir semua jawatan utama dipertandingkan termasuk jawatan presiden di mana Hadi akan ditentang bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Turut dicabar ialah timbalan presiden Mohamad Sabu yang akan berdepan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mempertahankan jawatannya.-TMI


Surat terbuka kepada Majlis Syura Ulama PAS (MSU).

Saya rasa terpanggil untuk memohon penjelasan jujur MSU berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana dalam satu forum yang diadakan pada 24 Mei 2015, seorang ahli MSU telah menyatakan bahawa MSU telah membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Kebimbangan berkenaan perkara ini diperkuatkan dengan qarinah (circumstantial evidence) oleh kenyataan tokguru Presiden PAS yang dikasihi bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP serta kenyataan Timbalan Mursyidul Am bahawa Presiden PAS telah fikir panjang berkenaan hubungan PAS dan DAP.

Saya dengan rendah diri memohon penjelasan persoalan berikut:-

1) Apakah benar MSU telah mengadakan satu mesyuarat membincangkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat?
2) Jika soalan 1 positif, apakah keputusan yang dikatakan telah dibuat MSU; samaada MSU mahu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat?
3) Jika betul memang wujud keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, bilakah keputusan tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat supaya satu ketetapan boleh dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat?

Saya amat yakin bahawa berdasarkan Perlembagaan PAS, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat kerana ia badan tertinggi yang telah memutuskan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Saya juga amat yakin bahawa majority ahli dan penyokong PAS serta rakyat masih berharap PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menentang kezaliman dan penyelewengan UMNO Barisan Nasional dan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan bersih di Persekutuan.

Maka, amat penting untuk kekeliruan yang timbul ini dijelaskan agar ahli dapat terus bekerja menentang UMNO Barisan Nasional tanpa pemikiran positif kami terganggu.

Satu jaminan yang konkrit amat diperlukan dalam suasana nyawa UMNO Barisan Nasional sudah berada di hujung tanduk.

Sekian, terima kasih.

~ Faiz Fadzil
-FB Faiz Fadzil


ULASAN GB

GB sudah lama mempersoalkan hal yang sama: mengapa tiada tindakan ke atas golongan yang melampau batas ini?

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. ini?

Kemudian timbul satu demonstrasi di Pejabat Agung PAS. Mokhtar Senik turut serta. Mokhtar Senik (merupakan seorang bekas anggota Al-Maunah) ini Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

Presiden PAS sendiri telah turut menegur tindakan Mokhtar Senik and the gang di dalam satu siri jelajah AJK Dewan Harian PAS Pusat ke Pahang Hj Hadi menyelar demo di hadapan Pejabat Agong Pas. Haji Hadi berkata semua itu kerja yang tidak betul. Demo sepatutnya untuk lawan umno sahaja.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali turut menegur Pengarah Pperasi Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa.

Mereka (golongan pro-ulamak) ini adalah penyokong Presiden yang membawa rebah. Tindakan-tindakan mereka itulah yang bakal menumbangkan Hj Hadi sebagai Presiden PAS.

Diperburukkan lagi dengan kemunculan "papagomo-papagomo" versi PAS seperti Tok Usin Ceroi, El-Haraki, Al-Bangi, Huzir Sulaiman dan beberapa yang lain.


Ada lagi yang lain, malas GB nak layan kerana mereka ini semua baru aktif dalam jemaah. Tarbiyah yang dilalui oleh mereka hanya tarbiyah zahiriah dan bukan ruhiyyah, akibatnya lahirlah watak-watak dajal berserban dan kelihatan hebat agama di penampilannya tetapi masih syaitaniah di lubuk hatinya.

GB amat yakin golongan pro-ulamak yang melampau batas ini akan tetap menerima hukuman Allah kerana SUNNATULLAH itu tidak berubah, yang melampau batas akan tetap terhukum walaupun PAS Pusat sengaja tidak mengambil tindakan ke atas mereka ini. Tunggu, insyaAllah akan sampai masanya.

Apa yang GB jangkakan, alhamdulillah, kini menjadi kenyataan. Masa mereka berantakan yang akhirnya akan menyebabkan mereka "kelupoq dan tersungkoq" (tag yang digunakan oleh mereka sendiri untuk menyerang kumpulan progresif") pun sampailah...

7 ulasan:

Sam Sung berkata...

Kahkahkah..hukum kebenaran sdg brjalan,
Rasa kn wahai pro ug..

Tanpa Nama berkata...

GELAP

GELAP & GELAP

Ddlm GELAP pasti akan berGOCOH lg berANTAKkan...itulah DASAR kpd-FITNAH!

GELAP = FITNAH..dan paksi-IBU kpd DASAR FITNAH itu adalah umpan-"RASUAH" yg mnjd REBUTAN!

