27 Mei 2015

Apakah PAS Hanya Untuk Orang Pantai Timur?


Poster calon-calon untuk PAS PAS Pusat sudah pun bertaburan di media sosial.

Kumpulan Pro-Ulama (baca: pro-UG, pro-UMNO) telah memulakan langkah dengan membuat satu poster yang memaparkan calon-calon mereka: Presiden: Haji Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda: Nik Abduh Nik Abd Aziz, Ketua Muslimat: Nuridah Salleh.

Namun ia mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial kerana amat jelas calon-calon yang dibariskan kesemuanya datang dari pantai timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Apakah PAS hanya untuk mereka dari pantai timur? Soal seorang ahli PAS.

"Ia amat tidak realistik. Seolah-olah mereka mahu membolot semua jawatan tertinggi di dalam PAS," ujar seorang lagi ahli PAS.

"Satu hal lagi, kesemuanya datang dari satu kumpulan. Ia tidak menggambarkan dan mewakili kerencaman ahli-ahli PAS. Perwakilan PAS perlu tolak mereka kerana ia amat kenegerian, ia terlalu assabiyah," tambahnya lagi.

"Nampak gaya macam pantai timur hendak menjajah PAS seluruh negara," kata seorang lagi ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan poster berkenaan.

"Jika dibandingkan dengan barisan calon-calon dari Pro-Pakatan, mereka lebih realistik. Datang dari pelbagai tempat dan dari pelbagai latarbelakang dipimpin oleh seorang ulama, " katanya.





Satu undian siber juga telah dilakukan oleh seorang facebooker untuk menilai sokongan ahli PAS samada kepada kumpulan pro-ug atau pro-pr.

Sila klik PAUTAN INI.

8 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Slogan "Pas for All" bertentangan sama sekali dengan slogan Kumpulan UG "Pas untuk Pantai Timur". Jumlah kerusi Parlimen / kawasan yang ada di Kelantan 14, Terengganu 8 dan Pahang 14 yang jumlah kesemuanya 36 kawasan. Sedangkan jumlah kerusi parlimen / kawasan Malaysia adalah 222. Barisan saf kepimpinan yang dicalonkan oleh kelompok UG tidak menggambarkan semangat kemalaysian. Tiada seorang pun calon mereka berasal dari pantai barat Semenanjung, apatah lagi dari Malaysia Timur. Senerio ini menggambarkan semangat lokaliti membara dan menebal dalam jiwa pendokong-pendokong UG. UG mencalonkan empat calon untuk jawatan presiden, naib presiden, ketua pemuda dan ketua muslimat dari kalangan lulusan agama. Seakan-akan ada kasta dalam UG, hanya lulusan agama sahaja yang mereka layak bertanding.

Lihat pula calon pro-profesional Pas yang terdiri daripada lulusan dari pelbagai disiplin ilmu. Ahmad Awang (calon presiden) berasal dari Perak adalah seorang ulama lulusan agama. Mat Sabu (calon Timbalan Presiden) aktivis parti yang berasal dari Pulau Pinang. Suhaizan Kaiat (calon Ketua Pemuda) berasal dari Johor dan bekas pensyarah UTM. Siti Zailah Yusuf (calon Ketua Muslimat) berasal dari Kelantan dan seorang guru yang berkelulusan dari UITM. Ternyata calon-calon ini mewakili pantai timur, utara dan selatan Semenanjung. Pasukan ini tidak ada semangat lokaliti, bahkan mereka berjuang atas nama Malaysia.

Kita mengharapkan saf kepimpinan Pas selepas muktamar nanti mewakili pelbagai disiplin ilmu dan mewakili lokaliti seluruh Malaysia. Calon-calon pro-profesional memenuhi kreteria ini. Calon-calon pro-ulama hanya dari pantai timur Semenajung dan kesemua mereka lulusan agama. Parti yang kukuh perlu ditunjangai oleh barisan kepimpinan dari latar belakang disiplin ilmu yang berbeza. Ibarat jari, saling perlu-memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan cengkaman tangan. Barisan calon pro ulama hanya ada satu jari sahaja, yang akhirnya tangan tidak berfungsi dengan tuntas dan sempurna.

maae berkata...

Haaaa ! Ini lah soalan paling baik dari Greenboc ! Bila kita berfikir jauh sikit, baru lah nafsu boleh di kekang...

Sebut Pas, terbayang Kelantan !

Terengganu sekarang sudah masuk era berpolitik cara bijak. Cuma di bawah Hj Hadi dulu, indah khabar dari rupa (maaf) kerana ramai anak-anak Terengganu keluar ke Singapura mengadu nasib....tiada keajaiban di waktu itu kecuali hal balak-balak jer...he..he...

Berpollitik bukan berdakwah agama. Ia instrumen untuk melestarikan Agama, Bangsa dan Negara bila kuasa di perolihi. Kemudian melihat pembangunan dan ummah. Sama macam Umno... jika tidak percaya baca balik perjuangan Pas...

