Suami eksekutif TV9 terlepas hukuman gantung
Seorang bekas eksekutif syarikat minyak dan gas menangis dan memeluk keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi membebaskannya daripada tuduhan membunuh isterinya, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Norazman Bashah Ahmad Bashah selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.
Menurutnya, wujud kelemahan dalam penyiasatan polis selain kemurungan yang dialami mangsa mendorongnya membunuh diri.
"Selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan dalam prosiding pendakwaan dan perbicaraan, mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan kamu daripada pertuduhan membunuh," katanya.
Norazman Bashah,34, didakwa membunuh eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar, 31, di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 64 eksibit dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula pada 16 Oktober tahun lalu.
Norazman diwakili peguam, Muhamad Fadli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.
Kronologi Kematian Arwah Syaleza Jaffar
Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah.
• Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi ‘sabar duhai hati’ kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.
• Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.
• Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.
Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.
• Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam.
• Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman.
• Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.
• Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.
P/S semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Alfatihah
7 ulasan:
aku pernah berkawan suspek ni masa dia duk johor. jenis x makan provoke. mmg terkejut la ngan kes ni. ape pun, Allah maha mengetahui
Sekiranya tertuduh benar2 tidak bersalah, dia layak dibebaskan. Adalah merupakan satu kezaliman menghukum orang yg tidak bersalah. Tetapi jika betul dia yg telah melakukan jenayah itu dan dgn kelicikan semasa perbicaraan menyebabkan dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka azab Allah akan sentiasa menghantuinya sepanjang hayat dan di alam akhirat juga.
Saya cousin rapat arwah. Saya kenal dia. Walaupun masa arwah meninggal saya tak dapat tengok muka arwah buat kali terakhir kerana saya menyambung pengajian di sarawak dan tak dapat balik. Perkara ni betul2 bagai satu hentaman padu pada kami. Biarlah dalangnya terlepas di mahkamah dunia, ingatlah mahkamah Allah tak ada siapa boleh lari dan seksaannya lagi perit.
Sebab itu lah sebelum membawa kes ke mahkamah pihak penyiasat kena dapatkan bukti cukup-cukup bukan apa yang orang cakap. Orang hanya bagi maklumat, pihak berwajib kena cari bukti. Bagi maklumat rasuah, tanya mana bukti?
Dalam kes ini memang bertengkar. Kita dengan isteri pun bertengkar. Tak boleh jatuh salah kalau sebab bertengkar. Kena ada cap jari pada badan mangsa, ada dna dan ikatan tali dengan leher di cerut ada kah tanda-tanda perbuatan orang lain dan sebagai nya.
Dah tentu pembela tanya soalan 'Adakah arwah masih sedar sebelum di gantung?'Kes macam ini kalau betul di siasat tak makan masa bertahun. Keadilan terlaksana bukan hanya pada bukti dan fakta, tetapi berapa lama masa yang di ambil. Begitu juga kes penahanan peserta dan penganjur demo yang di tahan berhari-hari dan akhir nya di bebas.
Sekarang di lepaskan pun orang kata kalau buat dan kalau tak buat. Kan naya nama nya. Bayangkan betapa sukarnya dia nak mulakan hidup baru. Lain lah orang politik macam Anwar. Bila di bebas di sambut sebagai hero.
norazman bukan anwar ibrahim maka keraguan manasabah diterima dan dia dilepaskan.
tp dlm kes anwar, karpet terbang pun diterima sahih.
walhal yg ada karpet terbang hanyalah bomoh mat zin.
adakah saifool anak murid bomoh itu yg menuntut ilmu karpet terbang?
kes fitnah liwat bukan kagi keraguan yg manasabah tp memang tak manasabah+sarawak langsung
kes dh selesai tp rogramai nk tau juga apa punca atau motif kematian itu, walaupun motif tk penting kt mahkamah jika mengikut kes altantuya
Pegawai penyiasat terlalu bodoh atau dah makan rasuah. Bayangkan perasaan mak bapak mangsa.
Catat Ulasan