26 Mei 2015

RUU Hudud Gagal Dibentang, PR Yang Akhirnya Berantakan


Tidak kelihatan keazaman Umno pastikan KJS dilaksana

Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik.

Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14.

Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama.

“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Azhar Abdullah berkata sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

“Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya pada penerangan KJS dan GST di Kampung Kasar malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad.

Dr Azhar berkata ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355.

Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen.

“Saya percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian dilakukan kabinet,” katanya. -HD



ULASAN GB

GB sudah ulas banyak kali sebelum ini bahawa isu Hudud hanyalah permainan UMNO untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat. Tetapi golongan ulama percaya kononnya UMNO mengenai hal hudud berkenaan.

GB sudah katakan sebelum ini, Hudud: PAS Tak Tertipu Jika Dengar Nasihat Yusof Qardhawi. Petikan:

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.

Bergegak-gempita golongan pro-ulamak (baca: pro-UMNO) dalam PAS mengenai hudud beberapa minggu lalu. Dituduhnya mereka yang tidak bersetuju RUU itu dibentangkan sebagai anti-ulama malah anti-Islam. Akhirnya sekarang tiba-tiba senyap dan sunyi sepi bab hudud.

GB sudah ulas di dalam entri sebelum ini. Petikan:
GB beri contoh iaitu di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali.

Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang0undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu. Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?


Jikalah didengar pendapat dan nasihat Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi seperti di atas, maka tidak timbul pergolakan mengenai isu hudud. GB juga sudah ulas di dalam entri tersebut. Petikan:

Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.

Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...

Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.

... Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS ( daripada mengutamakan hal hududu) dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

"Cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) di kalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi beragama Islam di peringkat nasional.

"Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa Pilihan Raya Umum 2004 di bawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan...


Sekarang seperti GB katakan sebelum ini..."ayam terlepas tangan bau tahi". Hudud gagal dkemukakan, hubungan PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat pula jadi berantakan.

Bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 33:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”

Huraiannya: kamu tidak dapat perjuangkan apa pun hatta hukum Allah sekalipun TANPA ada kukuatan, kuasaaan dan ilmu pengetahuan. Sebarang perjuangan sekalipun namanya Islam, namanya untuk menegakkan syariat Allah tanpa memiliki kekuatan, kekuasaan dan ilmu pengatahuan hanyalah perjuangan yang mengikut hawa nafsu dan akan hanya menemui kegagalan, kekalahan dan kehinaan.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang selalu berkata kesat hanya membuang masa pas.lebih baik keluar dari pas masok umngok.kita akan tengok berpecahbelah umngok be end dibuatnya.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sungguh malang nasib Pas mempunyai presiden parti yang terlalu lemah dalam mengatur strategi politik. Memang betul, isu hudud menjadikan Pakatan Rakyat berantakan. Dengan memanipulasi hudud, Umno berjaya mengkucar-kacirkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Kini PR seakan-akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah politik negara kerana presiden Pas beriya-iya sangat untuk berpisah dengan DAP.

Hukum Hudud sengaja dijadikan senjata tajam puak UG untuk menyingkir kesemua pimpinan profesional Pas. Nampaknya senjata tersebut cukup ampuh dan Muktammar Pas pada Jun ini hampir pasti puak2 UG berjaya menyingkir golongan profesional tersebut. Kekuatan Pas berada di tangan golongan profesional. Golongan profesional Pas menyebabkan nafas Umno tersekat dan tercungap. Umno akan berasa lega apabila tiada lagi golongan profesional memimpin Pas, dan mereka sudah terbayang kejayaan PRU 14.

Melaksanakan Hukum Hudud itu wajib, dan menjatuhkan kerajaan zalim Barisan juga wajib. Presiden Pas gagal memberi keutamaan yang mana satu wajib dilaksanakan terlebih dahulu. Dalam konteks sekarang, hukum hudud entah ke mana, dan untuk menumbangkan kerajaan zalim BN hanya utopia sahaja. Itulah malangnya Pas memiliki presiden parti yang lemah dalam mengatur strategi politik. Yang di kendong berciciran, yang dikejar tidak dapat. Ayam terlepas tangan bau najis.

Tanpa Nama berkata...

