28 Mei 2015

Saham Felda Jatuh Ke Paras RM1.92, Bakal Dikeluarkan Dari Senarai Bursa Malaysia


Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 (RM1.92 pada hari semalam 27 Mei 2015 5.01 ptg -GB) menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar.

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

"Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar," katanya kepada Harakahdaily.

Berdasarkan semakan saham FGV pada jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham.

Yang menjadi kebimbangan, katanya, prospek harga saham FGV akan kekal rendah dalam tempoh dua hingga enam tahun dan jauh sekali untuk mencapai nilai saham RM4 hingga RM5 sesaham.

Ini kerana katanya, beberapa faktor penting akan menekan harga saham FGV iaitu harga minyak sawit rendah, kos pengurusan FGV agak tinggi, dan hasil buah sawit yang terhad kerana 50% pokok sudah tua.

"Dalam jangka masa pendek ini enam badan dan dana awam terbabit akan terus tanggung kerugian yang besar.

"Kenapa badan ini melabur begitu banyak dalam FGV sedangkan FGV sebuah syarikat perladangan khasnya kelapa sawit. Risiko barang-barang sektor pertanian ini sangat tinggi. Kita hairan mengapa syarikat ini sudah tahu risiko tinggi tetapi terus melabur dalam FGV," soal beliau.

Justeru, katanya, Anak menuntut pengurusan badan-badan dana awam ini memberi penjelasan mengenai perkara ini sama ada kepada pendeposit Tabung Haji dan pencarum KWSP.

"Ini adalah perkara yang kita perlu beri perhatian, sepatutnya pemegang saham ini melabur dalam pelaburan yang selamat dan menguntungkan bukannya berisiko tinggi. Akhirnya rakyat yang menampung kerugian ini," katanya.



ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, perkataan-perkataan jelek dan hina itu akan kembali kepada penuturnya. Masihkah ingatkan kita tentang perkataan HARAMJADAH yang dituturkan oleh seorang PM bernama Mohd Najib kepada peneroka FELDA yang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV)? Apa jadi akhirnya? Najib ditimpa HARAMJADAH sampai ke hari ini dan sebuah akhbar melaporkan FGV bermungkinan terpaksa dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia kerana mengalami kerugian yang berterusan...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Felda tetap tak rugi.

KWSP TH yang lain lah rugi. Lepas ni KWSP TH lah jadi mangsa seterusnya dan seterusnya.
Ini saje satu-satu cara untuk keluarkan duit dari dana amanah.

Rakyat Malaysia kan senang memberi sedekah.

Tanpa Nama berkata...

Apa lg releven pemimpin yg bawa kedurjanaan pd negara...Bangkitlah kuasa rakyat...hapuskan kedurjanaan semakin menggila ini.

Tanpa Nama berkata...

Lari tajuk gb .. terbaru
ini hukum kebenaran terserlah jua.. pulangan paku keras pada hadi and the geng..
Jamil Khir: Pastikan hudud ikut perlembagaan
Menteri di Jabatan Pertada Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Perkara itu, kata Jamil, bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.
apakabo pro UG .. orang nasihat degil ..
sepatutnya hukum dari ALLAH teratas, tapi di MALAYSIA...hukum ALLAH kena follow hukuman yang dibuat MANUSIA. Siapa yang MAHA PENCIPTA????ALLAH SWT KE atau MANUSIA>??????
mamat ni Islam mazhab ape?,hukum hudud hukum Allah, perlembagaan ciptaan Lord Reid,,hukum Allah kena ikut hukum Lord Reid

Sudah syirik di situ...Hukum Allah no longer become superior

inilah melayu bangsat dan orang follow dia dan ug pun lebih bangsat.


Tanpa Nama berkata...

Berikan..

Berikan laluan & peluang kpd..

Kpd Ahmad Awang mnjd PRESIDEN kpd PAS..

Insy'ALLAH sgl masaalah2 "BESAR" sprt "FITNAH" dan "rasuah" termasuk isu2 1MDB T.Haji KWP KWSP & juga "FELDA" insy'ALLAH akan dipulihkan semula, & yakinlah,,kita wajib sgt7YAKIN kpd "DASAR"-CAHAYA-yg-bnar7TERANG utk mnyuloh sgl onar-FITNAH-rasuah KEGELAPAN yg sgt7GELAP & sgt2 dlm!

Yaa..Ahmad Awang..

BAHASA-badan yg dimiliki Ahmad Awang...TENANG coool n steady

Ahmad Awang seolah2 langsung tidak GELOJOH..."signal" jiwa BESAR-lapang yg tidak mncari nobat-GLAMOR-pangkat dan pentingDIRI

Fakta-POINT utama yg Ahmad Awang bawakan adalah gagasan-UNIVRSAL-penyatuan KASEH & sayang

Visi Ahmad Awang "DASAR"-CAHAYA yg sgt7TERANG..bnar7JELAS dia tahu apa yg WAJIB d UTAMAkan

Ahmad Awang bnar7SERIOUS dgn "DASAR"-HAQ...itulah sbnr7CAHAYA TERANG yg dpt serta mampu utk mnyuloh melenyapkan "onar-FITNAH-rasuah" yg mnjd "IBU" kbejatan-&-KEGELAPAN kesengsaraan ummah..

Apa..

Apa itu DASAR..

DASAR..DASAR kpd Islam itu adalah sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG bg mnyuloh sgl keGELAPan-peNIPUAN-keZALIMan-peNINDASan-rasis-ASOBIYAH-ONAR-khianat-FITNAH yg "sengaja" djaja gara2 songlap-RASUAH yg mnindas & mlemaskan ummah!