Ddlm GELAP = FITNAH itu, mrk ibarat ulat2 bangkai saling beREBUTAN bangkai-RASUAH itu!!

Apb gagal mndpt "SHARE" bangkai-RASUAH yg dijanjikan mrk akan mrajuk mcm budak2HINGUSAN!!!

Tak cukup dgn mrajuk krn-BANGKAI itu, mrk pasti mmburuk & mmFITNAH keji ssama sndiri!!!!

FITNAH

KakiFITNAH

PmbawaFITNAH

Si-BapakFITNAH

Adakah dgn FITNAH..sibapakFITNAH itu mncontohi "akhlak-AKIDAH" Rasulu'LLAH SAW?

Adakah amalan-Semayang sikakiFITNAH ada "NILAI"nya dsisi ALLAH??
Bukankah FITNAH itu lebih-DAHSYAT drp mmbunuh!!!!!???

Adakah tempat kakiFITNAH & sibapakFITNAH itu ddlm syurga ALLAH????

TOLOL

Masih TOLOLkah?

Masih TOLOLkah prwakilan2 dgn maksud-ERTI-FITNAH yg tlh digaris=had2=HUDUD=hukum kan oleh ALLAH ddlm Quran yg amat7JAHAT lg dahsyat akibat MUSIBATnya itu!!!???

Malaysiabaru berkata...

"hudhud' pun tak lepas d parlimen... Nak masuk pun tak boleh...

Muktamar nanti lihatlah kegagalan hadi dan 4 kuncu kuncu umno nya

Din ayam tonrontvi Nik abudoh yusni jaafar

Tanpa Nama berkata...

.

Kita buat isu ini sekadar selingan@hiburan je lah sebab kita tak nak lawan pro UG dengan cara begini. Blogger merajuk ini sama macam UMNO. Nanti selesai dan damaikan pun sama macam UMNO jugak.


Lagi pun kita memang tahu ada pemimpin di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS. Pendedahan ini cuma mengesahkan siapa orang nya yang langsung tak mengejutkan keluang di siang hari. Lagipun apa lah hebatnya identiti Tok Usin Ceroi di ketahui oleh Polis. Bukan ada pun kes saman. Yang Tok Usin Ceroi serang pun 'jebon' bukan nya Rosmah atau Najib.

Isu yang perlu di beri perhatian ialah kewibawaan dan kejujuran MSU yang membuat keputusan untuk keluar dari PR. Ulama sendiri tak boleh simpan rahsia ke ? Sekarang ini Ulamak kena sahkan betul atau tidak keputusan telah di buat? Jangan jadi macam ular dalam semak, main melelit je dan terus bedal. Macam anaconda telan buaya.

Bukan ulamak lah kalau guna muslihat untuk memperdaya orang lain.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

SiTOLOL

Kaki FITNAH

Sibapak FITNAH

Lobang FITNAH yg GELAP utk mnyonglap!



Elok..

Sgt2 elok lah..

Selagi kamu seronok mnjd TOLOL dgn mnjd kakiFITNAH pmbawaFITNAH serta mnjd barua-BAPAK kpd FITNAH itu,,kamu TAK perlu "keluar-keluar-dan-KELUAR" dr dlm lobang-TOLOL-FITNAH yg sgt7GELAP itu!

Ingat,

ALLAH tlh mmberi amaran kpd Yahudi:
"jgn ssekali kamu CAMPURkan yg-HAQ & yg-BATIL lalu dgn itu kamu sorokkan hakikat-HAQ sbg sbnr7KBNARAN itu.."

AWAS & LIHATlah!

Dgn mnCAMPUR-adukkan..

Itulah sejahat7FITNAH!

FITNAH= dgn tujuan SAMAR!!

FITNAH= dgn tujuan KELIRU!!!

FITNAH=SAMAR-keliru ini adalah trsgt7HALUS & mnjd sjahat7PENIPU yg TOLOL ddlm lobang GELAP!!!!

Inilah..

Inilah kerja ularrrMak-FITNAH as-SUK yg dah mnelan bangkai-RASUAH yg tlh jls dan TERANG skali "mewarisi" onar-MAKAR-HALUS-SAMAR-keliru jejak2 LAKNAT siYahudi itu!?




sawachikaeri berkata...

Sesungguhnya Allah maha kaya....kutuk orang jebon last last diri kena jebon...

Sayang parti berlandaskan islam....perjuangkan islam tapi pendokongnya serupa umno bn...gelar macam macam pada rakan.....

Tanpa Nama berkata...

Sebusuk-busuk ulama UMNO tak seteruk Mokhtar Senik yang dikatakan antara "orang di belakang" yang menguna blogger menyerang pihak lawan.

Pantun untuk Tuan Ibrahim,

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.