28 Mei 2015

Terbaik Dari Ust Ahmad Awang: Perkasakan Pakatan Rakyat!


Perkasakan Pakatan, kata Ahmad Awang

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahlinya yang mempunyai pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu perlu dilakukan memandang ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang presiden parti bagi memastikan semua ahli bersatu.

"Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan.

"Itu tugas dan kewajipan presiden," katanya yang turut berharap supaya tiada perpecahan ahli PAS selepas muktamar pada awal Jun depan.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Hadi dalam pemilihan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.

Selepas tahun 1956 - selepas 13 tahun, kenapa baru sekarang ustaz bertanding jawatan presiden parti. Selama ini jawatan itu menang tanpa bertanding. Apa yang menyebabkan ustaz memutuskan untuk bertanding jawatan itu?

Bila kata mencabar, saya tak ambil pengertian "mencabar" presiden. Cuma saya menganggap saya ambil tanggungjawab memenuhi tuntutan atau permintaan daripada sebahagian ahli parti yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut. Dan dalam PAS, memang kita parti yang amalkan sistem demokrasi dan dalam perlembagaan, kita diberi hak kepada setiap ahli untuk dicalonkan apa jua jawatan dalam parti. Dari jawatan presiden sampailah ke peringkat ahli jawatankuasa.

Soal sebelum ini tak ada mana-mana pihak yang dicalonkan untuk mengisi jawatan itu, itu bergantung pada keadaan parti setiap masa. Mungkin disebabkan parti sekarang melihat jawatan presiden perlu ada calon lain. Calon presiden sekarang adalah golongan yang dilihat sebagai golongan agamawan atau ulama dan (calon) yang lain saya lihat tak ada persediaan (untuk bertanding), jadi saya menyahut dan hormati kehendak sebahagian mereka (ahli).

Jadi kecenderungan ramai mahu saya dicalonkan. Dan apabila saya fikir dan timbang serta hormati kehendak ahli, berdasarkan perlembagaan parti dan dari segi hukum agama pun tak jadi kesalahan jika seseorang bersedia untuk dicalonkan bagi parti gerakan Islam.

Ini bukan perlawanan nak tentang satu sama lain tapi ini satu pertandingan dan persaingan yang sihat dan sebagai persaingan idea, pemikiran untuk dilihat oleh perwakilan. Mereka boleh memilih bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak menerajui PAS sekarang yang dilhat sebagai pertubuhan bukan hanya sebuah parti seperti zaman 30-an dulu yang macam kampungan. Kerana dalam PAS sekarang ada pelbagai ahli dari latar belakang berbeza. Jadi saya sahut cabaran untuk bersetuju menerima pencalonan ini setelah berfikir amat dalam.

Ustaz dianggap memecah tradisi parti?

Saya menghormati beliau (Hadi) dan kalau jumpa pun saya panggil dengan panggilan mesra iaitu 'ayah chik'. Itu menunjukkan kemesraan kami. Walaupun lima tahun sejak kebelakangan ini jarang bersama. Dan saya rasa tak timbul (pecah tradisi), saya tetap hormati dia sebagai rakan, sahabat dan juga salah seorang naib presiden Persatuan Ulama Sedunia. Saya pula ada menubuhkan cawangan Persatuan Ulama Sedunia dan dengan sendiri dalam konteks hubungan Persatuan Ulama Sedunia pun kami bersama.

Dulu walau ada konflik dalaman parti, jawatan presiden tetap tidak dicabar. Adakah masalah yang melanda PAS sekarang begitu kronik sehingga ahli meminta ustaz bertanding?

Amalan demokrasi itu satu perkara. Macam kita lihat tadi, barangkali PAS dalam suasana politik hari ini berada dalam politik negara dan parti nasional kerana duduk di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan saingan kepada BN. Jadi perkara mutakhir ini mungkin dirasakan sebahagian ahli untuk melihat persaingan di kalangan pimpinan dalam konteks kepimpinan iaitu pelaksanaan tanggungjawab dalam parti supaya lebih komprehensif yang menunjukkan kepada amalan kebijaksanaan dalam kepimpinan. Mungkin mereka kini nak lihat sesuatu yang lebih baik. Bukan bermakna sekarang tak baik.