DASAR..DASAR Islam itu adalah CAHAYA maha7TERANG yg dpt melihat serta dpt merasa merasa merasa serta "bnar7MERASAI" manefestasi..

>>sbnr7ERTI kejujuran

>>sbnr7ERTI keikhlasan

>>sbnr7ERTI ketelusan/SUCI/transperency-AUDIT dr "DASAR" hati..

>>sbnr7ERTI AMANAH/integrity

>>sbnr7ERTI merit/BAKAT yg bnar7ARIF-fatonah mncari solusi ummah

>>sbnr7ERTI cinta/KASEHsayang yg 'inclusive' yg brpaksikan Adam as sbg RAHMATAN lil'ALAMIN


>>smutlak7ERTI kbnaran/HAQ yg tiada w.pon skelumit mncari nobat-GLAMOR-title serta projek-ESOS-BALAK-proxy dll demi krn kpntinganDIRI-ASOBIYAH-melayu-parti @ kroni!

DASAR DASAR CAHAYA yg maha7TERANG diatas itu adalah CAHAYA yg dibawa semua nabi2 demi sbnr7KEJAYAAN-UNIVRSAL-hakiki dan KEREDHAAN ILAHI..



Sbaliknya ..

DASAR..DASAR kpd onar-FITNAH adalah "induk-IBU" kpd sgl kecelakaan!

FITNAH adalah DASAR yg mnjd "asas-PUNCA" sgl KEGELAPAN-bejat-PEKAT yg sgt7GELAP!!

FITNAH adalah DASAR kpd pnyelewengan-ASOBIYAH-rasis-melayu-khianat-RASUAH yg sgt7PARAH!!!

FITNAH adalah DASAR perpecahan-KESUMAT-dendam yg seDASAR brsarang dgn sbnr2 NIAT jahat IBLIS dan juga syaitan!!!!

Semoga..

Semoga, Insy'ALLAH..

Insy'ALLAH Ahmad Awang dpt mmbawa sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG itu kembali utk sama2 dpt kita rasa-rasa-rasa & "bnar7MERASAI"nya demi harapan yg tinggi mnggunung dr sluruh rkyat Malaysia..amiiin ygRABBUL'Alamiin

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Orang Melayu di Malaysia adalah etnik paling malang di dunia ini. Orang Melayu digambarkan sebagai pemalas, hedonisma, suka berhutang dan suka berhutang. Saya setuju dengan kenyataan ini untuk segelintir kelompok Melayu, dan bukan semua orang Melayu seteruk itu. Orang Melayu punya negara yang namanya dahulu Tanah Melayu. SDulu kita boleh membaca akhbar Utusan Melayu. Kini hanya ada Utusan Malaysia. Orang Melayu diklasifikasikan sebagai bumiputera Malaysia. Dulu Melayu Malaysia ada bank yang namanya Bank Bumiputera. Siapakah yang mengubah nama Tanah Melayu di tukar kepada Malaysia? Siapakah yang boleh dipertanggungjawabkan Bank Bumiputera ditelan oleh CIMB. Entiti-entiti Melayu ini hilang dari dunia ini bukan disebabkan oleh petani, nelayan, penoreh getah, pengawal keselamatan, makcik cleaner, pesawah padi atau rakyat marhaen berketurunan Melayu yang lain. Ahli-ahli politik Melayu Umnolah yang menyebabkan kedua-dua entiti tersebut hilang dalam lipatan sejarah.

Kini nilai saham FGV merudum dan bakal terkeluar dari Bursa Saham. Pelaburan 1MDB bakal melesapkan wang negara yang bernilai RM42 bilion. Tabung Haji, KWSP, KWAP, Telekom, Petronas sudah menjadi bank negara kerajaan. Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) juga dijadikan mekanisma kerajaan untuk pembangunan lantaran hutang negara hanpir RM700 bilion. Ramai graduat menganggur dan berhutang PTPTN. Apakah ini semua disebabkan orang Melayu yang tinggal di pedalaman, kampung, pekan, pinggir bandar, bandar dan bandaraya? Jawapanya mudah sahaja iaitu pemimpin-pemimpin politik Melayu dari parti pemerintah yang gagal mengurus negara. Tunggulah sangat kehancuran, jika tampuk pemerintahan diserahkan kepada orang yang tidak berkemampuan dan berkeupayaan. Bukan salah ahli-ahli politik Melayu yang memerintah, tetapi salah tangan yang memangkah. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah tangan yang mengundi.

Tanpa Nama berkata...

Paling bijak ialah Kerajaan Kedah. Pakatan Rakyat yang telah memerintah Kedah telah mengarahkan PKNK untuk menjual saham Felda. Ini berhasil elak daripada PNNK untuk kerugian.

Apakah Felda akan jadi seperti MAS yang terpaksa diselamatkan ???? Bukan salah Felda, tetapi salah pengurusan Felda.

Tanpa Nama berkata...

semasa penyenaraian FGV pihak pengurusan badan2 tersebuat mungkin disogok membeli saham utk persepsi yg saham tu tersangat tinggi permintaan oleh masyarakat pelaburan. mat isa dan individu2 mrk dah awal2 jualkan saham mrk dan cabut dgn untungan beratus juta membeli hartanah dinegara orang putih. bodoh betul peneroka felda.

Tanpa Nama berkata...

Nasib malang kepada FGV. Inilah akibatnya apabila kerajaan suka sangat berniaga. Kesemuanya hancur akibat bunga-bungaan diberi kepada beruk.

Tanpa Nama berkata...

sebut nama mat isa teringat cerita yang dia dapat beberapa lot saham.
Masih simpan ke atau dah jual?