Ramai geng Pas yang mengeluh sekarang.....

5sal berkata...

lagi dari tajuk sikit apa sudah jadi pada ketua dewan ulama pahang utz mokhtar senik tarik diri dari menghadiri program kat kedah,adakah dia takut untuk berada satu pentas dengan yb ir khalid samad,yb hanipa maidin dan pj perak tu.tak da telo rupanya,dalam fb bukan main lagi jadi 'HERO'dan satu lagi mufti WP dalam fb jangan tohmah ulama,siapa ulama itu?. suruh mufti tu jadi macam mufti perlis.mentang2 satu bendera dengan mufti dan2 kuar statement.tolong ulas sikit.

Tanpa Nama berkata...

.

Perwakilan kena ingat beberapa pemimpin pro UG kata PAS (Pro UG) bersedia 'Bersendirian'. Sebelum ini kita berpendapat tanpa PR kan?

Tapi Empat calun dalam poster pro UG yang datang dari kumpulan yang sama dan sebelah zone pantai yang sama akan hanya memberi keutamaan kepada isu-isu sebelah pantai timur terlebih dahulu. Sedikit demi sedikit kepercayaan dan keyakinan mereka dari kumpulan pro UG akan terhakis terhadap kepimpinan-kepimpinan dari utara barat dan selatan. Nyata sekarang ini pro UG menampilkan kepimpinan ulamak, percaya lah selepas ini kumpulan yang sama akan menampilkan kepimpinan PT (Pantai Timur@Pitih) sahaja.

Hj Hadi, Abduh, Tuan Ibrahim dan Nuridah menghantar masej kepada perwakilan yang mereka mampu 'bersendirian' tanpa kepimpinan PAS yang lain.

Satu masa dulu jika kita pernah berkawan dengan orang Kelantan, kawan Kelantan kita ini akan tinggalkan kita jika berjumpa dengan orang Kelantan. Begitu lah kuat nya semangat kedaerahan mereka ketika itu. Tetapi perkara tersebut sudah tidak berlaku lagi. Bagaimanapun perkara ini akan ujud dalam kepimpinan PAS yang di terajui oleh pro PT satu hari ini.

Round Tujuh

Hj Hadi Kalah.
Ustad Ahmad Awang Menang.

Ustad Ahmad Awang mengekalkan corak kepimpinan yang sama, berbeza dengan Hj Hadi yang mengubah corak kepimpinan yang telah lengkap kepada kepimpinan kenegerian dan berpendidikan agama sahaja. Hj Hadi menolak bukan kerana tidak bijak tetapi sengaja menolak kepimpinan yang telah lengkap semata-mata kerana memilih keuntungan duniawi seperti yang kita dapat lihat sekarang. Hati Hj Hadi itu kita tak tahu lah.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

.

Nampaknya Ketua Muslimat pro Hj Hadi sudah tentu menyokong hudud juga.

Jika suami minta kawin lagi atau tambah lagi, ada kah Nuridah keberatan atau akan redha kan ?

Jangan hudud tak banyak soal tapi yang jelas dan sunnah di tolak begitu sahaja.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Spatutnya

spatut2 nya

Yg spatut2 nya sekali..mana lagi layak kaki FITNAH...bapak FITNAH mndpt sokongan

FITNAH

FITNAH oh FITNAH!

FITNAH & FITNAH lg dahsyat drp judi!?
FITNAH & FITNAH lg dahsyat drp arak!??
FITNAH & FITNAH lg dahsyat drp makan babi!???
FITNAH & FITNAH lg dahsyat drp khalwat & zina!????

FITNAH & FITNAH lg dahsyat-"AKBAR" drp membunuh!!!!

Adakah perwakilan2 PAS tlh bodoh buta & TOLOL!?

Adakah perwakilan2 PAS sggup diTOLOLkan oleh pmbawa FITNAH kakiFITNAH & bapakFITNAH itu!??

Adakah perwakilan2 PAS semua sggup mnjd TALI barut kpd bapak FITNAH itu!???

Heran heran sekali..

Mcm mana bapak FITNAH masih disokong serta masih dipuja2 lg?

Islam apa kah lg ini, yg penoh bergelumang dgn bangkai2FITNAH yg sgt2 jijik ini!??

Tanpa Nama berkata...

area selangor, mana2 perwakilan yg condong ke arah haji hadi@pro ug kebanyakan mrk adalah berasal dari pantai timur, terengganu atau kelantan (budak2 lebai satu kapal dari timur tengah) kuat perkaumannya

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf

Poster orang PAS Zaman Batu mana boleh bawa ke majuan

Ustaz Ahmad Awang , Mat Sabu , Husam saja boleh bawa PAS ke putrajaya

Pengundi sekarang bijak banyak membaca

FGV sudah tipu orang kampong banyak sedar sudah