PAS kini dilihat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ahli PAS yang pro-ulama dan profesional. Ustaz yang mana satu?

Pada saya PAS hanya satu kelompok kumpulan sahaja iaitu ahli Parti Islam Se-Malaysia. Saya akui ahli mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang profesional, berpendidikan dan pelbagai arah pemikiran. Tapi kita melihat kepelbagaian pemikiran, pandangan, sudut pandang berbeza dalam parti itu sebagai satu perkara yang baik. Dan apabila diurus, dengan kepelbagaian itu capai objektif yang komprehensif dan keputusan bersama dapat diperolehi.

Berbeza pendapat, pandangan ini kepelbagaian yang cantik tapi perlu diolah dan diselaraskan sehingga lahir satu kesepakatan. Dalam Islam, ia mengaturkan prinsip dalam jamaah berdasarkan kepada permesyuaratan.

Jadi ustaz tak meletakkan diri ustaz di mana-mana pihak?

Saya kira yang memberi gelaran pro-ulama dan sebagainya ini, pada saya ia masalah yang mesti kita perbetulkan dan selaraskan. Dan dalam PAS pun ada perlembagaan parti dan menjadi tugas pemimpin untuk menyatupadukan ahli dengan segala usaha dan ikhtiar dan menjadikan parti yang didukung ini, ahlinya bersatu dengan pendapat yang berbeza. Dan akhirnya, pemikiran yang terbaik itu akan dipilih untuk dijadikan keputusan bersama.

Berdasarkan pemilihan kawasan, Hadi dilihat mempunyai peluang dan kelebihan yang lebih besar. Mungkin ustaz ada strategi ustaz untuk berkempen memenangi jawatan ini?

Soal berkempen tak timbul. Tetapi bila ahli calonkan saya, saya setuju dan oleh itu saya kena berusaha. Mereka yang calonkan saya juga kena usaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Kalau masuk untuk main-main dan tak nak menang, saya pun tak menerima pencalonan ini. Tapi saya melihat, kita berusaha dan ikhtiar dan ahli perlu beri dukungan. Dengan ikhtiar ini, insya-Allah boleh capai kemenangan.Semua itu kita serahkan pada perwakilan. Ini usaha kita. Ia bukan tak boleh dicapai. Kita percaya dengan keyakinan itu, kita serahkan dan dalam berusaha, kita juga perlu beri maklumat yang diharapkan sampai kepada perwakilan.

Adakah ustaz meletakkan peratusan keyakinan untuk menang pada pemilihan kali ini?

Soal yang penting ialah usaha dan ikhtiar dan ia meyakinkan saya boleh capai kemenangan. Serah pada perwakilan. Benda ini bukan perkara yang tak boleh dicapai dan dari situ datang peratusannya.

Apa ustaz harapkan apabila menjadi presiden? Dan apakah perkara pertama ustaz akan lakukan sekiranya menang jawatan ini?

Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan. Saya balik pada teras asal. PAS yang ada ini sudah baik dah, tetapi baiki berasaskan prinsip dan perlembagaan PAS. Itu tugas dan kewajipan presiden. Dan perkasakan Pakatan Rakyat. Tetapi sebelum ke sana, saya nak perkasakan jamaah dulu. Bagaimana cara nak laksanakannya, bagi saya menang dulu.

Saya tak mahu melihat yang kalah (dalam pemilihan) nanti diasingkan. Dan saya selalu mengetengahkan bahawa yang kalah jangan tubuh parti atau kumpulan lain. Saya percaya semua ahli PAS sayang parti seperti saya. Saya tak mahu terus ada perpecahan dalam PAS selepas muktamar. Usaha ini boleh dilaksanakan. Tambahan pula Majlis Syura ini terdiri daripada ulama dan mereka beri nasihat untuk membimbing agar jangan berlaku perselisihan faham pada jamaah.

Jika ustaz kalah, adakah tetap akan meneruskan visi ini?