Jangan kata PR berantakkan disebabkan orang tolol barua broker pil kuda, cuba masok dalam umngok be end sekalipun akan rosak hancur.

Tanpa Nama berkata...

Pil kuda dan air jampi .... hanya in kehebatan depa.

Macam mana mahu perintah negara????

Satu hal pun tak tahu mengenai dunia dan ekonomi... hanya tahu berbuih mulut buat ceramah kosong. Ini dasar menipu dan melalikan rakyat.. dok cerita kisah zaman batu untuk menipu rakyat.

Unknown berkata...

Barua-barua,tolol-tolol ..ada ramai dalam PAS. Gerak kerja mereka hampir selesai..

IrWrWs berkata...

Kami sokong usaha perlaksanaan HUDUD diteruskan (berbanding perjanjian pangkor II). . maka dgn itu para perwakilan perlu terus memilih TGHH sebagai Prediden PAS...

Unknown berkata...

Kan ke umno tu ikhlas...baru nak ada akai kot

Tanpa Nama berkata...

.

Busuk betul. Siapa lah yang jatuh dalam lubang taik nih? Dah di tutup ada papan tanda 'AMARAN' lagi tu ada juga yang gatal (tolol) nak ambik jalan yang sama.

Eh eh Macam kenal je serban yang tercicir tepi lobang taik ni. Tongkat ni rasa nya ehmmmmm.


Unknown berkata...

Salah satu kelemahan manusia ialah dijadikan ALLAH kelam-kabut/tergesa-gesa (orng utara kata tergedik2) dalam membuat keputusan/kerja. Allah berfirman lagi, kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun) kecuali dgn cara di atur oleh ALLAH, Tuhan yg memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.Para so called ulamak dalam PAS, saya rasa dah baca aya-ayat ini. TGHH takkan tak belajar dari kesilapan dulu dimana tahun 1999 dimana PAS dapat menumbangkan BN dia menjadi MBnya lepas lepas tu election seterusnya dia/pas kalah..kemenangannya adalah 1998 umno berkelahi, bila dia diberi peluang memerintah apa dia buat???menebalkan lagi perkumpulan dlm PAS dan mengangap orng lain tak betul,pemerintahan ini ditiru oleh KEDAH lepastu kedah pun LINGKUP,kalau Ulamak-ulamak ini kata datang pertolongan ALLAH untuk memenagkan mereka jika KALAH bagaimana???masallahnya ulamak-ulamak PAS sekarang berada dipersimpangan samada BERDAKWAH TOTAL atau BERPOLITIK/DAKWAH cara demokerasi.JANJI2 ALLAH AKAN BERI NUSRAHNYA JIKA KITA BERIMAN PADA ALLAH BUAT USAHA AGAMA MENGIKUT CARA NABI SAW. Dengan IKHLAS.
WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

HAJI HADI -----> TROJAN HORSE UMNO?
Siapa setuju?

Tanpa Nama berkata...

Pas buta mata tak nampak, jika umno nak berkuasa lama bukannya dengan hudud pas, cukuplah dengan cita2 hudud pas dalam pr.

Tanpa Nama berkata...

.

Sekadar mengata telah berusaha tetapi tidak mendatangkan hasil yang baik malah memberi mudarat kepada strategik yang telah lama di rancang untuk menumbang UMNO ada lah kerja main-main.

Alasan melenggah-lengahkan hudud untuk tujuan mengekalkan kuasa akan di kitar semula. Jika hari ini kita gagal begitu lah lain kali pun kita gagal. Hari ini kerana keengganan pemimpin UMNO lain kali kerana 'mengapa tahun 2015' boleh di tangguh kerana macamana keadaan dan kehidupan sekarang begitulah juga akan datang malah lebih rumit.

Yang membuat kita sakit hati ialah semua hujah dan rujukkan yang kita beri tidak di pedulikan oleh Hj Hadi pro Ulamak tetapi atas hujah yang sama jugak lah Najib UMNO guna untuk tidak membentangkan hudud di Parlimen.

Di tambah dengan kenyataan tolol Abduh yang dia akan tentang Najib jika laksanakan hudud di Malaysia. Kerana tidak mahu di tentang Abduh lah maka hudud Kelantan tak di bentangkan kerana negeri lain lebih syarat nya di bandingkan dengan Kelantan.