Insya-Allah. Saya bersama sahabat saya pun, tujuan kita dalam kedudukan PAS adalah untuk terus maju ke hadapan bersama Pakatan dan slogan "PAS For All" kita nak terus terbina. (PAS) bukan hanya untuk Melayu dan ahli PAS sahaja.

Dalam erti kata lain, adakah presiden sekarang gagal untuk menyatupadukan dan kukuhkan parti?

Yang itu saya punya visi. Yang orang itu, dia punya visi dia. Kena tanya dia. -mk

ULASAN GB

GB katakan TERBAIK... kerana Ustaz Ahmad Awang tegas dengan misinya... PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT. Itulahlah resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun yang cuba dicabuli oleh sesetengah pemimpin di dalam PAS kini.

Mereka lansung tidak menghormati suara ahli di dalam PAS. Malah ada ahli MSU dan pimpinan tertinggi PAS sendiri yang berulangkali membuat kenyataan "semak semula kedudukan PAS dalam PR", sedang mereka terlupa MSU itu sendiri dibentuk oleh Muktamar.

mereka lansung tidak bersyukur dengan nikmat dan rahmat kemenangan yang Allah kurniakan kepada PAS melalui Pakatan Rakyat. Perencanaan jahat sesetengah pihak untuk membawa keluar PAS dari PR akan tetap gagal.

InsyaAllah kami doakan Ustaz Ahmad Awang berjaya di dalam pemilihan PAS nanti sebagai Presiden PAS yang baharu.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ahmad Awang jiwa Rakyat , sama macam Arwah Nik Aziz

PAS boleh maju ke depan dengan Ustad Ahmad Awang

Tahniah PAS !!!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada Tuan Guru Ahmad Awang demi menyelamatkan negara ini dari kecelakaan dan kehinaan pemerintah yg zalim, AMIINN! AllahuAkbar!

Unknown berkata...

Cayalah Ustaz Ahmad Awang!

U r the best of the best!


If u thinks U can Win..Go ahead Ustaz Ahmad Awang! I'll support U..

Allah akan berjayakan. In Shaa Allah.




Tanpa Nama berkata...

DASAR

DASAR..DASAR kpd Islam itu adalah sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG bg mnyuloh sgl keGELAPan-peNIPUAN-keZALIMan-peNINDASan-ONAR-khianat-FITNAH yg "sengaja" djaja gara2 songlap-RASUAH yg mnindas & mlemaskan ummah!

DASAR..DASAR Islam itu adalah CAHAYA maha7TERANG yg dpt melihat serta dpt merasa merasa serta "bnar7MERASAI" manefestasi..

>>sbnr7ERTI kejujuran

>>sbnr7ERTI keikhlasan

>>sbnr7ERTI ketelusan/SUCI/transperency

>>sbnr7ERTI AMANAH/integrity

>>sbnr7ERTI merit/BAKAT yg bnar7ARIF-fatonah mncari solusi ummah

>>sbnr7ERTI cinta/KASEHsayang yg 'inclusive' sbg RAHMATAN lil'ALAMIN

>>smutlak7ERTI kbnaran/HAQ yg tiada w.pon skelumit mncari nobat-GLAMOR-title serta projek-ESOS-BALAK-proxy dll demi krn kpntinganDIRI parti @ kroni!

DASAR

DASAR CAHAYA yg maha7TERANG diatas itu adalah CAHAYA yg dibawa semua nabi2 demi sbnr7KEJAYAAN dan KEREDHAAN dr ILAHI..



Sbaliknya ..

DASAR..DASAR kpd onar-FITNAH adalah "induk-IBU" kpd sgl kecelakaan!

FITNAH adalah DASAR yg mnjd "asas-PUNCA" sgl KEGELAPAN!!

FITNAH adalah DASAR kpd pnyelewengan-khianat-RASUAH yg sgt7PARAH!!!

FITNAH adalah DASAR perpecahan-KESUMAT-dendam yg seDASAR brsarang dgn niat jahat IBLIS dan juga syaitan!!!!



Semoga..

Semoga Ahmad Awang dpt mmbawa sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG itu kembali utk sama2 dpt kita rasa-rasa-rasa & bnar7MERASAInya demi harapan yg tinggi mnggunung dr sluruh rkyat Malaysia..amiiin ygRABUL'Alamiin


Unknown berkata...

Mungkin kerana 13 tahun menduduki kerusi tersebut membuat kan presiden yang sedia ada menganggap kerusi tersebut adalah hak mutlak beliau seorang. Dengan beranggapan demikian beliau ingat bahawa beliau boleh melakukan apa sahaja juga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatut nya keluar dari mulut se seorang yang di anggap ulamak.

Kini beliau dan para pengikut nya kelihatan mengelabah bila ada yang mahu mencabar kedudukan nya. Sekira nya beliau berada di tempat yang benar dan punyai ramai pengikut, beliau seharus nya tak merasa takut. Lupa kah beliau bahawa di dalam perlembanggan PAS sendiri membenarkan apa jua jawatan boleh di pertandingkan.

Akhir kata saya mendoa kan kejayaan buat yang mencabar dan berharap agar janji janji yang telah di ikrar kan di tepati.

maae berkata...

Bagi aku, jika Dap masih mendominasi Pas dan mempersendakan Al Quran, Pemimpin dan Itjmak Ulama serta memeperlekehkan Umat Muhammad, di suruh berguling-guling, buat onar dan terpekik terlolong macam tidak beriman, makan daging saudara seIslam, tetap juga bukan perjuangan sebenar ! Ubah lah. Bukan ubah macam slogan kiasu.

Beza Khalifah Allah dengan Pemimpin pilihan manusia itu, boleh di lihat dari kewibawaan nya. Khalifah Allah itu mampu berada di mana-mana. Tidak pula sesuka hati menepuk dada. Tidak pula lari pengikut-pengikut bukan Islam malah majoriti mereka bersedia memeluk Islam dan saling sokong menyokong dalam apa jua keadaan. Mampu pula bersemuka dan bijak berhujah berbicara. Mahfum nya Al Quran itu pedoman menyusun kata-kata dalam kerangka berbicara mendenak jiwa. Umpama Omar zaman jahilliyah, mendengar bacaan alunan ayat-ayat Nya...berubah menjadi Singa Islam, memundakkan agama.

Jangan menang sorak kampung tergadai. Demi itu bertembung lah BN (Umno) dan Pas cara politik sihat ! Tidak mahu sesiapa jadi arang atau abu kerana api membara ! Kita mahu daging di panggang seenak rasa..he..he..

Terus terang, tanpa Pas, PKR dan Dap itu hanya pohon yang sudah di tebang, duduk tegak, jika di tolak akan jatuh bergolek-golek jua ..

Nota : Demi Melayu Islam. Ia pandangan peribadi.

Tanpa Nama berkata...

.

Apa yang kita faham dari apa yang cuba di sampaikan oleh Ustad Ahmad Awang ia lah jawatan Presiden sekarang bukan macam dulu-dulu. Jawatan Presiden PAS sekarang menuntut kemampuan yang tinggi dan sangat mencabar kerana PAS duduk bersama dalam PR! PAS bukan hanya perlukan pemimpin yang layak jadi ketua dalam parti PAS tetapi yang setanding dengan ketua-ketua dari parti lain dalam PR. Sebelum ini kemampuan Presiden PAS tidak dapat di ukur kerana tidak ada saingan tetapi apabila bersama PR perkara ini tidak dapat di elakkan.

Ustad Ahmad Awang menjadikan PAS serapang dua mata. Satu PAS sebagai Parti dan satu lagi sebagai Pertubuhan. Betul misi untuk bersama PR terbaik tetapi misi PAS juga sebagai pertubuhan adalah sangat sangat terbaik. Sumber tenaga dari ahli yang pelbagai latar belakang dapat di gunakan kerana bukan semua yang menjadi ahli PAS berminat sangat untuk aktif dalam politik dan tenaga mereka tak di sia-sia kan begitu sahaja.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penyokong kuat PAS, saya juga akan turut mendoakan agar Ustaz Ahmad Awang dapat memenangi jawatan presiden dalam muktamar nanti. Inilah harapan baru PAS.

Tanpa Nama berkata...