Hj Hadi buat kerja melepaskan kentut di dalam lif. Sebelum di bentang di DUN tahu pulak Hj Hadi dapatkan sokongan dari UMNO tetapi Hj Hadi tidak buat rundingan dengan Menteri yang bertanggung jawab sekadar habis dengar cakap kosong Menteri di dalam Dewan. Semasa di DUN Hj Hadi guna media untuk mempromosi usaha nya tetapi Hj Hadi tak buat apa-apa untuk mempromosi hudud sebelum di bentang di Parlimen. UMNO pun relax lah. Dan sebagaimana Hj Hadi dan pro Ulama menuduh DAP dan PKR sepatutnya macam itu lah Hj Hadi menuduh UMNO pula.

Perwakilan yang memberi Undi pada Hj Hadi perlu sedar mengundi Hj Hadi kalau tak berdosa, tolol nama nya!

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Seandainya Hj Hadi yg suka ckp bohong masih kekal sbg tuang presideng parti Islam, mmg sesuailah dia dipilih sbg ketua utk ahli2 PAS yg tolol dan sanggup ditololkan.

Tanpa Nama berkata...

HUDUD ada lah permainan UMNO. Itu jelas.

Yang rugi adalah rakyat.

Orang Orang Melayu paling rugi di tipu bangsa pemimpin sendiri. Itu Fakta!

Hadi cerdik ?

Tidak. Hadi adalah BARUA yang menghancur kan bangsa sendiri.

Yang untong.

Bangsa Cina dan India. Cina lebih mudah membina ekonomi dengan India kerana tidak banyak masalah.

Yang menganggur dan meminta minta.

Hanyalah Orang Orang Melayu PAS dan UMNO serta PKR

Dengan ada nya Rohingya lebih murah menjana ke untungan dari mengambil pekerja Melayu

Apakah Melayu Menang?

Melayu menang hu ha saja , duit tetap tak ada.

Tanpa Nama berkata...

.

Sebut satu undang-undang yang di bentang oleh UMNO di tangguh bertahun-tahun lama nya. Yang terbaru pato begitu mudah di luluskan. Berbeza dengan Hudud yang nak masuk Parlimen pun susah. Tu pun pro-ulamak kata DAP boleh tolak. Nak tolak apa tak sampai pun kat pintu dewan parlimen.

Sebagai se orang Islam kita bertanggung jawab ke atas hukum Allah. Jika kita nak bentang untuk laksana kannya kita kena yakin usaha kita tak gagal. Makna nya sekali kita buat mesti terus jadi. Sebab itu mesti berhati-hati dan buat perancangan yang teratur dan rapi. Biar bertahun lama nya tapi buat sekali mesti terus jadi.

Sekarang ini bila tak jadi bermakna kita betul-betul telah tolak. Kalau tak jangan bentang. Jika kita teruskan pula sudah bererti hudud boleh di tolak tolak dan boleh di pinda-pinda

Tuhan suruh kita buat tetapi Tuhan Maha Adil bagi pula syarat-syarat supaya kita tahu kemampuan kita dan supaya kita terikat dengan syarat-syarat tersebut tapi kita dengan sombong nak tunjuk terror dengan Tuhan kita buat main redah. Kita nak tunjuk kita lagi tahu dari Tuhan.

Hj Hadi boleh terus menjaja hudud selagi Hj Hadi bernyawa tetapi Hj Hadi sebenarnya bukan lah orang yang layak untuk melaksanakan perintah ini.

Kepada Allah kita kembalikan.

Abootarbus berkata...

Satu penghinaan kpd islam kalau org tolol yg melaksanakanya...........kami sokong hudud xpi takmau hadi awang and Ahlol tololnya yg meneruskan usaha kerana lebih tolol dr amno. Org tolol tak bersyariat!

Unknown berkata...