Amin ya rabbal 'alamin semoga Pas mendapat nakhoda yang baru.

Tanpa Nama berkata...

maae ..
"Nota : Demi Melayu Islam. Ia pandangan peribadi."
Islam untuk melayu ke ? inilah puak2 rasis taksub pada bangsa..
hang belajar dgn pro ulama mana?

Tumbangkan puak parasit ini..
jika tidak rosak pas ..

Tanpa Nama berkata...

Demi Melayu Islam pon dah salah tu. kalau demi islam saja ok. Jangan ada sekelumit perkauman dalam diri. Kalau nak tegakkan melayu islam, parti umno dah ada. Pegi la join.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullah kebanyakan komen membina kekuatan Pas.cuma ada juga komen yang masih berfikran tertutp iaiatu dari anon 11.01.mengapa dia bimbang seolah2 DAP yang menguasai Pas,silap.sepatutnya Peminpin yang panadi tarbiah mereka agar mereka memamhami tujuan kita,ambillah pengaran dari Arwah TGNA yangmana kebanyakan bangsa lain menghormati beliau dengan senang hati,mengapa tidak pada peminpin Pas lain?.mesti ada yang tak kena .Satu lagi beliau katakan bahawa Dap dan Pkr diibaratakn pohon yang telah ditebang rantingnya ,rantingnya ialah Pas.soalanya siapa yang tebang rantaing tersebut atau ranting tersebut reput denagn sendiri atau dimakan anai2.fikir sendiri

Tanpa Nama berkata...

Aku mencari setiap point dari setiap perenggan. Aku cuba relate setiap point. Perenggan kedua tampak tiada relevancy. Perenggan lain sekadar memperkukuhkan statement tentang pas tak perlu bersama PR! In summary..u just care about melayu islam as same as UMNO! Hidup melayu! Well said

Tanpa Nama berkata...

maae ..
puak nih senang saja nak ucapkan .. Pro UlarM Melayu bangsat ..Ilmu agama letak kat lutut ..tiada akhlak.. lebih baik umno drp puak nih
jual agama utk dunia
jika puak nih jika handle pas .. jadi bangsatlah pas..

Tanpa Nama berkata...

Jangan bagi pelampong kpd UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Dari fakta sejarah Umno sudah khianat kpd Islam dan Melayu, dan sangat salah jika ada manusia yg menaruh harapan kpd umno utk Hudud, sedangkan perkara perkara asas Islam yg lain tdk dipedulikan oleh umno.....macamana ustaz Hadi boleh mudah terperdaya....

Tanpa Nama berkata...

mcmana pun kita semua sedar hadi sudah kurang wibawa. bila dlm keluarga sudah berkocak maka yg pertama perlu dituding mestilah presiden...imam dan kemudi parti.

hadi pun hanya duduk senyap bila bertelagahnya golongan Profesional dn ulamak. kenapa mesti diam saja? nampak memihak. septutnya seorg bapak kena jadi org tengah tenteramkan keadaan.

sampai hari ini tidak ada pertemuan meja bulat kedua golongan itu dn perselisihan mcm dibiarkan berlarutan.

masalah bukan blh disorok bawah karpet, mesti bersemuka, berterus terang dan cari jalan penyelesaian.

nnti ust2 PAS kata sahabat2 Nabi saw pun bertelagah sampai berperang. tapi itu bukan sunnah yg kita perlu ikut. sunnahnya bersatu dan kukuhkan jemaah.

tp i percaya kita kena hormati hadi sebagai manusia. dia pun ade letih dan lesunya. sudah masanya hadi berehat dn diganti dgn presiden baru.

PAS byk melabel PKR dan DAP tp dua parti itu tidak berkocak separah PAS. mereka dilihat lebih berhemah dlm perselisihan.

darah muda ust2 pro ulamak bukan alasan utk hilangnya hemah dan pekerti. darah muda patut digembeling utk perkukuh jemaah. silalah ust2 pro ulamak turun padang bertemu professional dn berbincang hati ke hati. jgn tau hati sendiri saja yg brselindung dibalik gelaran 'ulamak'.

manusia dilahir dgn pelbagai kepakaran dan kehendak. kita bukan robot. hukum hakam bukan menafi fitnah kemanusiaan. islam bukan sekular. jika ust2 PAS anggap hukum agama adalah agama masalah kehidupan perkara kedua, itulah sekular dlm beragama.

apakah membela rakyat itu bukan jihad dan pahala?

sokongan dan mendekati dan diterima oleh org bukan Islam itu adalah satu kejayaan jihad PAS selama ini yg sgt besar maknanya.

apakah jihad sebesar itu mahu digadaikan dgn alasan adanya erdogan, munafik, anwarinas dll label yg sebenarnya adalah.... racun dan sampah

maae berkata...

he..he..

maae berkata...

Kita tidak payah risau tentang itu. Jawapan sudah sedia dalam AlQuran. Jika mereka merencana tipu daya, Allah SWT lah sebaik-baik pembalas tipu daya !

Fahami dan hayati hidup (roh) Al Quran. Imam kita bukan ?

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pemimpin yang berkarisma dan berkaliber adalah pemimpin yang mempunyai wawasan, misi dan visi. Wawasan, misi dan visi kepimpinan perlu diperkasakan dengan style dan strategi yang terancang agar matlamat membangun dan memajukan parti dapat dilaksanakan. Ahmad Awang sebagai salah seorang calon Presiden Pas memenuhi kreteria pemimpin berketrampilan dan kompeten yang mampu menjelmakan aspirasi dan inspirasi ahli-ahli Pas berkongsi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU 14.

Pemimpin yang sering menghamburkan kata-kata nista dan penghinaan, lidah bercabang dan suka membuat pusingan U terhadap keputusan yang telah dipersetujui bersama, mengkhianati semangat setia kawan dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, sentiasa "flip flop" dalam sesuatu isu adalah kriteria-kriteria pemimpin "aportunities" yang hanya bertunjangkan untuk mencapai cita-cita politik peribadi tidak layak menerajui parti.
Kenyataan-kenyataan pemimpin yang seakan-akan penyokong parti lawan sangat membahayakan parti dan gagasan Pakatan Rakyat. Pendek kata, para perwakilan parti sewajarnya dapat memilih dan mengangkat pemimpin yang berkeupayaan untuk menumbangkan kerajaan yang menzalimi rakyat.

maae berkata...

Ok be fair. Aku tanya. Dap rela dengan Melayu, Islam ?

Ok aku berani kerat jari, cina di Malaysi sudah di asuh memusuhi Melayu ! Ini kenyataan kawan baik aku, cina bergaul Melayu.

Apa anda lihat setelah 50 tahun bersama ? Ada peluang Melayu berniaga sama cina? Minta kerja di syarikat mereka. Layak anda buruh dan drebar ! Jika cina di Indonesia, mereka akur dan mereka bersosialisasi secara akur patuh sebagai warga Indonesia. Di Malaysia ? Vernakular itu ingin di nasionalisasikan!

Bahasa Kebangsaan?

Buka mata, buka minda. Ini yang mesti kita ubah. Ini yang mesti cina ubah ! Ini bukan soal rasis. Ini soal kewarganegaraan dengan penuh tanggung jawab, berinteraksi dan berganding bahu. Jika anda berganding bahu, dalam masa yang sama tangan-tangan jahat menikam, apa reaksi anda ! Hj Hadi lunyai, tidak nampak ? Aku malu, zaman sekatang, Melayu masih di bodohkan berterusan ! Islam pula itu, sehingga Guan Eng sebut juga Al Quran !

Perbetulkan diri sendiri dulu. Contohkan terbaik. Bila prasarana perjuangan anda baik dan pengaruh nya lengkap, mereka akan mengangguk ! Ini ajaran Islam. Kalau anda senang, Melayu dan Islam.itu selari, aku tumpang semangkuk, jika umur panjang, insyaAllah...