RUU yang akan dibentangkan TGHH belum dapat persetujuan Majlis Raja2. Apa2 perkara yang menyentuh agama Islam melibatkan pindaan Perlembagaan mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Apakata umno be end bagi rohingya im13 seperti disabah lepas tu kasi jadi melayu dan bagi ic.untunglah umngok dengan fixed deposit rohingya.hayati islam dan melayu dan hayati rohingya.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata...haji hadi ni tolol, barua dan broker umngok...dan sekarang semakin jelas dia tu trojan horse umngok. Gerombolan ularmak dlm pas sekarang patut malu pada ahli2 nya yg begitu hampa..kerana usaha ustaz fadil nor, tgna, anwar ibrahim di khianati oleh mereka. Aku lihat gmbar hj hadi dah nak termuntah. Dia duduk sebaris dengan gambar2 najib suami ister, ahmad maslan, mukhtar senik,din ayam...

bat8 berkata...

Dr....jangan bimbang. Manusia hanya boleh merancang tetapi tak boleh buat penentuan muktamad. Allah yg menentukan.

PAS ade 193 kawasan. Bolehkah puak UG menguasaibkesemuanya terutama jawatan YDP yg akan memilih perwakilan ke muktamar? Ini satu.

Kedua, jumlah kawasan yg menghantar perwakilan di semua negeri juga mempegaruhi kerana mustahil puak UG menguasai kesemua 193 kawasan. Ada negeri yg UG agak solid tetapi jumlah kawasan dinegeri tersrbut kecil, contohnya Terengganu. Tetengganu hanya ada 9 kawasan. Sedangkan johor ada 26 kawasan.

Walaupun kita nampak UG ada kelebihan tetapi kita tengok mereka lemah dalam planning dan excecution. Nampak hebat kerana mereka lebihkan propaganda sagaja. Substance xkemanapun.

Sekarang sudah nampak serangan kamikaze mereka selama ini sudah kendur kerana common sense umum betjaya mematahkan. Tanda2 mereka sedang panik dah kelihatan. TGHH pun dah mula u turn apabila senjata hudud sudah mencederakan beliau dan kemnya big time....

IrWrWs berkata...

Alhamdulillah.. kini dap dah mula sedar kesilapannya yg terlalu anti islam... ternyata yg menyokong dap di dlm parti pr yg lain hanya kumpuluan MINORITI shj..

Tanpa Nama berkata...

'alakullihal..PAS Kelantan dah buat sesuatu tentang pelaksanaan undang-undang syariah Islam seperti tuntutan Al Quran. Di peringkat pusat, korang masing-masing jawablah depan Allah
bila tiba masanya bila mana Badan (B) dan Nyawa (N) bercerai.

Apa pun jgn kutuk, jgn perlekeh usaha yg Kelantan buat. Ingat B & N boleh bercerai tanpa mengambil kira masa dan tempat.

Apa pun PAS mesti duduk dlm PR. Kepakaran Ulamak dan professional saling perlu antara satu dgn yg lain begitu juga keperrcayaan Non Muslim terhadap PAS mesti berada dlm keadaan tiptop. Dakwah kepada mereka mesti berterusan agar mereka faham Islam, hudud, qisos dll. Tak naduk Islam pun tak apa asal mereka faham Islam itu apa.

Yang sudah itu sudahlah. Jom perkemas barisan PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan MALAYSIA selepas PRU 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bila UMNO tidak dapat laksanakan yang mengusahakan nya di Kelantan pun turut sama kena berdepan dengan Allah. Kerana tujuan usahakan hudud yang tak kesampian kerana tidak cukup haul se olah-olah hanya untuk menguji (UMNO) yang hampir sama dengan main-main suka-suka. Ustad Kazim yang menyokong hudud semasa pilihanraya Permatang Pauh sebiji se butir perkataan pun tak keluar. Apa beza Islam ulama PAS dengan Ulama UMNO? Bukan kah LKS bagitahu di Mesir pun tak ada hudud. Lebih baik macamana UMNO tak buat hudud dari macam PAS yang main-main.

Tanpa Nama berkata...

Sesat di hujung jalan balik ke pengkalan.

Perwakilan kena ingat balik mula nya tujuan PAS bersama PR. UMNO Najib lagi teruk dari UMNO sebelum sebelum ini. Kalau yang dulu PAS lawan kenapa yang lagi teruk ini PAS nak berkawan.

Balik lah ke pengkalan tapi jangan bawa Hj Hudud Tak Jadi!