Got it ? Fikir kritis sedikit.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ahmad Awang lebih tua dari Hadi Awang. Hadi Awang lebih muda tetapi banyak penyakit. Ahmad Awang lebih tua tetapi sihat. Orang tua pun mati dan ramai juga orang yang mati pada usia muda. Orang sihat pun mati dan orang sakit pun mati juga. Ajal maut di tangan Allah tanpa mengira usia. Ahli-ahli Pas mengharapkan perwakilan dapat memilih dan mengangkat presiden yang dapat menyatu-padukan saf kepimpinan parti yang datang daripda berbagai aliran pemikiran dan disiplin ilmu. Pemimpin juga adalah pendamai yang mampu mendamaikan ahli-ahli yang berkonflik kerana perbezaan pemikiran dan persepsi. Pemimpin yang tidak adil, berat sebelah dan yang sering berpihak kepada kroninya layak untuk berihat dan menjadi ahli biasa parti sahaja. Jangan marah!

Tanpa Nama berkata...

In Respond To:

Anonymous said...
Aku mencari setiap point dari setiap perenggan. Aku cuba relate setiap point. Perenggan kedua tampak tiada relevancy. Perenggan lain sekadar memperkukuhkan statement tentang pas tak perlu bersama PR! In summary..u just care about melayu islam as same as UMNO! Hidup melayu! Well said

MAY 28, 2015 AT 7:27 AM


Baca lah! Dengan nama Tuhan kamu. Hanya hati yang bersih suci dapat mendalami maksud setiap perenggan. Ada dua bahagian, satu untuk mengukuh perpaduan semua ahli dalam PAS dan satu lagi "PAS For All" terus terbina. (PAS) bukan hanya untuk Melayu dan ahli PAS sahaja.

Sudahkah anda membaca visi dan matlamat Hj Hadi? Jika sudah yang mana lebih melayu nya?

Tanpa Nama berkata...

Ini hanya satu kisah benar yang baru di ketahui bila bertemu dengan kenalan. Sebelum ini kenalan ini berniaga di ruang kedai taukeh melayu. Tuan punya kedai tak puas hati dan buat bising semua yang tak kena pada matanya. Kenalan ini terpaksa mencari tempat baru. Dan kini kenalan ini berniaga berhampiran dengan kedai tersebut dan cuma membayar air dan api.

Tempat baru ini di miliki oleh CINA!

Tanpa Nama berkata...

Kerja Tuhan, kerja Tuhan juga. Kerja manusia pun tetap kena kerja nya juga.
Tuhan cuma bagi jawapan, HambaNya sendiri kena berkerja untuk dapatkan jawapan. Cara Tuhan berkerja secara rahsia. Kerja manusia secara nyata.

Kalau tidak seperti apa yang di kata oleh se orang Imam jemputan solat jumaat yang mengatakan Quran hanya sebuah buku yang menceritakan kisah sejarah. Yang buat jahat akan di hukum.

Tanpa Nama berkata...

Cina telah lama di ajar menjaga kepentingan mereka sendiri. Cina sama cina pun berkira. Cina di Sarawak jaga kepentingan cina di Sarawak. Cina semenanjung jaga kepentingan Cina di Semenanjung. Masing-masing ada persatuan. Jepun dan korea berasal dari China. Masing-masing menjaga ekonomi sendiri. Persatuan Negeri Sembilan tidak akan biarkan peniaga cina dari Selangor masuk suka-suka hati.

Bila cina dah eluk-eluk tolak jawatan kabinet, Melayu bodoh bersungguh-sungguh nak jugak cina jadi menteri. Memang cina naikkan pangkat pekerja cina. Yang bodoh melayu (Bank milik Kazanah) pun naikkan pangkat staf cina. Adakah kementerian masih lagi mendapatkan maklumat butir-butir jumlah bangsa, jumlah gaji ikut pangkat? Siapa CEO 1MDB? Siapa yang berkuasa di MAS sekarang?

Semua ini bukan salah PAS! Bukan salah LGE LKS! Jika nak perbetulkan diri sendiri jangan salahkan orang lain. Jangan salahkan UMN!. Jangan salahkan Hj Hadi! Salahkan tangan yang memangkah.

Tanpa Nama berkata...

Yaa..Ahmad Awang..

BAHASA-badan yg dimiliki Ahmad Awang...TENANG coool n steady

Ahmad Awang seolah2 langsung tidak GELOJOH..."signal" jiwa BESAR-lapang yg tidak mncari nobat-GLAMOR-pangkat dan pentingDIRI

Fakta-POINT utama yg Ahmad Awang bawakan adalah gagasan-UNIVRSAL-penyatuan KASEH & sayang

Visi Ahmad Awang ibarat CAHAYA yg sgt7TERANG..bnar7JELAS dia tahu apa yg WAJIB d UTAMAkan

Ahmad Awang bnar7SERIOUS dgn "DASAR"-HAQ...itulah sbnr7CAHAYA TERANG yg dpt serta mampu utk mnyuloh melenyapkan "onar-FITNAH-rasuah" yg mnjd "IBU"-induk kbejatan-&-KEGELAPAN ummah..

Apa..

Apa itu DASAR..

DASAR..DASAR kpd Islam itu adalah sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG bg mnyuloh sgl keGELAPan-peNIPUAN-keZALIMan-peNINDASan-rasis-ASOBIYAH-ONAR-khianat-FITNAH yg "sengaja" djaja gara2 songlap-RASUAH yg mnindas & mlemaskan ummah!

DASAR..DASAR Islam itu adalah CAHAYA maha7TERANG yg dpt melihat serta dpt merasa merasa merasa serta "bnar7MERASAI" manefestasi..

>>sbnr7ERTI kejujuran

>>sbnr7ERTI keikhlasan

>>sbnr7ERTI ketelusan/SUCI/transperency

>>sbnr7ERTI AMANAH/integrity

>>sbnr7ERTI merit/BAKAT yg bnar7ARIF-fatonah mncari solusi ummah

>>sbnr7ERTI cinta/KASEHsayang yg 'inclusive' yg brpaksikan Adam as sbg RAHMATAN lil'ALAMIN


>>smutlak7ERTI kbnaran/HAQ yg tiada w.pon skelumit mncari nobat-GLAMOR-title serta projek-ESOS-BALAK-proxy dll demi krn kpntinganDIRI-ASOBIYAH-melayu parti @ kroni!

DASAR DASAR CAHAYA yg maha7TERANG diatas itu adalah CAHAYA yg dibawa semua nabi2 demi sbnr7KEJAYAAN-UNIVRSAL-hakiki dan KEREDHAAN ILAHI..



Sbaliknya ..

DASAR..DASAR kpd onar-FITNAH adalah "induk-IBU" kpd sgl kecelakaan!

FITNAH adalah DASAR yg mnjd "asas-PUNCA" sgl KEGELAPAN-bejat-PEKAT yg sgt7GELAP!!

FITNAH adalah DASAR kpd pnyelewengan-ASOBIYAH-melayu-khianat-RASUAH yg sgt7PARAH!!!

FITNAH adalah DASAR perpecahan-KESUMAT-dendam yg seDASAR brsarang dgn sbnr2 NIAT jahat IBLIS dan juga syaitan!!!!

Semoga..

Semoga, Insy'ALLAH..

Insy'ALLAH Ahmad Awang dpt mmbawa sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG itu kembali utk sama2 dpt kita rasa-rasa-rasa & "bnar7MERASAI"nya demi harapan yg tinggi mnggunung dr sluruh rkyat Malaysia..amiiin ygRABBUL'Alamiin

Anti Fitnah berkata...

Saudara Mae,

Lidah tidak bertulang. Tak payah keluarkan hujah sebab hujag kau penuh dengan sifat perkauman. Tak perlulah kau berlagak seperti pejuang Islam sebab kau telah memalukan Islam dengan kenyataan yang berputar belit. Kau salahkan DAP sebagai parti sedangkan kau tidak pernah menyalahkan MCA maupun MIC serta yg lain. UMNO itu parti Islamkah? Bukankah UMNO tu bangsa suku, agama suku?
Semasa kau menyalahkan DAP tu rasis, sedarkah kau bahawa dalam DAP, ada Cina, ada Melayu, ada India, ada Sikh, ... ? Pandai saja kau menuduh orang lain sewenang-wenangnya. Sebelum kau suruh orang lain berfikir secara kritis, sudah kau berbuat sedemikian?